Tải xuống ứng dụng
2.92% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 26: Racun (4)

Chương 26: Racun (4)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selama satu hari satu malam, Jun Qing terbaring di atas katil dalam keadaan tenat. Semua tabib yang datang dan memeriksa nadinya mempunyai raut wajah bimbang, pendapat mereka semua sama - Jun Qing tidak akan hidup lama.

Dalam tempoh semalaman, Jun Xian seolah-olah menjadi sepuluh tahun lebih tua. Dia duduk di sisi anaknya dan melambaikan tangan menyuruh semua tabib itu pulang ke istana. Dia duduk dalam keadaan sedih dan menekupkan tangannya ke muka.

...

"Benarkah?" Maharaja yang sedang duduk di bilik bacaan mendengar kata-kata tabib yang sedang melaporkan keadaan Jun Qing kepadanya. Wajah Maharaja tidak ada apa-apa ekspresi sambil dia mendengar dengan serius.

"Patik tidak berani berbohong. Racun dalam badan Jun Qing sudah merebak dan sudah menyerang jantungnya." Tabib itu melaporkan dengan jujur.

"Sayang sekali. Arahkan Ginseng Gunung Salji dan Lingzhi Merah dihantar ke Istana Lin." Maharaja berasa sangat murah hati. Kedua-dua Ginseng Gunung Salji dan Lingzhi Merah ialah herba yang jarang ditemui yang digunakan untuk memanjangkan umur seseorang dan jelas sekali yang Jun Qing tidak akan hidup lama.

"Menjunjung perintah, Tuanku."

"Bersurai," titah Maharaja sambil melambaikan tangannya.

Sebaik tabib itu pergi, Maharaja bersandar di kerusinya sambil meneliti skrol di atas mejanya, senyuman kecil terlihat di wajahnya.

...

Suasana di dalam Istana Lin diselubungi kemuraman. Jun Qing terbaring tidak bergerak, nafasnya sangat lemah.

Jun Xian duduk di sisi Jun Qing, matanya merah.

"Kenapa ini tiba-tiba berlaku? Kamu sihat saja selama ini, kenapa racun itu tiba-tiba merebak?" Jun Xian tidak faham, selama ini keadaan Jun Qing stabil, apa yang telah mencetuskan keadaan ini?

Lelaki yang berdiri di sebelahnya mempunyai ekspresi wajah yang muram sambil dia menggenggam tangannya.

"Ada orang yang dicurigai masuk ke Istana Lin baru-baru ini?" tanya Jun Xian sambil mengerutkan wajahnya.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya sambil memandang Jun Qing yang terbaring di katil, hatinya meronta-ronta. Sebelum Jun Qing tidak sedarkan diri, dia telah berpesan supaya tidak memberitahu sesiapa tentang Jun Wu Xie datang bertemunya. Tidak kira apa yang berlaku, Jun Qing sangat yakin yang Jun Wu Xie tidak akan menyakitinya. Dia cuma anggap hidupnya akan berakhir lebih awal, itu saja. Dia tidak mahu membabitkan anak saudaranya dalam rancangan sesiapa pun yang mahu menghuru-harakan Istana Lin.

Tapi kini semua tabib sudah mengatakan Jun Qing tidak akan hidup lama. Perlukah dia menyembunyikan perkara ini selama-lamanya? Lelaki itu berasa berbelah-bahagi. Kalau pelakunya orang lain, dia sendiri akan menyoal siasat mereka, tetapi ini Jun Wu Xie!

Kalau Jun Qing mati, Istana Lin tidak akan ada masa depan lagi.

"Ini…apa yang dah berlaku ni?" kedengaran satu suara yang kebingungan.

Lelaki itu dan Jun Xian sama-sama menoleh dan melihat Jun Wu Xie, yang sedang memegang seekor kucing hitam, berada di muka pintu dengan wajah kebingungan.

"Wu Xie...…" suara serak Jun Xian dipenuhi kesedihan.

Lelaki itu menggenggam tangannya sambil menggigil dan menahan dirinya daripada mengatakan sesuatu.

"Pak Cik kamu telah diracun." Jun Xian perlahan-lahan memberitahu Jun Wu Xie sambil menutup matanya dengan perasaan putus asa.

Diracun? Jun Wu Xie terkejut sedikit mendengarnya. Dia cepat-cepat menuju ke katil itu untuk memeriksa nadi Jun Qing tanpa mempedulikan Jun Xian, yang kelihatan terperanjat, serta lelaki itu.

Denyutan nadinya lemah, hampir tidak dapat dikesan. Wajah Jun Qing pucat dan dibasahi peluh yang bercampur dengan bahan berwarna hitam. Semua ini menepati ciri-ciri orang yang diracun.

Kalau orang lain, pasti diagnosisnya ialah keracunan yang teruk, tetapi ini Jun Wu Xie. Dengan pantas dia menemui sesuatu yang berlainan.

Walaupun denyutan nadi Jun Qing lemah, ia masih stabil.

Jun Wu Xie cepat-cepat menarik selimut dan mengalihkan bantal.

"Wu Xie, apa yang kamu buat ni?"

"Pak Cik tak apa-apa." Fikiran Jun Wu Xie fokus kepada rawatan dan dia tidak sedar yang tindakan dan kata-katanya telah memberikan kesan kepada mereka yang berdiri di situ dengan mulut terlopong.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C26
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập