Tải xuống ứng dụng
40% Our Tomorrow (Malay) / Chapter 10: Benci

Chương 10: Benci

DIA membuat regangan pada tubuhnya. Memakai pakaian yang berlapis-lapis itu sebenarnya begitu merimaskannya. Dia lebih selesa berseluar dan t-shirt lengan pendek. Namun dia sedar, dunia itu berbeza. Mahu tidak mahu dia perlu membiasakan diri dengan situasi sebegitu.

Sesungguhnya kehidupan di situ sangat membosankan. Tiada smartphone, televisyen dan elektronik yang canggih. Yang ada cumanya pemandangan yang cantik dan tenang serta makanan yang mewah.

Ying Hua melepaskan keluhan berat. Seharian dia hanya terperap di dalam biliknya tanpa membuat apa-apa. Hanya makan dan tidur. Kadangkala dia keluar dari biliknya dan duduk di ruangan rehat di halaman kediaman itu. Hendak keluar dari situ, dia bimbang bakal terserempak dengan putera keempat itu. Amarah semalam masih belum reda. Kalau mereka bertembung, memang mati la jawabnya.

Tetapi kalau dia terus terperangkap di situ, memang mati juga jawapannya. Mati kebosanan. Ahh! Dia begitu rindukan kehidupannya. Terasa penyesalan berganda kerana dia lebih banyak menghabiskan masa dengan kerjaya berbanding meluangkan masa dengan aktiviti luar.

Dia sepatutnya perlu menghabiskan masa dengan travel, makanan, wayang, aktiviti luar seperti hiking, berenang dan sebagainya. Dia harus hargai kehidupan ketika itu. Penuh dengan kenikmatan dunia. Tetapi dia habiskan masa dengan client dan design semata-mata.

Rugi oh rugi! Padan muka kau Wu Ying Hua. Tak pasal-pasal kau duduk dalam dunia pelik ni. Leter Ying Hua sendirian.

"Xin Xin!" panggil Ying Hua. Sepantas kilat Xin Xin sudah berada di hadapannya bersama senyuman kecil.

Mujur ada gadis itu. Tidaklah dia kebosanan di dunia asing itu. Ada juga teman berbual dan berkongsi perasaan. Bayangkan kalau semua orang yang dia jumpa seperti Wang Shu Yan, memang tak tengok dunia la jawabnya.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Ying Hua.

"Silakan tuan puteri."

"Betul ke saya curang dengan putera mahkota?" tanya Ying Hua berhati-hati. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya ketika itu.

Semalam Shu Xian seperti mengharapkan Xiao Hua tidak bersalah. Mungkin benar Xiao Hua tidak bersalah cuma masih tidak ada bukti untuk menunjukkan dirinya tidak bersalah. Andaikan benar, dia ingin membersihkan nama wanita itu.

Tetapi kalau Xiao Hua benar-benar bersalah, dia tidak mampu membuat apa-apa melainkan cuba menebus kembali kesilapan lalu. Dia dan Xiao Hua adalah orang yang berbeza. Meskipun dia tidak tahu ke mana Xiao Hua pergi dan bagaimana dia boleh berada di situ, tetapi pasti ada sebab mengapa hal itu terjadi. Atas apa sebabnya, dia tidak pasti.

"Tuan puteri sangat sayangkan Putera Yan. Tapi..." Xin Xin membisu sebentar. Walaupun dia adalah orang yang paling rapat dengan tuannya tetapi dia masih tidak tahu apa yang berlaku ketika itu. Dan dia juga tidak berani membuat andaian tentang apa yang dia nampak sebelum ini.

"Tapi apa?"

"Tuan puteri selalu keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan Putera Yan. Tuan puteri selalu keluar ikut pintu belakang kediaman Putera Yan yang tersembunyi tu," ujar Xin Xin perlahan. Ikutkan hati dia tidak mahu bercerita tetapi lebih baik tuannya tahu apa yang berlaku. Mana tahu ingatan boleh pulih apabila dia bercerita hal lalu. Meskipun hal itu menyakitkan.

Ying Hua terkedu. Pintu belakang kediaman Putera Yan? Maksudnya pintu yang dia cuba buka untuk melarikan diri malam itu? Seingatnya, hanya Shu Yan, dia dan Yuan Zhen sahaja yang tahu kewujudan pintu itu. Bagaimana pula Xin Xin tahu hal itu?

"Xin Xin, awak tahu dari mana pintu tu?" Ying Hua sudah mula tidak sedap hati. Tidak mungkin dia salah dengar.

"Tuan puteri selalu curi-curi keluar melalui pintu tu. Untuk pastikan tiada siapa tahu, Xin Xin jaga tempat tu sehingga tuan puteri dapat keluar dengan selamat. Itu pintu rahsia yang Putera Yan buat dan hanya tuan puteri dan Yuan Zhen sahaja yang tahu. Jadi tuan puteri minta saya rahsiakan tempat tu. Kalau Putera Yan dapat tahu, mungkin Xin Xin akan dihukum," ujar Xin Xin sedikit ketakutan. Saat dia menjaga kawasan itu, dia sering ketakutan. Bimbang ditangkap oleh Putera Yan. Tetapi demi tuannya, dia memberanikan diri.

"Awak tahu ke mana saya pergi setiap kali saya keluar ikut pintu belakang?" tanya Ying Hua lagi. Hatinya berdebar-debar ingin tahu.

Tidak mungkin Wu Xiao Hua benar-benar curang! Tetapi apa yang diberitahu Xin Xin itu sungguh meruntunkan hatinya. Dia masih lagi cuba untuk berfikiran positif tetapi kebenaran itu begitu menyakitkan.

Xin Xin menggeleng kepala sebagai jawapan. "Tuan puteri tak pernah cakap ke mana tuan puteri nak pergi. Mungkin tuan puteri keluar berjalan-jalan ke pekan. Cumanya..." Xin Xin menarik nafas sebelum menyambungkan kata-katanya.

Ying Hua menelan air liur. Ayat cumanya itu cukup menakutkan baginya.

"Tuan puteri banyak berahsia dengan semua orang termasuk Putera Yan. Tapi selepas Putera Yan jumpa tuan puteri di kediaman putera makhkota, baru Xin Xin tahu kenapa tuan puteri simpan banyak rahsia..."

"Xin Xin! Awak tuduh tuan awak juga?" Ying Hua sudah berdiri dari tempat duduknya.

Xin Xin segera melutut di hadapan tuannya. "Maafkan saya tuan puteri. Itu cuma andaian Xin Xin. Xin Xin nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Xin Xin tak nak tuan puteri dituduh sebegitu. Tetapi Putera Yan melihat dengan matanya sendiri. Xin Xin tak berani ingkar pada Putera Yan. Semua orang di kediaman Yan bercakap-cakap tentang itu. Mereka pernah nampak kelibat tuan puteri dengan putera makhkota di tempat tertutup."

Selama ini dia tidak terfikir pun tuannya akan berlaku curang. Mendengar berita negatif itu, dia hampir tidak mempercayainya. Seakan-akan dia juga berkomplot dengan tuannya untuk menipu putera keempat. Sehingga sekarang dia masih tidak tahu apakah cerita yang sebenarnya. Apakah itu cuma perjumpaan biasa ataupun sebaliknya seperti yang dikatakan oleh putera keempat itu. Pertemuan di kediaman putera makhkota juga masih menjadi tanda tanya buatnya.

Ying Hua sudah terduduk. Sudah jelaslah wanita bernama Wu Xiao Hua itu curang. Dia mengerti mengapa Shu Yan begitu membencinya. Dia mengerti mengapa lelaki itu mahu membunuhnya. Kerana Wu Xiao Hua adalah isteri yang curang. Wu Xiao Hua sememangnya pengkhianat!

"Tuan puteri!" Xin Xin bangun mendapatkan tuannya yang lemah itu.

"Xin Xin..." Ying Hua bersuara lemah.

"Ya tuan puteri."

"Rancangan saya untuk dapatkan hati Shu Yan takkan pernah berjaya..." Selepas menuturkan kata-kata itu, Ying Hua merebahkan kepalanya di atas meja. Rasanya rancangannya takkan pernah berjaya untuk selamanya. Mustahil untuk dia mendapatkan hati yang sepenuhnya membenci Wu Xiao Hua. Tidak mungkin.

Semangatnya yang berkobar-kobar akhirnya hilang begitu sahaja. Angan-angan untuk hidup aman di situ sememangnya takkan menjadi realiti. Mahu tak mahu, dia perlu hadap segalanya.

********************

"WANG Shu Xian..." Suara itu mendatar sahaja memanggil nama itu tetapi bernada tegas.

Glup! Shu Xian menelan air liur. Sejak bila abangnya muncul di kediaman Xian? Dia berpaling sambil tersengih kecil.

Shu Yan berjalan menuju ke tempat duduk dengan muka ketat. Yuan Zhen yang berada di sebelahnya hanya mengekori dari belakang.

Sempat Shu Xian membuat isyarat mata kepada Yuan Zhen, ingin bertanya tujuan kedatangan abangnya ke situ. Tetapi Yuan Zhen hanya mempamerkan wajah selamba.

"Yuan Zhen... awak..." Shu Xian menggigit bibirnya menahan geram.

"Wang Shu Xian, melutut!" Shu Yan memberi arahan tegas.

"Hah?" Shu Xian membulatkan matanya.

Yuan Zhen merapati Shu Xian dan memaksa Shu Xian melutut. Masih lagi dia mempamerkan wajah selambanya biarpun dia tahu mengapa putera keempat itu menghukum adiknya itu.

"Tangan kat atas." Shu Yan memberi arahan lagi.

Shu Xian menjeling geram ke arah Yuan Zhen sambil mengangkat kedua tangannya ke atas. Dia tahu abangnya sengaja mengenakan hukuman gara-gara rancangan lalu. Dia geram dengan Yuan Zhen. Mereka berdua berkomplot dalam perancangan itu tetapi hanya dia seorang sahaja yang dikenakan denda itu. Tak adil!

"Tak payah menjeling sangat dekat Yuan Zhen. Abang dah hukum dia awal lagi." Seakan-akan tahu apa yang berada di fikiran Shu Xian, Shu Yan akhirnya bersuara.

"Ya Putera Xian. Tuan Muda Yan dah kenakan hukuman untuk saya. Sekarang giliran Putera Xian pula," ujar Yuan Zhen jujur.

Serta merta Shu Xian tersenyum senang. "Wah... tak sangka benda kecil macam tu abang boleh hukum orang kanan abang."

"Kalau abang tak kenakan hukuman, kalian berdua akan ulang lagi kesilapan tu," ujar Shu Yan tegas. Walaupun Shu Xian adik yang paling rapat dengannya tetapi kalau dimanjakan selalu, barangkali adiknya itu akan membuat sesuatu di luar jangkaannya.

Panjang muncung Shu Xian ketika itu. "Abang akan maafkan Xian tak?"

"Mestilah."

"Kak Xiao Hua?"

Shu Yan tiba-tiba membisu saat nama itu disebut.

Shu Xian menyedari perubahan wajah itu. Dia menarik nafas dan bersuara. "Abang, dia memang betul-betul hilang ingatan. Dia tak berpura-pura. Jangan dengar apa yang orang cakap..."

"Mengarut! Itu semua lakonannya sahaja!" Shu Yan dengan tiba-tiba naik angin. Adiknya sudah dibutakan mata dengan kebaikan palsu Wu Xiao Hua.

Shu Xian mengeluh. Ada benarnya kata orang. Cinta membuatkan mata buta untuk melihat kesalahan. Benci juga membuatkan mata buta untuk melihat kebenaran. Begitulah yang berlaku pada situasi abangnya.

Kerana cinta, Wang Shu Yan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan isterinya. Kini kerana benci, Wang Shu Yan menutup mata untuk melihat kebenaran. Tidak ada satu pun tindakan abangnya untuk menyiasat semua itu.

"Abang... percayalah. Mungkin ada sesuatu yang abang tak tahu." Shu Xian masih tidak berhenti memujuk. Hati abangnya lembut. Tetapi kerana kejadian itu, hati itu menjadi begitu keras sehingga sukar untuk menerima teguran orang lain.

"Wang Shu Xian!" jerkah Shu Yan lalu bangun dari tempat duduknya.

Shu Xian juga bangun. Dia tidak peduli hukuman itu lagi. Hari ini dia perlu menyedarkan abangnya semula.

"Xian percaya Kak Xiao Hua tak bersalah! Abang sendiri tahu berapa ramai yang nak menjatuhkan abang! Mereka hanya menggunakan Wu Xiao Hua untuk jatuhkan abang. Wu Xiao Hua adalah satu-satunya kelemahan yang abang ada. Lihat apa yang berlaku sekarang. Kerana Wu Xiao Hua, abang sendiri leka!

Abang boleh tipu semua orang tapi abang tak boleh tipu Xian! Mulut abang mungkin kata benci tapi hati abang masih sayangkan dia! Kalau sayang, tolong bersihkan nama Wu Xiao Hua! Bukan beri layanan macam sekarang!" kata Shu Xian bernada tegas.

Itu kali pertama dia menyuarakan pendapat dengan begitu emosi. Tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara kepada abangnya.

Shu Yan berdiri kaku. Kedua belah tangannya menggenggam jemari dengan erat. Wajahnya merah padam menahan marah.

"Kalau abang rasa dah tak mampu nak hadap kak Xiao Hua, lebih baik lepaskan dia untuk hidup sendiri. Untuk apa biarkan dia terseksa? Dia sendiri tak ingat apa yang berlaku tapi terpaksa terima hukuman begini." Selepas menuturkan kata-kata itu, Shu Xian terus keluar dari kediamannya.

Terpulanglah apa keputusan abangnya selepas ini. Apa yang dia tahu, dia mahukan yang terbaik untuk Wu Xiao Hua. Mungkin itu adalah yang terbaik.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C10
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập