Tải xuống ứng dụng
52% Our Tomorrow (Malay) / Chapter 13: Timbulkan Masalah

Chương 13: Timbulkan Masalah

XIN Xin sudah kelam kabut berlari ke arah kediaman utama Yan. Dia perlu mendapatkan putera keempat itu dengan segera sebelum perkara tidak diingini berlaku. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu gerbang kediaman utama, dia sudah ditahan oleh dua pengawal yang menjaga di situ.

"Xin Xin perlu jumpa Putera Yan dengan segera!" ujar Xin Xin dengan nafas yang termengah-mengah.

"Putera Yan tidak benarkan sesiapa menganggunya hari ini," kata seorang pengawal itu.

"Hal ni penting. Sangat penting! Tolong bagitahu Putera Yan ada sesuatu yang Puteri Yan cuba lakukan," balas Xin Xin lagi. Dia sudah terduduk di tangga dek keletihan. Sebenarnya bukan jauh pun kediaman tuannya dengan kediaman utama itu. Tetapi kerana sikap tuan puterinya itu sukar dijangka, dia rasa hampir hilang nafas dibuatnya.

"Puteri Yan!" Pengawal itu sudah gelabah apabila nama isteri putera keempat itu disebut. Tanpa banyak soal, terus dia masuk untuk menyampaikan khabar itu kepada putera keempat.

Tak sampai beberapa minit, pengawal itu memanggil Xin Xin masuk ke dalam. Xin Xin yang terduduk lemah dengan nafas yang masih termengah-mengah terus melangkah masuk.

"Ada apa Xin Xin?" tanya Shu Yan, masih lagi bersikap tegasnya. Dia memandang keadaan Xin Xin yang tidak terurus itu.

"Tuan puteri. Dia... dia..."

"Biarkan dia." Tanpa sekelumit perasaan, Shu Yan bersuara tanpa membiarkan Xin Xin menghabiskan ayatnya.

"Hah?" Xin Xin bagaikan tidak percaya apa yang dia dengar.

"Tapi Putera Yan, kalau jadi apa-apa pada tuan puteri macam mana?" Xin Xin sudah tidak keruan. Dia kini tersepit antara dua orang itu.

"Itu pilihan dia." Ringkas jawapan Shu Yan.

Xin Xin semakin bingung. Begitu mudah putera keempat itu membuat keputusan. Xin Xin terus melutut. "Xin Xin minta Putera Yan hentikan tuan puteri..."

"Xin Xin! Berani kamu ingkar arahan saya!" Shu Yan sudah meninggikan suara.

Xin Xin menggeleng kepala. Wajahnya sudah ketakutan.

"Wang Shu Yan!!" jeritan dari luar kawasan kediaman itu menyedarkan mereka yang berada di dalam.

"Tuan puteri!" Xin Xin segera mendapatkan tuannya.

Ying Hua muncul dengan muka kelat. "Teman saya!"

Dahi Shu Yan berkerut. Dia memandang Xin Xin, masih tidak mengerti apa yang berlaku.

"Xin Xin, awak ambil masa yang lama untuk pujuk lelaki ni. Sakit tangan saya tahu tak?" Ying Hua membebel sambil merunding jari ke arah Shu Yan. Kedua tapak tangannya sudah merah gara-gara menunggu Xin Xin dapatkan lelaki itu.

Mata Shu Yan terbuntang. Bingung.

"Xin Xin, apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Yuan Zhen bagi pihak putera keempat itu. Dia sendiri bingung dengan apa yang berlaku.

"Xin Xin cuba minta tolong Putera Yan untuk tahan tuan puteri dari panjat tembok. Tuan puteri ugut Xin Xin kalau Putera Yan masih tak benarkan tuan puteri keluar, tuan puteri nak lompat dari tembok tu. Xin Xin tak tipu," ujar Xin Xin laju.

Shu Yan merenung tajam wajah itu namun wanita itu hanya mempamerkan wajah selambanya seolah-olah langsung tiada perasaan rasa bersalah. Rupanya itu tujuan Xin Xin datang kepadanya. Bukan kerana wanita itu cuba bunuh diri untuk kali kedua tetapi kerana cuba curi-curi keluar dari kediaman Yan.

"Xiao Hua, awak dah lupa ke perjanjian kita?" Shu Yan menyoal tegas.

Ying Hua berpeluk tubuh dan memaling muka. "Dia yang lupa, nak salahkan kita," gumamnya geram.

"Saya akan bawa awak keluar kalau awak bersikap baik. Tapi sekarang nampaknya tiada harapan untuk itu. Saya patut biarkan awak lompat dari tembok tu aje..."

Ying Hua membulatkan matanya. Tangannya mengepal geram. Kalau tak kerana pedang yang sentiasa di sisi lelaki itu, sudah lama dihayunkan penumbuk ke muka itu.

"Baiklah! Saya akan buat apa sahaja untuk keluar dari sini! Awak jangan menyesal Wang Shu Yan!" Ying Hua merengus geram.

Setakat tembok itu, dia akan panjat sehingga boleh. Sewaktu belajar dahulu, dia dan Shen Xin selalu hiking di bukit. Mereka selalu membuat aktiviti ekstrem. Tempat tinggi bukanlah satu ketakutan buatnya. Dia akan buktikan pada lelaki itu yang dia mampu buat apa sahaja yang dia mahukan.

"Silakan."

Ying Hua terus menghantar pandangan membunuh. Sebelum keluar, dia sempat menendang pintu itu dengan kuat. Sakit hatinya. Dia sangka dapat menarik perhatian lelaki itu tetapi sama sahaja!

Yuan Zhen terkebil-kebil. Wu Xiao Hua bukan sahaja panas baran tetapi juga kasar. Tendangan itu benar-benar membuatkan dia terkejut.

"Tuan muda... saya rasa Puteri Yan tidak main-main." Yuan Zhen cuba menyedarkan putera keempat itu.

Shu Yan menghela nafas. Entah sejak bila sifat General Wu, ayah kepada Xiao Hua turun kepada anak bongsu itu. Setahunya Xiao Hua tidak pernah bersikap kasar tetapi kali ini benar-benar mengejutkan. Bakat terpendamkah?

********************

"WU Xiao Hua!"

Mata Shu Yan terbuntang melihat wanita itu sudah duduk di atas pohon rimbun berdekatan dengan tembok itu. Benar kata Yuan Zhen, wanita itu tidak main-main.

Ying Hua menjelir lidah. Dengan selambanya dia menggoyangkan kedua kakinya sambil tersenyum gembira di atas dahan pokok itu.

"Wu Xiao Hua! Turun!" Shu Yan meninggikan suara.

"Tak nak! Awak ingat saya takut ke hah?" balas Ying Hua bernada kuat. Berlagak la kononnya dah boleh panjat pokok besar itu. Kalau tak kerana dahannya tebal dan kuat, memang tak berani la dia nak panjat.

"Kalau awak berdegil sekalipun, tetap tak boleh keluar!" Shu Yan sudah naik angin.

Manakala Ying Hua hanya memekakkan telinganya. Dia terus merangkak mendekati tembok tanpa mempedulikan kata-kata Shu Yan. Tatkala menjengah kepalanya ke bawah, dia terdiam seketika sambil menelan air liur.

Macam mana tembok itu berdekatan dengan sungai pula? Kediaman Yan ni dalam hutan ke apa? Desis hati kecil Ying Hua.

Tergamam melihat sungai yang dalam itu. Tidak menyangka kediamannya sebenarnya bersebelahan dengan sungai!

"Xiao Hua! Saya akan bawa awak keluar kalau awak turun!" Shu Yan sudah tidak tahan lagi mengenangkan sikap keterlaluan wanita itu. Apa yang dia perlu lakukan adalah memastikan wanita itu turun dengan selamat.

Ying Hua tersedar lalu berpaling semula memandang Shu Yan yang berdiri di bawah pokok itu. "Betul?"

"Emm!" Shu Yan mengangguk.

Baru sahaja Ying Hua hendak menurunkan kakinya, dia naik semula. "Kejap! Saya nak pastikan awak tak hukum saya kalau saya turun."

Shu Yan memejam matanya. Sikap wanita itu benar-benar diluar jangkaan. "Tak. Saya takkan hukum awak."

"Okey!" Berhati-hati Ying Hua turun dari pokok itu. Namun langkahnya terhenti apabila pakaiannya tersekat di dahan.

"Shu Yan... saya tak boleh turun..." Ying Hua sudah gelabah. Dia terlupa pakaian yang dipakainya ketika itu bukanlah pakaian yang sesuai untuk dia memanjat. Dia memanjat semula pokok itu dan cuba menarik kainnya semula.

Ah Wu Ying Hua. Kau bukan aje hampir menempah maut tapi kau juga memalukan diri kau sendiri. Gumam Ying Hua sendirian.

Bibirnya mengukir senyuman apabila kainnya sudah berjaya ditarik. Perlahan dia turun dari pokok dengan perasaan lelah. Elok sahaja dia berpaling, Shu Yan sudah beada tepat di belakangnya. Ying Hua menelan air liur. Melihat wajah itu, dia tahu lelaki itu sedang marah.

Dia berdeham sebentar sambil menepuk-nepuk tapak tangannya yang sudah merah itu. "Kan bagus kalau dari awal awak buat keputusan."

Shu Yan memegang perlahan tangan kecil itu sebelum diusap perlahan. "Inilah akibatnya kalau awak degil."

Ying Hua hanya membiarkan sahaja lelaki itu membuang kotoran di tapak tangannya. Keadaan itu membuatkan dia sedar bahawa Shu Yan masih lagi merisaukan keadaannya.

"Awak lagi degil dari saya," sindir Ying Hua. Kalau bukan ego lelaki itu, kenapa dia perlu panjat pokok itu pula.

Shu Yan menjegil matanya. Dia segera berpaling memandang Xin Xin.

"Xin Xin, takkan awak tak tahu sebelah tembok ni sungai?" Nada Shu Yan sudah tegas, marah apa yang berlaku ketika itu. Kecuaian Xin Xin sememangnya tidak dapat dimaafkan. Biarpun Xiao Hua hilang ingatan, Xin Xin seharusnya ingat kedudukan kediaman Yan. Mujur dia sampai pada waktunya. Kalau tidak entah apa yang terjadi pada wanita itu.

Ying Hua turut menjegil matanya ke arah Xin Xin. Dia sendiri tidak menyangka hal itu akan terjadi. Kalau tidak sudah lama dihanyut air. Sama macam dia cuba bunuh diri. Mujur Shu Yan tiba-tiba muncul.

Xin Xin melutut. Dia benar-benar terlupa tentang itu. Tuannya terus bersikap begitu tanpa sempat dia berfikir. "Maaf Putera Yan. Xin Xin terlupa. Xin Xin cuma ingat untuk selamatkan tuan puteri aje..."

"Ye ye. Saya tak marah awak dah. Saya tahu awak mesti penat layan kerenah saya kan." Ying Hua segera memujuk gadis itu. Xin Xin gadis yang mudah mengalirkan air mata. Alahai, macam mana la boleh jadi pembantu peribadi Xiao Hua. Lemah semangat sungguh!

Shu Yan hanya mampu menggelengkan kepala. Dalam diam dia tersenyum kecil mendengar kata-kata itu. Tahu pula semua orang penat layan kerenahnya. Karenah yang pelik-pelik!

Dia terus melangkah berlalu dari situ. Malas hendak melayan drama dua orang itu. Sakit kepala betul bila hadap masalah tentang Xiao Hua. Lebih sakit kepala berbanding menghadap musuh dalam peperangan.

"Wang Shu Yan, awak nak ke mana tu? Mana janji awak tadi?" Ying Hua tiba-tiba bersuara membuatkan langkah Shu Yang mati.

"Nak bersiap. Awak tak nak keluar ke?" balas Shu Yan dengan muka tanpa reaksi.

Ying Hua tersengih. Laju dia mendapatkan Shu Yan. "Nak! Jom!" Wajahnya sudah bersinar-sinar.

"Awak nak keluar dengan saya macam ni ke?" Jari telunjuk Shu Yan merunding ke arah wanita itu dari atas sehingga bawah. Rambut yang tidak kemas, pakaian yang kotor dan koyak.

Ying Hua menilik dirinya sendiri. "Oh!" Segera dia mendapatkan Xin Xin dan berlari masuk ke kediamannya dengan perasaan bahagia.

Tanpa sedar bibir Shu Yan tersenyum kecil.

"Tuan muda..."

Teguran Yuan Zhen membuatkan senyuman Shu Yan mati. Dia berdeham sebelum berkata. "Sediakan kereta kuda. Saya nak bawa Xiao Hua ke pekan."

Yuan Zhen mengangguk, menurut perintah. Pada masa yang sama dia senang hati melihat perubahan itu. Putera keempat itu sudah mula buka hati untuk menerima Puteri Yan semula. Dia mengharapkan keadaan itu berterusan sehingga akhir hayat.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C13
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập