Meng Hao berasa bagaikan identiti yang diperolehnya membawa kelebihan, namun terdapat juga banyak tekanan. Sebagai seorang hedonistik, dia boleh berbuat apa-apa sahaja tanpa dipersalahkan. Walau bagaimanapun, ini Sekta yang besar dan peraturan Sekta tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
'Malang sekali aku tak dapat mencari Bapa Huyan… Aku tak akan dapat menjejaki orang lain dalam masa terdekat ini. Kalau begitu, tak perlulah aku bekerja keras untuk mencari mereka. Aku cuma perlu menumpukan untuk mendapatkan warisan sakti Taois di sini.'
Apabila dia memasuki gua Dewa itu, Ke Yunhai sedang duduk bersila di atas katil batu. Dia memandang Meng Hao dan berdehem dingin.
"Kamu tahukah apa kesilapan kamu kali ini?" tanya Ke Yunhai dengan suara yang dingin.
Meng Hao memandang padanya tetapi dia tidak berkata apa-apa.
"Kesilapan kamu adalah kamu tak sepatutnya membunuh penuntut seguru sewenang-wenangnya!" sambung Ke Yunhai perlahan-lahan.