Tải xuống ứng dụng
50% Masked Rider: Jalan Menuju Akasha / Chapter 1: Prolog
Masked Rider: Jalan Menuju Akasha Masked Rider: Jalan Menuju Akasha original

Masked Rider: Jalan Menuju Akasha

Tác giả: MQxt

© WebNovel

Chương 1: Prolog

Crimson Day's, sebuah insiden berdarah yang sangat tragis dan menyedihkan yang berlaku 100 tahun lalu. Sebuah peristiwa yang menyebabkan manusia berada diambang kehancuran menghadapi pelbagai bencana dan dugaan yang berasal dari kesalahan mereka sendiri.

Manusia melakukan sebuah dosa yang melampaui batas, mereka terlalu serakah dan tamak akan kekuasaan sehingga melanggar nilai kemanusiaan itu sendiri. Mereka tak pernah bersyukur dengan rezeki yang tuhan beri dan menginginkan lebih dan lebih lagi.

Puncaknya, mereka mula berpaling tadah daripada Tuhan yang sentiasa berada bersama mereka, Tuhan yang selalu mendengar segala permintaan mereka dan Tuhan yang selalu memberi mereka rahmat dan nikmat seberapa indahnya hidup di bumi ciptaannya. Di hati mereka mula terdetik sebuah hasrat untuk melampaui Tuhan dengan menciptakan Tuhan mereka sendiri, namun mereka masih tak menyedari apa yang mereka lakukan akan menjadi sebuah malapetaka besar yang akan menimpa mereka kelak.

Demi mencapai tujuan untuk menciptakan pengganti tuhan, mereka sanggup melakukan hal-hal kejam dan tidak peduli dengan moral dan etika kemanusiaan. Mereka melakukan pembantaian di mana-mana, nyawa manusia tidak lagi dianggap berharga. Mereka saling membunuh tanpa belas kasihan, menjadikan pembantaian sebagai hal yang lumrah dalam hidup mereka untuk mencapai hasrat yang mereka inginkan.

Mereka juga melakukan sebuah perperangan yang merenggut berjuta-juta nyawa semata-mata menginginkan kekuasaan, wilayah dan sumber, sementara penderitaan rakyat jelata tidak diperdulikan. Konflik ini berlanjutan, menghancurkan manusia generasi demi generasi.

Manusia mencuba untuk bermain dengan Tuhan dengan mengutak-atik kehidupan. Mereka mencampur-adukkan genetik makhluk hidup, mencipta makhluk yang melanggar hukum alam. Menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan yang tak terkendali.

Semakin lama mereka mula kelihatan seperti haiwan tak berakal, melakukan maksiat dimana-mana bahkan mereka melakukan hal yang tak dapat diterima alam, mencintai sesama jenis sehingga sanggup mengubah anggota badan untuk memungkinkan proses mengawan berlaku.

Pada akhirnya, manusia berjaya menciptakan Tuhan yang mampu mengabulkan segala keinginan mereka yang tiada habisnya. Mereka mula menyembah Tuhan mereka dengan cara yang sangat tidak manusiawi. Mereka mengabdikan nyawa manusia sebagai persembahan. Pada awalnya, Tuhan mereka adalah makhluk yang sangat baik dan mengabulkan segala keinginan mereka sehinggalah suatu ketika, Tuhan mereka mula menunjukkan rupanya yang sebenar.

Crimson Day's menjadi puncak dari segala dosa manusia. Apabila "Tuhan" yang mereka ciptakan mula menunjukkan wujud sebenar, kegembiraan dan rasa syukur yang mereka rasakan selama ini berubah menjadi ketakutan yang tidak terhingga. "Tuhan" yang mereka fikir akan memenuhi segala kehendak mereka sebenarnya bukanlah makhluk yang penuh kasih dan rahmat. Sebaliknya, ia adalah entiti yang haus kuasa dan tidak mengenal batas.

Manusia mula ditimpa bencana yang lebih dahsyat daripada apa yang mereka sangka. "Tuhan" ciptaan mereka mula menuntut lebih daripada sekadar pengorbanan nyawa dan darah. Ia mahukan ketaatan mutlak dan kepatuhan tanpa soal. Mereka yang tidak menurut, dihukum dengan kekejaman yang tidak pernah terbayangkan. Dunia, yang dulunya tempat mereka berkuasa, kini menjadi medan perang di antara mereka dan makhluk yang mereka sendiri bangkitkan.

Pada mulanya, manusia mencuba melawan. Mereka menggunakan senjata-senjata pemusnah besar-besaran yang telah mereka ciptakan untuk mempertahankan diri, namun semua usaha itu sia-sia. Senjata-senjata tersebut tidak mampu menandingi kekuatan "Tuhan" ciptaan mereka sendiri. Semakin kuat manusia melawan, semakin kuat juga balasan yang mereka terima. Kuasa yang mereka sangka akan memuliakan mereka akhirnya menjadi alat kehancuran yang membinasakan hidup mereka satu persatu.

Di saat keadaan semakin tidak terkawal, pemimpin-pemimpin yang dahulu begitu yakin dengan ciptaan mereka mula merasakan betapa dahsyatnya kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka menyaksikan dunia yang mereka bina dengan penuh keangkuhan musnah di hadapan mata. "Tuhan" itu tidak lagi mendengar doa atau perintah mereka. Ia kini hanya memerintah dengan kekejaman, memperlakukan manusia seperti boneka tanpa harga diri. Setiap persembahan manusia hanya memperkuatkan kuasa gelap makhluk itu.

Lebih teruk lagi, makhluk ini mula menguasai elemen alam sekitar. Bencana-bencana alam yang tidak terduga-gempa bumi, tsunami, dan badai api-mula berlaku tanpa henti. Manusia semakin hilang daya untuk bertahan, terperangkap antara kehancuran alam dan kekuatan "Tuhan" yang semakin menggila.

Dalam kehancuran yang melanda seluruh dunia, hanya sedikit manusia yang tersisa. Mereka akhirnya menyedari kesalahan besar mereka: meninggalkan Tuhan yang sebenar untuk mengejar kuasa yang mereka tidak layak miliki. Dalam usaha mereka untuk melampaui Tuhan, mereka hanya berjaya menciptakan mimpi buruk yang tidak dapat mereka kawal. Namun, semuanya sudah terlambat. "Tuhan" ciptaan mereka kini telah mengambil alih bumi sepenuhnya, dan manusia tidak lagi memiliki kekuatan untuk melawan atau mempertahankan diri.

Sekarang, dunia dipenuhi dengan kegelapan dan kehancuran. Setiap sudut penuh dengan kesedihan, dan harapan semakin pudar. Mereka yang masih hidup hanya mampu menyaksikan akibat dari kesombongan mereka sendiri. Dunia yang dahulu megah kini hanyalah kenangan pahit dari kesilapan besar yang membawa mereka ke jurang kehancuran. Manusia hanya mampu berharap untuk keajaiban, tetapi harapan itu semakin pudar-hilang bersama kemanusiaan yang telah lama lenyap.


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
MQxt MQxt

ini adalah fanfic Kamen rider walaupun sedikit melenceng dari konsep kamen rider itu sendiri.

Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C1
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập