Tải xuống ứng dụng
67.13% Perceraian Ke-99 / Chapter 615: Su Qianci, Kenapa Kau Begitu Menyedihkan!

Chương 615: Su Qianci, Kenapa Kau Begitu Menyedihkan!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Su Qianci mendongak dan melihat hujan mula turun. Titisan hujan jatuh ke bulu matanya sebelum mengalir di bawah matanya. Hujan lebat. Dia melihat jamnya. Pukul 8.38 malam. Lelaki itu lewat, 38 minit lewat dan dia sudah menunggunya selama satu jam.

"Kenapa dia belum sampai?"

Adakah Li Sicheng terlupa? Adakah dia terlupa seseorang sedang menunggunya?

Su Qianci mengeluarkan telefonnya, tetapi kemudian menyedari dia tiada nombor untuk dihubungi. Titisan hujan yang lebat jatuh ke atas skrin telefon itu dan membentuk lapisan air yang mengaburkan skrin. Mata Su Qianci terkebil-kebil. Kegembiraan yang tadinya dapat dilihat dalam matanya mula hilang. Tetapi tiba-tiba dia tersenyum seakan mengejek dirinya sendiri.

"Inilah akibatnya apabila terlalu berkhayal."

Selain nama 'L' yang digunakan, Su Qianci langsung tidak tahu apa-apa tentang pemilik akaun itu. Dia menyangka L sememenangnya ialah Li Sicheng… Tetapi kini, kemungkinan itu perlu dibuang. Jika L ialah Li Sicheng, lelaki itu tidak akan membiarkannya menunggu begitu lama, bukan? Jika dia ialah Li Sicheng, dia pasti datang, bukan?

Hujan itu bertambah lebat. Mungkin disebabkan air hujan yang terlalu sejuk, Su Qianci merasakan matanya luar biasa hangat. Titisan air hangat menuruni pipinya dengan laju. Su Qianci memandang Jambatan Xingjian yang megah itu sambil tersenyum dan berbisik, "Padan muka kamu, Su Qianci."

Bukan. Pasti bukan Li Sicheng. Jika dia memang Li Sicheng, dia pasti datang. Li Sicheng amat mencintainya dan tidak akan sanggup membiarkannya menanti dalam hujan. Jika dia memang Li Sicheng, dia pasti akan berlari dan memeluknya, kemudian memberi amaran kepadanya dengan tegas: 'Jangan datang ke sini lagi!'

Atau mungkin juga: 'Kamu tak dibenarkan berdiri dalam hujan lagi selepas ini.'

Kemudian lelaki itu akan membawanya pulang, membantu menanggalkan pakaiannya dan memandikannya. Itulah Li Sicheng. Li Sicheng tidak akan pernah memungkiri janji. Su Qianci bersandar pada pagar jambatan itu dengan seluruh tubuh yang basah kuyup. Walau bagaimanapun, dia tidak berasa sejuk. Sebaliknya hatinya terasa sangat pedih seperti disiat-siat. Di bawah hujan yang lebat itu, dia merenung telefonnya dan menangis teresak-esak. Tetapi dia tidak boleh menangis, bukan? Sungguh kelakar. Jika ada sesiapa melihatnya, mereka akan mengetawakannya. Disebabkan dia terlalu berharap. Disebabkan dia berkhayal. Disebabkan dia berhalusinasi dan hilang akal!

Su Qianci sendiri merasakan perbuatannya mengarut. Dia memaksa dirinya untuk ketawa. Tetapi ketawanya bercampur dengan tangisan. Dia menangis sambil ketawa, seperti orang gila. Ya, bukankah dia orang gila? Sudah beberapa tahun dia dianggap gila. Semua orang mengatakan dia berhalusinasi, semua orang tidak percayakannya. Semua orang memandangnya dengan simpati kerana kebodohannya. Sekarang, malahan dia sendiri mula berasa simpati kepada dirinya.

Tiupan angin yang kuat membuatkan sungai di bawah jambatan itu berombak. Su Qianci memandang sungai yang berada dalam kegelapan itu lalu ketawa dan menjerit, "Su Qianci, kenapa kau begitu menyedihkan!" Ya, memang menyedihkan! Sangat menyedihkan… Untuk apa? Malah menyedihkan juga seakan bukan perkataan yang tepat buatnya sekarang. "Kau ingat kau masih Su Qianci yang lama?" Dia berjalan ke keretanya perlahan-lahan sambil menggumam, sekejap mengutuk dirinya, sekejap berbangga diri dan juga berbisik, "Tanpa Li Sicheng, kau bukan sesiapa."


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C615
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập