Tải xuống ứng dụng
78.49% Aku Di Dunia Elf / Chapter 73: Aubree Lulus Ujian

Chương 73: Aubree Lulus Ujian

Aubree membuka matanya secara perlahan-lahan. Saat matanya dibuka, dia menyedari yang dia bukan lagi berada di kawasan ujian melainkan di dalam sebuah bilik.

Aubree mencuba untuk memikirkan apa yang berlaku padanya kali terakhir sebelum dia tidak sedarkan diri.

Setelah teringat tentang ujiannya yang terakhir, Aubree segera bangkit dari kedudukan baring.

"Hei, Audrey. Jangan bangun dulu. Berehatlah dulu untuk sekejap..."

Aubree menoleh ke arah si pemilik suara itu. Dia melihat Della duduk di sebelahnya dan Della sedang memegang bahu Aubree untuk menghalang Aubree daripada terus berdiri.

"Macam mana saya boleh ada di sini?" tanya Aubree, memegang kepalanya yang sedikit pening gara-gara bangun secara mengejut tadi.

Della tersenyum lebar mendengar soalan itu. "Yang Mulia Putera Issac yang hantar kau ke sini. Kau pengsan selepas ujian yang terakhir itu siap..."

Dahi Aubree menjadi berkerut. "Ermm, bagaimana dengan ujian itu? Apa yang dikatakan oleh Ahli Sihir Yang Tertua?" tanya Aubree lagi.

"Jangan risau... Kau sudah lulus ujian ini dan sekarang kau sudah boleh bernafas dengan lega. Sekejap, saya akan sediakan makan malam untuk kau. Kau sudah tidur selama tujuh jam, makan malam sudah lama berlalu..."

Tanpa menunggu jawapan dari Aubree, Della berdiri dan beredar dari bilik itu.

Aubree yang masih duduk di katilnya sendiri, menjadi diam dan termenung sendirian.

Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

Aubree menoleh ke pintu. "Silakan masuk!"

Pintu dibuka dari luar dan kelibat seseorang masuk ke dalam bilik Aubree.

Issac tersenyum melihat Aubree dan dia mengambil tempat duduk yang tersedia di tepi katil Aubree. "Bagaimana dengan keadaan kau sekarang? Sudah membaik?"

"Ya, saya rasa semakin baik. Oh, terima kasih sebab sudah tolong bawa saya ke sini. Della ada beritahu saya tentang itu..."

Issac hanya sekadar tertawa dengan kata-kata Aubree. "Tak ada masalah..."

Issac berdiri dan mendekati meja kecil tidak jauh dari sana. Dia menuangkan air ke dalam sebuah cawan dan membawa cawan itu ke tempat Aubree.

"Nah, minum ni dulu..."

Aubree tidak membantah dan dia mengambil cawan itu dari tangan Issac. "Terima kasih..."

Pada masa yang sama, Della masuk ke dalam bilik itu bersama dengan sebuah dulang yang agak besar. Di belakangnya ialah White.

White segera mendekati katil Aubree dan duduk di tepi. Aubree tersenyum kecil dan dia membelai bulu halus milik White.

Della meletakkan dulang tadi ke atas meja dan memindahkan semua makan malam itu ke atas meja. Kemudian, dia memandang ke arah Aubree pula. "Audrey, marilah makan dulu. Kau mesti lapar lepas ujian terakhir tu..."

Aubree mengangguk kecil dan bangun dari katil. Dia berjalan mendekati meja itu dan duduk di sana.

Issac hanya berganjak ke tepi saat Aubree turun dari katil dan sekarang mengambil tempat duduk di sebelah Aubree.

Aubree memandang ke arah Issac pula. Keningnya berkerut kecil melihat lelaki itu masih tidak mahu keluar dari biliknya. 'Saya sedang makan ni, takkan dia nak duduk di sini dan tengok saya makan?'

"Kau sangat hebat..."

Aubree membuat reaksi wajah yang bingung ke arah Issac. Dia tidak faham apa yang cuba Issac sampaikan kepada dia.

"Maksud saya, kau sangat hebat semasa dalam ujian tadi. Saya dengar, tidak banyak Elf yang boleh melepasi ujian itu dalam masa sekejap. Kau adalah diantara Elf yang berjaya melepasi ujian terakhir itu dengan cepat," Issac menjelaskan apa yang dia ingin beritahu kepada Aubree setelah melihat wajah keliru dia.

Aubree mengangguk tanda faham. "Bukankah saya sudah katakan yang saya boleh lakukan ini? Lagipun, ujian yang terakhir itu nampak senang bagi saya, tiada masalah bagi saya menyelesaikan semua tu..."

Issac hanya ketawa mendengar Aubree yang memuji dirinya sendiri itu.

"Ahli Sihir Yang Tertua ada beritahu saya yang besok malam, perayaan untuk merayakan kejayaan kau melepasi semua ujian ini akan dibuat. Malam ini tidak dapat dilakukan sebab kau masih perlu berehat secukupnya..."

"Oh, nak dirayakan juga kah?" tanya Aubree, menggigit isi ikan yang digoreng.

"Tentu saja ini perlu dirayakan, kau ialah salah seorang dari pemilik Kristal Kehidupan. Takkan kejayaan kau yang seperti ini tidak boleh dirayakan pula?" kata Issac pula sambil menatap isi ikan yang sudah digigit separuh oleh Aubree.

Aubree mengangguk kecil. "Oh." Aubree teringat akan kehidupan dia yang sebelum ini. Ketika dia dan kumpulannya berjaya menyelesaikan satu misi yang besar, dia dan Lucy berserta dengan ahli kumpulan mereka yang lain akan pergi ke kelab malam untuk merayakan kejayaan mereka.

Dia dan Lucy akan berbuat banyak benda yang pelik dan gila jika mereka sudah mabuk. Mengingati hari gembira dia dan Lucy membuatkan Aubree tiba-tiba menjadi sedih dan pada masa yang sama kecewa.

Terlalu banyak peristiwa bahagia yang Aubree lalukan bersama dengan Lucy sampaikan Aubree tidak mahu melupakan semua kenangan itu. Dia menganggap Lucy sebagai salah seorang ahli keluarganya...tapi dia tidak pernah menyangka yang Lucy akan mengkhianati dia.

Issac menyedari yang perasaan Aubree tiba-tiba berubah menjadi suram. Gadis itu hanya diam dan tidak lagi menikmati makanannya. 'Apa yang dia fikir sampai dia nampak sedih begini?'

"Audrey?" panggil Issac.

Tapi Aubree masih tidak menyahut.

"Audrey?"

Kali ini Issac memanggil nama Aubree lagi dengan jarak yang lebih dekat.

Aubree masih tidak bergerak.

Akhirnya, Issac pun membuat keputusan untuk menyentuh kepala Aubree dengan lembut.

Merasa sentuhan yang lembut di atas kepalanya, Aubree tersedar dari lamunannya dan dia menoleh ke arah Issac yang kini sedang memandang Aubree dengan teliti.

Jarak antara mereka sangat dekat, sehingga Aubree yang masih lagi menggigit isi ikan goreng di mulutnya tersedak.

Issac menarik kembali tangannya bila Aubree tiba-tiba terbatuk dengan keras. Dia menolak gelas yang berisi air ke depan Aubree.

Aubree menyambar gelas itu dan menegur air dengan rakus sekali. Setelah dia meletakkan gelas itu ke atas meja lagi, Aubree tidak lagi terbatuk dengan keras macam tadi.

"Apa, apa yang kau cakap tadi?" tanya Aubree.

"Kau tidak dengar saya panggil nama kau banyak kali tadi? Apa yang kau fikir sampai kau tidak sedar yang saya panggil nama kau?" kata Issac.

Aubree memandang ke tempat lain, sengaja tidak mahu menatap ke dalam mata Issac. Tangannya mengambil sudu lagi dan kembali menikmati makan malamnya. "Tiada... Tidak berkaitan tentang kau juga..."

Issac menaikkan kedua keningnya ke atas setelah melihat sikap Aubree itu. Dia tahu Aubree tidak mahu memberitahu dia apa yang dia sedang fikirkan tapi Issac tidak mahu memaksa Aubree. Jadi dia biarkan perkara itu berlalu seperti itu.

Issac berdiri dan menepuk kepala Aubree sebanyak tiga kali secara lembut. "Selamat menjamu selera. Berehatlah baik-baik malam ini supaya besok kau mempunyai banyak tenaga untuk perayaan besok..."

Aubree terdiam sambil menatap kelibat Issac yang sudah berjalan menuju ke pintu. Setelah pintu ditutup dari luar, Aubree memegang kepala dia yang disentuh oleh Issac tadi.

"Siapa yang benarkan dia pegang kepala saya? Suka hati dia saja sentuh kepala saya," kata Aubree dengan suara yang perlahan. Tapi dia tidak boleh menafikan yang dia tidak benci dengan sentuhan itu tadi.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C73
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập