Tải xuống ứng dụng
95.23% Lukisan Cinta Kita / Chapter 20: Chapter 20

Chương 20: Chapter 20

ketika Lyrine melangkah turun dari bangunan tingkatan 4 dia merasa ada yang memandang dia dan mencuba mengangkat kepala ke arah bangunan tingkatan 5.

Dia ternampak Jaha sedang berdiri di beranda luar kelasnya. sedang memandangnya dengan wajahnya yang dingin.

Lyrine yang hatinya tidak tenang sejak keluar dari kelasnya tersengih-sengih ketika ternampak lelaki itu dari jauh.

"Hai>....< "

Dia melambai ke arah lelaki pujaan hatinya itu. Senyumannya lebar sekali dan manis. sehingga matanya juga turut tersenyum.

Jaha dari jauh hanya memandangnya dingin sebelum masuk ke dalam kelasnya balik. Buat Lyrine perasan pula yang Jaha sengaja keluar dari kelasnya untuk melihat dia! Aduhai.... hatinya makin suka pula kat Jaha. Sebelum ini ini dah terlalu suka. Namun sekarang dah berganda-ganda suka pula!.

Disebabkan oleh kelibat Jaha tadi telah memberi semangat kepada Lyrine untuk ke bilik guru. Dengan semangat membara dia meneruskan langkahnya ke bilik guru.

Sebagai bakal kekasih dan Future wife Jaha, fufufufuuhahaha ( jauh ke langit dah tu Lyrine sayang), dia kenalah menjadi kuat untuk membuktikan yang dia tak salah dalam hal ini!.

kau tua kah apakah, aku tak kisah ah! kebenaran is kebenaran, okey!.

****

Pang!

Meja dipukul kuat oleh wanita separuh umur. umur macam dah nak masuk 40 atau 50, Lyrine tak pasti. Yang pastinya wajah mak cik itu sangat garang dan merah kerana marah.

Itulah yang menyambut ketibaan Lyrine tadi.

Mujur bukan dia yang dipukul tetapi meja Tuan Pengetua itu. Entah apa yang dibincangkan Oleh mereka sehingga semarah itu ibubapa Dania dan Aisyah.

Dan ketika dia tiba semua mata melihat ke arahnya. Ada yang risau melihatnya. Ada yang merenung dia dari bawah ke atas. Dan ada yang seperti nak serang dia sekarang juga.

Janggal terus Lyrine. Sabar nek! Saya ni anak orang juga!. Jerit hatinya. Sempat lagi nak berdrama. Tak sempat lagi dia nak melangkah masuk dan tutupkan pintu agar cikgu-cikgu kat luar yang dah siap sedia nak bergosip itu dapat bahan gosip free hari ini, tapi dia dah diserang oleh mulut makcik kat dalam itu.

"Jadi inilah pelajar kurang ajar yang batu apikan anak aku sehingga budak 'Jaha'nam itu pergi belasah mereka?! "

Wow.... mak cik.... bakal suami aku tu. Tak payahlah main kasar ubah-ubah nama ni!. Bisiknya dalam hati namun terlepas pandang yang dia juga tadi digelar dengan gelaran kurang manis.

"Tengok mukanya yang macam perempuan jalang ni dah agak boleh tahu yang dia ini talam dua muka!"

"Muka macam ni memang perempuan sundal saja akan miliki! Kerja menggoda lelaki dengan muka cantik tapi otak tak ada! "

"...." Lyrine di das dengan bazooka tanpa ada peluang nak elak.

Amboi mak cik, nenek! sedapnya mulut mengata anak orang 'jalang' dan 'sundal'!.

Dia masih lagi berada dimuka pintu pejabat Tuan Pengetua. Terus terfikir nak tutup kuat-kuat pintu ini biar tercabut! lepas itu blah!.

Namun terfikir saja tapi tangan dah lama bertindak.

Pranggggg!!!!

"...!!!!!"

Tuan Pengetua mahu tercabut jantung melihat pintu pejabat nya yang dah menjadi mangsa dera hari ini!. Tadi ibubapa yang pergi tutup kuat-kuat dengan lagak gengster. Sekarang pelajar pula yang tutup kuat-kuat kerana marah dan sentap. Namun yang baru ini lagi kuat!.

┬─┬ノ( º _ ºノ) (╯°□°)╯︵ ┻━┻

"ohmamaopocotkau!!!"

Melatah terus mak cik- mak cik kat dalam pejabat Tuan Pengetua itu.

"Hey budak ni! kurang ajar betul!!!"

Lyrine yang berdiri diluar dan menerima semua pandangan terkejut dan bercampur segala rasa dari guru-guru dibilik guru sekarang memiliki muka yang sangat merah kerana malu dan panik.

Hei tangan! Aku baru terfikir nak tutup pintu itu kau dah bertindak! Matilah kita!.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C20
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập