Tải xuống ứng dụng
31.11% Perceraian Ke-99 / Chapter 285: Kamu Boleh Teruskan

Chương 285: Kamu Boleh Teruskan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sambil direnung dengan penuh curiga oleh Su Qianci, Atuk mengangguk dan berkata dengan serius, "Betul, itulah yang berlaku." Kemudian dia mendongak ke atas dengan riak wajah sedih. "Atuk tak ada anak yang baik, jadi Atuk perlu tinggal dengan cucu Atuk. Su Qianci, kamu tak kisah, kan?"

Su Qianci mengisyaratkan tidak dengan kedua-dua tangannya. "Mestilah tak. Tapi Atuk, Atuk memang tak patut makan gula-gula. Apa Ayah larang itu betul, ia tak bagus untuk kesihatan Atuk."

Gula-gula? Riak wajah Kapten Li yang berlakon sedih tadi hilang serta-merta dan dia segera menoleh ke arah Li Sicheng.

Li Sicheng bergegas pergi sambil berkata, "Masa untuk makan malam."

Nenek Rong yang sedang cuba menahan ketawa menghidangkan makanan di atas meja. Selepas itu, dia naik ke tingkat atas untuk mengemaskan bilik Atuk. Setelah membersihkan bilik itu, Nenek Rong menarik cadar katil untuk menukarnya. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia mengangkat bantal, dia menjumpai satu fail di bawahnya. Kontrak perceraian… Nenek Rong mengeluh. Ini bukan kali pertama dia melihat fail itu, tetapi mengapa pasangan ini memerlukannya? Jika Kapten Li menjumpai fail itu, dia pasti tidak gembira. Nenek Rong berfikir seketika sebelum meletakkan fail itu ke dalam laci paling bawah dan terus mengunci laci itu.

Selepas makan malam, Li Sicheng mandi sebelum pergi membuat kerjanya di bilik kerja. Su Qianci pula membuat tugasan kelasnya di ruang tamu. Kapten Li sedang menonton TV di ruang tamu yang sama. Sekejap-sekejap dia akan menjeling Su Qianci dan tingkat atas silih berganti tanpa berkata apa-apa. Setelah menyiapkan tugasannya, Su Qianci mengucapkan selamat malam kepada Kapten Li dan naik ke tingkat atas.

Atuk mengangguk sambil tersenyum, tetapi sebaik sahaja Su Qianci beredar, dia terus mengambil telefon bimbitnya dan menghantar mesej, "Cucu comelku sayang, naik ke atas sekarang!"

Li Sicheng menjeling telefonnya. Dua minit kemudian, dia bangun dan berjalan ke arah bilik tidur utama.

Su Qianci sedang berjengket dalam cubaan untuk mengambil pakaian dalamnya. Nenek Rong mempunyai tabiat meletakkan pakaian dalamnya di bahagian paling atas almari kerana percaya tempat paling bersih ialah yang paling jauh dari lantai. Tetapi ini bilik Li Sicheng! Almarinya direka khas berdasarkan ketinggiannya, jadi amat sukar bagi Su Qianci untuk mencapai bahagian paling atas itu. Dia berjengket sambil menahan nafas untuk mengambil pakaian dalamnya, malangnya dia hanya menolaknya semakin ke dalam. Sekarang ia sudah tidak mampu dicapai.

Tiba-tiba satu bayang-bayang melindunginya. Su Qianci merasakan susuk tubuh yang hangat merapatinya dari belakang. Pakaian dalamnya itu diambil dan dihulurkan kepadanya. Su Qianci terkedu sambil memandang tangan di hadapannya. Kemudian wajahnya terus berubah kemerahan. Dia mengambil pakaian dalam itu dan memusingkan tubuhnya sebelum terlanggar dada seseorang. Dada itu tebal dan luas, menunjukkan ia kepunyaan seorang lelaki. Jantung Su Qianci berdegup laju ketika dia mendongak dan melihat mata lelaki itu yang dalam dan gelap.

Li Sicheng bergerak semakin rapat sambil meletakkan tangannya di pinggang Su Qianci lalu berbisik, "Masih marah?"

Mendengar pertanyaan itu, Su Qianci kembali berasa terkilan. Marah? Mestilah! Bukan sahaja dia marah terhadap apa yang telah dilakukan lelaki itu kepadanya, tetapi dia juga benci dengan cara Li Sicheng menghinanya. Apa sebabnya Li Sicheng menyangka dia ada hubungan dengan Lu Yihan? Kenapa suaminya sendiri menyangka dia tidak cintakannya? Dia menolak Li Sicheng menjauhinya dengan renungan marah dan pergi tanpa berkata apa-apa. Sikapnya jelas memberitahu sesuatu: dia sedang marah.

Li Sicheng menarik Su Qianci kembali dan menguncinya ke dinding. Mata Su Qianci terbeliak. Belum sempat dia berkata apa-apa, dia melihat seseorang di muka pintu bilik itu.

Kapten Li yang bimbang pasangan itu akan bergaduh datang untuk memeriksa keadaan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja berada di hadapan bilik itu, dia melihat Li Sicheng menolak Su Qianci ke dinding dan Su Qianci sedang memegang sehelai bra… Kapten Li segera menutup matanya dengan tangan. "Salah jalan. Kamu berdua boleh teruskan."


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C285
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập