"Seriuslah?" soal Hakim yang masih tidak yakin.
"Apa? Bolehlah awak save money," ujar Aisyah yang mula rasa tidak yakin dengan keputusannya itu.
"Awak ingat saya ni tak duit, ke?" soal Hakim yang berasa diperlekehkan.
"Taklah. Awak kena save money tu, untuk sponsor saya sepanjang saya kat sini." Aisyah berkata dalam nada bercanda namun menyatakan sesuatu yang sesungguhnya.
"What?" soal Hakim yang semakin keliru dengan situasi itu.
"Okey. Okey. Saya yang tak duit. Tak kawan. Jadi, kalau awak tak menginap dengan saya kat sini. Saya lonely." Aisyah berterus terang tentang situasi dirinya ketika itu.
Hakim tersenyum sinis.
"Okay, fine." Hakim akhirnya bersetuju dengan permintaan Aisyah itu.
"Serius?" soal Aisyah yang seolah-olah tidak percaya dengannya.
"Alright. Thanks!" sorak Aisyah yang begitu gembira dengan persetujuan Hakim itu sambil menepuk-nepuk tangan.
"So, kita tak perlu risau tentang penginapan selama tujuh malam." Aisyah memberitahu sambil tersenyum bahagia.
Hakim memberi signal mengajak Aisyah keluar untuk kembali ke lobi sambil tersenyum lebar. Aisyah akur dan terus berjalan di sisi Hakim.
"Awak cadang nak jalan-jalan kat sini bapa lama?" soal Aisyah berasa ingin tahu sambil tersenyum melihat Hakim di sisinya.
"Selalu saya melancong, paling lama sebulan. Tapi kat Bali ni, tak sure lagi." Hakim membalas sambil melihat persekitaran resort itu yang cantik dihiasi dengan elemen estetik Bali.
"Saya nak follow awak boleh?" soal Aisyah dengan manis.
"Boleh. Tapi as my assistant?" jawab Hakim.
"Assistant? Kawan je tak, boleh?" soal Aisyah yang sedikit hampa.
"Hai, dahlah saya yang sponsor. Awak tak nak jadi assistant saya pula?" ujar Hakim.
"Okey. Jadi, assistant awak kena buat apa?" Aisyah akur dengan permintaan Hakim itu.
"Tengoklah nanti," balas Hakim yang wajah penuh muslihat.
"Bagaimana, Pak? Bagus, kan, vilanya?" Penyambut pelancong itu menyapa mereka.
"Lumayan," balas Hakim.
Mereka bertolak ke pusat sewa kereta. Selesai segala urusan, penyambut pelancong itu meminta diri untuk kembali resort.
"So, what about we have some fun driving date?" ujar Hakim.
"Okey," jawab Aisyah akur.
Enjin kereta itu dihidupkan dan derumannya amat mengujakan. Perlahan-lahan, kereta itu bergerak dan meluncur laju di jalan raya. Mereka melalui jalan-jalan di sekitar Kuta yang sibuk dengan kenderaan dan penduduk kota itu serta pelancong-pelancong yang menikmati makanan jalanan di sisi jalan.
Hakim memberhentikan kereta sebaik mereka tiba di sebuah pantai.
"Jom!" ajak Hakim.
Mereka turun dari kereta dan Hakim langsung menyapa penjaja air kelapa tidak jauh dari parkir kereta itu. Aisyah perlahan-lahan mendekati Hakim. Hakim menghulurkan secawan air kelapa kepada Aisyah.
Hakim berjalan ke pantai tanpa berkata apapun. Dia melihat pemandangan petang itu dengan senyap. Hakim duduk di atas pasir sambil merenung ke langit petang dan lautan yang terbentang luas di hadapan mereka. Aisyah hanya mengekori dan melakukan perkara yang sama Hakim lakukan dalam diam.
"Awak rasa lautan yang terbentang luas itupun ada banyak cerita yang remain unknown?" ujar Hakim yang memecahkan kesunyian antara mereka.
Aisyah hanya tersenyum tanpa menjawab persoalan Hakim itu. Mereka kembali diam dan hanya menikmati pemandangan itu dengan senyap.
"Luqman, I love you till the end of my life. I hoped I wouldn't forget you and you remain in my heart forever," omel Aisyah dalam benak fikirannya.
"Aisyah, aku boleh nampak kesedihan yang membelenggumu. Sebab tu, aku bawa kau ke sini. Untuk tenangkan fikiran kau dengan melihat keindahan yang tak terhingga ini," ujar Hakim dalam hatinya sambil merenung Aisyah yang duduk di sisinya.
Dia dapat melihat wajah Aisyah yang penuh kekesalan merenung ke langit petang itu. Waktu berlalu tanpa mereka sedari. Tiba-tiba perut Aisyah berbunyi.
"Lapar, ke? Jom kita pergi makan," ajak Hakim.
Aisyah menoleh ke arah Hakim dan mengangguk mengiyakan persoalan Hakim itu sambil tersenyum manis.
"Nak pergi makan kat mana?" soal Aisyah dengan lembut.
"Makan seafood nak? Atau awak alergi seafood?" tanya Hakim yang senang hati.
"Saya ok saja. Saya boleh makan semua makanan kecuali pinggan, sudu dan garpu," balas Aisyah.
"Jom," kata Hakim sambil bangkit dari duduknya. Dia menghulurkan tangannya kepada Aisyah untuk membantunya bangun dari duduknya.
Aisyah menyampai tangan Hakim itu. Mereka mula berjalan ke restoran-restoran yang banyak di kawasan pantai itu. Mereka menikmati makan malam di sebuah restoran stimbot makanan laut.
Mereka menikmati makan malam mereka itu sambil berbual mengenai diri masing-masing. Selesai makan, Hakim meminta bil dari pelayan dan memberikan kad kredit. Kemudian, pelayan datang kembali dan mengembalikan kad kredit bersama-sama resit.
Mereka beransur berjalan keluar dari restoran itu sambil menikmati pemandangan senja. Langit menjingga dan matahari memerah di ufuk barat. Tiada lagi lautan membiru dan hanya pantulan si merah matahari di laut itu.
"Cantik bagai dilukis." Hakim mengomel sendirian namun didengari oleh Aisyah. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Dia segera ke kereta dan mendapatkan kameranya.
"Aisyah, boleh, tak, awak berjalan berdiri di pinggir pantai sana?" arah Hakim.
"Okey," balas Aisyah yang akur dengan arahan Hakim itu. Dia berjalan ke arah laut dan berhenti di suatu langkah dari gigi air. Dia menatap Hakim dari kejauhan yang sedang memfokuskan kamera ke arahnya. Aisyah berdiri dengan segan silu.
"Aisyah, relaks! Gambar ni tak nampak mukapun. Awak bebas nak buat gaya apapun." Hakim melaung dari kejauhan.
Aisyah menunjukkan tanda okey dengan membuatkan ibu jari dan jari telunjuknya di udara. Dia mula bergerak dengan beberapa gaya dan Hakim bolak-balik dari pelbagai kedudukan untuk menangkap gambar yang terbaik dengan suasana itu.
Kemudian, Hakim meminta seorang pelancong mat salih yang kebetulan lalu berdekatan dengannya untuk menangkap beberapa gambar untuknya dan gadis yang berdiri di pinggir pantai itu. Hakim mendekati Aisyah. Hakim meminta kerjasama Aisyah untuk menangkap gambar dengannya. Aisyah hanya akur.
Hakim memegang satu tangan Aisyah dan mereka berdiri menghadap langit senja itu. Aisyah kaget saat tangannya dipegang erat oleh Hakim. Dia dapat merasakan seperti ada aliran elektrik melalui tangan mereka yang menyebabkan ada suatu sensasi aneh di jantungnya. Hakim turut merasainya.
Kemudian, dia memegang kedua-dua tangan Aisyah dan saling berpandangan antara satu sama lain. Mata mereka saling bertentangan. Wajah mereka tiba-tiba menjadi merah padam. Hakim segera mendapatkan mat salih itu dan memeriksa gambar yang telah dirakam oleh mat salih itu. Aisyah mengipaskan tangannya ke wajahnya.
"Thanks for help," ucap Hakim yang berpuas hati dengan gambar-gambar dirakam oleh mat salih yang sudi membantunya itu.
"You guys, look so lovely. Are you just marry?" soal mat salih itu.
"No, no. She's just my friend." Hakim menafikan persoalan mat salih itu.
"Seriously? But you guys look lovely couple. You should just ask her for a date. Probably she will accept you." Mat salih itu memberikan nasihat agar Hakim meluangkan perasaannya kepada Aisyah.
"Thanks for the advices. But I still not confident with it," ujar Hakim dengan merendah diri.
"Okay. Just don't too late. Or you be regret it. Bye," ujar mat salih itu lalu beredar pergi.
"Even I'm fall her at first sight but she will never accept me now. Maybe later," omel Hakim dalam hatinya.
Aisyah mendekati Hakim. Hari semakin gelap namun pantai semakin meriah dengan pelancong dan pelbagai aktiviti. Hakim mengajak Aisyah pulang ke hotel.
Aisyah memeriksa gambar-gambar yang dirakam oleh Hakim sepanjang perjalanan mereka ke hotel. Hanya suara radio mengisi ruang udara antara mereka dalam kereta. Suasana canggung antara mereka.
Mereka masuk ke bilik masing-masing. Hakim mendapatkan komputer riba dan memasukkan kad memori dari kameranya ke slot di komputernya. Dia tersenyum sendiri melihat gambar Aisyah yang diambilnya di skrin komputernya sambil berbaring sehingga dia tertidur kerana terlalu penat.
Aisyah cuba melelapkan mata untuk berehat selepas selesai membersihkan diri. Namun, bayangan Luqman sentiasa berlari-lari dalam fikirannya setiap kali dia menutup mataya. Dia keluar dari biliknya dan berjalan tanpa arah sehingga tiba di kolam renang.
Dia melihat cahaya bulan yang menerangi kolam itu. Dia duduk di pinggir kolam renang itu sambil memandang ke arah langit. Dia duduk sendirian di tepi kolam renang yang begitu indah disinari pancaran bulan yang mengambang.
Dari kejauhan, Hakim memerhatikan Aisyah yang kelihatan runsing dan gelisah itu. Tiba-tiba, hujan turun rintik-rintik. Namun, Aisyah tidak berganjak dari duduknya. Dia hanya merenung suatu pandangan kosong.
Lama-kelamaan, hujan semakin lebat. Hakim berjalan perlahan-lahan menuju kepada Aisyah dengan payung di tangannya. Dia memayungkan Aisyah. Aisyah menoleh saat tiada lagi titik hujan yang menghentam tubuhnya. Dia melihat Hakim yang sedang memayunginya.
Aisyah mengalihkan pandangannya dan menundukkan pandangannya dan menatapi titisan hujan pada permukaan air kolam di hadapannya.
"Hujan yang turun bagaikan mutiara,…" Hakim menyanyikan bait-bait lagu Hujan daripada Sudirman itu.
Aisyah tersenyum mendengar senandung Hakim itu. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata, "Sumbanglah. Hujan ni makin lebat sebab kau."
"Kau nak tahu sesuatu, tak?" bisik Hakim di telinga Aisyah.
"Apa?" tanya Aisyah.
"Kalau kau terus menangis dalam hujan ini, tiada siapa tahu yang kau sedang menangis. Jadi kau menangislah sepuas hati," bisik Hakim lagi.
Aisyah terdiam. Dia tidak dapat lagi menahan sebak yang menyesakkan dadanya dan air matanya mula mengalir keluar dari matanya yang berkacakan air mata itu. Dia menyandarkan kepalanya kepada dada Hakim. Hakim kaget dan terpaku lalu payung terlepas dari tangannya.