Tải xuống ứng dụng
66.03% cempaka dirembulan / Chapter 70: banyak betul saingan

Chương 70: banyak betul saingan

" dengar cerita bukan main lagi mengamuk anak toh puan midah tu ye.. agaknya apa yang akan terjadi kalau dia jumpa dengan cik puan cempaka malam nanti.." dengan suara terkilan puan sri maria bercerita. teringat cerita toh puan midah yang terpaksa memujuk anak gadisnya sehingga berkeliling satu dunialah untuk mengubat hati si puterinya itu.

" kenapa ku najah taknak bermenantukan putri tu.. kenapa dia pilih anak si rahimah?" itu yang ramai orang terkilan. ramai yabg tahu datin rahimah memiliki dua anak perempuan yang sangat jarang menonjol di kalangan sosialit. tidak bergaul malah menemani ibu mereka ke majlis besar juga sangat sukar untuk dilihat. padahal ramai yang tidak tahu,cempaka dan orkid tidak suka dengan gaya hidup anak-anak orang kaya ni. mereka berdua cukup terkenal dalam program-program kebajikan dan kerja amal. kalau jadi orang kaya makanya kena hidup penuh dengan gaya mewahlah? kena berlagak dengan kereta besar? hidup mengerah orang? begitu?

" ku najah dengan datin rahimah tu kan bff.. sekampung.. " sahut satu suara salah seorang mak-mak datin itu.

nadia dan beberapa orang peragawati hanya diam sahaja mendengar orang-orang tua ini bercerita. banyak juga info berguna dikutipnya pada petang ini.

" hmm... banyak betul saingan.. " dengus nadia dengan senyum sinis sambil menolak begnya memasuki kamar hotel. dia harus bertindak pantas untuk memenuhi keinginan hatinya.

" cantik tak baju ni mira?" tanya cempaka menunjukkan baju kurung kain cotton potongan negeri pahang bercorak bunga halus.

" cantik..." terangguk-angguk kepala mira seperti burung belatuk mengagumi kecantikan semula jadi cempaka. patutlah ikran jatuh cinta. desis hatinya. dia selalu memerhati,andai berdua dengan cempaka tuan besarnya itu selalu menumpukan seluruh pandangannya menikmati kecantikan cempaka.

" saya nak pakai baju ni lah malam ni.. jom..dandan rambut saya.." cempaka akhirnya memutuskan baju apa yang akan dipakainya.

rambut panjangnya dilepas menyuruh mira mendandannya. tak payah susah-susah pergi salon rambut.

jefri membuka pintu kereta mempersilakan cempaka keluar dari kereta. lady boss-nya itu kelihatan sangat cantik dan menawan dalam persalinan baju kurung pahang.

cempaka melangkah ke dalam hotel sambil diiringi mira dan dayana.

" cik puan.. tu scha.. pelakon dan model terkenal tu..." bisik mira kepada cempaka. suka dia melihat idolanya turut hadir.

" owh.. dia kan salah seorang iko fesyen malaysia.. dia kena datanglah.." maklum cempaka berhati-hati melangkah takut jatuh terpeleot dengan kasut tumit tingginya. kang tak pasal-pasal buat malu tujuh keturunan.

ikman melambai dari kejauhan melihat kemunculan kakak iparnya diiringi dua gadis cantik. cempaka turut membalas lambaian ikman dan menghampiri meja lelaki itu.

" kak long dah ada kerusi ke?" tanya ikman. kalau belum ada,eloklah cempaka duduk sekali satu meja dengannya. malam ini dia mewakili tid dan anak syarikat tid. jadi satu meja khas disediakan untuk wakil-wakil tid dan rasanya malam ini meja yang dipenuhi 10 kerusi ini hanya terisi satu sahaja.

" ada dah.. tapi sini dah takde orang kan? kak long duduk sini je lah.." cempaka lagi selesa duduk semeja bersama ikman daripada duduk semeja bersama mak-mak datin yang kerjanya membawang 24jam.

dayana cepat-cepat menarik kerusi untuk cempaka. sebelum dia melabuh duduk bersebelahan mira yang mengambil tempat sebelah cempaka.

" lama dah tak nampak yana.." tegur ikman. dialah orangnya yang telah menyelamatkan dayana sewaktu gadis ini nyaris dijual sebagai pelacur kelas atasan. ikman jatuh simlati apabila dimaklumkan usia dayana sewaktu kejadian 15 tahun. lalu dia merayu kepada ikran untuk menyelamatkan gadis ini dan menghantarnya ke organisasi untuk belajar dan diberi latihan untuk pertahankan dirinya. jadi sekarang lihatlah gadis ini. makin cantik dan sudah layak berganding dengan pegawai-pegawai organisasi mereka.

dayana pamer senyum. hutang budinya kepada ikman tidak akan terbalas selama hidupnya.

" baru balik dari misi rusia..setahun.." maklum dayana tentang keberadaannya sebelum diarahkan mengawal cempaka.

" owh... kerja elok-elok.. jangan mati.." pesan ikman dengan senyum mesranya.

cempaka yang mendengar pesanan ikman terasa seram pula.

" ehh.. kenapa pesan macam tu dekat orang.. perkataan mati jangan buat main tau.." marah cempaka membulatkan biji matanga kepada ikman.

ikman ketawa. sudah tentulah cempaka tidak mengerti maksudnya. kak iparnya itu terlalu polos.

" kak long.. kenapa nampak berisi sangat sekarang ni.." tegur ikman perasan akan ke-chubby-an wajah cempaka.

" ada isi ke?" usiknya lagi. manalah tahu.. mahu sebulan ke najah buat kenduri doa selamat.

cempaka mencebik.

" haah..ada banyak isi..ikan,ayam,sayur,daging" jawab cempaka dalam nada sarkastik. suka hati jerr.. ikman mengatakan dia gemuk. tidak tahukah ikman..wanita paling benci disebut semakin berisi.

" ingatkan berisi baby tadi.. dah nak call umi dah.." ikman masih lagi bergurau.

cempaka membuat isyarat suruh ikman mendekat kepadanya.

" apa?" tanya ikman dengan wajah curiga.

cempaka memdekatkan mulutnya ke telinga ikman. ingin berbisik. takut sangat orang lain dengar.

" man tahu tak macam mana tanda orang tu mengandung?" tanya cempaka dengan muka blur.

ikman menggeleng.

" adooiii kak.. man ni lelaki.. mana man tahu.. lagipun man mana pernah kahwin.."

cempaka senyum sinis. dia menarik telinga ikman rapat lagi. ada lagi benda yang nak dicakapnya.

" along.. ada tak pengalaman jaga perempuan mengandung?" serkap jarang cempaka.

ikman menggeleng. kalau dia tiada pengalaman mengurus peremluan mengandung,apatah lagi alongnya. cempaka ni merapu sahaja.

" iye ke..?? nirina tu siapa?" dengan muka polos cempaka menyoal ikman.

riak wajah ikman terus berubah. mana cempaka dapat tahu tentang nirina. tidak dapat memberi jawapan untuk soalan cempaka,ikman tunjuk senyum tawar. kepalanya yang tidak gatal digaru.

" hmm.. mana kak long dengar tentang rina?" ikman bertanya sambil menenangkan perasaannya. mulut murainya dikawal.

" rahsia.." cempaka ingi menyambung kata,namun terbatal apabila majlis sudah bermula. keadaan yang riuh rendah bertukar sunyi.

ikman mengusap dadanya. selamat. harap cempaka akan terlupa tentang nirina sehingga abangnya kembali. nampaknya selepas ini dia kena melarikan diri daripada cempaka. lari lagi jauh lagi bagus.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C70
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập