Tải xuống ứng dụng
69.88% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 622: Pembantu Peribadi (4)

Chương 622: Pembantu Peribadi (4)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Wajah Jun Wu Yao yang sangat sempurna itu membuatkan Fan Zhuo, yang juga tidak kurang kacaknya, berasa rendah diri. Dia tidak pernah melihat seseorang yang begitu menawan.

"..." [Dia bukannya abang kandung saya, tentulah wajah kami tidak seiras.]

Jun Wu Xie merungut dalam diam tanpa menyuarakannya.

Tidak lama kemudian Fan Jin kembali dengan wajah yang tersenyum. Dia duduk lalu terus berbual mesra dengan Fan Zhuo dan Jun Wu Xie .

Mata Jun Wu Xie sekali-sekala memandang ke luar ketika mereka bersembang. Fan Zhuo menyedari perbuatan Jun Wu Xie dan segera menyoal abangnya yang agak dungu itu. "Abang, mana lelaki yang abang bawa keluar tadi?"

Fan Jin menjawab, "Mesti dia berada di dapur."

"..." Wajah Fan Zhuo menjadi kaku.

Fan Jin meneruskan, "Bukankah sekarang sudah waktu tengah hari? Dia kata inilah masa yang tepat untuk dia menyediakan makanan tengah hari untuk Jun Xie. Saya tak mahu mengganggunya."

[Contoh bakat cemerlang yang diasah oleh Keluarga Jun. Walaupun baru tiba di tempat baru, dia sudah pun begitu rajin. Lelaki adalah contoh pembantu peribadi yang sempurna, jauh lebih baik daripada Ah Jing yang degil dan keras kepala itu.]

Mulut Fan Zhuo kelihatan resah dan dia cepat-cepat berpaling memandang Jun Wu Xie .

Tetapi muka Jun Wu Xie hanya berkerut sedikit. Dia menundukkan kepalanya dan tiada siapa yang tahu apa yang sedang difikirkannya.

Sementara itu di dalam dapur, mata Jun Wu Yao memandang timbunan sayuran hijau segar dan pelbagai jenis daging. Senyuman di wajahnya yang sangat tampan itu tidak berkurang sedikit pun. Dia baru sahaja mengangkat kubis besar di tangannya, apabila satu bayang-bayang hitam tiba-tiba meluru masuk sambil berteriak!

"Tuan! Jangan! Tidaaak!" Seorang lelaki berpakaian hitam dan kelihatan seiras dengan Ye Sha tiba-tiba berlutut di atas tanah di hadapan Jun Wu Yao. Wajahnya kelihatan terkejut. Mata hitamnya merenung kubis di tangan Jun Wu Yao, seolah-olah kubis itu sangat menyakitkan hati dan telah menghinanya.

"Apa?" Jun Wu Yao mengangkat matanya dan memandang lelaki itu.

"Mustahil kami akan membiarkan Tuan kami yang mulia ini mencemarkan tangan untuk melakukan tugasan remeh seperti ini!" Lelaki itu berasa sedih. Dia mengeluh ketika memandang Jun Wu Yao, berasa terhina dan malu kerana Tuannya terpaksa menyentuh seketul kubis yang masih mentah dan belum dipotong.

"Kenapa tidak?" Jun Wu Yao bertanya sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Saya mohon Tuan pertimbangkan semula hal ini!" Lelaki itu memohon dan merayu sambil menghentakkan kepalanya di atas lantai, berasa resah seolah-olah langit akan runtuh tak lama lagi.

"Ye Mei, kamu patut belajar daripada Ye Sha." Jun Wu Yao menoleh ke arah Ye Sha yang tiba-tiba muncul di pintu.

'Zum.'

Ye Sha berlutut di hadapan Jun Wu Yao.

"Saya mohon agar Tuan pertimbangkan semula."

Mata Jun Wu Yao mengecil, tiba-tiba merasakan keadaan ini agak membosankan.

"Kamu berdua sajalah yang buat." Dia melemparkan kubis di tangannya dan sedetik kemudian, Jun Wu Yao terus lenyap.

Selepas yakin bahawa Jun Wu Yao telah pergi, Ye Mei dan Ye Sha akhirnya mengeluh lega. Seolah-olah merasakan satu beban besar telah diangkat daripada bahu mereka.

Sekiranya mereka membiarkan Tuan mereka mengotorkan tangan seperti ini, mereka perlu membunuh diri akibat jenayah ini!

Maharaja Kegelapan yang menimbulkan perasaan gentar pada semua orang di dunia ini tidak boleh dibenarkan tercemar sedemikian rupa. Mereka tidak akan membenarkan Tuan mereka dihina seperti ini!

Sambil memuji dan memuja Tuan mereka yang berkuasa itu, tangan-tangan mereka mula mengerjakan bahan-bahan masakan tersebut.

Dua lelaki yang gagah dengan ekspresi wajah yang kaku dan tegas, mula menyibukkan diri di dapur kecil ini. Mereka sama sekali tidak sedar betapa keberadaan mereka di dapur ini kelihatan amat janggal dan tidak sesuai. 

Ye Sha berdiri di hadapan papan pemotong. Dia merenung pisau yang tumpul dan besar itu sebelum berpaling memandang ikan kap yang sedang bergerak-gerak di atas papan pemotong tersebut.

Kemudian, dia mengeluarkan pisau belati berkilauan daripada pinggulnya dan sekilas kemudian, sinaran cahaya bersilang di udara! Keseluruhan ikan kap itu telah dibersihkan, dipotong dan dibuang tulang dengan sempurna! Ye Sha memegang tulang ikan yang bersih dihiris itu dan dengan pantas membuangnya ke tepi.

Pisau belati berkembar Ye Mei melayang dengan pantas di udara. Dalam sekelip mata sayur-sayuran segar itu telah dipotong menjadi kepingan bersaiz kecil. Setiap potongan sayur itu sama saiz dan tanpa ada sebarang perbezaan.

Walau bagaimanapun...

Sepanjang proses penyediaan itu, kedua-dua wajah lelaki itu kelihatan kaku dan tidak berperasaan. Mata mereka sangat menggerunkan. Kedua-duanya langsung tidak kelihatan seperti sedang menyediakan hidangan, tetapi seolah-olah sedang melakukan pembunuhan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C622
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập