Tải xuống ứng dụng
78.57% My bodyguard be my lover / Chapter 22: Jika itu pilihanmu..

Chương 22: Jika itu pilihanmu..

Elita,Ruben dan Haura menceritakan tentang kejadian tersebut pada polis.Polis mengangguk faham dan mencatat perkara yang disampaikan oleh mereka.

***

"Tak payah sedih sangat cik Elita.Saya pasti tak lama lagi Gavin akan sedarkan"ujar Ruben.

"Ok"balas Elita.Haura dan Ruben bersalaman dengan Encik Alvis dan Puan Jefina.

"Sabar"kata Haura.Elita mengangguk dan melambaikan tangan pada mereka.

***

Encik Alvis,Puan Jefina dan Elita berdiri ketika ibu bapa Gavin keluar dari wad.

"Elita lawatlah Gavin ,kami tunggu kat sini"kata Puan Blithe

"Thanks aunty"balas Elita.Puan Jefina mengusap bahu Elita.Elita mengangguk.Dia membuka pintu dan masuk ke dalam.Elita memandang Gavin dengan penuh simpati walaupun dia masih benci terhadapnya.Elita melabuhkan punggung di sebelah Gavin.Dia menatap wajah Gavin yang masih belum sedarkan diri selama 3 hari.Air matanya mengalir.

"Bila awak nak bangun ,Gavin?Kenapa awak sanggup biarkan diri awak cedera hanya untuk saya?saya banyak bersalah terhadap awak...saya jahat terhadap awak.Saya selalu hina awak.Saya tahu awak memang sakit hati dengan sikap saya.Tapi awak tetap nak jadi bodyguard saya padahal saya tak pernah pun hargai setiap pertolongan awak.Saya tahu semua ni adalah balasan kejahatan saya terhadap awak"Elita mengenggam tangan Gavin dan menundukkan kepalanya.

"Saya sunyi tanpa awak,Gavin.Terima kasih sebab awak tetap nak bersama dengan saya meskipun hubungan kita banyak halangan..saya sayangkan awak..saya...saya ..saya cintakan awak...saya tak tahu macam mana hati saya tetiba terbuka untuk awak... saya akan pendam perasaan ni sebab kita berdua dah ada pasangan masing2 mungkin ni hanyalah sementara untuk kita berdua"Elita mengesat air matanya.

"Saya tak sangka yang saya dah jatuh cinta terhadap awak.Mungkin kita tak akan ditakdirkan jodoh.Kenapa saya jatuh cinta terhadap awak? sedangkan awak tak pernah pun jatuh cinta terhadap saya.Saya je beria sukakan awak..Tak ini tak akan terjadi..Awak bukan jodoh saya sebab awak adalah jodoh Amelia.Saya doakan awak akan bertemu dengan Amelia suatu hari nanti.Doakan saya akan bahagia bersama Alden meskipun saya susah nak terima takdir yang kita berdua tak akan bersama.."

Elita bingkas berdiri tanpa memandang Gavin dan menuju ke pintu.Elita berhenti melangkah dan menoleh ke arah Gavin.

"Semoga awak akan sedarkan diri secepat mungkin"ujar Elita dan mengulas tombol pintu.Daun pintu ditarik.

"Elita nak pergi ke pejabat.Sampaikan salam Elita pada Gavin kalau dia dah sedar"ujar Elita.Bibirnya mengukir senyum nipis.Puan Blithe dan Encik Damian mengangguk dan membalas senyumannya.

"Elita tak nak rehat ke?"tanya Encik Alvis.Risau terhadap Elita yang pucat dan lemah kerana setiap hari menjenguk Gavin tanpa rehat.

"Takpe Elita ok je,dah lama Elita tak kerja"balas Elita dan berjabat tangan dengan Puan Blithe dan Encik Damian.Mengelakkan daripada terus ditanya.Elita melambaikan tangan dan mengatur langkah untuk keluar.Encik Alvis dan Puan Jefina berbalas pandang.

***

Elita menuju ke biliknya.Terhenti langkahnya dan bersembunyi di sebalik dinding.Dia mendengar Ayita,Afra,Chandani dan Elmira sedang mengumpat tentang dirinya.Mereka ketawa

terbahak-bahak.

"Awak rampas je dia tu daripada Gavin huh!Puas hati nak jatuhkan dia!Hahaha"kata Ayita

"Ha'ah saya sokong.Dia tu muka je cantik tapi gedik nak mampus! Hahahah ada hati nak rampas Gavin heh dia fikir Gavin tu suka kat dia.Hello sedar diri sikit ye perangai dahlah buruk,mestilah Gavin tak suka kat dia hahahah"balas Afra

"Kita ni lebih cantik daripada dia tapi 1 pun tak nak kat kita"balas Chandani

"Untunglah dah ada Alden then nak rampas Gavin.Kita doakan dia cepat mati supaya Gavin tak kejar dia ,Kesian kat Gavin ,dia selalu ambil berat tentang cik Elita tapi cik Elita langsung tak ucap terima kasih pun pada dia.Tak kenang budi patut pun Gavin berhenti je jadi bodyguard dia.Habis cerita"balas Ayita.Elmira ketawa kecil.Gembira kerana imej Elita dihina habis-habisan oleh mak cik bawang.

Elita menelan air liur.Pahit.Lagi pahit hatinya untuk menyerap semua kata-kata mereka.Lekas dia berjalan.Tak tahan mendengar sindiran mereka yang sangat menyakitkan hatinya meskipun semua itu adalah fakta tentang dirinya.Ayita menepuk bahu Elmira.

"Apa?"Elmira menggosok bahunya.Menyampah kerana bajunya disentuh oleh Ayita.

"Elita dengar waktu kita mengumpatlah"

"That's good.Biar dia sedar diri sikit takkan nak harapkan Gavin je ubah sikap dia.1 pun dia tak nak dengar nasihat Gavin en?"balas Elmira.Sinis.

"Betul!Padan muka dia tu!"balas Afra dan Chandani.Puan Jefina berdehem.Mereka terperanjat dan berhenti membawang

"Morning Puan Jefina"kata mereka dan menundukkan kepala.Puan Jefina mengangguk dan meninggalkan mereka.Ayita,Afra,Chandani dan Elmira saling berbalas pandang.Hairan kerana tak dimarahi oleh Puan Jefina.

***

Elita mengurut kepalanya kerana pening.Dia menghembuskan nafas dan melihat sofa yang menjadi tempat Gavin duduk selalu.Rindu.Kenangan bersamanya dulu sentiasa diingati.Air matanya mengalir sekali lagi.Cepat-cepat dia mengesat air matanya saat pintu diketuk.

"Masuk"arah Elita.Haura membuka pintu dengan perlahan dan menuju ke arahnya.Elita menyuruhnya duduk.Haura menarik kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Awak ok tak ,Elita?"tanya Haura.Sedih melihat rakannya yang hanya murung.

"Ok je"balas Elita.Menunjukan senyuman paksa.Berpura-pura.

"Awak mesti sabar tau Elita.Tak boleh sentiasa sedih.Nanti awak jatuh sakit.Saya risau.Saya yakin Gavin akan segera sedar.Kita doakan yang baik untuk dia"

"Ok"

"Jom keluar makan"

"Takpe saya takde selera nak makan"

"Tak boleh macam tu.Awak mesti makan ok?"

"Emm..k"

Elita dan Haura berdiri.Haura memeluk bahu Elita dan senyum.Elita turut membalas senyumannya.Gembira mendapat kawan yang baik seperti Haura yang sentiasa memberikan semangat padanya.Mereka berjalan beriringan menuju ke depan pintu.Alden menunggu Elita di depan pintu.

"Hi"tegur Alden.

"Hi"balas Elita.Alden menghulurkan tangan pada Elita.Elita merenung tangan Alden seketika.Dia teringat sewaktu Gavin menghulurnya tangan pada dia dan menyuruhnya untuk memegang tangannya.Alden mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

Elita menggeleng laju dan menyambut tangannya.Alden tersenyum.Dia membawa Elita keluar.Haura turut mengekori mereka berdua dari belakang.

***

Elita termenung.Makananya masih belum disuapkan ke dalam mulut.Dia dah sedarkan diri ke ?persoalan yang berkali-kali timbul dalam fikiran sejak dari tadi.

"Sayang ok tak?"soal Alden.Haura mengangkat dagunya memandang Elita.

"Ok..cuma takde selera nak makan"balas Elita.

"Makanlah sayang.Saya risau bila awak tak makan.Jangan asyik nak fikirkan tentang Gavin je.Awak mesti fikirkan tentang kesihatan awak"balas Alden.

"Yelah"

Haura berasa simpati terhadap nasib Elita dan Gavin.Entah apa lagi masalah yang akan menghalang mereka berdua bersama.

***

"Elita.."kata Gavin sambil membuka matanya dengan perlahan.

"Abang,Gavin dah sedarkan diri"ujar Puan Blithe.Baru sekarang senyuman terukir di bibirnya.Dia menghembus nafas lega kerana Gavin telah pun sedarkan diri.Pantas Encik Damian memanggil doktor.

***

Puan Blithe membelai rambut Gavin.Gavin melihat sekelilingnya.Mencari-cari kelibat Elita.

"Elita kat mana?"soal Gavin.

"Kami suruh Elita pergi kerja"

Gavin mengangguk.

"Gavin rindu nak jumpa dia"ujar Gavin.Puan Blithe dan Encik Damian tersenyum.

"Nanti mama call dia ok?"

"Ok,jangan lupa tau"balas Gavin.

"Baiklah,sekarang Gavin perlu makan"

"Ok"balas Gavin dan mengambil makanan yang diberikan oleh mamanya.

***

Elita meletakkan fail di meja Elmira.Elmira memandangnya dengan kosong tanpa memberikan senyuman seperti dahulu.Telefon Elita berdering.Elita mengeluarkan telefonnya dan terkedu melihat nombor kenalan Gavin yang sedang memanggil.

"Dia dah sedarkan diri ke?"bisik hati Elita.Dia menyahut panggilan tersebut.

"Selamat petang cik Elita,mama Gavin yang tengah bercakap dengan awak.Aunty nak cakap yang Gavin dah sedarkan diri"suara Puan Blithe di corong telefon.Wajah Elita berubah gembira.

"Selamat petang,yeke aunty?Betul ke Gavin dah sedarkan diri?"balas Elita separuh berbisik.Elmira terdengar perbualannya sambil tangannya laju menaip di atas komputer riba.

"Ok sekjap lagi saya akan datang kat sana"balas Elita dan menamatkan perbualan mereka.Gembira tak terhingga.Dia berjalan menuju ke bilik.Elmira berasa tak puas hati.Pasti sahaja rancangannya akan musnah jika dia tak berbuat apa.Dia berfikir.Akhirnya dia mendapat idea.Dia bingkas berdiri dan mencapai beg tangannya.Tak kisah jika dia dicari oleh Encik Alvis.Dia hanya nak rancangannya berjaya.

***

Gavin termenung.Rindunya sangat mendalam terhadap Elita.Kalau Elita sedang berada di depannya sekarang,sudah lama dia peluk dengan erat.Lega hatinya kerana Elita masih dalam keadaan selamat.Pintu diketuk.Lamunanya terhenti dan dia menyuruhnya masuk.Elmira tersipu-sipu malu.Dia berjalan seperti model.Cuba nak memikat Gavin.Tetapi Gavin tidak memandangnya.Dia menyangka Elita tetapi tak.Elmira duduk di sisinya tanpa meminta kebenaran.Dia membelai rambutnya dan membersihkan rambut Gavin.Gavin menepis tangannya.Rimas dilakukan seperti itu.

"Awak buat apa kat sini?"soal Gavin.Tak suka Elmira merenung lama wajahnya.

"Baby rindukan sayanglah.Baby tak rindukan I ke?"

"Entah.."

Elmira mendengus geram.Dia masih tak nak berputus asa untuk memikat hati Gavin.

"Ni semua salah Elita, kenapa awak tak marah dia?"kata Elmira

"Dia tak bersalah.Please jangan nak buruk sangka"balas Gavin.Elmira mencebik.

"I dengar kan yang Elita suka bila awak koma"balas Elmira.Sengaja nak menghasut Gavin.Gavin memandangnya.

'Betul ke?Takkanlah.."

"Yelah baby,awak kan tahu Elita benci awak.Tentulah dia gembira bila awak tak ada bersamanya.Awak nak tahu lagi tak?"balas Elmira.Dia cuba nak memancing.Gavin mengangguk.Tertanya-tanya apa yang dikatakan oleh Elmira adalah betul ataupun tak?

"Dia kata awak ni lembab dan bodoh.Then,dia kata lagi yang dia nak sangat awak berhenti jadi bodyguard dia"

Gavin terdiam.Mencari ketenangan.Perkataan lembab dan bodoh masih boleh diterima kerana dia sudah biasa hinaan Elita seperti itu padanya,tetapi perkataan berhenti?Menjadi 1 persoalan yang berlegar dalam fikirannya.

"Betul ke?"tanya Gavin lagi.Seakan-akan masih tak percaya.

"Betullah baby,takkan I nak tipu.Awak pun tahu kan perangai Elita tu lebih jahat daripada yang awak sangkakan"

"Dia suruh aku berhenti jadi bodyguard dia?Biar betul?Bodohnya aku selama ni percaya sangat dengan Elita"kata Gavin sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.Elmira berpeluk tubuh dan senyum sinis.Kali ni rancangan hampir nak berjaya.

Pintu diketuk sekali lagi.Gavin memberikan kebenaran untuk masuk.Raut mukanya berubah muram.Dia menunduk.Elita tergamam melihat Elmira bersama Gavin.Senyumannya hilang.Elmira berdiri dan mencium pipi Gavin.

"Bye baby muah"kata Elmira.

"Bye sayang,muah"balas Gavin.Sengaja.Berbunga-bunga hati Elmira.Senyumannya terukir hingga ke telinga.

"Sayang?"bisik hati Elita.Sakit hati.

Elmira melambaikan tangan pada Gavin.Dia sekilas memandang Elita dengan senyuman mengejek.Elita menuju ke arah Gavin.Gavin mengalihkan pandangannya ke arah lain.Baru sahaja dia hendak duduk,Gavin melarangnya.Elita mengikut arahannya.

"Aku nak kau keluar sekarang"arah Gavin.Elita tersentak.Masih tak percaya.

"Kenapa?"soal Elita

Gavin berpura-pura tidur.Soalan Elita dibiarkan tak berjawab.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi"

Elita mengenggam penumbuknya.Menahan air matanya keluar.Dia masih setia berdiri di sebelah Gavin.Pasti sahaja Gavin sedang bergurau?

Gavin membuka matanya kembali.

"Aku kata keluar keluarlah bodoh!Yang kau masih tercegat berdiri kat sini buat apa?Semak je"

Nafas Elita terasa sesak.Betul ke Gavin yang berada di depannya sekarang adalah pengawal peribadinya?Dia lupa ingatan ke?Ke dia sengaja je?Apa yang telah membuatnya berubah?Ke disebabkan Elmira?Apa yang Elmira katakan padanya?Dia seperti nak menangis di depannya sekarang juga.Tertanya-tanya sebab Gavin bercakap kasar dengannya.Tidak seperti dulu.Tanpa disedari,setitis air mata jatuh di pipi.Cepat-cepat dia mengesat air mata yang gugur.Gavin menjelingnya.

"Padan muka!Kau tu tak payah nak acah baik kat depan akulah ,bodoh!Aku tak percayalah yang kau baik!Kau tu jahat!Berambuslah dari hidup aku!Aku tak ada masa nak layan orang jahat seperti kau!Aku penat dah nak layan perangai buruk kau tu!Aku tak nak kau anggap aku bodoh lagi.Kau fikir aku nak takde perasaan ke?Sakit hati aku weii tengok perangai kau yang buruk sangat.Tak macam Elmira.Dia lebih baik daripada kau!Berambus kau sekarang!Aku bencilah tengok kau kat sini je!"

Kata-kata Gavin terasa pedas menusuk di hati Elita.Elita terdiam seketika.Dia tak tahan air matanya hendak keluar.Elita menitiskan air matanya.

"Awak mesti bergurau kan?"soal Elita sambil menangis.

"Taklah"balas Gavin,bersahaja.Elita menghembuskan nafas berat.

"Dah tunggu apa lagi kat sini?Keluarlah!"

Elita mengesat air matanya.

'Baiklah,kalau awak nak benci saya,silakan saya tak kisah.Kalau awak nak benci saya buat selama-lamanya pun boleh je.Saya tak tahu sebab kenapa awak marah sangat terhadap saya.Sejujurnya saya sangat risaukan keadaan awak sebelum ni dan.."

"Dah cukuplah,aku tak nak dengar apa-apa lagi penjelasan daripada kau!Aku tak percaya semua tu!Berambus sekarang!"

Elita menunduk.Aira matanya mengalir membasahi pipi.Perit hati.Dia mengangkat mukanya memandang Gavin untuk kali terakhir.

"k.."balas Elita.Dia melangkah keluar sambil mengetap bibirnya.Dia berhenti lagi untuk melihat Gavin.Gavin menjelingnya.Elita mengulas tombol pintu,bersedia untuk pergi dan meninggalkan Gavin meskipun susah untuknya.

Puan Jefina dan Encik Alvis berjalan ke arah Elita.Elita memeluk mamanya sambil menitiskan air matanya.Puan Jefina hairan.Dia mengusap belakang Elita untuk menenangkan dia.

Puan Blithe dan Encik Damian juga berasa hairan.

"Kenapa Elita menangis?Gavin kan dah sedarkan diri?"tanya Puan Jefina.

"Dia benci Elita .."balas Elita.

"Apa?Dia benci Elita?"soal Puan Blithe.Lekas dia masuk ke dalam sambil diikuti oleh Encik Damian.Puan Blithe membuka pintu dengan luas

"Gavin!Betul ke apa yang Elita katakan?"soal Puan Blithe.Geram terhadap sikap Gavin yang tiba2 berubah.

"Dia tu talam dua mukalah mama.So Gavin bencilah dia"

"Talam dua muka?"balas Encik Damian

"Ye"balas Gavin.Encik Alvis turut masuk dan berhadapan dengan Gavin.

'Maaf Encik Alvis,saya nak berhenti jadi bodyguard dia"ujar Gavin sambil memandangnya.Encik Alvis mengangguk.Tak nak bertanya sebab.Sedih.Puan Blithe dan Encik Damian saling berbalas pandang.Keliru dengan perubahan Gavin.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C22
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập