Tải xuống ứng dụng
30.18% cempaka dirembulan / Chapter 32: tulang belakang.

Chương 32: tulang belakang.

cempaka duduk di kerusi meja makan. suaminya sudah menyediakan sarapan pagi. ringkas sahaja. cukuplah itu. janji kenyang perut.

" duduk sini.. abang ada benda nak cakap dengan awak.." ikran menunjukkan ruang kosong di sisinya.

cempak menurut.

ikran menyuakan nasi lemak kepada cempaka dan cawan yang berisi milo panas.cempaka menyambut layanan baik suaminya. kagum.

" selepas ini.. belum tentu abang akan ada masa untuk awak seperti sekarang.. abang akan ke jepun selama seminggu.. dan mungkin akan ke itali pula dan kalau ada di sini pun.. mungkin abang akan stay overnight di pejabat. " ikran memulakan mukadimahnya. matanya mencari reaksi cempaka. isterinya itu diam tiada respon.

" abang rasa awak pun tahu. kita bersama kerana keluarga dan dari awal tujuan perkahwinan kita juga jelas. untuk kukuhkan kedudukan kita."

cempaka berpaling pada wajah serius disisinya. dia tidak tahu makna disebalik pernikahan ini. yang dia tahu dia akan terus menyokong suaminya.

" jadi abang harap awak tidak letak tinggi harapan untuk abang sentiasa disisi awak.." ikran akhirnya menyudahkan katanya dengan kejam sedikit.

cempaka menggigit bibir.

" saya tahu.. dari awal saya tahu.. abang jangan risau tentang saya. saya akan sokong semua yang abang buat selagi abang suami saya." cempaka menjawab dengan tenang.

" thank you memahami.." ikran menarik cempaka rapat kesisinya mencium dahi isterinya.

cempaka senyum senang hati.

"abang jangan risau. saya akan duduk di villa tunggu abang balik.. masakkan sedap-sedap untuk abang." janji cempaka.

ikran angguk.

" that my girl.. "

cempaka terasa berbunga hatinya apabila ikran mengakui dirinya adalah miliknya.

" so untuk dua hari ni.. abang akan ada di sisi awak.. temani awak.." janji ikran.

" okey.. nah makan ni.." cempaka menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut ikran. cempaka ingin menikmati masa terluang bersama suaminya ini.

"kenapa kau tetiba baik dengan kakak aku ni?" soal orkid tidak tahan mendengar si ikman memuji-muji cempaka. macam ada sesuatu sangat.

ikman ketawa. semua orang di sekeliling menoleh pada meja mereka berdua.

" dah kakak ipar aku.. mestilah aku puji"

mudah jawapan ikman.

" masa-elahnya..kakak ipar engkau tu.. kakak aku.." marah orkid terasa ikman mempermainkannya.

" kau ni.. patut bangga tau aku puji kakak kau. kang aku puji pempuan lain dengan abang aku.. kau marah aku pulak.." kan.. ada betulnya juga kata si ikman ini.

orkid menjeling. roti bakar di tangannya di suap terus ke mulut ikman. biar terus senyap. terbatuk-batuk ikman.

" apa ni.." marah ikman.

" makanlah.. sedap!"

ikman tak jadi nak marah lebih-lebih. tah macam mana agaknya si orkid ni mengurus kanak-kanak bawah 6 tahun kalau peelnya sebegini.

" apa???" tanya orkid tatkala mata ikman merenungnya dalam.

ikman menggeleng.

" mah.. kamu tahu tak ke mana anak kita honeymoon?" tanya ku najah sambil menghirup kopi panasnya. hari ini ku najah bersama dengan puan rahimah meluangkan masa bersama. sekadar minum petang sambil bergosip tentang hal anak-anak.

" tak tahu lah kak jah.. cempaka tu tak maklum apa-apa pun dekat saya.." balas puan rahimah. cempaka anak yang tidak banyak bercakap dan jqrang berkongsi hal peribadinya bersama keluarga. suka buat halnya sendiri,namun anak ke tiganya itu sangat mendengar kata.

" kak jah bukan apa mah. risau sangat ikran tak jaga anak mah elok-elok.." ku najah meluahkan kerunsingannya.

" kak jah.. jangan fikir bukan-bukan. mah percaya yang ikran boleh jaga cempaka elok-elok. kak jah tengok tid. sejak ikran ambil alih. tid makin kukuh kedudukannya. sama la macam rumah tangga.. tengok laki-laki kita sudahlah.. " puan rahimah menenangkan perasaan sahabat karib merangkap besannya itu. lagipun rumah tangga mana yabg tak bergelora. sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. bait lagu dari salah satu filem allahyarham tan sri p.ramlee berkumandang di telinganya.

"betul tu mah.. terima kasih sebab percayakan anak kak jah.. insyaallah sama-sama kita doakan kebahagian anak kita."

cempaka dan ikran berjalan beriringan mengambil angin petang sambil menikmati keindahan alam.

" sana ada sungai.." cempaka menunjuk ke arah sungai yang cetek mungkin separas betisnya. airnya jernih tanpa pencemaran.

" jom.. duduk sana.." ikran menunjukkan ke arah satu bangku kosong.

cempaka menurut arah tuju ikran. dia melabuhkan punggungnya rapat disisi ikran. mata dipanahkan pada anak kecil yang yang sedang bermain air.

" dulu masa kecil.. saya cemburu kalau tengok budak-budak lain rapat dengan ibu bapa mereka.." cempaka meluahkan rasa hatinya. dulu masa kecil papanya sibuk dengan urusan kerajaan. urusan politik. urusan bisnes. mamanya pula sibuk dengan aktiviti kewanitaannya dan perniagaan. mengikuti papanya ke hulu ke hilir. kerana itu dia tidak berminat untuk menyambung pelajaran lebih tinggi lagi. dia mula menukar arah minatnya. belajar memasak, belajar aktiviti keseniaan. menyibukkan diri dengan aktiviti luar rumah.

" nanti kalau ada anak.. saya nak jaga anak sendiri..nak asuh sendiri." cempaka mula berangan.

ikran mengusap jemari cempaka.

" so.. malam ni kena kerja keras lagilah.." bisik ikran perlahan dekat dengan telinga cempaka.

cempaka ketawa manja. suaminya itu..

" apa ciri wanita idaman abang?" tanya cempaka tiba-tiba.

ikran diam memikir. dia sebenarnya tiada ciri-ciri wanita idamannya pun. namun ciri isteri yang diperlunya ialah,

" wanita yang mendengar kata. itu sudah cukup."

cempaka mengangguk.

" saya nak jadi tulang belakang abang boleh?" pinta cempaka memandang lembut wajah suaminya.

ikran mengusap kepala cempaka.

" saya nak jadi tempat abang bersandar saat abang penat dan letih. orang pertama yang abang cari saat abang perlukan sesuatu. abang sibuk macam mana pun.. abang jangan lupa ada seseorang sentiasa tunggu abang."

ikran terharu. dia menarik isterinya rapat ke sisi.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C32
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập