Tải xuống ứng dụng
8.49% cempaka dirembulan / Chapter 9: bakal isteriku bodoh.

Chương 9: bakal isteriku bodoh.

semakin hampir majlis pernikahannya bersama cempaka,semakin berganda tugas yang harus digalas oleh ikran. kini dia meniti satu demi satu anak tangga memperluas lagi gagasan tengku iqbal dan datuknya tengku daud. persiapan pernikahan dan segala tentang urusan pernikahan mereka, bulat-bulat diserah pada keluarga dan perunding perkahwinan khas yang ditempah oleh keluarga kedua belah pihak. mujur bakal isterinya memahami dan mengikut semua telunjuk keluarga mereka dan tidak sekalipun mengganggunya. nampaknya di sini dia beruntung memiliki cempaka. gadis itu tak banyak kerenah. saat cuba pakaian dia tidak hadir cempaka masih okey lagi tersenyum. nampaknya tuhan memudahkan jalannya.

"tuan ni laporan yang tuan minta?" pembantu peribadinya nazim yang entah muncul dari mama menyerahkan satu sampul kepadanya. sampul berupa maklumat tentang cempaka. ingat senang ke nak masuk dalam dunia tengku ikran.

" lengkap?" tanya ikran mengambil sampul yang diberikan dan membukanya.

" tuan boleh tengok sendiri"

ikran dalam diam mengupah orang untuk menyiasat latar belakang cempaka. dia ingin mengetahui adakah wanita ini layak atau tidak memasuki hidupnya. memang diakui cempaka datang dari keluarga kaya raya tetapi lain-lainnya? kotlah cempaka dah ada pakwe ke.. siapa tahu? dia tidak mahu isteri yang suami sibuk bekerja,isteri sibuk bercanda diluar.

" kenapa latar belakangnya langsung tak menarik?" tanya ikran kepada nazim.

" itulah tuan.. saya pun terkejut. " nazim mengakuinya. pelik juga dengan cempaka ni. anak orang kaya,belajar takat tingkatan 5 jerr. itupun cukup-cukup makan je. selepas tamat spm pula bekerja di bakery dan warung kecil tepi jalan. hobi membaca menulis dan membaca komik. cita-cita tiada. betul ke ni profil cempaka. membosankan.

" okeylah.. takpe.. awak keluar dululah.." ikran menyuruh nazim keluar. dahinya berkerut membaca setiap satu laporan yang diterimanya tentang cempaka. untung lahir-lahir dah duduk di dulang emas. tak belajar tinggi dan habiskan duit mak bapak je.. rungut hati ikran. tak sangka umi tergamak membiarkan dia menikahi seorang gadis yang bodoh. ya kategori bodoh jugak la ni. patutlah si cempaka ni tak berani nak merungut bising-bising, rupanya dia sedar diri yang dia tak layak pun bergandingan bersamanya. harapkan muka cantik anak orang kaya, lain-lain semua down. ikran mencemuh di dalam hati setelah menyelidiki sedikit tentang latar belakang cempaka. takpelah ikran.. kau pun bukan nak kahwin sangat. terima jelah... cempaka pun dah cukup cantik. kau anggaplah dia melengkapi kekurangan kau.


next chapter
Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C9
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập