Tải xuống ứng dụng
100% Milik siapakah hati ini / Chapter 18: Bab 18

Chương 18: Bab 18

Setelah makan malam, Hariz membawa Atirah berjalan-jalan di Puterajaya. Suasana malam di Puterajaya sungguh indah. Hariz memberhentikan keretanya di hadapan Tasik Gemilang Putarajaya. Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan seiringan menikmati suasana malam di situ. Atirah dia seribu bahasa. Pada mulanya dia sangat gembira mendengar pengakuan Hariz. Dia bersetuju untuk menerima perasaan Hariz terhadap dirinya dan dia juga tahu dirinya telah lama suka pada Hariz. Kini perasaanya menjadi ragu-ragu. Adakah Hariz dapat menerima dirinya yang sebenar?

Atirah menghentikan langkahnya dan dia berpaling ke sisinya memandang Hariz. Sebenarnya Hariz juga sedang menyusun ayat untuk mencerikatakan kepada Atirah tentang siapakah dirinya yang sebenar.

"Riz.."

"Ati.."

Kedua-dua mereka tersenyum...

"....Ati cakap la dulu." Hariz memandang Atirah. Atirah mengumpul segala kekuatan yang ada sebelum dia mula bicara. Atirah memandang tepat wajah Hariz yang masih tersenyum kepadanya.

"Riz...Ati ada sesuatu nak cerita pada Riz....." Atiah menarik nafasnya dengan tenang dan dia mula menceritakan kisah hidupnya kepada Hariz. Hariz dengan sabar mendengarnya. Pada mulanya Hariz terkejut mendengar bahawa Atirah adalah anak angkat keluarganya. Hariz tidak menyangka Atirah adalah anak angkat kerana dia melihat Atirah amat disayangi dalam keluarga tersebut dan hubungan mesra yang dilihat bukanlah seperti dibuat-buat. Keluarga Atirah sungguh menyayangi Atirah. Air mata Atirah tumpah ketika Atirah menceritakan kepada Hariz kisah nenek kesayangannya. Hati Hariz tersentuh melihat air mata Atirah yang mengalir. Ingin sahaja dia menyapu air mata tersebut dan memeluk gadis itu memberikan semangat, namun dirinya masih sedar batasannya dengan Atirah. Kalaulah Ati sudah sah menjadi milik ku saat ini...Terdetik di hati Hariz untuk segera jadikan Atirah sah miliknya.

Atirah tunduk menyapu air matanya dan dia cuba untuk tenangkan hatinya semula. Setelah hatinya kembali tenang, Atirah menyedari perubahan wajah jejaka di sisinya. Saat ini Atirah merasakan hilang rasa sedih di hatinya. Melihat kerutan di wajah jejaka itu membuatkan Atirah merasa lucu. Wajah Hariz yang serius memandag Atirah dan kelihatan seperti Hariz cuba untuk memujuk hati sedih Atirah, namun tiada kata yang terucap daripada Hariz. Atirah ketawa kecil melihat gelagat Hariz. Hariz hanya mampu tersengeh memandang Atirah yang sudah tersenyum manis memandangnya. Suasana sunyi seketika.

"Riz tak kisah ke?" Soal Atirah memecah kesunyian antara mereka. Atirah ingin mendapatkan kepastian daripada Hariz. Dia ingin Hariz tahu siapa dirinya dan menerimanya seadanya.

Hariz memandag Atirah dengan wajah yang serius setelah mendengar soalan gadis itu. "Riz tak kisah semua tu, yang Riz tahu Riz sayangkan Ati...cintakan Ati." Luah Hariz. Kata-kata itu seperti anak panah yang memanah tepat ke hati Atirah.

"Betul Riz tak kisah tentang asal keturunan Ati? Ati anak pungut Riz. Ati tak tahu di mana ayah kandung Ati. Ati tak tahu asal keturunan Ati. Setelah ibu kandung Ati pergi, ayah kadung Ati tidak dapat menerima kenyataan tu....ayah Ati sendiri tak terima Ati. Ati menyebabkan ayah kehilangan ibu...nenek Ati kehilangan anak." Atirah meluahkan segala yang terpendam dihatinya. Entah mengapa Atirah merasakan Hariz memahami perasaannya saat ini. Atirah tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang perasaannya ini. Dia tidak mahu melukakan hati mama dan abahnya yang selama ini mencurahkan kasih sayang kepada dirinya.

"Ati....Ati dengar apa yang Riz nak cakap." Hariz tahu saat ini Atirah perlukan kekuatan daripadanya. Dia memahami perasaan Atirah. Atirah merasakan dirinya adalah punca di atas apa yang berlaku. Dirinya adalah penyebab ibu kandungnya meninggal dunia, dia penyebab neneknya kehilangan anak. Namun Hariz tahu Atirah juga tahu yang semua yang berlaku adalah ketetapan daripadaNya.

"Ati...Riz faham perasaan Ati, dan Riz tahu Ati tahu semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Allah adalah perancang yang paling bijak sana. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Bagi Riz, Riz bersyukur kerana Riz dapat bertemu dengan Ati. Riz tak pentingkan itu semua...yang penting adalah hati Ati. Sudikah Ati terima cinta Riz?" Hariz memandang Atirah dengan penuh harapan.

Air mata Atirah mengalir di pipi. Atirah tersenyum manis memandag Hariz. Melihat senyuman Atirah, Hariz semakin pasti Atirah adalah ratu hatinya yang dicari selama ini. Dirinya pasti Atirah dijadikan untuknya. Hariz membalas senyuman Atirah. Dia cuba untuk menyapu air mata Atirah yang mengalir, namun Atirah sempat mengelak.

"Ops...sorry." Hariz tersengeh memandang Atirah. Atirah ketawa kecil melihat gelagat Hariz. Hilang rasa sedih di hatinya.

"Ada lagi tau nak bagi tahu Riz."

"Cakaplah...Riz dengar."

Atirah meneruskan bicaranya. Dia menjelaskan bagaimana dia boleh bekerja di Tower Holding. Hariz tersenyum kerana dia pasti Atirah ingin menjelaskan kepadanya tentang 'tipu sunat' yang telah Atirah lakukan terhadap Khairil sahabat Hariz itu ketika Khairil menemu duga Atirah.

"Boleh ke Riz tolong Ati minta maaf dekat En. Khairil?" Soal Atirah. Dia memandang Hariz dengan penuh harapan. Wajah Atirah saat ini mencairkan hati Hariz yang telah lama Hartiz serahkan kepada Atirah. Hariz tersenyum senang dengan sikap Atirah.

"Apa Riz dapat, kalau Riz tolong Ati?" Soal Hariz dengan mengangkat keningnya memandag Atirah.

"Ati belanja Riz makan?" Atirah mengumpan. Hariz menggelengkan kepalanya dan tersenyum penuh makna pada Atirah. Ini peluang aku. Hariz berkira-kira dalam hatinya.

"Riz nak Ati janji ...boleh?"

"Janji apa?" Soal Atirah kebingungan.

"Janji yang Ati tak akan marah Riz." Hariz masih tersenyum memandag Atirah.

"... Riz nak Ati janji yang Ati tak kan marah pada Riz, boleh?"

"Riz ni buat Ari rasa gerun je...ada apa-apa ke ni?"

"Ati janji dulu baru Riz bagi tahu Ati."

"Okay...Ati janji...Ati tak akan marah Riz, cakap la."

"Sebenarnya Riz...." Belum sempat Hariz menghabiskan kata-katanya Atirah memotong.

"Kejap Riz...Ati tak habis lagi...."Atirah tersengeh memandang Hariz yang terdiam apabila Atirah mencelah.

"Ada satu lagi yang Ati belum bagi tau Riz.....Ati sebenarnya... Ati tak pernah naik motor dengan orang lain selain abah atau abang Nizan...." Atirah tunduk malu dengan kata-katanya sendiri. Barulah Hariz sedar selama ini Atirah sering memberi alasan untuk tidak membonceng motornya. Hariz tersenyum melihat sikap Atirah yang tertunduk malu. Merah padam wajah Atirah saat ini. Hariz ketawa kecil melihat wajah Atirah yang semakin merah menahan malu. Atirah mencubit Hariz untuk menutup malunya.

"Aduh...ketam dah jalan." Hariz berjenaka. Atirah menjeling manja. Hariz merasakan hatinya terkena panahan jelingan Atirah. Aduh...boleh tak tidur malam aku ni, getus hati Hariz.

"Okay...sekarang giliran Riz. Apa yang Riz nak bagi tahu Ati tadi? " Hilang senyuman di bibir Hariz apabila mendengar soalan Atirah. Wajah Hariz serius memandang Atirah. Melihat perubahan Hariz, Atirah turut menunjukkan wajah yang serius. Berdebar-debar jantung Atirah menunggu Hariz membuka bicara.

Hariz memandag Atirah dan menarik nafas dalam sebelum dia berbicara. "Riz sebenarnya....Riz..." Hariz merasakan amat sukar untuk dirinya memberitahu hal sebenar kepada Atiah. Dia takut kehilangan Atirah yang kini telah bersetuju untuk menjadi suri hatinya.

"Cakap la...Ati dengar...."Debaran di Atirah hanyaTuhan yang tahu.

"Jom Riz hantar baik...dah lewat malam ni...." Hariz tidak dapat meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia tidak mampu untuk berterus terang kepada Atirah sekarag. It's okay....next time, sekarang Ati dah letih. Aku ada banyak peluang lagi nanti. Hariz memberi alasan kepada dirinya sendiri.

"Apa la Riz ni...buat Ati berdebar je tadi..." Atirah tersenyum melihat Hariz yang sudah tersengeh memandang dirinya.

"Jom balik."

Mereka berdua berlalu ke kereta Hariz dan Hariz segera membukakan pintu untuk Atirah. Atirah tersenyum senag dengan sikap Hariz yang seperti seorang 'gentleman'.


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
ina85 ina85

Sorry sangat...terlalu sibuk, tak sempat nak update

Load failed, please RETRY

Chương tiếp theo sắp ra mắt Viết đánh giá

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C18
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập