Tải xuống ứng dụng
84.61% Destiny 00. / Chapter 11: Angel Prince & Demon Hunter 2.

Chương 11: Angel Prince & Demon Hunter 2.

(3rd Person P.o.V)

 

Sudah perasan apa yang Z akan lakukan terhadap kakak sepupu kesayangannya itu, Leeya nekad melangkah maju ke hadapan Lorelei untuk cuba menghalang Z.

 

"Kau buat apa ini? Ke tepi cepat.", Z meminta Leeya untuk ke tepi.

 

"Tidak, tidak!!!", rayu Leeya dengan muka yang sedih hendak menangis itu.

 

"Tidak? Kenapa?", tanya Z pula kebingungan.

 

"Tolong, tolong Lord Parzivalz. Saya merayu sangat kepada Lord Parzivalz. Tolong, tunjukkan belas kasihan, jangan apa-apakan Lorelei. Tolonglah, kasihanilah sepupu saya…", dengan muka yang sedih, Leeya menundukkan kepalanya merayu kepada Z.

 

"Eh, tunggu kejap, Parzivalz!? Kau kata Parzivalz!?", tanya Rimyuel pula terkejut.

 

"Hahahahaha.", Z langsung ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Leeya yang hendak menangis itu.

 

"Huh? Aduh, senak perut aku. Huh, apalah yang kau merepek ini Cik? Aku tak nak cederakan Lorelei.", jawab Z kepada Leeya. Lantas membuatkan semua orang bingung.

 

"Betul, betul ke ini? Lord Parzivalz tak akan?", tanya Leeya semula.

 

"Yup, aku cuma nak tolong dia. Bukan nak lukakan dia.", jawab Z sambil menunjuk ke arah kaki kiri Lorelei yang masih mengalami kecederaan itu.

 

"Huh, kenapalah semua orang selalu salah faham dengan aku?", kata Z lagi. Dengan satu petikan jari Z sahaja, kaki Lorelei itu sudah sembuh dan pulih sepenuhnya.

 

"Tak mungkin, Tenaga Magik aku? Dah penuh balik?", Lorelei terkejut.

 

"Um, Terima kasih, terima kasih sebab menyembuhkan kaki saya dan mengisi semula Tenaga Magik (Mana) saya. Saya rasa lebih baik sekarang.", ucap Lorelei kepada Z. Tetapi Z hanya buat bodoh dan berlalu pergi menuju ke arah Rimyuel yang masih terlentang dihempap sebatang pokok besar. Rimyuel masih mengerang kesakitan yang amat sangat.

 

Z segera mengangkat batang pokok yang tumbang itu dan mengalihkannya ketepi.

 

"Um lord, Lord Parzivalz?", Leeya cuba memanggil Z itu.

 

"Hei bangang, sini, mari aku tolong.", kata Z sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Rimyuel. Tidak sampai beberapa minit, kesemua kecederaan parah yang dialami oleh Rimyuel telah sembuh sepenuhnya oleh sihir penyembuhan Z.

 

"Huhhhh, legany. Bro, terima kasih. Rasanya aku terhutang budi dengan kau.", kata Rimyuel kepada Z.

 

Tetapi Z sudah berjalan ke air sungai untuk mengutip semula pistol Gungnir.

 

"Lord Rimyuel, milord baik-baik saja!?", tanya Lorelei kepada Rimyuel dengan wajah yang risau sambil membantunya untuk berdiri.

 

"Ya, ya, Aku ok saja.", balas Rimyuel kepadanya.

 

"Hei sini, ambil balik pistol buruk kau ini.", kata Z lalu melemparkan Gungnir semula kepada Rimyuel.

 

"Heh, macam sekumpulan orang bodoh saja.", Z mengejek mereka bertiga itu.

 

"Huh, ok bangang-bangang sekalian. Aku akan tanya benda ini sekali saja. Kita boleh sambung balik untuk membunuh satu sama lain. Iaitu benda yang aku langsung tak galakkan sama sekali. Atau mungkin, mungggggkinnn lah kan, Pilihan kedua. Korang semua setuju nak duduk berbincang dan dengar semua penjelasan aku ini. Jadi, pilihlah dengan bijak?", Z bertanya kepada mereka bertiga. Sambil mereka semua melihat kerosakan di kawasan sekitar mereka yang telah dilakukan oleh pergaduhan mereka sebentar tadi.

 

"Maaf, saya masih keliru sekarang. Kenapa pula awak secara tiba-tiba rela dan baik hati membantu kami sekarang? Bukankah awak sepatutnya adalah seorang Undead Warlock yang jahat dan tidak berperikemanusian?", Lorelei bertanya kepada Z dengan pandangannya yang masih curiga.

 

"Yup, bagus soalan kau itu, Cik. Kecuali, aku bukannya Undead Warlock yang jahat itu, FAHAM!?", Z membalasnya dengan nada marah.

 

"Lorelei, itulah kebenaran yang aku cuba nak cakap sejak dari tadi tahu tak! Lelaki ini Lord Avatar aku.", jawab Leeya pula menyokong kenyataan Z tersebut.

 

"Tunggu, Lord Avatar kau!?", kata Lorelei dan Rimyuel dengan riak terkejut.

 

"Oh Tuhanku, betulkah, betulkah awak ini adalah dia, Shitenshi (Angel Prince), Lord Archmagus?", tanya Lorelei lebih lanjut kepada Z.

 

"Lord Archmagus!? Tunggu, tunggu kejap eh. Kalau tak silap aku tadi. Cik Leeya, kau panggil dia Parzivalz. Aku tak salah dengar kan?", Rimyuel kini menanyakan soalannya kepada Z dan Leeya.

 

"Betul itu. Lelaki ini ialah Lord Archmagus dan namanya Parzivalz, Lord Parzivalz. Dia jugalah orang yang telah menyelamatkan nyawa saya sewaktu saya di dalam kesusahan tadi.", Leeya menjelaskan siapa Z kepada mereka berdua.

 

"Yup, korang sudah dengarkan jawapan dia. Aku Parzivalz. Korang boleh panggil aku 'Z' saja.", kata Z memperkenalkan dirinya kepada mereka sambil menunjukkan paparan skrin Menu sistem Avatar miliknya.

 

"Parzivalz. Kau!? Kau Percival, Z, Z!? Tak mungkinlah? Maksud aku. Seriuslah yang kau Z, arwah kawan aku, Z itu eh!?", tanya Rimyuel lagi kepada Z bagi meminta kepastian daripadanya. Jelas riak wajah terkejut dan tidak percayanya dengan apa yang dilihatnya ini.

 

"Yup, ini aku, Z. Kau nak aku buktikan macam mana lagi Rimyuel?", tanya Z pula.

 

"Itu tak mungkin. Yelah, sebab seingat aku, kau Z, kau sepatutnya sudah mati, K.I.A lebih kurang 21 tahun dulu.", kata Rimyuel kepada Z.

 

<KIA. Killed In Action. Terma yang biasa digunakan oleh tentera.>

 

"Apa!? 21 tahun. Seriuslah!?", tanya Z pula terkejut.

 

"Ya, aku serius. Kau siap masuk berita dekat TV lagi. Kemalangan Gua Laut Dalam, Seorang Ahli Sejarah Ditemui Mati di Bawah Runtuhan Gua.", jelas Rimyuel kepada Z.

 

"Huh kejap. Aku seorang saja yang mati ke? Jadi, Aiwass betul-betul pegang janji dia. Huh baguslah itu, senang hati aku.", kata Z sambil menahan air matanya.

 

"Yup Rimyuel, Ini aku, Z. Jangan kau berani pun bagi aku ayat 'aku tak tahu, aku tak ingatlah' dekat aku. Kalau tak, aku tampal semua ingatan kau itu balik satu persatu ke dalam otak kau yang berkarat ini.", kata Z sambil mencengkam kolar baju Rimyuel.

 

"Ok, ok, relax bro. Sudah tentulah aku masih lagi ingat semua benda, termasuk kau juga, Z. Mungkin? Tapi kan, apa pasal rupa kau lain sangat? Jauh benar berbeza dengan Z yang aku ingat? Dengan telinga tajam itu, dengan lumpur minyak melekit satu badan kau ini. Kau dah jadi orang minyak ke?", soal Rimyuel bertubi-tubi.

 

"Huh, sangat panjang ceritanya kawan. Kau itu pun, jauh beza dari Rimyuel yang aku ingat.", jawab Z pula. Lalu mereka berdua pun berjabat salam.

 

"Ya ampun. Apa sebenarnya yang terjadi dengan dua orang Elf ini?", tanya Leeya dan Lorelei pula sesama mereka berdua dengan wajah yang keliru.

 

"Itulah itu, tadi punyalah berperang macam musuh abadi.", kata Lorelei.

 

"Sekarang ini sudah macam kawan lama tak jumpa pula.", kata Leeya pula.

 

"Ahem, milord?", Lorelei memanggil mereka berdua itu.

 

"Yup. Ya?", jawab Z dan Rimyuel.

 

"Maafkan saya kerana bertanya. Milord berdua kenal satu sama lain ke? Maksud saya, seperti kawan rapat?", tanya Lorelei kepada Z dan Rimyuel.

 

"Lebih kuranglah.", jawab Z. Sambil mereka berdua itu tersenyum lebar dan ketawa.

 

"Habis itu, kenapa tak cakap awal-awal Lord Z?! Kau pun sama Leeya. Sia-sia saja Lord Rimyuel dengan saya buang masa dan tenaga kami untuk membunuh Lord Z tadi!?", Lorelei berkata kepada Z dengan nada marah.

 

"Ya, dia betul Z. Ini soal hidup dan mati tahu? Semua ini jelas salah kau Z. Yelah, tengok diri kau sendiri sekarang, sudah macam orang minyak saja aku tengok. Kau ada apa-apa hujah ke untuk membela diri, Orang Yang Dituduh?", kata Rimyuel.

 

"Ulang balik. Salah aku?! Aku mangsa dekat sini tahu tak? Kau orang bagi tahu aku sekarang. Macam manalah agaknya aku nak cakap awal-awal? Kalau entah dari pelusuk darat mana. Orang macam kau, Rimyuel, kau Lorelei dan kau Leeya…", Z mula menyambung memarahi mereka bertiga semula.

 

"Saya, kenapa saya?", tanya Leeya pula.

 

"Yup, korang tiga bangang langsung salah sangka dan terus layan aku macam? Aku tak tahulah nak kata macam mana sebenarnya. 'Oh tidak, dia ialah raksasa perogol bersiri Undead Warlock yang jahat. Jadi, mari kita mula bunuh dia dulu, tanya mayat dia yang sudah meletup berkecai itu soalan kemudian'. Hah macam itulah lebih kurang.", marah Z lagi.

 

"Hei, itu bukan salah kami lah! Salah Lord Z sendiri lah sebab buat kami tersilap dan tersalah sangka.", jawab Leeya pula.

 

"Salah aku, kau kata salah aku?!", soal Z balik dengan geram.

 

"Hei, hei, cukuplah semua orang. Bawa bertenang eh. Sepatutnya kita kena bersyukur, dan ambil benda yang positif sekarang. Aku masih hidup, Z masih hidup, Leeya dan Lorelei pun selamat dan baik-baik saja. Semuanya ok. Betul kan kata aku ini?", kata Rimyuel kepada mereka cuba untuk meredakan keadaan.

 

"Ya, betul Lord Rimyuel.", kata Leeya.

 

"Lord Z, harap sudi ampunkan semua kekasaran saya waktu tadi. Dan juga, terima kasih banyak-banyak sebab menyelamatkan nyawa adik sepupu saya.", kata Lorelei sambil menundukkan kepalanya di hadapan Z.

 

"Saya juga Lord Z.", kata Leeya juga sambil turut menundukkan kepalanya.

 

"Yup, aku boleh maafkan korang, hal kecil saja. Tapi korang ingat semua itu percuma ke? Servis aku bukannya percuma tahu.", ujar Z sambil ketawa kecil.

 

"Hei Z, kau langsung tak berubah kan. Kau memang tolong orang tak ada ikhlas eh?", soal Rimyuel pula dengan nada yang pedas kepada Z.

 

 

"Ikhlas kau kata? Heh, lepas semua yang aku kena tadi, ikhlas aku sudah lama terbang jauh. Chillax, ini hanya sekadar urus niaga yang mudah saja, nothing personal ok. Aku hanya nak kutip hutang dekat kau orang, itu saja. Kau orang berdua faham tak maksud aku ini?", soal Z pula.

 

"Sudah tentu, apa saja yang milord inginkan, Lord Z.", jawab Leeya dan Lorelei.

 

"Hehe, bagus. Sebagai pampasan. Sekarang ini, aku nak pakaian.", Z meminta sesuatu kepada mereka sambil menghulurkan tangan kanannya.

 

"Ya Tuhan, maaf, maaf. Kami lupa yang Lord Z masih lagi....", kata Leeya dengan muka malu. Dengan segera dia dan juga Lorelei mengalihkan pandangan mereka ke arah lain dengan muka yang penuh merah padam.

 

"Kejap eh. Nah, ambil barang ini.", kata Rimyuel yang sedang mengeluarkan sesuatu dari kotak inventori sistemnya. Lalu menyerahkannya kepada Z.

 

"Hei, seriuslah kawan? Sampah ini saja?", kata Z dengan muka yang tidak puas hati. Barang-barang tersebut adalah sehelai kain cawat dan juga jubah yang dihasilkan oleh kain bendera dan kain rentang yang ditemui oleh Rimyuel semasa di Runtuhan Istana Isolde beberapa jam yang lalu.

 

"Bro, kau tolong diam dan pakai saja? Kalau tak aku tembak ***** kau itu.", beritahu Rimyuel kepada Z sambil mengacukan pistolnya tepat ke arah Z.

 

"Ok, ok, aku bergurau saja. Boleh tak simpan saja pistol sialan kau itu. Bagi aku lima minit.", balas Z sebelum dia berjalan pergi ke gigi air sungai.

 

"Um Lord Rimyuel. Lord Z itu masih marah dan makan hati lagi ke?", bisik Leeya kepada Rimyuel.

 

"Alah sis, Z itu. Kejap lagi reda lah dia.", jawab Rimyuel.

 

"(Bunyi siulan). Korang, tak nak join aku ke? Kita mungkin boleh berseronok sama-sama. Jomlah!?", ajak Z kepada Leeya dan Lorelei sambil tersenyum jahat. Ianya dibalas oleh lemparan sebiji batu dari Leeya yang dengan mudahnya dielak oleh Z.

 

"Hei tak apalah, terima kasih sajalah Elf hentai!", balas Leeya kepada Z.

 

"Ceh, garangnya.", monolog hati Z akan Leeya.

 

<😊😊 Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk tinggalkan COMMENT anda dibawah. Segala sokongan dan komen yang membina amat dihargai. 😊😊>


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
Zlavizrap Zlavizrap

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C11
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập