Tải xuống ứng dụng
72.04% Aku Di Dunia Elf / Chapter 67: Melindungi

Chương 67: Melindungi

Walaupun Aubree hanya diam, sebenarnya dia sedang berfikir dalam hati. Alasan mengapa dia boleh mengetahui jika ada bahan berbahaya di dalam air minuman dia tadi adalah kerana Aubree sudah terlatih sejak kecil.

Kerana pekerjaannya sebagai pembunuh upahan dan sejarah keluarganya yang sering melakukan pekerjaan di dunia gelap, Aubree melatih dirinya untuk membezakan setiap racun atau bahan berbahaya lain hanya dengan menggunakan deria menghidu.

Setelah Aubree berpindah ke Dunia Elf, dia merasa yang kemampuan menghidunya masih sama seperti yang dulu.

"Deria bau saya sangat kuat. Saya boleh menghidu bahan berbahaya di dalam air itu. Kerana deria ini satu-satunya cara saya untuk hidup, saya perlu pandai membezakan antara bau racun atau bau-bau bahan yang berbahaya. Dengan begitu, saya tidak perlu risau jika ada musuh yang ingin membunuh saya dengan meracuni makanan atau minuman saya," Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Aubree pun memberitahu Issac.

Berkerut dahi Issac mendengar kawalan Aubree. "Ada yang mencuba untuk membunuh kau?"

"Kau ingat tak ramai yang ingin nyawa saya? Mereka sanggup lakukan apa saja hanya untuk mendapatkan nyawa saya," kata Aubree pula.

Maksud Aubree adalah, di kehidupannya yang sebelum ini, sudah ramai musuh untuk menginginkan nyawanya dan sanggup melakukan apa saja demi menggantikannya dengan nyawa Aubree.

Tapi di sudut pandangan Issac, dia pula menyangka jika Aubree mempunyai banyak musuh di sini sampaikan mereka mahukan nyawa Aubree. Issac tidak tahu tentang kehidupan Aubree yang sebelum ini jadi tentu saja dia akan salah faham.

Namun Aubree sendiri pun tidak sedar yang Issac sudah salah faham.

Issac mengetahui yang Aubree mempunyai banyak musuh dan dia merasa panik bila mengetahui yang mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan nyawa Aubree.

Issac terus memegang tangan Aubree San menggenggamnya dengan erat. "Saya akan melindungi kau. Saya akan lindungi kau daripada serangan musuh-musuh kau yang menginginkan nyawa kau..."

Aubree membuka matanya dan memandang Issac dengan wajah bingung. 'Apa maksud dia yang dia nak lindungi saya dari musuh saya? Musuh-musuh saya sudah berhasil membunuh saya dan tidak mungkin mereka akan mengejar saya sehingga ke sini. Jadi apa maksud dia mahu lindungi saya pula ni?'

Issac tidak melihat bagaimana Aubree memandangnya dengan wajah bingung kerana saat itu Della sudah pun masuk ke dalam khemah dengan minuman baru.

Della melihat Issac yang duduk sangat rapat dengan Aubree dan dia pada pertama kalinya merasa teragak-agak sama ada hendak mendekati Aubree atau tidak.

"Apa yang kau buat berdiri di pintu khemah lagi tu? Masuklah ke sini... Saya nak minum. Saya sudah sangat haus ni!"

"O—oh..." Della yang gelabah itu menghampiri Aubree dan meletakkan dulang berisi teko dan gelas ke atas meja. Dia menolong menuangkan minuman untuk Aubree dan Issac.

Aubree mengambil gelas tadi dan terus meminum air itu. Tekaknya yang terasa kering dan perit tadi kini sudah terasa lebih baik setelah meminum air.

Issac tidak meminum airnya dan hanya memandang Aubree yang masih minum itu.

Aubree menunjukkan gelas yang sudah kosong itu kepada Della. "Sekali lagi... Saya mahu sekali lagi..."

Della mengangguk dengan permintaan Aubree. Dia mencapai teko yang ada di atas meja tapi dia baru saja mengangkat tangannya apabila Issac dengan pantasnya mengangkat teko itu dan mengisi gelas Aubree lagi.

Aubree tidak mengatakan apa-apa kepada Issac dan hanya meminum airnya dengan sekali teguk.

Della yang berdiri diantara mereka memandang Issac dengan mulut terlopong. Tidak pernah dalam seumur hidupnya, dia melihat Issac melayani orang lain, apalagi tadi Issac tanpa ragu-ragu menuangkan minuman ke gelas Aubree.

"Sudah rasa lebih baik?" tanya Issac dengan suara lembut setelah melihat Aubree meletakkan gelas ke atas meja dan dia sudah pun meneguk empat gelas air sekali gus.

Della yang mendengar suara Issac itu pun boleh lemah lutut kerana mendengar aura lembut dari Putera Dingin yang selama ini tidak pernah disuarakan kepada Elf lain.

'Wahai Putera Dingin, kenapa Yang Mulia perlu menggunakan suara selembut itu kepada Aubree? Adakah ini bermaksud, Aubree menduduki ruangan teristimewa di dalam hati Yang Mulia?'

Aubree hanya mampu mengangguk lemah kerana masih merasa penat.

Issac melihat bagaimana penatnya Aubree saat itu. Matanya memandang ke dagu Aubree dan melihat ada setitik air yang mengalir dari gelas tadi semasa Aubree sedang minum.

Issac menggunakan hujung lengan bajunya untuk mengelap dagu Aubree yang basah itu.

Saat ini, Della bukan saja ternganga tapi dia juga sudah pun terjatuh ke atas lantai kerana terlalu terkejut dengan tindakan Issac.

'Yang Mulia... Yang Mulia Putera Issac yang sangat membenci sentuhan dengan Elf lain... Yang Mulia mengelap... Mengelap dagu Aubree? Dunia, apakah yang sedang berlaku saat ini?'

Aubree segera menoleh ke arah Della saat mendengar bunyi benda dilanggar. Dia melihat Della sudah pun terduduk di atas tanah dengan sebuah bangku di tepi tangannya. Mungkin Della terjatuh dan terus terlanggar dengan bangku itu tadi.

"Della, kau tidak apa-apa?" tanya Aubree. Dia mencuba untuk menolong Della namun Della terus menghentikan perbuatan Aubree.

"Audrey, saya rasa... Saya nak ke luar dulu untuk ambil angin segar. Saya rasa sesak nafas di dalam sini, mungkin sebab di sini kurang udara..."

Setelah memberikan alasan yang 'munasabah', Della terus berlari keluar dari dalam khemah itu. Dia takut jika dia tinggal lebih lama di dalam sana, dia akan mendapat penyakit sakit jantung pula.

Berkerut kening Aubree melihat Della berlari dengan wajah yang kemerahan. 'Betulkah di sini kurang udara? Tapi kenapa saya bernafas dengan normal? Tadi muka dia nampak merah, jadi betullah dia kekurangan udara... Kan?'

Issac menepuk kepala Aubree pula. "Baik... Kau boleh berehat sekarang. Saya akan kejutkan kau ketika ujian kedua bermula nanti..."

Aubree berfikir yang cadangan Issac itu ada baiknya memandangkan dia perlukan sedikit masa rehat sebelum ujian yang kedua akan dimulakan.

Oleh itu, Aubree pun kembali meletakkan kepalanya ke atas meja dan segera melelapkan matanya.

Sepanjang masa menjaga Aubree yang sedang berehat itu, mata Issac risau pernah lepas dari merenung wajah Aubree yang tenang ketika tidur.

Seperti yang dijanjikan, sebelum ujian kedua dimulakan, Issac membangunkan Aubree agar gadis itu boleh bersiap-siap.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C67
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập