Tải xuống ứng dụng
78.57% ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 11: Bab 10 - Dilatih atau Dibantai ni?

Chương 11: Bab 10 - Dilatih atau Dibantai ni?

"Hari ini kita takkan belajar magis" Kata Tok Awana kepada Ryo dan Ryota yang berdiri dihadapan mereka.

"Eh, mengapa pulak?" soal Ryota yang telah bersemangat untuk menajamkan kepahamanya dalam ilmu magis.

"Fuhh" Ryo melepaskan sedikt nafas lega medengar yang hari ini tiada pelajaran magis, baginya sia-sia dan membuang masa kerana ia tidak akan berjaya untuk dirinya, hanya memahami teori tapi tidak boleh melakukannya.

Mereka berada di satu lapangan dibahagian belakang rumah yang sering dijadikan tempat latihan mereka. Kawasan yang sepatutnya dihiasi pokok dan rumput hijau kini, kelihatan kering dan berlubang kerana latihan yang dijalankan oleh Tok Awarna untuk mereka.

"Harini, tok nak kamu berdua berlatih bertarung"

"Hah bertarung dengan siapa, dengan Ryo?" soal Ryota sambil menunjuk kearah Ryo.

"Dia dah la ponteng kelas, tiada manas macam mana dia nak bertahan" sambungnya lagi sambil.

"Tapi kau hampir kalah kan lawan dia haritu" jawab satu suara dari arah belakang Tok Awarna, kelihatan susuk tubuh tidak asing lagi bagi mereka, dia adalah Kapten Sargas.

"Eh Kapten Sargas, buat apa disini kenapa tidak pakai seragam?" Soal Ryo yang melihat Kapten Sargas yang sedang berjalan menghampiri mereka.

"Heh, Master Awarna yang minta saya datang kesini, lagipun harini aku saya cuti"

Dia kini berdiri berhampiran dengan Tok Awarna, tangannya menyeluk poket seluarnya lalu menyalakan sebatang rokok dan menghisapnya.

"fuhh, jadi harini saya akan bertarung dengan korang kepala batu ni asyik tau nak gaduh je, biar saya tengok kuat mana korang ni" sambungnya lagi selepas menghembuskan kepulan asap keluar dari mulutnya.

"Tok, takpe ke ?"soal Ryo sambil memandang kearah Tok Awarna sedikit cemas.

"Heh, jom kita mulakan saya akan jadi yang terkuat suatu hari nanti lebih hebat dari Nexion" Ryota semangat walaupun dia bakal berhadapan dengan salah satu ketua pengawal kota Enigma.

"Ho ho ho, jangan risau awak akan bertarung dua lawan satu, dan cuba sekurangnya cederakan Kapten Sargas sehabis mungkin" kata Tok Awarna sambil mengurut janggut putihnya, dia kelihatan bersahaja mengambil ruang menjauhkan diri dari Kawasan itu dan berehat dikerusi dan meja yang tersedia berdekatan.

"sebelum kita mula, untuk perlawan kali ini sihir jenis serangan adalah dilarang dan tidak boleh guna tongkat sihir" Kata Kapten Sargas yang kelihatan bersahaja berjalan mengambil posisi bersedia dihadapan mereka.

"Tapi…" Ryo seakan ingin bertanya.

"Dushh!" satu serangan menghentam tubuh Ryota yang tadi berdiri disebelahnya, tercampak jauh menghentam pokok berhampiran mereka, mengejutkan bahawa serangan tiba-tiba itu tidak dapat dilihat dan tidak menghasilkan bunyi.

"Heh budak, dalam pertarungan kena fokus jangan buang masa" Kapten Sargas masih diposisinya menghisap rokoknya yang masih berada ditanganya sementara sebelah tangan lagi memegang kemas hulu pedang yang masih tersarung.

Ryota bangkit semula dengan rasa sakit dan perasaan geram, dia cuba merapal sihir kekuatan pada tangan dan kakinya, partikel manas mula berkumpul, tangan dan kaki Ryota mula dilapisi batu.

"Heh belum tamat lagi!" Ryota memecut laju, berlari kearah Kapten Sargas, ingin melepaskan tumbukan kearahnya.

Tumbukan dilepaskan mengarah ke badan Kapten Sargas namun, tubuh lelaki itu, lesap menjadi asap, lalu satu hanyunan serangan memukul kepalanya, hulu pedang dihentak tepat diatas kepala Ryota.

"aduhhh!" Ryota mengerang kesakitan sekali lagi kali ini kepala dia dihentak hulu pedang Kapten Sargas.

Ryo masih melihat, tidak yakin ingin melompat masuk untuk membantu abangnya, dia melihat pertarungan itu dari jarak selamat.

"Hmm perlu ke pertarungan macam ni"

"Hmm" Kapten Sargas sempat melihat kearah Ryo yang masih tidak bergerak.

"Zupp!" susuk tubuh Kapten Sargas hilang sekali lagi, sedikit lagi Ryota berjaya menendang tubuhnya.

"Eh dia hilang kemana?" Ryo mula panik melihat serangan Ryota yang hanya menjamah kepulan asap yang ditinggalkan oleh Kapten Sargas.

Hati Ryo mula rasa bahaya mula menghampiri, dia cuba menenangkan diri, namun tetap hatinya gementar, takut kerana mungkin bakal diserang oleh Kapten Sargas.

"Dusshhh! Benar kata hati Ryo, satu serangan menghentam dirinya.

"Ouh, kau dapat menahannya" Tusukan hulu pedang Kapten Sargas dapat ditahan oleh Ryo disaat akhir tangannya berjaya menghalang hulu pedang itu dari menyentuh tubuhnya, namun dia masih mentah tubuhnya tidak dapat mengekalkan posisi dan tercampak kebelakang dek kerana daya tusukan yang sangat kuat dilepaskan, tapi dia masih berdiri.

"Heh jangan lupakan aku!" Ryota melompat tinggi kearah Kapten Sargas menyasarkan kepala lelaki itu.

"Kau masih muda" Kapten Sargas tidak mengelak malah menangkap tumbukan itu dan membanting Ryota jauh dari dirinya, sekali lagi menghentam pokok yang sama.

Kali ini pokok itu retak dibahagian tengah dek kerana daya hentaman yang kuat mengegar pangkal pokok itu, namun masih belum cukup untuk menumbang atau mematahkan pokok itu.

"Ho Ho Ho, Kapten jangan sampai mati pulak pokok Kawasan rumah saya ni" Kata Tok Awarna sambil mengisi semula cawan teh nya yang kosong itu, sebelum meminum dengan perlahan.

"Ouh maaf" kata Kapten Sargas sebelum Kembali menghisap rokok yang masih menyala dimulutnya.

Ryo mengambil kesempatan untuk menjauhkan diri dari Kapten Sargas, memasang kekuda bersiap untuk menerima serangan darinya.

"Zupp!" pergerakkan Kapten Sargas semakin cepat dia mula menyerang mulakan pedangnya,tapi masih tersarung tidak mahu mencedarakan mereka.

Serangan bertubi dihayunkan menghentam tubuh Ryo dari arah kanan dan kiri, bebrapa serangan berjaya ditahan, namun pergerakkan hanyunan pedang yang sangat laju menyukarkan Ryo untuk menahan kesemua serangan yang mendatang.

"Jangan bertahan je, serang jika ada ruang!" satu hanyunan dari arah kanan dilepaskan kali ini menyasarkan tubuh Ryo.

"DUSHH!" Ryo menahan dengan tangan kanannya, sakit bukan main bergegar seluruh tubuh Ryo menyerap daya serangan itu, tidak membuang masa Ryo cuba menyerang balas.

"HIYARGHH!" Ryo melepas tumbukan menyasarkan muka Kapten Sargas, namun sekali lagi tubuhnya menghilang, serangan itu hanya menembusi kepulan asap yang terbentuk dihadapanya.

"DUMM!!" Satu banyangan hitam menghentam tubuh Ryo, dia tercampak ke tanah.

"Aduh! Eh Ryota?" Tubuh Ryota yang menghentam Ryo disebalik kepulan asap sebentar tadi.

Ryo mengalihkan tubuh Ryota dari terus menghempap dirinya, badan mereka berdua penuh luka dan lebam dek serangan tanpa ampun Kapten Sargas, dia mengagahkan diri untuk bangkit semula. Melihat Kapten Sargas memandang mereka, bersahaja sambil merehatkan pedangnya diatas bahu, rokoknya juga masih belum habis dihisapnya.

"Haish sampai bila korang nak macam ni, ni 2 lawan 1, jadi kerja sama la" kata Kapten Sargas selepas menghembus keluar asap dari mulutnya.

"Ryota, kau dah puas rehat ke?" soal Ryo sambil menepuk badan Ryota cuba menyedarkannya.

"Aduh, sakitnya" Ryota memegang belakang badannya yang ditendang kuat sebelum menghentam Ryo sebentar tadi.

"Heh, dah kut, jadi apa rancangan kau" sambung Ryota sembil menyisihkan peluh yang terkumpul didahinya.

Ryo mendekati Ryota, membisik rancangannya untuk sekurangnya mendaratkan satu serangan yang mampu melukakan Kapten Sargas.

"Heh boleh tahan rancangan kau walaupun kau tiada manas" kata Ryota sedikit mengejek Ryo, namun nampak Kembali semangat.

"Dah habis ke borak tu?" soal Kapten Sargas yang memberi mereka ruang untuk berbincang sebentar.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C11
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập