Pagi ini,Elita bersiap lebih awal dan tidak sabar untuk pergi ke pejabat.Sudah 5 bulan,Elita melancong di Amerika Syarikat.Banyak pengalamannya ketika melancong di Amerika Syarikat dan tempat-tempat menarik dia pernah pergi iaitu di San Francisco,Los Angeles,Orlando,New York,Seattle,Boston dan Miami.Semua ini adalah keinginannya sendiri pergi melancong untuk mengelakkan daripada ancaman orang yang membencinya dan orang yang ingin membunuhnya.
Hari ini Elita hanya mengenakan 'makeup' ala korea pada mukanya.Sudah pasti makeup ala korea menjadi kegemarannya setiap hari.
Elita bersiap dan membuka pintunya.
Dia terus berjalan ke dapur dan bermasam muka kerana ternampak Gavin telah pun munculkan diri di dapur dan bersarapan.
"Selamat pagi cik Elita,ayah dan mama Elita dah siap sarapan dan mereka awal pergi ke pejabat,cik Elita sarapanlah dengan Gavin ya,Vivi nak pergi kat luar siram bunga"
Vivi senyum melihat Elita walaupun Elita tidak senyum melihatnya.
Elita menganggukkan kepalanya dan duduk di sebelah Gavin.
Vivi keluar dari dapur meninggalkan mereka berdua.
Elita melihat Gavin sedang menikmati sarapan yang disediakan oleh Vivi.
Gavin menoleh ke arah Elita kerana hairan terhadap Elita hanya memandangnya ketika makan.
"Kenapa cik Elita tak nak makan?"
Elita merenung tajam ke arah Gavin yang masih bingung.
Gavin faham dengan pandangan Elita dan dia terus membantu menyaukkan nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkan di depan Elita.
Elita tersengih melihat tindakan Gavin dan dia sedia memegang sudu.
"Doa dulu sebelum makan"
Elita melepaskan sudu dan berdoa.
Gavin senyum melihat Elita.
Elita siap berdoa dan terus makan.
Setelah mereka berdua siap sarapan,Elita menyuruh Gavin mengumpulkan pinggan mereka di sinki.
"Awak nak buat apa tu?"
"Nak tolong Vivilah"
Elita memegang tangan Gavin.
"Tak payah,tugas awak hantar saya ke pejabat sekarang"
Muka Elita berubah merah kerana dia baru menyedari yang dia sedang pegang tangan Gavin.
Elita ingin melepaskan tangan Gavin tetapi Gavin tidak mahu melepaskan tangan Elita dan dia terus membawa Elita keluar menuju ke kereta.
"Lepaskan tangan saya!"
Gavin membuka pintu kereta dan menyuruh Elita masuk.
Elita menjeling Gavin dan masuk ke dalam kereta.Dia duduk bersebelahan dengan Gavin.
Jantung Gavin berdebar saat Elita berada di sebelahnya dan ketika Elita pegang tanggannya.
"Calm down Gavin,calm down"bisik hatinya.
"Kenapa awak ni?Ada masalah ke apa tiba-tiba diam?"
"Tak ada apa-apalah cik Elita"
"Boleh tak jangan panggil saya cik Elita?"
"Kenapa?"
"Saya tak sukalah,saya nak awak panggil saya Elita boleh?"
"Boleh Elita"
Gavin senyum melihat Elita.
"Tak payahlah buat kacak2 sangat tak terpikat pun!"
Gavin tak senyum dan mula memandu kereta.Tapi dalam jantungnya masih berdebar"
"Kalau saya tengok awak lama-lama nanti saya terpikat!"Elita bercakap dalam hatinya dan ketawa kecil.
Gavin terus menumpukan perhatiannya ketika memandu dan debaran jantungnya semakin berkurangan.Selama ini jantungnya tidak pernah berdebar saat perempuan lain duduk di sebelahnya.
Gavin memakirkan kereta di tempat parkir kereta yang berdekatan dengan pejabat Encik Alvis.
Gavin membantu membuka pintu untuk Elita.
"Awak tak payah ikut saya"
"Tak boleh macam tu Elita,saya pengawal peribadi awak so saya mesti ikut awak dan jaga awak"
"Siapa yang suruh awak ikut saya?"
"Ayah awak"
"Cerewet betullah ayah tu!Ok awak boleh ikut saya tapi saya tak nak awak kawal apa yang saya buat tau!"
"Ok Elita"
Elita dan Gavin berjalan bersama dan masuk ke dalam pejabat.
"Morning cik Elita wow semakin cantiklah cik Elita hari ni"
Elmira iaitu setiausaha ayahnya sentiasa menegur Elita ketika Elita datang ke pejabat.
"Semakin cantik? dulu saya tak cantik ke?"
"Dulu pun cantik tapi sekarang makin cantiklah cik Elita"
Elmira senyum melihat Elita walaupun Elita tidak pernah sekali pun senyum melihatnya dan pekerja lain.
"Siapa lelaki yang ikut cik Elita?"
"My bodyguard"balas Elita.
Gavin menghulurkan tanggannya untuk bersalaman dengan Elmira.
"Kacaknya bodyguard cik Elita kalau saya dapat bodyguard macam cik Elita ni setiap hari saya nak tengok muka dia"
"Apa kata nanti awak bawa jelah dia makan dengan awak ya dan sekarang saya nak masuk ke dalam pejabat saya,kalau awak nak berkenalan dengan bodyguard saya pun boleh"
Elita senyum tawar dan masuk ke dalam meninggalkan Gavin dan Elmira.
Elmira memaut lengan Gavin dan membawanya ke dalam pejabat.
"Morning all!Saya nak kenalkan bodyguard cik Elita pada korang,handsome tak?"
Pekerja yang berada di sana tergamam melihat Gavin.
"Morning"Gavin senyum melihat mereka semua.
Pekerja perempuan berlari mendekati Gavin.
"Awak ada teman wanita ke??"
Mereka berebut-rebut mendekati Gavin dan bertanyakan soalan padanya.
"Maaf ya semua,saya nak pergi tempat cik Elita saya perlu jaga dia"
"Alahh!Tapi nanti jumpa kami tau"
Gavin menganggukkan kepalanya dan sekali lagi senyum manis yang semestinya wajar baginya.
Encik Alvis terkejut melihat Gavin bersama beberapa pekerja perempuan di sana dan dia berjalan menuju ke arah mereka.
"Kenapa semua berkumpul kat sini?Siap pegang lengan bodyguard cik Elita lagi"
Elmira melepaskan lengan Gavin.Mereka semua berlari ke tempat duduk mereka.
"Ikut saya"
"Ok Encik Alvis"
Gavin mengekori Encik Alvis dari belakangnya.
"Kenapa awak tak ikut cik Elita,saya suruh awak ikut je Elita ke mana dia pergi kan"
Gavin menundukan kepalanya ke bawah.
"Maaf Encik Alvis tadi tu.."
Gavin tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Elita mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya.
"Morning ayah"
"Kenapa Elita tinggalkan Gavin begitu je?"
"Elmira kan minat kat Gavin so Elita benarkan je Elmira nak berkenalan dengan Gavin"
"Tapi Elita tak boleh biarkan Gavin tak jaga Elita,Elita tak takut ke orang yang benci Elita tu datang balik nak culik Elita?"
"Ok ayah,Elita janji tak akan biarkan pengawal peribadi Elita yang ayah percayakan sangat ni!"
Elita meninggalkan ayahnya dan Gavin.
Encik Alvis menyuruh Gavin mengekori Elita.
Gavin mengetuk pintu.
"Masuk!"
"Wanginya bilik cik Elita macam orangnya"
Elita menjeling Gavin dan melihat komputernya.
"Saya boleh duduk kat mana?"
Elita menuding jari telunjuk ke arah tempat duduk untuk tetamu yang melawatnya.
Gavin menganggukkan kepalanya dan duduk di tempat yang Elita suruh.
"Rindunya nak masuk pejabat balik"Gavin bercakap dalam hatinya dan termenung melihat hiasan yang ada di bilik pejabat Elita.Ringkas tetapi cantik.
Gavin melihat Elita yang hanya fokus menyiapkan tugasannya sehinggalah dia tertidur.
Elita terkejut melihat Gavin tidur lena di sofanya dan berjalan menuju tempat Gavin.
"Pagi-pagi pun nak tidur lagi bodyguard ni tak cukup tidur ke apa?"
Elita menepuk bahu Gavin untuk mengejutkan dia.
Gavin pegang tangan Elita.
"Amelia.."
"Bangunlah tak guna!mengigau pula dia ni"
"Don't leave me Amelia ,I faithfully wait for you my honey"
Elita termenung seketika dan keliru melihat Gavin mengigau memanggil nama Amelia.
Tiba-tiba pintu dibuka oleh Alden tanpa mengetuk pintu dan dia terkejut melihat Gavin memegang tangan Elita.
Alden berdehem beberapa kali kerana Elita sedang termenung melihat Gavin.
"Bodyguard dengan tuannya bermesra kat sinilah pula"
Lamunan Elita terhenti.
Gavin terjaga dari tidurnya dan melepaskan tangan Elita.
Alden berjalan menuju ke arah Gavin.
Elita tahu jika Alden ingin menumbuk Gavin dan dia berdiri menghalang Alden.
"Jangan salah faham,tadi saya nak suruh dia bangun tapi dia mengigaulah pula"
"Betul ke?"
"Yes"
Alden membelai rambut Elita dan melihat dengan Gavin dengan pandangan tajam.
"If you touch her again I'll punch you"
"I'm sorry,tapi saya tak berniat pun pegang tangan dia tadi saya cuma mengigau so do not misunderstand"
"Shit you!"
Alden mendekati Gavin untuk menumbuknya.
"Stop Alden stop!"
Elita memaut lengan Alden untuk memberhentikannya tetapi Alden menolak tangan Elita dan dia menumbuk muka Gavin sehingga bibir Gavin berdarah.
Elita menarik tangan Alden dan Alden berhenti menumbuk Gavin.
"Ikut saya sekarang"
Elita membawa Alden keluar dari pejabat.
Semua pekerja bergegas duduk di tempat mereka saat Elita keluar bersama Alden.
"Dia bodyguard saya awak tak boleh sesuka hati nak tumbuk dia!"
"Salah ke saya tumbuk dia?Dia tu pegang tangan awak!Walaupun dia bodyguard awak ,awak mesti berhati-hati dengan dia!"
"Awak tak faham bahasa ke?Kan dia cakap dia cuma mengigau dan dia tak berniat pun nak pegang tangan saya! ulang suara, dia tu tak berniat pun nak pegang tangan saya!Faham!"
"Kenapa awak lebih bela dia daripada saya?"
"Sebab awak bersalah!"
"Saya cuma nak jaga keselamatan awak"
"Saya ada pengawal peribadi sendiri dan awak tak perlu risaukan saya"
"Ok kalau awak nak sangat bela dia,awak sukalah kat dia juga biar jadi pasangan yang padan sebab saya tak diperlukan pun dalam hidup awak kan!"
Alden meninggalkan Elita masih berdiri di depan parkir kereta.
Elita berlari mengejar Alden dan Alden mengabaikan Elita lalu dia masuk ke dalam keretanya.Alden tidak memandang Elita sedang memanggilnya dan dia memecut laju keretanya keluar daripada parkir kereta.