Tải xuống ứng dụng
100% Sayang Okay... / Chapter 6: 6 - Selamanya

Chương 6: 6 - Selamanya

Ikhwan mematikan enjin motornya. Dia menoleh ke arah kereta Avanza hijau milik bapa mertuanya yang berada di hadapan rumah.

"Ish! Perempuan ni bukannya nak bagitau mak abah datang. Karang tak pasal-pasal aku kena ceramah cakap tak pandai jaga anak dia. Padahal anak dia yang menyusahkan aku." Bebel Ikhwan.

Ikhwan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poketnya. Sejak subuh semalam sehinggalah sekarang dia tidak menyentuh telefon bimbitnya itu kerana sibuk dengan kerja. Terpampang satu persatu nama panggilan tidak berjawab. Semuanya milik Sarah dan keluarga mertuanya.

"Aduh! Dah kenapa minah ni call aku banyak kali? Dah aku tak jawab mengada pulak nak suruh family dia call aku. Saja nak cari geng nak kecam akulah tu!"

"Uwerk! Uwerk!" Bunyi tangisan bayi dari dalam rumahnya membuatkan Ikhwan tersentak. Dia bermonolog dalam hati. Sejak bila ada bayi di rumahnya? Baru kelmarin dia berjumpa dengan Sarah, takkanlah sudah bersalin? Tanpa berfikir panjang, Ikhwan segera berlari masuk ke dalam rumahnya.

"Mak, abah...." Ikhwan menegur mertuanya. Matanya memandang ke arah bayi yang berada di dakapan ibu mertuanya. Dia perlahan-lahan mendekati ibu mertuanya sambil matanya masih menatap wajah bayi itu.

"Mak... Ini anak Wan ke?" Soal Ikhwan dengan nada sebak.

"Iya Wan. Ini anak kamu." Air matanya mula mengalir perlahan-lahan membasahi pipinya. Ikhwan mengambil anaknya itu dari dakapan ibu mertuanya. Bayi yang tadi menangis kini terdiam apabila berada dalam dakapan ayahnya.

"Assalamualaikum anak abi." Ikhwan mengusap kepala anaknya itu dengan lembut. Ikhwan mengesat air matanya. Anak yang selama ini dia tidak mahu terima kehadirannya di muka bumi ini kini berada di tangannya. Dia berasa menyesal dengan apa yang pernah dia katakan pada isterinya ketika Sarah sarat mengandung.

"Abang..." Ikhwan menoleh ke belakang tatkala dia terdengar suara lembut Sarah memanggilnya.

"Sarah!" Ikhwan mengerut dahi. Bukankah Sarah ada memanggilnya sebentar tadi? Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat isterinya itu.

"Mak, abah, mana Sarah?" Soal Ikhwan. Ibu dan ayah mertuanya menoleh ke arah satu sama lain. Entah bagaimana mereka mahu menyampaikan berita ini kepada menantu mereka.

"Mak? Abah? Kenapa ni? Mana Sarah?" Soal Ikhwan dengan nada tidak puas hati.

"Ikhwan, Sarah dah tak ada. Sarah dah meninggal." Mata Ikhwan membuntang tatkala mendengar jawapan yang keluar dari mulut ibu mertuanya itu.

"Mak bergurau ke? Wan baru je dengar tadi Sarah panggil Wan! Bab mati jangan buat gurau la mak!" Ikhwan meninggikan suara.

"Ikhwan!" Ikhwan tersentak tatkala ayah mertuanya meninggikan suara.

"Sarah betul-betul dah meninggal! Dia meninggal tengahari semalam di rumah selepas sahaja anak kamu lahir!" Ujar ayah mertuanya itu. Ikhwan terduduk. Ibu mertuanya segera mengambil cucunya dari dakapan Ikhwan.

"Baiklah, lepas sahaja kau bersalin, aku nak kau pergi dari hidup aku selamanya. Aku tak kisahlah kau nak pergi mati ke, apa ke, asalkan kau jangan ganggu hidup aku dan anak aku."

Ikhwan teringat kembali kata-kata yang pernah dia lontarkan kepada isterinya itu. Ya Allah, suami jenis apakah dia? Sanggup menyuruh isterinya itu mati. Andai masa boleh diputar kembali, mahu sahaja dia melutut pada isterinya itu.

"Tipu! Sarah ada dalam bilikkan?" Ikhwan bersuara. Ikhwan segara berlari ke arah bilik tidurnya mengharapkan isterinya sedang menunggunya di dalam bilik. Ikhwan berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Sarah, abang tau abang banyak buat dosa dengan Sarah. Maafkan abang. Tolonglah berada di sisi abang Sarah. Abang janji, abang akan sentiasa hargai dan limpahkan kasih sayang yang abang tidak bagi pada Sarah sepanjang Sarah mengandungkan anak kita. Tolonglah...tolong. Tolonglah berada di sisi abang, sayang." Ikhwan menangis teresak di hadapan pintu. Dia memegang tombol pintu. Dalam hati dia berdoa agar semua ini hanyalah sekadar mimpi buruk di siang hari dan isterinya itu sedang berdiri menunggu kepulangannya dengan senyuman manis terukir di bibir.

Kreak!

Pintu biliknya terkuak luas. Apa yang diharapkan hanyalah sekadar mimpi sahaja. Apa yang ada hanyalah ruangan bilik yang dihiasi dengan kenangannya bersama isteri tercinta. Ikhwan berjalan perlahan-lahan ke arah katilnya lalu duduk di tempat isterinya selalu berbaring ketika tidur di sebelahnya.

"Sarah..." Ikhwan mengusap bantal yang digunakan isterinya itu. Dia mengambil bantal itu lalu didakapnya erat.

"Pulanglah, sayang. Janganlah seksa hati abang lagi." Ucap Ikhwan. Air matanya tidak berhenti mengalir. Ya Allah, rindu sungguh dia pada isterinya itu.

Mata Ikhwan tiba-tiba menangkap pada sekeping kertas berlipat yang berada di atas lantai.

UNTUK SUAMIKU YANG SANGAT AKU RINDUI

Ikhwan segera mengambil kertas itu lalu membuka lipatan kertas itu. Ikhwan meraung tatkala membaca surat yang pertama dan terakhir dari isterinya.

Untuk suami Sarah yang paling Sarah sayang, rindu & cintai,

Abang, kalau abang terbaca surat ini, itu bermaksud Sarah sudah pergi jauh dari hidup abang seperti yang abang inginkan. Abang, Sarah mintak maaf sebab tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk abang. Apa yang Sarah buat hanyalah menyusahkan suami Sarah sendiri. Terlalu banyak kekurangan dalam diri Sarah sehinggakan Sarah tidak mampu menjadi seorang isteri yang hebat di sisi abang.

Abang, sepanjang ketidakhadiran Sarah di sisi anak kita, berilah tahu buah hati yang Sarah rindui itu yang uminya benar-benar menyayanginya sepenuh hati. Hanya Allah sahaja tahu betapa besarnya rindu dan sayang uminya pada dia.

Sebelum Sarah akhiri penulisan ini, sudikah abang tunaikan permintaan Sarah ini? Walaupun abang tidak lagi cintakan Sarah, Sarah harap sangat di syurga kelak abang izinkan Sarah jadi bidadari abang walaupun untuk beberapa saat sahaja. Kalau abang tidak izinkan...Sarah okay. Mungkin bidadari abang di syurga kelak jauh lebih hebat dari Sarah.

Selamat tinggal suami yang paling Sarah sanjungi, cintai, sayangi dan rindui. Semoga asbab Sarah pergi selamanya, hidup abang akan jadi lebih baik dari sebelum ini. Selamat tinggal syurgaku.

"Sarah, maafkan abang, sayang. Berdosa sungguh abang pada Sarah. Sarah betul-betul isteri yang hebat, sayang. Tunggulah abang di syurga nanti sayang. Jadilah bidadari abang di syurga nanti selamanya." Ikhwan memeluk surat itu dengan erat.

Tiada apa yang boleh dia lakukan melainkan menangisi pemergian isterinya itu. Isterinya telah pun pergi selamanya. Hanya rasa penyesalan dan rindu sahaja akan menghiasi hidupnya selepas ini.


Load failed, please RETRY

Kết thúc Viết đánh giá

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C6
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập