Tải xuống ứng dụng
9.67% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 96: Ya, Saya Merayu kepada Kamu!

Chương 96: Ya, Saya Merayu kepada Kamu!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Baiklah, saya nak tahu apa yang terkandung di dalamnya," kata Chui Ming dengan ketawa jahat, "Adakah ia sejenis perisian?"

"Chui Ming, berikan semula barang saya!" Xiao Mo menjerit marah. Dia hampir terlepas disebabkan kekuatan amarahnya.

Lebih banyak dia bergelut, lebih seronok Chui Ming.

Dia membongkokkan badannya dan meludah ke muka Xiao Mo, "Apa maksud kamu ini milik kamu? Semua orang melihat kamu mencurinya daripada saya, jadi berani kamu mengatakan ini milik kamu?"

Terdapat kebencian yang mendalam di mata Xiao Mo.

Chui Ming telah mengatakan perkara yang hampir sama ketika dia mencuri perisian yang dicipta olehnya bertahun-tahun lalu.

'Apa maksud kamu? Ini saya punya. Kamu telah mencuri ini daripada saya dan berani kamu untuk menuntutnya? Adakah kamu percaya saya mempunyai seratus cara untuk menjadikan kehidupan kamu merana?'

Barang itu miliknya, dia yang mereka perisian itu.

Walau bagaimanapun, dalam waktu yang singkat sahaja ia telah menjadi milik Chui Ming dan dia memang seorang pencuri. Disebabkan oleh Chui Ming, dia terpaksa menghabiskan masa selama sebulan di dalam penjara.Tidak perlu diperkatakan lagi, Chui Ming telah mengupah orang untuk memastikan sebulan dia di dalam penjara itu menjadi kenangan paling pahit dalam hidupnya.

Xiao Lin merayu kepada Chui Ming untuk membebaskan abangnya keluar dari penjara. Chui Ming setuju dengan syarat Xiao Lin harus memberikan tubuhnya padanya. Demi membebaskan abangnya, Xiao Lin setuju.

Bukan sahaja Chui Ming telah merogolnya setiap hari, malah dia telah menyewakannya sebagai hadiah kepada pengikut dan rakan-rakannya.

Demi untuk menyelamatkan Xiao Mo, Xiao Lin mendiamkan dirinya dan menderita secara senyap. Tetapi sedikit demi sedikit, dia semakin hilang arah tujuan.

Apabila Xiao Mo diberikan kebebasan awal, Xiao Lin tidak punya apa-apa yang tinggal dalam dirinya. Bagi Chui Ming tidak ada keseronokan merogol seorang patung yang tidak memberikan reaksi. Jadi Chui Ming melepaskannya.

Setelah Xiao Mo mengetahui apa yang telah berlaku, dia sudah sedia untuk membunuh Chui Ming.

Tetapi kemudian dia memikirkan harga yang harus dibayar adiknya demi membebaskannya dan dia berlembut.

Dia menumpukan semula keutamaannya dan menyedari dia perlu mencari tempat yang tenang untuk adiknya kembali pulih.

Sudah tentu, Chui Ming tidak melepaskannya dengan begitu mudah. Dia menghancurkan prospek Xiao Mo di sekitar bandar, membiarkan mereka kelaparan.

Dia secara rasmi boleh mengambil alih perisiannya sebaik sahaja Xiao Mo mati.

Untuk hidup, Xiao Mo meninggalkan bandar itu dan memulakan kehidupan baru bersama adiknya di Jeti Utara Kampung Nelayan.

Setiap malam dia bermimpi membunuh Chui Ming.

Walau bagaimanapun, realiti akan mendatanginya setiap pagi, dia menyedari impiannya hanya sekadar mimpi.

Namun, dia berpegang pada harapan, selagi dia masih bernafas, dia percaya dendamnya pasti akan terbalas!

Syukurlah, doa-doanya didengar dan Xia Xinghe datang untuk membantu.

Dia telah memberinya harapan untuk membalas dendam.

Harapan itu menjadi kenyataan dan ia dipadatkan ke dalam satu CD.

Tetapi sekarang, sekali lagi, ia telah jatuh ke tangan Chui Ming!

Tuhan seolah-olah mempermainkannya, dengan memberinya harapan namun merampasnya semula. Adakah sejarah akan berulang kembali?

Tidak, dia tidak akan membiarkannya!

"Chui Ming, saya minta kamu untuk memulangkan semula CD itu kepada saya. Hari ini, kamu sudah mempunyai segala-galanya dan saya tidak punya apa-apa, jadi jangan ambilnya daripada saya. Saya merayu pada kamu, tolonglah!"

Chui Ming terkejut, dia tidak menyangka Xiao Mo yang dikenali dengan sikap sombong akan merayu kepadanya.

Dia ketawa gembira dan menambah, "Betul kah apa yang saya dengar ini? Xiao Mo, kamu benar-benar merayu kepada saya?"

Jari-jari Xiao Mo mencengkam lantai dengan sangat keras, dia merendahkan maruahnya dan berkata, "Ya, saya merayu kepada kamu!"

Chui Ming terus ketawa. Mulutnya melengkung sama seperti ekor kala jengking, dan menambah, "Nampaknya CD ni memang begitu penting bagi kamu kan sehingga kamu sanggup untuk merayu pada saya."

Xiao Mo tersenyum sendiri, "Setelah kamu hilang segala-galanya, apa lah erti maruah? Merayu pada kamu bukanlah apa-apa."

Chui Ming percaya kepadanya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C96
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập