Song Shuhang menenangkan diri dan masuk semula ke dalam dormitori. Seterusnya, dia mengunci pintu dengan cepat.
Anjing Peking yang begitu besar, mungkinkah ia... ya, tiada kesangsian lagi. Inilah anjing Peking raksasa yang mengejar Raja Syaitan Anzhi semalam; gigitannya juga menyakitkan.
Secara umumnya, semakin kecil seekor anak anjing, semakin comel rupanya. Jika seekor anak anjing baru dilahirkan, meskipun ia jenis kacukan atau berbadan gempal, ia masih comel.
Tetapi, selepas membesar, anak anjing itu akan bertukar menjadi sesuatu yang tidak comel... jenis anjing yang comel seperti anjing Peking pun, setelah ia bertukar menjadi raksasa setinggi 5 meter, ia tidak boleh dikatakan comel lagi.
Rupanya watak utama sudah tahu anjing itu anjing jantan ketika ini. Oleh itu, kami akan menukarkan “ia” kepada “dia” apabila merujuk kepada anjing Peking itu (dia tidak tahu inilah anjing itu sebelum ini). Kalau tidak kita akan menunggu seumur hidup untuk watak yang lain atau penceritaan untuk menyebutnya dengan jelas…