cempaka berjalan mundar mandir dalam bilik tidur ikran. berfikir kewajarannya untuk bertanya kepada ku najah tentang kewujudan wanita bernama RINA itu. bahagian kanan tubuhnya mengatakan jangan namun bahagian kiri mengatakan tanya jerrkk.. cempaka yang penuh rasa cemburu di dada,termakan hasutan makhluk bertanduk di kepala terus keluar membawa gambar di tangannya mencari ku najah.
" ha... dah mandi pun..jom minum petang dengan umi.." ajak ku najah perasan dengan kehadiran cempaka.
cempaK memaniskan wajahnya. nafas cemburu ditarik perlahan. meredakan sedikit rasa ingin tahunya.dia mengambil tempat berhadapan ku najah.
" ni.. cuba makan ni.. sedap kuih ni.." ku najah menyua pinggan berisi kole kacang kepada cempaka.
" ermmm.. favorite ni umi..." cempaka menyuap laju kole kacang ke dalam mulutnya. menikmati rasa kacang hijau di dalam mulutnya. sesap..lazat.. kebetulan memang ini kuih kegemarannya selain kuih koci. sayang betul cempaka dengan ku najah.
" kalau suka.. makan banyak-banyak..umi tengok cempaka kurus sangat..." suruh ku najah dengan gembiranya.
" umi... boleh cempaka tanya sesuatu kepada umi.." cempaka mula memberi intronya.
ku najah mengangguk.
cempaka menyerahkan satu gambar kepada ku najah dengan tanda tanya di wajah.
ku najah mengambil gambar ditangan cempaka.
" mana cempaka dapat gambar ni?" tanya ku najah sambil mengusap gambar wajah yang amat dirindunya itu.
" ermm.. dalam album foto abang.. kebetulan terjatuh masa cempaka ambil baju dalam almari tadi.." cempaka perasan dengan perubahan riak wajah ku najah. wajah itu berubah menjadi sedih. menyesal pula cempaka bertanya.
" ni anak umi.. anak angkat umi.. dia dah takde.. dia dah pergi jauh tinggalkan umi.."
cempaka terdiam mendengar cerita ku najah.
" nama dia nirina.. dia sangat rapat dengan along,angah dan man.." ku najah menaril nafasnya. mula menyusun cerita supaya cempaka tidak tersalah sangka.
" umi ambil dia jadi anak angkat umi masa umur dia belasan tahun juga.. kami semua sayangkan dia.." ku najah mela teresak. dia tidak dapat menghabiskan ceritanya apabila teringat pemergian nirina. hatinya sakit.
cempaka jadi serba salah melihat ku najah sedih. dia cepat-cepat bangun merapati ku najah dan memeluk tubuh tua itu.
" maaf umi.. cempaka tak tahu.. cempaka ingatkan dia siapa.. maaf ya..sebab cempaka terlalu ikutkan hati..umi jadi sedih pula.." cempaka meminta maaf. terasa bersalah pula menyebabkan ku najah menangis.
" takpe.. benda dah lama berlalu.. cuma umi rasa sedih setiap kali teringatkan dia.." yang sebenarnya ku najah masih tidak dapat melepaskan pemergian nirina lagi.
" takpe umi.. jangan cerita lagi.. aduhhh menyesal cempaka tanya tadi.. tengok..dah tak cantik dah umi menangis macam ni.." cempaka memujuk ku najah dengan lawak hambarnya.
ku najah senyum hambar. terpujuk dengan kata-kata cempaka. dia dapat melihat riak bersalah terpancar di wajah cempaka. pasti cempaka cemburu dengan nirina.
" umi pun minta maaf sebab tak pernah ceritakan dekat cempaka tentang arwah.. kalau umi pun nampak gambar perempuan abi simpan..mahu umi meletup.." dalam sedih sempat juga ku najah berseloroh.
cempaka ketawa. memang pun umi.. hampir-hampir juga nak meletup ni..
' babe.. esok jangan lupa pukul 4 petang dekat hard rock cafe'
nadia menghantar pesanan whatsapp kepada cempaka. memperingati cempaka tentang majlis reunion sekolah. tidak sabar dia mahu melihat kejutan yang akan diberikan zikri. lelaki itu sudah banyak kali menghantarnya pesanan untuk membawa cempaka esok.
' iya.. esok aku datang.. sekarang aku dekat rumah mak mertua aku..'
nadia senang membaca balasan cempaka. perasaanya menjadi semakin teruja. apakah zikri mahu melamar cempaka esok? nonsence... hahaha.. sesekali malukan zikri best jugak.. nadia ketawa galak di dalam biliknya. dia sudah merancang sesuatu di benaknya. sedikit lagi pasti sesuatu akan terjadi. ikran tidak layak bersama cempaka. lelaki macam ikran sepatutnya tidak layak berpasangan dengan perempuan kolot seperti cempaka.
' pukul 10pagi di bean cafe'
al fateh menghantar terus pesanan itu kepada cempaka. dengan tenang dia menanti balasan cempaka. esok adalah peluangnya untuk bertemu cempaka sebelum dia berlepas pulang ke singapura hari berikutnya.
' ?'
itu sahaja balasan cempaka. al fateh senyum sinis. tangannya lincah membalas.
' sy ada hal urgent nak bagitahu cik puan tentang kisah silam ikran..'
al fateh memancing minat cempaka dengan menggunakan perkataan kisah silam. isteri mana yang tak terkinja-kinja nak tahu tentang kisah lalu suaminya.
'okey..cu 2morow'
akhirnya...al fateh ketawa gembira.