Tải xuống ứng dụng
2.35% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 21: Tubuh Badan Ibarat Harta (2)

Chương 21: Tubuh Badan Ibarat Harta (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Cucunya masih lagi bersikap ceria walaupun sudah mengalami pelbagai kesusahan. Tambahan pula Jun Wu Xie kini sangat baik kelakuannya dan bijak. Ini menyebabkan Jun Xian berasa berbelah bahagi dan sedih.

Maklumlah, ada datuk seperti dia pun tidak berguna. Walaupun Jun Wu Xie sudah kehilangan ibu bapanya sejak kecil, datuknya tidak berupaya melindunginya dan memberikan dia kehidupan yang stabil.

"Perkara ini, Datuk serahkan pada kamu. Kalau kamu mahu lakukannya, teruskan. Ingat, selagi Datuk masih ada, tiada siapa boleh buli kamu", kata Jun Xian sambil matanya bersinar. Perubahan pada Jun Wu Xie membuatkan Jun Xian berasa sangat gembira.

"Terima kasih, Datuk," Jun Wu Xie mengangguk.

"Kita ni keluarga, tak perlu formal sangat. Asalkan kamu gembira, Datuk juga senang hati." Baguslah kalau Jun Wu Xie berminat dengan bidang perubatan daripada membiarkan dia berfikir tentang si bedebah Mo Xuan Fei itu.

"Datuk akan suruh hamba-hamba sediakan buku perubatan dan herba untuk kamu. Kalau ada apa-apa yang kurang, beritahu saja kepada Pak Cik Fu."

Pak Cik Fu merupakan orang penting di Istana Lin. Dia mengikut Jun Xian sejak dari usia muda lagi dan menjadi orang kanan dalam Tentera Rui Lin sebelum kemudiannya menyerahkan kuasa kepada ayah Jun Wu Xie. Selepas bersara daripada menjadi tentera, dia mengambil alih hal-hal berkaitan pengurusan Istana Lin.

Sebelum tiba waktu makan tengah hari, Pak Cik Fu sudah menghantar hamba-hamba membawa buku perubatan dan herba. Bilik Jun Wu Xie mula dipenuhi buku dan berkotak-kotak herba. Jun Xian turut mengarahkan sebuah bilik berdekatan kawasan halaman Jun Wu Xie diubah menjadi farmasi.

Pak Cik Fu datang memeriksa jika semuanya sudah cukup sebelum meninggalkan bilik itu. Jun Wu Xie membaca sekilas lalu beberapa buah buku berdekatan sebelum meletakkan buku-buku itu ke tepi.

Buku-buku yang dihantar kepadanya mungkin bukan yang terbaik, tetapi masih merupakan jenis yang jarang ditemui. Namun, sebaik memegang buku-buku itu, dia boleh menghafal setiap maklumat, malahan mencadangkan kaedah rawatan lebih hebat daripada apa yang diterangkan dalam buku-buku berkenaan.

Jun Wu Xie putus harapan dengan tahap perubatan di dunia ini setelah mengalaminya sendiri di tangan tabib-tabib penipu itu. Dia mahu lihat sama ada herba dan rawatan di dunia ini berbeza dengan di dunianya sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa persamaan, pemahamannya tentang gabungan ubat-ubatan dan herba-herba di dunia ini dan dunianya yang terdahulu sangat hebat. Dalam masa satu hari sahaja dia sudah memahami semuanya. Buku-buku itu merekodkan kegunaan kebanyakan herba-herba di dunia ini dan dalam masa yang singkat, dia sudah menyimpan segala maklumat dalam mindanya.

[Bila Cik akan mulakan?] Kucing hitam itu berjalan di sekeliling farmasi. Bilik itu mengundang nostalgia hasil bauan herba yang memenuhi segenap ruang. Kucing itu mengimbas kembali saat Tuannya duduk di dalam bilik yang serupa, dikelilingi pelbagai herba dan buku perubatan, selama sedekad dia mencuba-cuba pelbagai preskripsi dan rawatan.

"Saya tidak mahu terburu-buru," Jun Wu Xie menjawab dengan tenang, sambil mengeluarkan Teratai Kecil. Untuk memperbaiki dan memaksimakan potensi Jun Xian dan Jun Qing, dia perlu memahami sepenuhnya kesan yang dihasilkan oleh Teratai Kecil.

Teratai putih itu kelihatan seperti mahkota diraja dengan kelopak-kelopak bunga ibarat kristal, tidak seperti teratai biasa yang pernah dilihatnya sebelum ini, Jun Wu Xie menarik nafas dalam-dalam sambil menikmati kecantikan teratai itu dengan matanya.

Dia mengambil sebiji kecil biji benih teratai dan menelannya. Cara mana lagi yang lebih baik untuk menguji kesannya selain melakukannya sendiri?

Pada mulanya, ada rasa sakit dan kebas pada tulang-tulangnya sebelum bertukar menjadi gatal-gatal. Jun Wu Xie mengecilkan matanya apabila kesakitan itu menjadi semakin tidak tertahan dan berubah-ubah setiap minit. Dari rasa gatal-gatal kepada rasa dicucuk-cucuk seolah-olah ada orang mengasah pisau menggunakan tulangnya. Jun Wu Xie mula dibasahi peluh sambil dia mengetap bibir bawahnya.

Perasaan ini lebih teruk dari ditikam dengan pisau.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C21
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập