Tải xuống ứng dụng
50% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 8: Tentera Portugis seramai 10,000 berniat datang menjajah

Chương 8: Tentera Portugis seramai 10,000 berniat datang menjajah

Kini sudah hampir 38 purnama Hang Nadim menjadi panglima, tetapi tidak lagi Panglima kelas kedua, atas jasanya menyelamatkan nyawa Puteri sulung Sultan Sariffuddin, baginda melantik Hang Nadim menjadi panglima kelas pertama yang setanding dengan taraf pemangku sultan dan juga memanda bendahara.

*Ding*

Makluman pada host bahawasanya dalam masa 20 bulan tentera portugis akan datang menjajah tanah melaka, Misi kamu ialah mempertahankan negeri melaka, Ganjarannya ialah:-

*50k experience

*2500 Gacha Point

Ganjaran deposit yang host akan terima dahulu ialah

*Ancient auto blacksmith anvil ( ia adalah alatan yang memudahkan host untuk membuat senjata mahupun pakaian perisai tanpa menggerakkan tangannya sendiri dengan hanya satu click kesemuanya mampu disiapkan walau seberapa banyak pun)

*Ruang simpanan tanpa had ( unlimited inventory cubic space)

*10x putaran roulette bertuah.

Kegagalan melaksanakan misi ini Host akan dihantar pulang terus ke dunia asal tanpa kompromi.

"Perghhh...kejam betul hukuman kau ni, aku baru nak merasa bagaimana bahagianya hidup didunia yang bebas dari sisa toksik mahupun pencemaran udara sekarang kau nak hantar aku balik pulak, banyak cantik".

" Mak akhirnya dapat merasai kesenangan hidup, aku tak mahu melukai hatinya, yang mana hati aku sudah sangat menyayangi dia ibarat dia ialah ibu kandung aku sendiri, bapak juga sudah dinaikkan darjatnya menjadi Raja Muda bukan lagi ketua penghulu".

"Baiklah aku terima misi ini*"

Hang Nadim bergegas ke balairong seri istana, mohon menghadap duli yang maha muli tuanku Sariffuddin Shah.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun", " kedatangan patik menghadap tuanku secara tiba-tiba ini membawa 2 khabar berita, satu ialah khabar gembira keduanya khabar buruk", "yang mana tuanku mahu mendengarnya dahulu", " ampun, tuanku".

Tuanku Sariffuddin Shah mula mengerutkan dahinya, baginda sudah mula merasa kurang enak apabila mendengar khabar berita dari Hang Nadim, " sampaikan kepada beta khabar buruknya dahulu", perintah Sultan Sariffuddin.

"Ampun, tuanku, patik mendapat firasat dari suara dilangit mengatakan adanya negara luar akan datang ke melaka dengan niat mahu menjajah negeri melaka, mereka datang dengan kekuatan 100 kapal perang iaitu satu kapal mampu memuatkan seramai 100 orang tentera, jumlah penuh mencecah 10,000 orang, ampun tuanku".

Sultan Sariffuddin mula berubah wajahnya apabila mendengar khabar buruk dari Hang Nadim, kelihatan wajahnya mula pucat lesi, mana taknya jumlah penuh tentera melaka baru mencecah 8,000 orang tetapi tidak kesemuanya berkemahiran dan berpengalaman dalam peperangan, Sultan Sariffuddin cukup arif dengan keupayaan dan kekuatan tenteranya, baginda hanya tahu 2,000 orang sahaja yang mempunyai pengalaman dalam beberapa peperangan, tetapi baki 6,000 orang adalah anggota baharu yang baginda baru lantik menjadi angkatan tentera, terlihat keringat sudah mula membasahi wajah tuanku Sariffuddin.

Hang Nadim hanya berdiri menunggu soalan untuk khabar gembiranya pula, dia menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya soalan yang ditunggu-tunggu telah tiba, " apakah perkhabaran gembiranya wahai Hang Nadim"? tanya tuanku Sariffuddin.

"Ampun tuanku, khabar beritanya, mereka baru bertolak dari negara mereka dan akan mengambil masa selama 20 purnama untuk tiba di Negeri Melaka, " Ampun Tuanku".

Tuanku Saraffuddin menggaru dagunya yang tidak gatal, memikir sepenuhnya perancangan untuk masa akan datang, setelah beberapa belas minit baginda berhempas pulas memikirkan jalan penyelesaian akhir baginda mengeluarkan titah perintah segera, " beta, titahkan Panglima Seri Alam Utama iaitu Hang Nadim menjadi Ketua Panglima Utama bagi mengetuai pasukan tentera negeri melaka, tanggungjawab sepenuhnya beta berikan kepadanya untuk melatih, membentuk mereka menjadi pasukan tentera yang tidak gentar pada musuh, beta juga memberi kuasa penuh kepada Hang Nadim untuk menggunakan apa jua keperluan negara untuk memperbaiki dan memperkuatkan pertahanan negara".

"Ampun tuanku, patik menjunjung perintah"!

Hang Nadim mengundurkan dirinya beberapa langkah lalu berpusing dan keluar terus dari balairong seri, terlihat riak diwajahnya dia tersenyum dan senyumannya itu agak menakutkan dan pada pengawal hulubalang istana yang melihat senyumannya itu secara tidak sengaja menggigil dengan peluh dingin membasahi belakang badan mereka.

------------------------------------

Pada keesokan harinya.

Hang Nadim mengarahkan beberapa anggota tentera dibawah jagaannya menampal notis di pekan-pekan utama, bahawasanya negeri melaka memerlukan lebih ramai lagi anak-anak muda menyertai pasukan tentera dengan bayaran sebanyak 1/2 kati beras, 1/2 kati garam dan gula sebagai bayarannya dan 10 keping wang perak.

Hang Nadim kembali ke terataknya dan mula menyibukkan dirinya dengan mengumpul seberapa banyak bijih besi didalam ruang simpanannya, kini didalam benak fikirannya mahu membuat pakaian perisai untuk pasukan tenteranya tetapi dia tidak mempunyai idea pakaian perisai yang bagaimana boleh menunjukkan mereka ini adalah tentera melayu melaka, lalu setelah lama berfikir dia menggunakan idea iaitu helmet berbentuk seperti harimau dengan taring menutupi hampir separuh wajah hanya dibiarkan bahagian mata saja yang terlihat, perisai didada akan menggunakan pakaian perisai tentera england iaitu "Knight armour", penahan bahu akan diambil dari pakaian perisai yang digunakan oleh samurai, dan sarung tangan dan kasut besi akan diambil dari bentuk pakaian perisai yang digunakan pada era dinasti tang, pakaian rasmi pasukan tempur ialah pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu dan juga kerbau, pakaian lapisan kedua pula akan dilapisi dengan chainmail( perisai berantai ), dan akhir sekali lapisan ketiga yang akan melapisi setiap sendi tubuh dengan bulu kambing bagi mengelakkan berlakunya melecet kulit dengan pakaian perisai sebelum ditutupi dengan sarung tangan besi dinasti tang, kasut besi dan juga helmet.

Untuk perisai pula mereka akan menggunakan perisai bulat spartan, senjata utama parang panjang, senjata kedua lembing 12 kaki, senjata sampingan busur, badik dan kerambit.

Hang Nadim juga menyediakan latihan khusus mengikut routine yang digunakan oleh pasukan tentera dari dunia asalnya tetapi dengan berpakaian perisai penuh mereka perlu membuat push up 100x, Sit Up 100x, Star Jump 100x, Jogging 10 kilometer setiap hari untuk selama 18 bulan dan dalam masa yang sama Hang Nadim menurunkan beberapa langkah TTS yang diambil sedikit atau diolahkan sedikit dari silat cekak hanafi ( tidak berkaitan pada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, cerita ini adalah rekaan semata-mata)

(*TTS*) = Tempur Tanpa Senjata

yang digabungkan sedikit dari teknik aikido yang menggunakan tenaga musuh sendiri dan mengembalikan semula serangan mereka kembali.

Hang Nadim juga memberi tunjuk ajar isyarat tangan yang digunakan ketika dimedan tempur hasil pengalamannya sebagai pasukan simpanan sukarela askar wataniah suatu ketika dahulu.

Dia juga mengajar rutin disiplin kawat, cara tabik hormat, dan gelaran yang patut digunakan ketika dalam perbarisan yang mana teknik pengajarannya tersebar luas ke pelusuk negeri yang mana pengawal hulubalang istana juga mengguna pakai disiplin ini membuat mereka lebih kelihatan gagah perkasa dari dahulu, dan perkara ini diterima pakai oleh Sultan sendiri.

Hanya dalam masa 15 bulan kesemuanya telah selesai kursus asas perajurit angkatan tentera darat. Hari mereka tamat dari kursus hari itu jugalah mereka terima satu set pakaian perisai yang dipanggil sebagai pahlawan harimau berserta senjata-senjata mereka. Kini mereka semua berbaris dengan teratur lengkap berpakaian perisai dan bersenjata, dengan dibelakang mereka tersangkutnya perisai bulat spartan dan juga busur yang disangkut bersama seraga penuh anak panah didalam perisai tersebut, kerambit tersisip rapat dipinggang kiri, badik dipinggang kanan dan lembing 12 kaki ditangan kanan.

Kini Hang Nadim membahagikan tempat tugas mereka dibeberapa kawasan dikota melaka sebagai persiapan untuk hari kedatangan musuh melaka. Setelah selesai segalanya, Hang Nadim bersiap-siap untuk membina bangunan pertahanan yang jauh lebih besar dari A'Famosa, dinding yang diperbuat daripada lumpur yang dicampur lalang kering dan juga beberapa buluh yang dibelah kecil bagi menggantikan penggunaan logam didalam simen bagi mengukuhkan lagi kekukuhan tembok pertahanan, Hang Nadim mengambil masa selama 2 purnama bagi menyiapkan keseluruhan tembok itu dengan bantuan dari pasukan angkatan darat melaka dan juga penduduk negeri melaka, kini tinggal lagi 3 purnama datangnya musuh melaka yang terkuat buat masa ini dalam sejarah melaka universe 18, manakala era melayu melaka dari zaman asal Sofian ialah di universe 13.

Hampir setiap puncak tembok kota melaka dipenuh dengan meriam kembar 3 yang Hang Nadim beli dari gacha shop iaitu meriam dari filem Pirates of the Carribean yang digunakan pada kapal the Flying Dutchman, dimana setiap satu tembakan, meriam itu akan berpusing dan menembak tanpa henti, dengan bekalan peluru meriam sebanyak 1,000.

----------------------------------------------

Hari yang ditunggu telah tiba..

Terlihat dari puncak menara ditembok pertahanan negeri melaka, hampir 100 bayangan kapal layar perang milik kerajaan portugis jelas terpampang dibalik kabus pagi, sedang menghampiri teluk perairan melaka, Hang Nadim melihat dari teropong buatan sambil Hang Nadim tersenyum sinis apabila dia akhirnya dapat mencuba senjata yang dia reka khas untuk bakal-bakal

"lauk" yang berniat buruk keatas negeri melaka, yang kini menghampiri persisiran pantai melaka.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C8
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập