Tải xuống ứng dụng
32.5% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 13: bab13

Chương 13: bab13

Haniff meraup wajahnya kasar,

Mimpi yang cukup jelas tadi membuatkan jantungnya berdegup kencang. Manakan dia lupa pemilik suara yang hadir dalam mimpi itu, Mira, gadis yang membuat dia tersenyum dan bahagia meniti hari-hari mereka berdua.

"Mira, maafkan Haniff, Haniff sedar, Haniff tak layak untuk menguis bahagia," gumam Haniff sendirian.

Mustahil untuk dia lelapkan mata kembali, Haniff turun dari katil lalu menuju ke kamar mandi untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat.

***

Aku tersenyum bahagia memandang cermin sambil membetulkan tudung bawal biru tua dikepala.

Entah mengapa, rasa teruja sungguh untuk pergi kerja hari ni, sebab mr ais ke Alisya? Eh entahlah mungkin..hehehe

Aku berjalan girang menuruni anak tangga, langkahku terhenti apabila ternampak Haniff yang baru sahaja keluar dari rumahnya.

Aku tersenyum melihat dia yang mengenakan kemaja putih bersama tali leher hitam.

"good morning Cikgu Haniff!" sapaku ceria.

Namun berbeza pula dengan reaksi Haniff , dia kelihatan muram dan tidak ceria.

"hrm, Morning"balasnya dingin sambil mengerling aku sekilas.

Aku mengejar langkah Haniff lalu berjalan disamping dia.

"are you ok?" soal aku lembut.

"ok." ucapnya laju,lalu pantas berjalan ke keretanya meninggalkan aku di belakang.

Eh dia ni, masuk peti ais balik ke semalam? Ke kena sampuk hantu?takkan lah..

***

Aku merenung Haniff yang duduk dihadapan aku, herm apa masalah dia ni, semalam ok je, hari ni, macam nak ribut petir pula.

Aku mengeluarkan telefon pintarku, laju sahaja jari ini mencari nama Haniff.

Aku menaip perlahan pesanan kepada Haniff

"ehem! Ok tak?" - Alisya.

Haniff melihat skrin telefonnya apabila terdengar bunyi notifikasi.

Dia memandang aku sekilas bersama kerutan di dahi, namun tidak pula dibalas atau dikatakan apa-apa.

"Lisya dengan Haniff ni ada apa-apa ke, dari tadi akak tengok ,Lisya asyik pandang Haniff je," tanya Kak Mariam sambil mecuit bahuku.

"eh, tak adalah kak, ni hah, Cikgu Haniff ni, nampak mencuka je," ujarku bersama senyuman.

"aahlah, Haniff gaduh dengan girlfriend ke tu?" sakat Kak Mariam.

Haniff hanya tersenyum sumbing lalu bangun.

"erm, saya ada kelas, saya pergi dulu," ucap Haniff.

Gaduh dengan girlfriend? Dia ada girlfriend? Mira? Tapi nampak macam dah putus. Kau kenapa Alisya? Sedih?

***

Sedang aku sibuk meneliti latihan yang dihantar oleh pelajar 5Aura,Fatin datang menyapa aku.

"cikgu, nak tahu tak.." ucap Fatin.

"tahu apa?" soal aku kepada Fatin.

"hari ni kan, Cikgu Haniff macam singa! Tak boleh salah sikit! " cerita Fatin.

"okey..lepastu kenapa cerita dekat saya?" soal aku hairan.

"alah, cikgu kan suka Cikgu Haniff, saja jelah bagitahu." ucap Fatin bersama senyuman nakal.

"eh ke situ pula, pandai-pandai je awak ni,ni hah, latihan awak ni, kenapa banyak sangat salah,pergi betulkan, sibuk je eh pasal saya," kataku sambil tersenyum seraya menggelengkan kepala.

"hehehe, baik cikgu! Jangan lupa pujuk cikgu Haniff tau!" kata Fatin sambil mengenyitkan mata,

Amboi, budak ni, kemain!

Aku melangkah masuk ke dalam bilik guru, sunyi sahaja dari luar, mungkin tiada orang di dalam ini.

Aku menelan air liur saat ternampak susuk tubuh yang rendah di suatu sudut.

" Aduh, kenapalah dia je ada dekat sini, haih," keluh aku sendiri.

Baru sahaja hendak menolak daun pintu ,

"eh, Alisya, macam jodohkan, abang seorang je dekat sini, Lisya pula masuk," ucap Cikgu Latip mesra.

Aku tersenyum janggal sambil memegang dahi, apalah aku nak buat ni,.

"erm, tak apa lah Cikgu Latip, saya nak keluar dah,ada kelas." ucapku.

"eh, kelas? Abang baru tengok jadual Lisya tadi, Lisya dah tak ada kelaskan, kelas terakhir kelas 5Aura kan," ujarnya meminta kepastian.

"hurm? " soalku hairan.

" Abang tengok jadual atas meja Lisya tadi, mari la duduk sini, boleh sembang-sembang" ucapnya gatal.

"erk? Sembang? Tak apalah," tolakku.

"sinilah.." ucapnya lalu meraih tangan kananku.

"apa ni Cikgu Latip?!" tengkingku lalu menarik tangan aku kasar.

"alaa, sikit je Alisya,sinilah," pujuknya lembut,.

Tak nampak langsung yang dia berasa bersalah atas tindakannya belum pun sempat aku berbuat apa-apa terdengar pintu bilik dibuka dengan kasar.

"Cikgu Latip! Cikgu tak malu ke buat macam ni?"  soal seseorang kasar.

Aku menoleh ke kiri, terlihat Cikgu Haniff sedang berdiri dan matanya  tajam memandang Cikgu Latip.

"alah Haniff kau ni, aku sentuh sikit je, lagi pun, Alisya ni, bukannya marah, tapi malu je, biasalah perempuan mula-mula je malu, kan sayang?" ujar Cikgu Latip selamba.

Eyy atuk ni!! Malu? Tolonglah, ingat kau artis popular ke? Artis popular pun belum tentu aku nak!

Baru sahaja aku ingin membuka mulut membidas kata-kata Cikgu Latip, Haniff terlebih dahulu memotong.

"malu? Saya tak nampak pun yang Cikgu Alisya ni, berminat dengan Cikgu Latip," ucapnya sinis.

"alah Haniff kau baru lagi dekat sini, bukannya kau kenal pun Alisya ni macam mana," katanya kepada Haniff.

"Alisya tunang saya." ucap Haniff serius dan tegas.

Hah? Apa benda pulalah air batu ni, sejak bila aku tunang dengan dia? Betul tak dia ni?

"Haniff.." ucapku perlahan.

"sorry Alisya, I need to tell him." balas Haniff lembut sambil memandang aku.

"Lisya tunang dengan Haniff?" soal Cikgu Mariam yang bersama dua orang guru lain.

Mati lah aku, keluh aku di dalam hati.

Haniff tersenyum nipis lalu menarik hujung lengan baju kurungku.

***

"Haniff, apa niat awak sebenarnya?" soal aku dengan nada suara yang dinaikan satu oktaf.

Haniff mengerut dahi lalu memandang sekeliling dan melihat jam di tangan

"jom, kita bincang dekat pondok sana," ucapnya sambil menunjukkan sebuah pondok di taman sains.

Aku melangkah laju menuju ke pondok yang ditunjuk Haniff,

Sungguh aku tak mengerti kenapa kata-kata itu terbit dari bibir dia.

"okey, saya minta maaf, tapi saya rasa tu je yang boleh buat orang tua gatal tu berhenti buat macam tu,bila dia tahu yang awak dah berpunya dan orang tu ada dekat sini juga." terang Haniff lembut sambil memandang aku.

"tapi banyak je cara lain kan," ucapku tidak setuju.

"okey, than jom report perbuatan dia tu," cadang Haniff serius.

"saya tak naklah, dia dah nak pencen, tak nak lah rosakkan kerjaya dia." ucapku perlahan.

Ye, memang perbuatan dia salah dan keji, tapi, aku taknak menjadi orang yang merosaakkan masa depan orang lain.

"then, give me the other solution.." ujar Haniff lagi.

"atau, sebenarnya, awak ni ada kekasih, sebab tu risau sangat," duga Haniff lalu mengecilkan pandangannya.

"mana ada, cuma, yelah, mesti satu sekolah tahu, nanti dia orang mesti tanya pasal tarikh nikah,haa Hamzah? Mesti dia pelik," luahku bersama keluhan.

"penting sangat ye Hamzah pada awak?" soal Haniff sambil sebelah keningnya dijongketkan.

" sampai bila nak main wayang macam ni?" soal aku kepada Haniff.

BERSAMBUNG...

P/s: hi semua!! Sihat ke blake?? Sis harap korg enjoy this chap, so story kali ni, mungkin ad 30 chapter,mungkin ye,hehehe mcm biasa jgn lupa vote,komen byk2 spy sis smgt nk mnulis, dan share! Jaga kesihatan semua, sayg korg!


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C13
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập