Tải xuống ứng dụng
50% MAAFKAN AYAH ALYA / Chapter 5: Derita Yang Menyakitkan

Chương 5: Derita Yang Menyakitkan

Selepas seminggu kejadian Suria meninggal dunia,Izham menjadi seorang yang sangat menderita dan tidak perdulikan anaknya yang baru lahir pada minggu lepas.Dia sehinggakan terbayang-bayang wajah arwah isterinya balik ke rumah.Hari-hari Izham bercakap dengan bayang-bayang Suria seolah-olah Suria sentiasa berada disisinya.Dalam bayangan Izham,Suria berpesan agar dia menjaga anak mereka dengan baik dan dia juga kata bahwa dia sentiasa berada disisi Izham dan anak mereka dan Izham pun berjanji kepada arwah isterinya tetapi dia tidak tepati janjinya.

Pada malam itu mereka sedang makan bersama-sama dan Ismail bertanya Izham.

"Iz daddy nak cakap sikit boleh?"Tanya Ismail.

"Boleh.Apa yang daddy nak katakan?"Jawab Izham.

"Daddy tahu kamu sayang sangat pada Suria tapi kamu tak bolehlah macam ni.Kamu kena kuat.Anak kamu tu perlukan kamu.Kamu mesti jaga dia dengan baik supaya nanti bila dia sudah besar dia tahu yang dia masih ada ayah lagi.Ini tidak,kerja kamu abaikan,anak pun begitu juga.Tak boleh macam tu.Faham tak?"Kata Ismail.

"Ayah cakap apa ni?Saya takkan lupakan isteri saya."Jawab Izham dengan marah.

Lalu Izham terus meninggalkan meja makan dan terus masuk bilik.

Di meja makan,Ismail dan Syarifah berbincang dengan Irham untuk menyedarkan Izham.

"Irham,daddy nak kamu tolong sedarkan Izham tu.Makin lama makin teruk keadaan dia daddy tengok.Sekarang ni kita kena jaga dia sementara menunggu papa dia balik dari luar negara."Kata Ismail.

"Takpelah daddy.Pandai-pandai la Am nanti nak sedarkan dia."Jawab Irham.

"Ha yalah.Mana isteri kamu tak keluar makan ke?Habis lauk ni nanti."Kata Syarifah.

"Dia makan lagi awal daripada kita mommy.Dia kata nak jaga Alya.Itu yang dia makan awal-awal takut nanti takde masa nak makan pula."Jawab Irham.

"Oh macam tu ke.Baguslah dia nak jaga Alya.Takdelah mommy penat sangat kan.Yalah siang mommy dah jaga Alya.Malam dia pula jaga tapi mommy kesiankan dia sebab siang dia kerja malam jaga Alya pula.Mommy kata biar mommy buat tapi dia tak bagi dia kata dia taknak mommy penat."Kata Syarifah.

"Dia memang macam tu mak.Biarlah dia nak jaga.Saya tak halang kalau dia nak tolong lagipun dia dengan arwah Su dulu dah macam adik beradik kandung dah.Rapat semacam.Okaylah mommy Am pergi tengok Aril kejap.Tadi dia kata ada kerja sekolah yang dia tak tahu nak buat."Kata Irham.

"Yalah.Ni semua nanti mommy kemas.Cakap dengan Aira mommy dah basuh pinggan."Kata Syarifah.

7 tahun kemudian,Alya sudah berumur 7 tahun.Alya berjumpa ayahnya di bilik untuk salam sebelum bergerak ke sekolah namun ayahnya tidak layan dia.Apabila Alya di dalam sekolah semua murid dan cikgu kenal dia.Semua kawan sekelasnya ingin berkawan dengan dia dan dia juga ingin berkawan dengan semua orang.Alya seorang yang bijak tetapi selalu tidak ceria apabila tengok ibubapa orang lain layan anak mereka dengan baik.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập