Tải xuống ứng dụng
9.09% Tunang Paling Sweet / Chapter 2: Bab 1

Chương 2: Bab 1

Aku bukan lesbian atau apa cuma aku suka betul pandang orang cantik ni weh!Kalau aku pandang orang cantik ni kan , aku akan tenung dia lama lama pastu aku puji dia melambung.

Dah penat aku berhenti tengok cermin tu. HEY AKU CANTIK SEBABTU AKU BERANI PERAH SANTAN KAT SINI.

Aku meratakan krim siang berjenama adidas di wajahku lalu aku dabdab sikit lipbalm kat bibir aku. Eh ni bukan dab yang hipster tu kau jangan pikir bukan-bukan.Kerana cuaca yang agak panas ni bibir seksi aku makin lama makin kering.

Memang tak boleh jadi, hilanglah fans aku nanti! Tanpa fans aku tak famous !

Sudah melawa depan cermin aku sarung tudung sekolah aku yang baru aku gosok semalam. Hari pertama sekolah aku excited lain macam sikit. Al maklumlah nak jumpa buah hati uhuks.

"Kakak ! Umi cakap jangan kuat sangat pandang cermin nanti muka kakak bertukar jadi monah fandey !!" jeritan bak tarzan tak memakai underwear kedengaran di luar bilik aku menyentakkan lamunan aku.

Cis adik aku ni memangla tak boleh tengok aku senang. Umi pon sama. Aku hanya mencebik tanpa suara. Sudah betulkan tudung dengan kemas. Aku galas beg sekolah aku berwarna hitam sehitam bontotmu.

Aku buat bodoh, phone kepunyaan aku terus dicapai dengan harapan menggunung yang boyfriend kesayangan aku akan chat aku pagi ni.

Namun apa yang aku dapat hanya bluetick.

Me:

Sayang! ✔✔ 5.55 a.m

Good Morning!!❤✔✔ 5.56 a.m

Dia bluetick chat aku.. Aku rasa agak terkilan. Takkan busy sampai tak boleh balas apa apa? Aku punyala struggle whatsapp chat dia sebelum solat subuh!

" KAKAK !!" jeritan adik lelaki aku yang berumur 9 tahun membuatkan aku rasa nak maki orang di pagi pertama persekolahan ni.

Terus aku buka pintu bilik aku dan dahi adik aku terus aku jentik sampai kebelakang dibuatnya.

"Kau kalau tak memekak pagi - pagi memang tak sah kan?" marah aku perlahan. Bimbang kalau umi dengan walid dengar.

Aku terus menutup dan mengunci pintu aku. Aku pandang adik aku. Dia dah tercebik sambil memegang dahinya.

Oh tidak... Jangan kau--

"UMI ! WALID ! KAKAK TAMPAR ILHAM !" jerit adik aku bagai kena histeria.

And what deheck bila aku tampar kau setan !?

"Iliya Humairah! Ilham Husaini !" aku dan Ilham kaku apabila suara umi mula memetir.

" Lebih baik korang berdua turun sekarang sebelum aku ikat korang adik beradik kat pohon kelapa sana !!" bergema rumah banglo ni dengan jeritan penuh syahdu milik umi.

Terus aku tolak adik aku sampai tergolek sebelum aku pecut turun ke bawah.

" Umi sumpah umi, Iliya tak tampar pon si Ilham tu umi !!"kata aku terus sebelum umi sound aku. Kau jangan, mak aku ni samseng lain macam .

" betul ke?" soal Umi sambil berpeluk tubuh . Dia merenung sepasang mata aku dengan seribu maksud tersirat. Aku pula buat muka selamba .

" pergi makan sana, walid dah lambat tu " kata Umi lalu berlalu ke dapur. Sempat aku menjelirkan lidah kearah adik aku yang baru turun sambil memegang dahinya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"belajar elok elok. Jangan menggatal. Kalau walid tahu anak abah menggatal walid nikahkan terus. No joke" sempat walid mengugut aku . Aku hanya tersenyum sumbing dan menyalami tangan walid.

"pukul 2 Iliya balik tau" pesan aku sebelum menutup pintu kereta walid. Sempat aku menghela nafas. Fuh walid tu jangan buat main, memang serius selalu.

Kalau dia tahu aku bercouple memang esok dia kahwinkan terus !

Sampai sahaja di sekolah , terus aku melangkah ke dewan. Ketika aku jalan melepasi tempat parking motor terus ada pelajar lelaki yang miang start bersiul dan menyeru nama aku.

Aku pula buat bodoh , siap jeling lagi uhuks. Aku memang begini dengan lelaki yang miang macamtu. Jangan dilayan nanti makin menjadi-jadi.

Tapi keriakan aku kena spoil bila salah sorang ahli budak nakal tu menarik hujung tudung aku. Terdorong kebelakang aku dibuatnya .

"kau pehal ha!?" marah aku sambil memegang tudung aku.

"wei awek Aqim ni memang kekwat macam ni eh?" ujar lelaki yang menarik tudung aku.

Tiba-tiba Aqim muncul dan menolak tubuh lelaki itu. Terlepas pegangannya di tudung aku. Fuh !

"alaa apani Qim, kata member"kata salah sorang geng dorang.

"backup awek ke ha!?" marah lelaki yang babi tarik tudung aku tadi.

"Nabil, kau tahu kan tak elok membuli"kata Aqim dingin . Aku terus tersenyum kemenangan. And oh,lelaki yang tarik tudung aku tu nama Nababi-- eh Nabil. Tersasul pulak.

"kau takyah bajetla!" marah Nabil lalu merempuh tubuh Aqim sebelum beredar bersama geng motornya menuju ke dewan.

Aku memandang Aqim. Aduhhh segaknya pakwe aku ! Memang aku selalu cair sepanjang 3 bulan aku couple dengan Aqim ni. Entahla, aku suka dia bukan sebab dia ketua pengawas je. Sebab personaliti dia !

"awak, thankyou sebab --"

"tercegat apa lagi, pergi masuk cepat" kata Aqim lagi dan ingin beredar namun sempat aku tarik beg sekolahnya yang dia galas.

"kenapa tak reply whatsapp saya?" soal aku.

"sorry saya busy"kata Aqim lalu mahu beredar meninggalkan aku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk .

"jom masuk dewan sekali??" ajak aku lagi tapi Aqim menggeleng tak mahu.

Jujur aku katakan, tak terkira berapa kali remuknya hati aku semasa menjalinkan hubungan dengan dia.

Mula-mula nak kat aku bukan main. Sanggup berjanjikan bulan dan bintang. Bila dah dapat mula berubah. Tapi sebab aku dah jatuh sayang ,aku butakan hati dan mata. Teguran sahabat aku abaikan.

Aku dengan duka lara mula berjalan keseorangan ke dewan. Aku mula mencari kelibat sahabat aku yang aku rindui.

"Woi Liya !" jerit seorang perempuan makyeh. Siapa lagi kalau bukan Alia Quraisha kawan aku sejak form 1 lagi. Mata aku tertumpu pula dengan orang di sebelahnya. Aqis Aireena, Ain Najihah dan 2 orang jejaka pengawas. Siapa lagi kalau bukan Afif dan Izham. Okay mereka adalah kawan baik aku !

"heyy rindu korang!!" terus aku berlari anak kearah Najihah,Aqis dan Alia. Tubuh mereka aku peluk.

"dah 10tahun tak ketemu!" jerit Alia penuh drama.

"wow tuanya kau!" jawab Aqis mengundang tawa kami.

"kau sedar tak kau tak layak ambil SPM, tapi layak jadi nenek aku!" tambah Najihah membuatkan Alia menjulingkan mata

"ehem kami taknak peluk ke?" soal 2 orang jejaka itu serentak. Aku menjelirkan lidah.

"hey Afif, Izham , kalau nak kena rotan dengan walid aku beranila nak peluk ngan aku" kata aku bersama gurauan.

"eleh tak hingin aku"kata Izham

"wei, kau ngan Aqim macam mana?" soal Afif tiba-tiba. Serapat mana pun aku dengan diorang. Aku tak pernah share masaalah aku dengan Aqim. Biarlah rahsia. Aku taknak diorang risau.

"asal kau tanya?"soal Aku

"Afif ni nak ngorat kau,takkan kau tak sedar ?" kata Najihah membuatkan Afif acah acah nak tampar Najihah.

"mengarut sial!"

"takdela..aku pun nak tanya. Kau ngan Aqim couple lagi ke?" soal Alia pula

"mestilah!" kata aku dengan senyuman.

"oh.."jawapan Aqis membuatkan aku mengerutkan dahi.

"kenapa weh?"soal aku kurang senang

"kau tak tahu ke?"soal Izham

" tahu apa?"

"sebenarnya Aqim couple dengan Kamila"

"Diminta semua pelajar SMK TAMAN HANGUS duduk kerana majlis ilmu akan bermula sebentar lagi. Kalau kau taknak duduk berdirilah kau sampai mampos. Sekian." suara pengerusi majlis membuatkan aku tak dapat dengan suara Izham dengan jelas. Bapak kuat volume dia.

"dia apa weih?"soal aku balik sebab memang aku tak dengar apa apa dah volume speaker dewan kuat namampos.

"takde apa la. Aku dengan Afif pergi dulu"kata Izham dan berjalan ke tempat pengawas sekolah bersama Afif.

Port pengawas sekolah ni special sikitlah , dia macam atas pentas belah kiri pelajar manakala pengawas pustaka di atas pentas belah kanan. Ha siap ada kerusi.

Manakala kami pelajar yang tiada jawatan hanya duduk bersila di atas lantai konkrit yang sejuk.

"kau dengar tak apa Izham cakap tadi"soal aku kearah Aqis disebelah aku. Aku duduk di barisan agak belakang dengan geng aku.

Tapi Alia dan Najihah duduk di depan aku sebab satu kelas dengan aku manakala Aqis disebelah aku kira barisan kelas lain lah.

Aqis ni pandai dari kitorang. Dia kelas nombor satu and yang penting sekelas dengan Aqim. Tak lupa juga Afif dan Izham juga sekelas dengan diorang. Kelas sains . Aku, Najihah dan Alia pula kelas kedua ambil jurusan akaun.

Okay berbalik dengan Soalan aku.

"aku...tak dengar" muka Aqis agak serba salah tapi aku biarkan je

Aku hanya diam.

"Iliya. Kalau Aqim ada sakitkan hati kau roger aku tau. Kitakan member"bisik Aqis perlahan

Aku hanya senyum lebar

"eh aku okey je ngan dia"

Namun dalam hati aku tiada siapa yang tahu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"weh jom rehat" ajak Aqis yang sudah berdiri di hadapan pintu bersama Afif dan Izham.

Alia dan Najihah sudahpun mengemas tempat belajar mereka manakala aku sibuk mencari bungkusan coklat yang aku beli semalam. Niat nak hadiahkan untuk Aqim.

Ni dah kira empat kali aku beli coklat cadbury untuk dia, and aku rasa dia suka so apa salahnya kan?

"weh aku nak rehat dengan Aqimla, korang pergila ye?" kata aku dan terus sahabat aku semua beredar meninggalkan aku seorang di dalam kelas.

Coklat cadbury yang saiznya agak besar itu aku simpan dalam poket baju sekolah aku. Gigih weh aku sorok kat dalam peti takut adik aku nampak.

Sebelum aku menuju ke kelas Aqim , aku sempat menilik diri aku di hadapan cermin. Aku rapikan tudung aku dan aku sapu sapu sikit wajah aku supaya nampak bersih .

Terus dengan hati senang aku berjalan ke arah kelas Aqim,

Sampai di kelas 5 sains aku hampir hampir nak terlanggar dengan murid kelas ni. Aku pandang je dia tapi tak pula aku senyum. Dia pun sama,senyum tidak apatah lagi nak bertegur sapa.

Orang anggap aku ni sombong la bajet famous la tapi hakikatnya aku amatlah sporting cuma aku memilih kawan. Aku bukan memilih dari segi rupa ke apa. Aku tengok perangai dia je.

Kalau jenis gedik cam sotong memang aku hindar dari awal lagi. Lepastu lelaki, kawan lelaki aku Izham dengan Afif je.

"tepi sikit boleh?" ujar dia agak sombong kepada aku. Aku tanpa banyak kata terus masuk ke dalam kelas Aqim. Sempat aku merempuh bahu perempuan tu. Oh ya, nama dia Kamila.

"sayang!" panggil aku, kelihatan Aqim keseorangan di dalam kelas. Pintu kelas aku awal awal lagi dah bukak luas luas. Taknak la orang fikir bukan bukan.

And wait, Aqim dengan Kamila berdua duaan ke tadi?

Aqim yang sibuk mengemas barang belajarnya menoleh kearah aku. Dia senyum nipis.

"jom rehat sekali?" pelawa aku, aku hampirinya dan aku letak coklat atas meja dia.

"apani?"soalnya

"hadiah" jawab aku sambil tersengeh sengeh

"buat susah je"jawab Aqim lalu mengambil coklat itu dan letak bawah meja.

"jom rehat sekali?" ajak aku lagi.

"takpela saya nak rehat dengan kawan saya. Bye"

Terus aku tarik lengan dia yang berlapik,

"balik nanti kita video call nak?" kali ni memang aku betul betul terdesak nak perhatian dia. Aku berdoa sangat dia setuju.

"erm tengoklah. Bye"

Terkaku aku di hadapan pintu kelasnya. Dia tinggal aku macamtu je. Aku hanya mengemam bibir menahan perasaan. Sebenarnya ni bukan kali pertama jadi aku tak hairan sangat.

Terasa seperti mayat tak diperlukan,terus aku keluar dari kelas Aqim tu. Langkah kaki aku menuju ke kelas aku. Sakitnya hati. Bila kena palau dengan boyfriend sendiri.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Selepas kelibat Alia ,Izham dan Aqis tiada di pintu kelas,aku mula mencebik. 3 orang tu memang tak reti tunggu aku.

"kau la ni,lambat je nak bersiap. Dah la mekap lambat. Nak balik pun kena lambat ke? Jangan jodoh lambat sudahla " terus aku tunjal kepala Afif dengan jari telunjuk aku.

"mulut kau ni kann" kata Najihah kegeraman. Giliran Najihah pula memiat telinga Afif. Aih diorang ni buat scene sweet pulak kat sini. Jangan cikgu lalu sudahlah, tak pepasal dia tegur wanita bertudung tak manis la apa la. Urh.

Pastu aku pulak ada dekat sini memang kena jugakla sebab tak menegur diorang. Tapi tulaa, life kami memang begini.

Like seriously, sekolah aku ni sekolah biasa ja tapi bajet macam sekolah agama.

"entah, kau memang nak aku jodoh lambat ke apa?" kata aku sambil memeluk tubuh

"aku gurau je kan, kau nak-- aduhhhhh sakit Ji !" jerit Afif apabila Najihag makin kuat memulas telinga dia.

"ha kuat lagi-kuat lagi!" sokong aku

" jahanam aku dapat kawan macam korang" bisik Afif perlahan

"AKU DENGAR" kata Najihah dengan suara yang tinggi.

"dia memang nak kita dengar pun " kata aku lalu memaut bahu Najihah supaya jalan seiring dengan aku.

"tau tak apa" kata Afif dan mendapat jelingan super padu oleh Najihah.

" Iliya " panggil Afif tiba-tiba.

"menda?"soal aku

"entah, suspen je kau ni" kata Najihah

"diamlah Ji "kata Afif menyampah

"kau kenal Kamila?" soal Afif membuatkan aku mengerutkan dahi. Asal kau tanya duh, kau nak ngorat dia ke apa?

"kau dah ada Najihah kan, buat apa tanya pasal perempuan lain" kata aku dan tersenyum senget bila Najihah menayangkan penumbuk depan muka aku

"jawab jelah aku tanya!" marah Afif tiba tiba. Aku buat muka monyet sendu. Apsal nak marah marah haa aku bergurau jaa

"lek arr period eh?" aku angkat kening

"jawab jelah seton" aku dan Najihah mula tergelak bila Afif tayang muka pasrah dia .

"kenal tapi aku tak kawan dengan dia. Kenapa ?" soal aku lagi

"takde apa la..saja je tanya" okay kenapa kawan aku lain macam ja harini ha?

"kau couple lagi dengan Aqim?" soal Najihah membuatkan aku menepuk dahi.

"weh aku masih couple dengan dia, korang ni kenapa? Cuba bagi tahu apa yang aku tak tahu ?" kata aku dan meleraikan tautan tangan aku di bahu Najihah. Jam tangan aku kerling.

Baru pukul 2. 15. Ileklaa Walid ambil aku lambat selalunya.

" aku nak kau putus dengan Aqim boleh?" jawapan yang keluar dari mulut Afif membuatkan aku terkentut.

Tbc❤


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C2
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập