Tải xuống ứng dụng
20% Our Tomorrow (Malay) / Chapter 5: Tuduhan

Chương 5: Tuduhan

"MANA mamat tu! Cepat panggil dia!" Ying Hua sudah mengamuk. Sakit hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi. Lelaki itu memang benar-benar kejam.

Hanya kerana dia tidak menjamah makan semalam, hari ini dia sudah hampir kebuluran kerana diberitahu makanan tidak akan dihantar lagi. Lebih menyakitkan hati, dia masih tidak boleh keluar dari biliknya. Macam mana dia nak keluar cari makanan kalau dia ditahan dari keluar bilik.

"Tuan puteri..." Xin Xin cuba menenangkan puteri itu. Tetapi tubuhnya pula ditolak. Inilah kali pertama dia melihat tuannya mengamuk. Wu Xiao Hua yang dia kenal sememangnya tidak pernah bersikap sebegitu.

Ying Hua menolak semua barang yang tersusuk elok di atas meja dan almari. Anginnya sudah tidak mampu dibendung lagi. Kalau benar lelaki itu tidak menyukainya sekalipun, tak perlulah sampai mendera sebegitu.

"Putera tak guna! Mana dia?!" jerit Ying Hua.

Prang!

Tangan Ying Hua berhenti bergerak. Tubuhnya yang agresif sebentar tadi dengan tiba-tiba terpaku. Pasu yang entah dari mana datangnya benar-benar pecah di hadapannya. Dia menelan air liur sebelum mengangkat wajahnya. Satu batang tubuh yang dimakinya sebentar tadi sudah berada di hadapannya.

Pengawal dan orang gaji bawahan yang ramai tadi sudah mengundur diri termasuk Xin Xin. Hanya tinggal mereka bertiga sahaja, bersama Yuan Zhen.

"Tak cukup lagi? Saya boleh bagi pasu lagi besar dari tu untuk awak pecahkan pula." Sinis sahaja nada suara Shu Yan ketika itu. Matanya merenung tajam ke anak mata Ying Hua.

"Awak ingat saya takut ke?" balas Ying Hua lagak berani. Aku kisah apa! Ingat takut sangat ke?

Shu Yan merapati Ying Hua. "Awak ada sikap baru pula ke? Saya tak sangka Wu Xiao Hua yang saya kenal selama ni rupanya suka pecahkan barang."

Pantas Ying Hua menolak tubuh itu jauh darinya. "Wu Ying Hua! Saya tak kenal siapa Wu Xiao Hua. Tak faham ke hah?" jeritnya geram.

Sepantas kilat Shu Yan mengeluarkan pedang dari sarung pedang milik Yuan Zhe lalu dihalakan ke leher Ying Hua. Ying Hua terus terkaku tanpa bergerak. Sekilas matanya mengeling ke arah bilah pedang yang bersinar itu. Yakini bukan pedang mainan. Ianya betul-betul tajam. Kalau dia tersalah kata, mungkin pedang itu bakal menghiris kulitnya.

"Emm." Provoke Shu Yan apabila melihat Ying Hua sudah tidak agresif seperti tadi. Hanya dengan pedang sahaja sudah mampu membuatkan wanita itu membisu. Matanya hanya memandang tepat wajah wanita itu.

"Saya bukan Xiao Hua..." ujar Ying Hua perlahan. Menggeletar seluruh tubuhnya ketika itu.

Terasa pedang itu merapati lehernya, terasa seperti sudah bergesel dengan kulitnya. Terlalu rapat. Ying Hua memejam mata. Kalau dia dibunuh waktu itu, sememangnya dia tidak mampu melakukan apa-apa. Jangannya hendak menepis, hendak bergerak pun dia tidak mampu.

Shu Yan merengus sinis. Dia menghulurkan pedang itu kepada Yuan Zhen semula. Sememangnya dari awal dia tidak berniat hendak membunuh wanita yang masih tidak mahu mengaku sebagai Xiao Hua. Dia hanya ingin menakut-nakutkan sahaja. Tak sangka pula sehingga menggigil seperti itu.

Tangannya membuat isyarat kepada Yuan Zhen supaya keluar dari bilik itu. Dia ada perkara penting untuk dibincangkan dengan wanita itu. Yuan Zhen menunduk hormat dan keluar dari bilik itu.

"Kalau awak masih lagi nak berpura-pura macam ni, awak tahu kan apa nasib yang awak akan terima," ujar Shu Yan berupa amaran.

"Saya tak berpura-pura. Saya bukan Wu Xiao Hua dan saya tak tahu kenapa saya boleh ada kat sini. Saya tak kenal awak, tak kenal semua orang kat sini. Tempat ni terlalu asing buat saya," rayu Ying Hua. Hilang habis amukannya dek pedang yang menakutkan itu.

Shu Yan berpeluk tubuh. Tiada reaksi di wajahnya. Seperti biasa dia hanya mempamerkan wajah yang sukar untuk orang lain menilik pemikirannya.

"Betul! Saya tak tipu." Ying Hua cuba meyakinkan putera itu. Kalau lelaki itu kata dia gila pun, kata ajelah! Yang penting dia dapat keluar dari tempat itu.

"Wu Xiao Hua, awak memang takkan pernah berubah," ujar Shu Yan perlahan namun nadanya masih tegas.

Kata-kata itu membuatkan Ying Hua mengeluh. Dia segera duduk di birai katil dengan muka masam mencuka. Tidak tahu apa yang perlu dia terangkan lagi. Dia sendiri tidak mengenali siapa Xiao Hua. Cuma yang dia nampak, lelaki itu begitu benci dengan wanita itu. Lihat pada layanan sudahlah. Bila-bila sahaja pedang itu akan mendarat di lehernya lagi.

"Saya tak tahu apa kisah yang berlaku antara awak dan Xiao Hua. Ye dia isteri awak. Tapi saya dengan dia adalah orang yang berbeza. Mungkin ada persamaan pada wajah yang membuatkan awak keliru. Tapi saya memang bukan Xiao Hua. Saya tak hilang ingatan. Saya memang tak kenal awak. Saya ingat segalanya tentang diri saya. Tak ada satu pun yang saya lupa.

Saya tersesat dalam dunia awak dan tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Dunia ni bukan dunia saya. Kehidupan ni bukan kehidupan saya. Tolonglah faham. Saya bukan berpura-pura macam yang awak sangka. Kalau saya benar-benar Xiao Hua, kenapa saya perlu buat macam ni. Apa saya dapat? Saya..." Belum lagi Ying Hua menghabiskan syarahan panjang berjela itu, Shu Yan terus memotong.

"Awak ingat saya percaya?" Sinis nada Shu Yan ketika itu sambil menolak dagu Ying Hua ke atas, memandang tepat wajahnya.

Ying Hua terkedu.

"Awak ada banyak sebab untuk berlakon. Mungkin tak ada faedah untuk saya, tapi ada untuk awak. Wu Xiao Hua, cukuplah. Pembohongan awak yang lepas pun masih belum lepas dari genggaman saya. Awak masih nak ulang apa yang berlaku sebelum ni?" Kasar Shu Yan berkata bagaikan memberi amaran kepada wanita itu. Tangannya melepaskan dagu itu dengan kasar sehingga membuatkan kepala Ying Hua berpaling.

Ying Hua menggigit bibir. Dia paling pantang bila orang menolak kepalanya sebegitu. Tiada salah pun kalau bercakap tanpa menggunakan kekerasan. Serentak itu dia bingkas bangun dan menolak tubuh lelaki itu. Dia sudah malas untuk menerangkan perkara yang orang tidak boleh percaya. Buang masa!

Laju kakinya cuba meninggalkan tempat itu. Keadaannya masih lagi dikategorikan selamat kerana tiada pedang di sisi lelaki itu. Kalau tidak memang mimpi la dia nak tunjuk hebat.

Shu Yan segera menahan kaki itu membuatkan langkah Ying Hua tersasar namun tangannya pantas menangkap tubuh kecil itu. Dengan pantas juga dia mengilas kedua tangan wanita itu ke belakang.

"Sakit!" Ying Hua mengaduh sakit.

"Awak memang tak takut mati."

"Ha'ah! Memang aku tak takut mati pun!" bidas Ying Hua geram. Serentak itu dia mengerang kesakitan apabila lelaki itu mengilas kedua tangannya lebih kuat.

"Ah... okey... okey... saya tak lari..." Ying Hua mula menenangkan diri. Silap-silap waktu tu juga dia boleh hilang kedua tangannya. Tangannya adalah aset yang paling penting daripada segalanya.

Shu Yan melepaskan wanita itu sambil merengus kecil. Wanita itu sudah terduduk di lantai sambil menggosok kedua bahu dan lengannya. Tak ubah seperti kanak-kanak yang ditinggalkan di tepi jalan selepas dibuli oleh orang lain.

Dia merendahkan tubuhnya supaya sama dengan paras wanita itu. "Awak tahu kan saya boleh buat lebih dari tu."

Ying Hua hanya menatap mata itu. Dari nada itu dia sudah tahu apa yang bakal dia terima kalau dia masih berdegil.

"Apa awak nak buat kalau saya memang Xiao Hua tapi lupa ingatan?" tanyanya tiba-tiba. Sejujurnya dia ingin tahu.

"Bunuh?" Shu Yan memberi jawapan berbentuk soalan.

Bulat mata Ying Hua memandang lelaki itu. "Wu Xiao Hua tu isteri awak!"

Shu Yan membisu seketika sebelum melemparkan senyuman sinis pada wanita itu. "Ya... sebab isteri sayalah, saya nak bunuh."

Ying Hua menelan air liur. Kenapalah malang sangat hidup Xiao Hua bersuamikan lelaki kejam seperti putera itu. Langsung tiada kasih sayang. Pertama kali bertemu pun, lelaki itu hanya mempamerkan wajah kebencian sahaja.

"Kenapa awak perlu bunuh Xiao Hua? Awak tak patut buat macam tu pada isteri awak..." Nada Ying Hua mendatar sahaja. Entah mengapa dia begitu kasihan akan nasib wanita itu. Entah apa yang berlaku sebenarnya pada wanita itu.

"Awak patut ingat apa yang awak dah buat sebelum awak tanya soalan tu pada saya."

"Saya bukan Wu Xiao..." Tidak sempat Ying Hua menghabiskan kata-katanya, dia menunduk rapat ke bawah bersama kerutan di dahi.

Kruikk...

Ying Hua terdiam sambil memegang perutnya. Diusap berkali-kali perut yang sudah berbunyi itu. Alahai! Saat genting begini la perut nak minta diisi pun. Bukan sahaja berbunyi tetapi mula terasa sakit. Nampaknya gastriknya mula menyerang kembali.

Shu Yan memandang perut itu. Dia hampir terlupa yang dia menyekat orang gaji kediaman Yan untuk tidak menghantar makanan kepada wanita itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Tahu pun lapar!

"Lapar?"

Ying Hua mendongak lalu memuncungkan mulutnya. Rasa macam kena buli aje. Kalau tak mengenangkan lelaki itu lebih kuat daripadanya, sudah lama dia hempuk sehingga lunyai.

"Saya ingat awak nak tahan lapar macam awak tahan dengan pembohongan awak," ejek Shu Yan.

"Saya boleh mati tahu tak..." ujar Ying Hua separuh menggigil.

"Silakan..."

Dahi Ying Hua mula berkerut menahan sakit. Dasar lelaki tak guna! Hanya tahu membunuhnya sahaja!

"Memandangkan awak memang nak saya mati. Okey la..." Tangannya mula meraba almari lalu bangun dengan perlahan dalam kesakitan itu. Kepalanya sudah pusing. Angin dalam badannya seperti ingin menolak naik untuk dimuntahkan.

Ying Hua... kau kena kuat. Jangan nampak lemah depan lelaki gila ni! Bisik hati kecilnya.

"Semua helah awak dah tak berguna, Xiao Hua. Saya akan maafkan awak kalau awak berhenti semua ni," ujar Shu Yan perlahan sambil memandang keadaan wanita itu. Nadanya tidak keras seperti biasa.

Bwekk! Ying Hua terus memekup mulut dengannya tangannya.

Tatkala itu mata Shu Yan sudah terbuka luas seakan-akan sedar tentang sesuatu. Terus dirampas tangan Ying Hua dengan kasar sehingga tubuh kecil itu berpusing.

"Awak mengandung?!" Kasar dia bertanya. Hilang nada lembut sebentar tadi.

"Encik Yan... saya rasa awak dah cukup gila." Ying Hua cuba meloloskan diri dari lelaki itu tetapi gagal.

"Sebab tu awak buat semua ni kan! Sebab awak mengandung!" Shu Yan mula menjerkah.

"Perut saya kosong sebab tu saya nak muntah! Awak sekat makanan saya dari pagi tadi! Sekarang awak tuduh saya yang bukan-bukan. Tak apa kalau awak tak nak percaya yang saya ni bukan Xiao Hua tapi saya tak mengandung!" Ying Hua sudah hilang kesabarannya. Saat itu terasa sakitnya bagaikan hilang sahaja.

Mengandung? Gila punya putera! Sudah cukup sabar dia menghadap layanan kasar dari lelaki itu. Sekarang tuduhannya benar-benar tidak berasas!

Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Dia sudah cukup penat dengan semua itu. Baru berapa hari sahaja berada di situ, dia sudah dituduh yang bukan-bukan.

"Xiao Hua..." Shu Yan terpana seketika.

Pantas Ying Hua mengesat kasar air matanya dengan hujung lengan pakaiannya. Perlahan dia berjalan menuju ke katil. Terus dia naik ke atas katil dan merebahkan tubuhnya. Selimut tebal berwarna kuning cair itu ditarik sehingga menutup seluruh tubuhnya termasuk kepala. Sakit itu hanya dibiarkan sahaja. Selepas tidur nanti, hilanglah sakit itu.

"Xin Xin!"

Xin Xin terus masuk ke bilik saat mendengar namanya dipanggil oleh putera keempat itu.

"Siapkan makanan untuk..." Tidak sempat Shu Yan menghabiskan ayat, Ying Hua segera mencelah.

"Tak perlu!"

Xin Xin kelihatan bingung. Dia tidak tahu arahan siapa yang patut dia ikut. Wajah putera keempat itu tidak nampak tegang seperti awal-awal tadi.

"Awak hanya boleh mati di tangan saya aje. Kalau awak rasa dengan menyeksa diri sendiri boleh buat awak mati, awak silap besar." Shu Yan terus keluar selepas menuturkan kata-kata itu.

Xin Xin sudah serba salah. Dia memandang tuannya yang berselimut di atas katil itu. Mendengar kata-kata dari putera keempat kepada tuannya, membuatkan hatinya sedih. Entah sampai bila keadaan itu akan berlarutan. Sedikit pun putera keempat itu tidak mengendahkan apa yang berlaku pada tuannya.

"Tuan puteri..."

"Keluar..." potong Ying Hua.

Xin Xin membisu. Perlahan dia mengundur dan berlalu dari situ. Dia mengharapkan selepas ini tuannya tidak cuba mencabar kesabaran putera keempat itu lagi. Kediaman itu dikuasai sepenuhnya oleh Putera Shu Yan. Mana mungkin mereka mampu untuk melawan dengan kedudukan mereka yang rendah itu.


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
IshaShazni IshaShazni

Terima kasih sudi membaca dan support karya saya.

Kalau suka, jangan lupa ADD TO LIBRARY ya. :)

next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập