Dyla ke kelas dengan mata bengkak dek menangis semalam dan terus tertidur. Matanya sepet hingga sukar untuk dibuka. Hanya satu yang dia boleh guna. Cermin mata hitam! Pandangan budak kelas yang lain jangan nak kata. Semua menuduhnya bajet cool, bajet bajet bajet. 'Ahh. Whatever.'
"Kau dah kenapa dengan cermin mata gerhana ni?" Ikram mengusik.
"Jangan kacau." Amaran Dyla tidak dihiraukan.
Lantas tangan gatal Ikram menarik cermin mata itu. Nak ketawa pun ada, kesian pun ada, serba salah pun ada. Semua bermain dalam fikirannya.
"Kau kenapa ni?" Ikram menolak kembali cermin mata hitam itu. Dyla malas nak marah. Tak guna juga terjerit terlolong marahkan orang yang tak tahu apa yang jadi.
"Takde apalah."
"Kau menangis ke?"
"Hm."
"Sebab apa? Kau kan memang tak boleh menangis banyak-banyak. Dah macam apek-apek dah aku tengok mata kau."
"Adalah masalah aku."
"Kenapa? Cuba cerita dengan aku. Kot aku boleh tolong?"
"Hmm. Privacy aku. Tak payah la aku cerita." Dyla mengeluarkan buku notanya. Puan Asnah masuk ke kelas kemudiannya.
"Dyla." panggil Puan Asnah. Dyla mendongak. Puan Asnah sedikit terkejut dengan apa yang dipakai Dyla.
"Ada orang nak jumpa kamu kat luar." bicara wanita separuh abad itu. Lagaknya seperti ibu. Memang selesa dengan dia.
Dyla berfikir sejenak sebelum bangun dan keluar dari kelas. Dia menoleh kiri dan kanan. Siapa yang cari?
"Dah dapat jawapan?" Alfan sergah dari belakang membuatkan Dyla terperanjat. 'Kau kalau tak terkejutkan aku, memang tak sah!'
"Jawapan saya?" Dyla teragak-agak. Otaknya ligat berfikir.
"Kalau saya setuju pun, mak ayah saya takkan setuju. Plus, hutang awak saya dah bayar. Kenapa awak masih mendesak saya?"
"Kau yang mulakan semua ni. Puncanya dari kau." Alfan mendekati Dyla selangkah.
"Saya dah minta maaf. I was wrong. Okay? Puas?" Dyla lemah. Dah lah dengan kepala sakit ni.
"Seminggu. Aku bagi kau masa seminggu untuk bagi jawapan. Make sure jawapan yang kau bagi tu tak menyusahkan orang yang kau sayang sangat tu."
Dyla tidak membalas. Kepalanya terasa berpinar-pinar hingga dia rebah ke lantai. Alfan menghentikan langkah apabila terdengar bunyi pelik. Kepalanya cepat berpusing. Matanya bulat melihat tubuh Dyla yang sudah tidak bergerak di atas lantai.
Cepat kakinya berlari mendapatkan Dyla. Terus dia memangku Dyla.
"Dyla! Dyla!!" jerit Alfan. Namun jeritan kuat itu langsung tidak membuatkan Dyla sedar.
Melihatkan keadaan Dyla yang tidak memberi respon, dengan kadar segera Alfan mengendong Dyla hingga ke kereta. Silap pula dia hari ni datang sendirian. Tidak bersama Hairul.
Laju kereta Alfan membelah jalan menuju ke hospital.
"APA hubungan encik dengan pesakit?" tanya si doktor. Alfan merenung Dyla. Dia terasa marah. 'Kalau nak pengsan, jangan depan aku!'
"Tunang." jawab Alfan ringkas.
"Pesakit terlalu tertekan. Kalau boleh jangan bagi dia stress." pesan doktor wanita yang dalam lingkungan 30-an itu.
"Okay." mata Alfan masih tertacap pada tubuh Dyla yang terbaring di atas katil. Jemarinya digenggam. 'Jangan terlalu lemah lah! Aku tahu kau bukan perempuan yang lemah.'
DYLA meraup wajahnya. Dia tahu Alfan yang menghantarnya ke hospital. Tapi yang ambilnya balik, Saadah! 'Bukan nak tunggu. Ditinggalnya aku seekor-seekor kat hospital.'
"Minum ni." Saadah menghulur segelas air kosong bersama beberapa biji ubat.
"Thanks." huluran disambut lemah.
"Macam mana boleh pengsan?" Saadah mengambil tempat di sisi Dyla.
"Entahlah. Aku dengar dia bebel-bebel, lepas tu terus pengsan."
"Dia?"
"Someone. Kau takde kelas ke?" Dyla malas memanjangkan cerita.
"Ada. Tapi tadi ada orang call aku suruh ambil kau. Tu yang aku terus ambil kau."
"Kau cancel kelas sebab aku?"
"Terharu tak?"
"Terharu sangat!"
Kedua mereka ketawa. Tapi beban di kepala Dyla masih belum hilang. Fikirannya masih kabur. Seminggu bukan satu jangka masa panjang. Tak cukup padanya diberi masa itu untuk memberi jawapan.
'Aku hanya perlu lari. Larikan diri.'
TELEFON bimbit dicapai lemah. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dyla mencari nama seseorang di dalam aplikasi Whatsapp.
Dyla : Alfan..
Alfan : Yup? Kenapa ni?
Dyla : :'( I can't get married now!
Alfan : Kejap-kejap. Married? Dengan siapa? Now?
Dyla: That egoistic Alfan asked me to marry him.
Alfan : Awak setuju?
Dyla: Belum bagi jawapan. Dia kasi masa seminggu untuk fikir.
Alfan: Well.. Dyla tak rugi apa pun, actually. Aite?
Dyla : Alfan! I love someone, remember?
Alfan: Then? If love him, pergilah dekat dia.
Dyla : I can't.
Alfan : Kenapa?
Dyla: Hanya sebab dia anak orang berada, dia boleh buat apa aje. I thought money can't buy happiness. It sure does. Duit beli kebahagiaan Dyla!
Alfan : Dia nak buat apa?
Dyla: Ugut Dyla untuk berhentikan Shah dari kolej.
Alfan: I guess, Shah meant a lot to you, huh?
Dyla: So much! Dyla tak boleh biarkan Shah kena buang just sebab Dyla yang salah.
Alfan: Tapi that egoistic Alfan nak buat apa kat Shah? Mana boleh tiba-tiba berhentikan pelajar.
Dyla: I'm sure he got his own plan. Uncle dia dekan pulak dekat kampus Dyla. Remember, money can buy happiness. Dia boleh buat apa aje. Katanya, kalau dia takde reason nak keluarkan Shah, he can makes one.
Alfan : Guess you don't have a choice.
Dyla : What to do?
Alfan : Get married. For the sake of Shah.
Dyla : Alfan.. :( Takde choice lain ke orang boleh selain korbankan diri orang?
Alfan: I'm sure he loves you. He will. And he always do.
Dyla : How can you be so sure?
Alfan : I'm a guy, remember?
Dyla: Hmm.. Takpelah. Nak kahwin bukan mudah. Banyak hal nak kena fikir. TTYL. :)
Alfan : Good night:)
Dyla buka Facebooknya. Beberapa minit lepas, Alfan ada post sesuatu.
I will always love you
Dyla senyum. 'Alfan si penyayang pun dah dapat cinta dia. Aku? Rasa menyesal pula lepaskan lelaki sebaik dia.'
Dyla menutup kembali komputer ribanya. And he always do. Kata-kata Alfan bermain di dalam fikiran Dyla. Typo terserlah. 'And he WILL always do lah, Alfan.'
Dyla rebah ke katil. 'Ni kalau aku fikir sampai seribu tahun pun belum tentu selesai. Baik aku tidur. Nyaman lah sikit.'
BARU mata nak tertutup, telefon Dyla berdering nyaring. Dyla menarik malas telefon bimbitnya merapati diri. Nombor yang muncul di skrin dipandang sepi. Walaupun tidak bernama, tapi dia memang dah tahu siapa gerangannya.
Lantas telefon itu dibiarkan berbunyi-bunyi. Matanya dipaksa untuk pejam. 'Abaikan, Dyla. Abaikan.'
Dua tiga kali telefon itu berdering tidk berangkat. Akhirnya tuan nombor itu mengalah. Dyla hembus nafas lega. Dia mengiring ke kanan dengan kepala berlapik lengan.
Telefon berdering lagi. Tapi bukan menandakan panggilan yang masuk. Ini bunyi mesej. Dah lama telefonnya tak berbunyi irama itu. Sebab semuanya pakai Whatsapp aje.
Dyla terpaksa kalihkan tubuhnya untuk mengambil kembali telefon yang berada di belakang tubuhnya. Nombor yang sama.
Dyla garu kepala. Tidak mahu membuka mesej itu. Dia terus bangun dari katil dan menyambar tuala. Kakinya melangkah masuk ke bilik air. Telefon yang berdering dibiarkan.
"ANGKATLAH gila!!" Alfan ketap gigi. Telinganya merah menahan marah. Tak reti-reti nak angkat telefon, nak balas mesej?
Beberapa panggilan yang dibuat tidak diangkat. Mesej tidak dibalas. Alfan bangkit dari kerusinya. Baju T-shirtnya dikibas-kibas. Panas! Panas!
Dia merenung skrin telefon bimbitnya bagai nak tembus dengan mata membulat. "Berani dia tak angkat call aku?" bebel Alfan sendirian.
Dia cuba lagi. Tapi tetap tidak bersahut. Makin sakit hatinya. Lantas dia mencampakkan telefonnya ke atas katil dan masuk ke bilik air. Pili shower dipulas hingga ke tahap maksima. Dia duduk di tepi untuk mengambil udara segar.
Bila dia terasa tenang sedikit, baru pili itu ditutup. Alfan menggeleng kepala. 'Aku bukan jenis baran. Aku bukan jenis baran.' Beberapa kali Alfan memotivasikan dirinya sendiri. Tapi rasa marah itu tetap ada.
Alfan keluar semula dari bilik air dan kembali mencapai telefon bimbitnya. Mesej masih belum terbalas!
Ini kali terakhir. Nombor Dyla di dail lagi. Tetap sama. Tidak berjawab. Jantung ni dah macam tengah ada dekat litar F1.
Alfan tak mahu fikir panjang. Dia kemudiannya terus menapak keluar dari bilik dan langkah panjang menuruni anak tangga dengan kadar segera.
"Adik! Nak pergi mana tu?" tanya Alif yang terkejut Alfan keluar rumah dengan T-shirt dan seluar track.
"Keluar kejap."
"Ke mana?"
"Jumpa Dyla."
"Dyla?" Alif garu kepala. Dyla?
Kunci kereta direnggut kasar. Dah lama juga dia tak bawa si Mini Cooper ni. Lepas dibaiki dek kemalangan hari tu, terus kereta simpan di rumah. Jarang bergerak keluar. Semenjak masuk syarikat, Hairul yang menjadi pemandunya membawa ke hulu ke hilir. Ada cuma dua tiga kali dia pandu sendiri. Tapi bukan Mini Cooper. Kereta lain.
KERETA Alfan terpacak di hadapan rumah sewa Dyla. Dyla yang sedang menaip assignment di atas pad kekunci komputer riba terkejut dek bunyi mesej yang masuk. Fokusnya hilang. Dilihat siapa gerangan yang mengacaunya malam-malam macam ni. Orang yang sama, Alfan.
Dyla menggeleng kepala. 'Jangan buka Dyla! Jangan buka!'
Dia meletakkan telefonnya di sebelah komputer riba. Jari dipatah-patahkan sebelum dia mula kembali untuk menaip. Buku di kanan komputer riba menjadi rujukan. Matanya kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Telefon berdering lagi. Panggilan pula yang masuk. Dyla terus tolak panggilan itu. Geram dengan panggilan tidak henti-henti, terus dia tukar mode. Silent!
Alfan rengus. Dia tidak peduli. Hon dibunyikan tiga kali.
Dyla pandang ke tingkap. 'Bisingnya orang luar ni. Tak reti nak hormat privacy orang! Aku nak buat kerja pun tak boleh.'
Bunyi hon berhenti. Dyla menghela nafas lega. Kembali fokus. Kali kedua, hon dibunyi lagi. Kali ini lima kali. Dyla gosok kening. 'Gila la orang luar ni.'
Dia masih membatu di atas kerusi. Tangan makin laju menaip. 'Aku dah la nak kena hantar kerja ni esok.'
Kali ketiga.. Hon berbunyi tanpa henti. Bingit satu taman. Dyla geram. Pen di tangan dihempas ke meja. Cermin mata masih tidak dibuang ke tepi. Dia mengintai di tepi tingkap. Langsir diselak. Mini Cooper!!!! Dyla tersandar di dinding. 'Dia ke yang hon macam nak pecah gegendang telinga aku ni?'
Jantung Dyla berdegup laju.
"Woi! Diamlah gila!!!" terdengar suara orang menjerit-jerit minta bunyi hon dimatikan. Alfan masih berkeras. Matanya tajam memandang ke arah rumah Dyla. 'Masih degil dengan aku?'
Dyla pandang kiri kanan. 'Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?'
"Diamlahhhh!!!" selagi bunyi hon tak berhenti, selagi itulah orang bertambah marah.
'Harulah dia ni!' Dyla genggam jemari.
'Eh, buat apa aku yang gabra lebih? Bukan salah aku pun.' Dyla kembali menenangkan diri. Lantaklah dia nak hon sampai habis bateri kereta pun. Bukan aku yang susah.'
"Dyla!!! Dyla!" baru Dyla nak memulakan kerjanya semula, terdengar namanya dipanggil. Tak cukup dengan itu, hon dan namanya berselang-seli. Dyla. Hon. Dyla. Hon. Dylaaaaaa. Honnnnnn.
Dyla ketap gigi. Telefon dicapai. Nombor Alfan didail. Baru hon mati.
"Baru nak tengok telefon ke?" sindir Alfan.
"Awak nak apa? Mengundang marah orang satu taman! Tak cukup dengan tu, awak panggil nama saya kuat-kuat. Malu satu taman awak tahu tak! Mana saya nak letak muka?" marah Dyla.
"Kalau malu duduk sini, duduk kat rumah aku. Marry me. Senang, aite?"
"Gila. Jangan kacau sayalah!" Dyla hampir mematikan talian.
"Jangan matikan. Kalau tak, bunyi hon boleh sampai esok pagi." ugut Alfan. Dyla merengus.
"Awak nak apa sebenarnya?" suara Dyla mengendur. Lemah.
"Keluar sekarang." arah Alfan.
"Saya da assignment yang nak kena hantar esoklah!"
"Bawa aje sekali."
"Pleaselah. Saya busy."
"Ini sebab kau tak angkat call aku, kau tak reply mesej aku. Keluar sekarang atau aku hon sampai esok pagi? Pilih."
Dyla pejam mata. Bibir diketap.
"Lima minit lagi saya turun." Dyla mengalah. Alfan tersengih. 'Padan muka.'
Suasana taman itu jadi lengang selepas jiran tetangga memaki hamun si Alfan ego ni. Selesai sudah misi Alfan. Dia tersenyum puas sambil kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala. Matanya tidak lepas dari memandang pintu utama rumah sewa Dyla hinggalah gadis itu keluar dengan muka masam. Dyla membawa sekali komputer riba dengan buku-bukunya. Kaki melangkah hingga ke tepi pintu kereta.
"Masuk." arah Alfan dari dalam kereta dengan isyarat tangan. Dengan malas Dyla membuka pintu itu. Tubuhnya dihempas masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
"Nak buat assignment kan?" tanya Alfan.
Dyla jeling. Tidak bercakap sepatah pun. Alfan senyum sinis. Kemenangan terasa.
"Buat dekat McD." Padel minyak terus dipijak kuat hingga membuatkan Dyla yang belum sempat memakai tali pinggan keledar, terkebelakang. Mukanya berkerut seribu. 'Aku sumpah lelaki ni makan kaki kejap lagi.'
"NAK makan apa?" soal Alfan yang duduk di hadapan Dyla. Dyla mengeluarkan komputer ribanya. Buku disusun sebelah. Cermin mata dikeluarkan dari poket. Jari terus menari di atas pad kekunci sambil mata menjeling-jeling buku sebelah.
"Cik kak, ada mulut tak?" Alfan meletakkan kedua lengannya di atas meja. Matanya menikam anak mata Dyla. Dyla merengus. Hari ni hari merengus buatnya. Kepala Dyla didongak sedikit.
"Awak ada mata tak? Tak nampak orang tengah busy?" balas Dyla.
"Ada pun mulut. Tapi tak reti nak jawab soalan. Dalam mulut tu ada emas ke?" sindir Alfan.
Dyla menghela nafas. Geramnya terasa diseluruh pelosok urat. 'Ada juga yang kena sidekick free-free ni.'
"Saya tak nak makan." Dyla membalas pandangan Alfan.
"Kau SPM hari tu, BM A tak?" tanya dia tiba-tiba. Dyla pelik. Out of topic.
"Kenapa kalau A pun?"
Alfan ketawa sinis. "Macam mana boleh dapat A eh? Soalan pun tak reti nak jawab. Aku tanya, kau nak makan apa. Bukan kau nak makan ke tak."
Dyla genggam penumbuk bawah meja.
"Merahnya muka. Malu?" Alfan sengih lantas bangun dari kerusi. Dyla hanya memandang belakang tubuh lelaki itu.
Ada la juga iras dia dengan Alfan si penyayang tu. Tapi perangai? Haram! Terus Dyla mengeluarkan telefon bimbitnya. Alfan dicari.
Dyla : Alfannn :(
Alfan : Kenapa?
Dyla: Lelaki gila tu kacau orang nak buat assignment!
Alfan : Haha. Apa dia buat?
Dyla : Dia bawa orang pergi McD malam-malam!
Alfan: Baguslah tu. Boleh study kat sana. Hahahaha :D
Dyla : I hate him.
Alfan : Hahah. Jangan. Lama-lama sayang nanti, orang yang sedih.
Dyla : Erk..
Alfan : GTG. :)
Dyla : Bye. :(
Dyla menyimpan kembali telefonnya. Dia menggosok sedikit matanya yang terasa pedih. Pedih nak menangis. Air liur ditelan. Buku diselak-selak. Terkumat-kamit bibirnya membaca isi-isi penting.
Alfan datang dengan sedulang makanan. 'Mak aih. Lelaki ni mencekik macam dua tahun tak pernah jumpa McD.' Dyla hanya pandang sekilas juadah yang berada di hadapannya.
"Makan ni." Alfan menolak dulang itu kepada Dyla. Dyla angkat kepala.
"Saya kata saya tak nak makan."
"Aku dah beli tu, makan aje lah."
Dyla buat tak nampak. Dia meneruskan assignmentnya. Alfan bersandar di kerusi. Milo panas menjadi santapannya. Matanya asyik dengan merenung Dyla.
"Kalau awak tenung saya sampai tembus pun, apa awak dapat?" bicara Dyla dengan mata masih di atas buku dan skrin komputer riba.
"Suka hati aku lah. Mata aku."
Dyla kembali diam. Malas nak layan. Alfan memerhati untuk seketika. Matanya tertacap pada kertas biru di hadapan komputer riba Dyla. Dibacanya. Guideline untuk buat assignment rupanya. Tiba-tiba tangannya gatal menolak skrin komputer riba dari belakang hingga komputer itu terkatup rapat. Dyla bulat mata. 'Kerja aku! Kerja aku!!!'
"Apa awak buat ni?!" suara Dyla tinggi.
"Makan dulu." arah Alfan.
Dyla buka kembali komputer ribanya. Dia mencari-cari fail yang baru dibuatnya. 'Astaghfirullah. Sabarkan hati ni. Sabar. Sabar. Hilang semua apa yang aku baru edit. Laptop ni dah la baru lagi. Aku belum set autosaved!'
Dyla pejam mata.
"Fail saya. Hilang semua yang saya edit." berbara mata Dyla memandang Alfan.
"Takde autosaved ke?" Alfan bertanya dengan nada selamba. Dia ke hadapan untuk mencapai apple pie. Kertas apple pie dikoyak. Dengan Bismillah, apple pie selamat digigit.
"Takde." suara Dyla bergetar. Dia sedang menahan marah. Air matanya bergenang. Pandangannya masih garang. Alfan hanya senyum sedikit.
"Makan." Alfan pandang sama garang. Dyla telan air liur yang terasa seperti pasir. Lantas dia bangun menuju ke bilik air. Di situ dia merembeskan air matanya. Kepala dipicit. 'It's gonna be the longest night ever!'
Dengan mata yang masih merah, Dyla keluar dari bilik air dan duduk semula. Dia cuba bertenang. Alfan menolak dulang ke hadapan Dyla. Memaksa gadis itu untuk makan juga.
Dyla ambil secara kasar Big Mac. Dikoyak sedikit demi sedikit burger itu. Sebiji habis tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing.
"Tu, Mac Chicken ada. Makan." arah Alfan. Dyla tenung lelaki di hadapannya. 'Kecil besar, kecil besar aje aku nampak budak ni.'
Tanpa bersuara, Dyla menelan juga sebiji lagi burger. Rasa nak termuntah pun ada. Tapi dia paksa diri juga untuk makan.
"Ha.. Kan senang. Dah habis makan, barulah buat kerja. Hati pun senang!' Alfan kembali menyandar. 'Aku makan dua biji burger, dia makan apple pie dengan minum milo panas aje. Kurang ajaran ya budak ni.' bebel Dyla dalam hati.
Bila matanya kembali ke skrin komputer riba, perasaan jadi hiba. Sakit hatinya muncul kembali. Alfan pula sibuk dengan telefon bimbitnya.
Dengan lafaz bismillah, Dyla memulakan semula kerjanya. Mula dari awal balik. Alfan mungkin dah bosan dengan telefonnya, dia beralih pula kepada buku-buku Dyla. Sedang Dyla sibuk membaca intipati, buku itu ditarik. Dyla merengus.
"I'm trying to do my work, so please." ujar Dyla.
"Gunalah buku tu." Alfan merujuk kepada buku keluaran Oxford yang berada di bawah buku yang digunakan Dyla sebentar tadi. Dyla ketap gigi. Dibuka kasar buku Oxford itu.
Alfan selesai membaca buku rujukan yang berada di dalam pegangannya. Dia mengangkat kepala. Dilihatnya Dyla sudah rebah. Jam dikerling. 3 pagi. 'Dah siap ke kerja dia?'
Komputer riba ditarik dengan muka tiada riak. Masih dengan muka sombong. Alfan kerling kertas guideline dengan isi yang ada di dalam komputer riba Dyla. Masih tak siap. Alfan tenung kepala Dyla. 'Kerja macam ni pun buat berjam-jam.' komennya dalam hati.
~nantikan cerita saya selanjutnya~