ikman menggeleng kepalanya.
" la.. kita kan kawan.. cakap je la.." pujuk orkid.
" takde apa-apa.. penat kerja.." alasan ikman. namun memang hakikatnya dia kepenatan. rasa macam nak pergi bercuti jauh.
" biasalah tu.. dah nama pun kerja..nah ambil ni..dengan kuasa sailormoon.. hilangkan kepenatan tengku ikman.. " orkid menyedekahkan auro positifnya kepada ikman. sengaja dia membuat lawak.
ikman ketawa. mungkin sudah terbiasa dengan anak-anak kecil yang polos,orkid pun sdah seperti anak-anak kecil.
" apa gelak.. betullah.." marah orkid bila ikman tidak berhenti ketawa.
ikman memandang jam tangan vacheron constantin-nya. jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. dia harus menghantar orkid pulang.
" jom.. aku hantar kau balik.." ajak ikman.
orked mengangguk. hari ini dia tidak memandu. sampai ke sini pun dihantar oleh rakan sekerjanya.
puteri tersenyum senang membaca komen- komen netizen berkenaan isu penemuan dua mayat yang disyaki adalah peragawati terkenal. kebanyakannya mengaitkan dengan rakaman video yang tular beberapa hari yang lepas. yang sangat menyenangkan hatinya,semua bukti mengarah kepada bos besar tid, tengku ikran syah. namun sehingga kini difahami pihak lelaki itu mengambil langkah berdiam diri.
" hmm.. akhirnya.. " bisik puteri kepada dirinya sendiri sambil gelak perlahan. beg tangannya disangkut ke bahu,kunci kereta diambil.
cempaka tekun memilih pakaian yang bersesuaian untuk menemani ikran minggu hadapan.dari satu tempat ke satu tempat diiringi oleh mira dan dayana yang setia menemani.
" baju ni cantik?" tanya cempaka kepada dayana.
dayana mengangguk. tangannya diangkat membuat tanda bagus.
" nah.. pergi cuba.." suruh cempaka kepada dayana.
" ehh..tak payah kak.. saya tak padan pakai macam ni.." dayana menolak. lihat harga baju pun sudah cukup buat dia telan liur,apatah lagi nak cuba.
" cuba je lah.. tengok..sesuai ke tidak.." suruh cempaka. kemudian dia berpaling kepada mira.
" nah.. mira cuba ni pula..." cempaka menyerah sepasang pakaian kepada mira pula.
mira menggeleng. tangannya menolak. takut benar wajahnya seolah cempaka memberi binatang merbahaya kepadanya.
" kamu berdua ni.. pergi cuba.. sebagai majikan kamu.. saya arahkan kamu berdua pergi cuba sekarang.." marah cempaka sengaja menekan perkataan majikan. dia nak buat mereka berdua akur dan patuh. susah betul nak beramal. desis hati cempaka.
akhirnya dayana dan mira akur,mencuba beberapa helai pakaian atas desakan cempaka.
sambil menanti,mira dan dayana mencuba beberapa pakaian,cempaka berpusing-pusing lagi mencari pakaian untuk dirinya sendiri.
puteri memasuki butik jasmine dengan riak ceria. namun riak cerianya sekelip mata berubah apabila melihat tetamu tidak diundang. wajah bertukar sinis. dari tempatnya berdiri dia hanýa melihat sahaja cempaka memilih pakaian.
" huh.. langkah kiri ke hapa tadi.." cemuhnya.
cempaka tidak menyedari dirinya diperhatikan. aktiviti memilihnya diteruskan tanpa ragu dan was-was.
dayana dan mira keluar dari bilik persalinan dengan dress labuh yang dipilih cempaka setelah beberapa kali keluar masuk keluar masuk mencuba.
" wa.... cantik-cantik...dik.. semua baju yang diorang cuba tadi tu.. bungkus ya..saya akan bayarkan.." ucap cempaka kepada petugas butik yang setia mengikutnya daripada tadi.
dayana dan mira berpandangan. kedua-duanya hanya mampu akur. nak bantah,sedar status diri. karang dikatakan kurang ajar pula dengan majikan.
cempaka memerhati pakaian-pakaian itu dibungkus sebelum dia membuat bayaran dengan kad yang disediakan oleh ikran kepadanya.
" sebentar ya.. saya kena semak kesahihan kad ini." ujar wanita cina yang bertugas untuk membuat pembayaran.
cempaka mengangguk.
" hello.. saya nak maklumkan.. isteri kepada pemilik tid yang dituduh terlibat dalam skandal pembunuhan itu sedang berada di pavilion." maklum puteri kepada orang yang menjawap panggilannya tanpa memperkenalkan dirinya lalu lalu mematikan talian. senafas.
wartawan yang berada di talian terus bangun. akhirnya tidak dapat menemubual bos besar tid,dapat temu bual isterinya pun jadilah.
puteri menghubungi wartawan-wartawan lain pula dengan cara yang sama. dia langsung tidak memberi pihak sana untuk bertanya.
selesai membuat bayaran cempaka mengajak dayana dan mira menuju ke butik seterusnya.
" cik puan.. kita nak ke mana lagi?" tanya mira serba salah. risau yang amat wajahnya. takut melihat pakaian mahal yang dibelikan cempaka.
" kita pergi cari kasut, alat solek,beg tangan, hmmm.. ada lagilah.." jawap cempaka tidak memperdulikan riak terkejut di wajah kedua-dua wanita itu. pedulikan.
" kak.. tak baik akak habiskan duit tengku dengan beli barang-barang merepek macam ni.." dayana mencuba membantah. beli banyak-banyak bukan dia akan pakai pun. pakaian hariannya t-shirt,seluar jeans atau kemeja. baju ala-ala ladies ni bukan style-nya.
" jangan risau.. ini semua duit saya.. bukan duit ikran pun.. lagipun kalau saya gunakan duit dia pun takpe.. sebab ini memang wang nafkah saya setiap bulan.." betul. apa nak hairan. setiap bulan ikran memasukkan sejumlah wang yang besar untuk dirinya serta keperluan rumah tangga. untuk gaji pembantu rumah juga sudah diasing siap oleh juru akaun tid. jadi..tidak salah cempaka berbelanja.
" tapi cik puan.. kalau tengku tahu..nanti dia marah kami.." takut sungguh mira.
" dah... tak payah nak fikir macam-macam.. jom jalan.." ajak cempaka.
namun...
belum sempat cempaka nak melangkah ke butik seterusnyA,tiba-tiba dia dikerumuni oleh
ramai wartawan. terkejut terus cempaka.
" cik puan.. benarkah suami cik puan terlibat dalam kes pembunuhan?"
" di manakah suami cik puan?"
" apakah hubungan tengku ikran dengan kedua model yang ditemui terbunuh."
berbagai soalan menerpa telinga cempaka. matanya silau dengan sinaran pancaran flash dsripada kamera. cempaka sudah mengelabah.
" maaf.. anda semua tidka dibenarkan mengganggu cik puan.." dayana cepat-cepat menenangkan keadaan dengan cuba menyelit menatik cempaka yang sudah dikerumuni para wartawan.
" maaf-maaf mohon anda semua bersurai.." jerot mira kuat.
cempaka diam membisu dihujani soalan
yang satu apa pun dia tidak tahu hujung pangkalnya.
" mohon anda bersurai.. cik puan sini.. " marah satu suara lelaki yang muncul entah daripada mana. menolak semua wartawan ke tepi dan menarik cempaka laju.
dayana dan mira tergesa-gesa mengikut langkah lelaki itu yang menarik tangan cempaka.
" dayana... halang wartawan dari ikut kami.. dan kamu.. bawa cik semua barang cik puan.. " arah lelaki itu.
cempaka blur memandang lelaki tampan dan sangat muda dihadapannya ini. usia lelaki ini dalam lingkungan belasan tahun mungkin.
dayana mengangguk. dia menahan para wartawan yang cuba mengejar langkah cempaka dan lelaki muda itu tadi.
" sesiapa yang berani mengeluarkan berita dan apa-apa berkenaan peristiwa hari ini.. tengku ikran tanpa teragak-agak akan menyaman anda semua." ugut dayana terus berlalu menjejaki langkah cempaka. lagi satu geram pula dia melihat kemunculan asrafi yang tiba-tiba itu setelah hampir tiga hari langkahnya dijejaki. anal muda itu sangatlah nakal. suka bermain-main.