Tải xuống ứng dụng
54.91% Perceraian Ke-99 / Chapter 503: Saya Betul-Betul Terseksa

Chương 503: Saya Betul-Betul Terseksa

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng menenangkan dirinya, memakai kembali pakaian dan kembali ke biliknya. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, dia terpandang satu bonjolan kecil di atas katil. Dia berjalan ke arah katil lalu mengangkat selimut perlahan-lahan dan melihat kepala kecil Su Qianci dengan rambut yang kusut masai. Su Qianci membuka matanya yang basah dan kemerahan.

Li Sicheng menarik isterinya dan berkata perlahan, "Kenapa ni?"

Su Qianci tidak mengendahkannya. Dia menepis tangan suaminya itu dan kembali berbaring.

Li Sicheng menanggalkan seliparnya dan turut masuk ke bawah selimut itu. Dia berpura-pura hairan dan berkata, "Ada harta karun ke dalam ni?" Setelah masuk ke bawah selimut itu dan memeluk isterinya, dia memandang Su Qianci dan berkata dengan nada seolah-olah terkejut. "Eh memang ada harta karunlah. Harta yang sangat bernilai."

Su Qianci tertawa, tetapi kemudian kembali memasamkan mukanya dan menolak Li Sicheng. "Pergilah."

"Saya masih nak tengok harta ni. Saya tak akan pergi." Li Sicheng bergerak semakin rapat dan memeluk isterinya erat.

Su Qianci memusingkan tubuhnya lalu membuka butang baju suaminya.

Li Sicheng terkesima lalu memegang tangan isterinya dan berkata, "Saya belum mandi."

Su Qianci tidak mengendahkannya. Dia melepaskan dirinya dari pelukan Li Sicheng dan membuka jaket suaminya itu. Li Sicheng tidak dapat menghalang isterinya lalu membiarkannya sahaja sambil berbaring. Dia berbisik, "Jom tidur? Saya tak tidur langsung semalam."

"Mari saya tengok," kata Su Qianci sambil menangis. "Seteruk mana luka kamu? Kenapa tak berani tunjuk kepada saya?"

Li Sicheng tahu dia tidak boleh merahsiakan perkara itu lagi lalu berkata, "Luka sedikit saja. Tak ada apa-apa."

"Bangun, beri saya tengok."

Li Sicheng tidak sampai hati melihat isterinya menangis. Dia duduk dan menanggalkan bajunya.

Su Qianci melihat goresan-goresan merah di seluruh tubuh suaminya. Sebahagiannya lebam dan ada yang masih berdarah, tetapi kelihatan tidak terlalu teruk. Akhirnya dia menarik nafas lega sebelum menekan kuat bahagian luka suaminya. Li Sicheng mengerutkan wajahnya kesakitan dan menoleh ke arahnya.

"Padan muka," kata Su Qianci tanpa memaksudkannya. Kemudian dia menolak suaminya hingga berbaring. "Tak perlu mandi. Kamu baru sapu salap. Tidur sekarang."

Disebabkan Su Qianci telah melihat semuanya, Li Sicheng sudah tidak takut lagi. Dia menarik isterinya lalu tunduk dan terus menciumnya.

Walaupun dicium secara tiba-tiba, Su Qianci sudah terbiasa dengan 'serangan' itu. Dia memaut leher suaminya dan membalas ciuman itu dengan agak tidak cekap.

Li Sicheng agak terkejut dengan respon isterinya. Ciuman yang ringan itu menjadi semakin dalam, lidah Li Sicheng menyentuh bibir Su Qianci sebelum bergerak masuk ke dalam mulutnya. Kemudian bibirnya mula bergerak turun ke dagunya dan lehernya. 

Jantung Su Qianci berdegup laju dan nafasnya menjadi semakin kencang. Dia menolak suaminya. "Kamu masih…"

"Tak ada luka di situ." Bibir Li Sicheng masih melekat pada tubuhnya dan suaranya kurang jelas. "Saya boleh teruskan."

"Berahi…" sambung Su Qianci dengan pipi kemerahan.

L Sicheng mengangkat baju isterinya ke atas. Suaranya kedengaran perlahan dan memukau. "Betul, tapi hanya untuk kamu."

Su Qianci memeluk leher suaminya dengan lebih erat. Jari kakinya mula mengerekot.

"Akhirnya trimester pertama dah berakhir. Saya betul-betul terseksa."

"Ah… jangan gigit di situ…"

"Ia dah bermula."


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C503
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập