Tải xuống ứng dụng
95.74% Love Between Choices / Chapter 45: Bah. 6: Bagaimana mungkin kau tersenyum saat kumenangis?

Chương 45: Bah. 6: Bagaimana mungkin kau tersenyum saat kumenangis?

Hakim berlilau di sekitar pusat membeli-belah selepas selesai membeli alatan yang diperlukannya. Sedang matanya melilau mencari kedai yang sesuai untuk membeli hadiah untuk anak-anak buahnya, dia tertarik untuk memasuki sebuah kedai menjual barangan bayi dan kanak-kanak.

Dia memasuki toko itu dan sedang dia memilih mainan di suatu bahagian kedai itu, dia disapa oleh seseorang, "Hakim?!". Gerangan itu menyapanya dengan lembut.

Hakim menoleh kepada gerangan yang menyapanya dan tidak menyangka bekas tunangnya yang menyapainya. Wanita itu sedang sarat mengandung dan tersenyum manis kepada Hakim seolah-olah tiada rasa bersalah atas perbuatannya sebelum ini.

"O~, kau, ke, Qistina? Seorang je, ke?" tanya Hakim dengan nada sinis.

"Mana laki kesayangan kau?" tanyanya lagi.

"Shah ada duduk kat luar," balas wanita itu bersahaja.

"O~, baru shopping sikit, takkan dia dah penat melayan kau?" sindir Hakim lagi.

Wajah Qistina berubah mendengar sindiran Hakim.

"Kalah orang mengandung, kan? Kaupun masih larat berjalan ni, huh?" perli Hakim lagi.

"By the way, I hoped you happy with your choice." Hakim berkata dengan bersahaja dan cuba menyembunyikan perasaan terkilannya.

Dia masih ingat dengan jelas pengkhinatan dua orang itu, seorang ada wanita yang amat disayangi olehnya, seorang ada sahabat yang sangat dipercayainya. Namun, mereka dengan mudah mengkhianti dirinya dan memalukannya.

Okeylah, aku pergi dulu. Kirim salam jelah kat laki kau tu," ujar Hakim yang ingin segera pergi dari tempat itu dan tidak mahu lagi meneruskan perbualan itu.

"Hakim, ..." panggil Qistina lembut.

Kakinya terhenti dari melangkah saat namanya diseru dan membuatkannya terkenang akan memorinya bersama-sama Qistina. Qistina selalu memanggilnya sedemikian saat mereka saliing berkasih namun kini kenangan itu bagai mimpi ngeri yang membuatkannya kaku dan usar setiap kali teringat akannya. Hakim tidak menoleh sebaliknya hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Qistina dengan senyap.

"Hakim, please maafkan aku. Aku tahu aku salah tapi tolong jangan terus berdendam dengan aku. Please," rayu Qistina dengan sayu dan lembut.

Dia mengharapkan kemaafan Hakim akan kekhilafannya itu. Dia masih dihantui rasa bersalah namun dia menyedari tidak mudah bagi Hakim untuk memaafkan si pengkhianat sepertinya dan suaminya itu.

"Aku dah lama maafkan kau. Tapi jangan harap aku akan layan kau macam seorang kawan, bertegur sapa dengan kau, berbual dengan kau macam dulu. Aku bukan Hakim yang dulu yang mentah-mentah tertipu dengan sandiwara kalian." Hakim berpaling kepadanya dan mengatakan isi hatinya selama ini.

"Hakim, ..." panggil Qistina sayu saat mendengar kata-kata Hakim itu.

"And I hoped later kita tinggal dalam parallel world. Never intercept each other. Aku tak nak kau wujud dalam hidup aku. Aku harap you never exist from the first time. So, we will never meet and leave me miserable. Like this," luang Hakim lagi yang sangat terkilan saat mengenangkan perbuatan mereka itu.

Hakim merenung wajah sayu Qistina itu seketika itu dan kemudian beredar meninggalkan kedai itu. Dia melihat Shah yang duduk di hadapan toko itu seperti yang dikatakan oleh Qistina dan sedang sibuk melayani telefon pintarnya serta tidak menyedari dirinya yang berlalu di depannya. Dia hanya tersenyum sinis akan pasangan itu.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C45
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập