Tải xuống ứng dụng
69.89% Aku Di Dunia Elf / Chapter 65: Ujian Pertama(2)

Chương 65: Ujian Pertama(2)

Saat melihat ada seorang Tentera Elf yang berbadan besar macam gorila, Issac merasa panik. Dia terus berdiri dari tempat dia duduk dan memandang Tentera Elf yang berada di tengah-tengah stadium.

Issac tidak menyangka yang lawan Aubree kali ini ialah seorang Tentera Elf yang berbadan besar.

Dia mula merasa risau jika Aubree tidak akan dapat mengalahkan Elf berbadan besar itu.

"Issac, ada apa? Kenapa kau berdiri? Kau perlukan apa-apa?" tanya Meliani dengan suara yang lembut.

Saat Issac berdiri tadi, pandngan Meliani segera difokuskan ke arah Putera Dingin itu.

Issac menoleh ke arah Meliani. Wajahnya menunjukkan reaksi dingin saat menatap ke arah Meliani. "Tidakkah kau rasa pertandingan ini tidak adil?"

Kilan dan Katy menoleh ke arah Issac. "Apa maksud kau dengan pertandingan ini yang tidak adil?" tanya Kilan.

Issac menunjuk ke arah Montee. "Tentera Elf yang menjadi lawan Audrey itu mempunyai badan yang sangat besar... Sedangkan Audrey pula berbadan kecil. Ini sangat tidak adil bagi dia."

"Apa maksud kau berkata seperti itu, Issac? Ini ialah ujian untuk menentukan sampai mana kekuatan ilmu bela diri Audrey. Jika dia berjaya mengalahkan Montee, bermakna dia akan lulus ujian yang pertama ini," kata Meliani dengan suara tenang.

Issac tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Meliani. Dia menoleh pula ke arah Ahli Sihir Yang Tertua yang duduk diam di sebelah Meliani. "Adakah ini cara ujian ini dikendalikan? Sudah jelas di sana menunjukkan yang ini bukan sekadar ujian. Adakah kamu mencuba untuk membunuh Audrey?"

Ahli Sihir Yang Tertua mengerutkan dahinya dan matanya masih menatap ke arah Aubree dan Montee yang berada di arena. Dia tidak mengatakan apa-apa untuk membalas kata-kata Issac tadi.

"Issac, ujian ini sudah ditentukan dan sekarang kedua pihak sudah pun berjumpa. Tidak mungkin kita akan keluarkan Montee dari arena itu lagi, bukan?" kata Meliani pula.

Issac menoleh ke arah Meliani. Anak matanya menjadi semakin dingin saat mendengar kata-kata Meliani. "Kau..."

Meliani tidak membenarkan Issac untuk berkata lebih banyak dan mengubah situasi ujian ini. Tanpa menunggu Issac untuk menghabiskan ayatnya, Meliani terus menoleh ke arah Ahli Sihir Yang Tertua.

"Ahli Sihir Yang Tertua, ujian ini sudah boleh dimulakan sekarang. Ahli Sihir Yang Tertua harus mulakan ujian ini sekarang..."

"Tunggu, Ahli Sihir Yang Tertua. Ujian ini tidak boleh dilanjutkan. Ujian ini harus dibatalkan. Tidak mungkin Audrey harus melawan Tentera Elf yang berbadan besar begitu..." Issac masih mahu menghentikan ujian ini agar ujian ini tidak dilanjutkan.

Issac risau jika Aubree tidak dapat melawan Montee dan akibatnya, Aubree akan mendapat luka dan ujian seterusnya tidak mungkin Aubree dapat habiskan.

'Dia kata percaya dengan kemampuannya tapi jika lawannya begini besar, bagaimana saya boleh duduk dengan tenang sambil tengok ujian ni?'

Ahli Sihir Yang Tertua memalingkan kepalanya ke arah Issac. "Yang Mulia Putera Issac, Yang Mulia tidak perlu merisaukan tentang ujian ini. Ujian ini dikendalikan oleh kami dan Yang Mulia tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengubah ujian ini. Yang Mulia haruslah tetap duduk dengan tenang dan tetap menonton ujian ini sehingga habis..."

Balasan dari Ahli Sihir Yang Tertua membuatkan Issac menjadi marah. Dia menghentak tangan kanannya ke atas meja dengan kasar.

"Saya mahu ujian ini dihentikan!"

"Issac, kau lupa yang kita datang ke sini hanya sebagai tetamu. Semua keputusan dan cara ujian ini dilaksanakan dikendalikan oleh Ahli Sihir Yang Tertua bersama dengan Jeneral Elf yang lain. Kita tidak boleh mengganggu pekerjaan mereka atau kita akan dianggap tidak menghormati mereka," kata Kilan.

Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Issac tadi tapi Kilan juga tidak mahu Issac bertindak sesuka hati kerana mereka datang ke sini hanya sebagai tetamu istimewa di bawah jagaan Meliani.

Kilan juga merasa ujian ini dilaksanakan dengan cara yang tidak adil tapi mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah ujian ini. Lagi pula, sejak bila seorang tetamu istimewa mempunyai hak untuk menentukan hal-hal yang terjadi di dalam Menara Kristal?

Katy juga berfikiran yang sama dengan Kilan tapi berbanding dengan Kilan, dia hanya memilih untuk mendiamkan diri.

Issac tidak mengatakan apa-apa lagi. Semua perkataan yang ingin dia katakan tadi kini hilang kerana kata-kata Kilan.

Perlahan-lahan, tangannya digenggam erat dan Isaac tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di bangku kembali dan memandang ke arah arena.

Meliani tersenyum dalam diam setelah melihat bagaimana Issac gagal menghentikan ujian ini. Namun di sisi lain, dia juga merasa amat kecewa melihat reaksi cemas Issac ketika melihat lawan Aubree di tengah arena.

Meliani mengenali Issac sudah lama dan sudah mengetahui sifat lelaki itu. Dalam semua perkara yang terjadi, Issac tidak pernah memberi apa-apa reaksi selain daripada wajah dingin.

Ini pertama kalinya Meliani melihat Issac merasa cemas hanya kerana seorang perempuan tapi perempuan itu bukan dirinya.

Meliani memandang ke arah Aubree. Sinar anak matanya berubah menjadi sebuah makna yang dalam dan penuh kebencian. 'Audrey, saya akan pastikan kau akan gagal ujian ini dan kau akan dimalukan di depan semua Elf!'

Ahli Sihir Yang Tertua tidak menunggu lama. Dia berdiri dan berjalan ke bahagian pentas kecil yang terdapat di tingkat dua itu.

Setelah memberi beberapa ucapan, Ahli Sihir Yang Tertua pun memulakan perlawanan dengan membunyikan loceng.

Issac menatap ke arah Aubree yang sedang bersiap-sedia untuk melawan Montee. Dia menggetap bibirnya kerana menahan rasa marah dan kesal.

Di sisi lain, Della juga berada di stadium itu untuk memerhati Aubree selama masa ujian. Di sebelahnya ialah White.

Saat melihat Montee, Della terus saja berteriak dan memarahi sesiapa saja yang sudah membuatkan Montee menjadi pilihan sebagai lawan Aubree dalam ujian pertama.

Seperti Issac, dia juga merasa tidak adil kerana Aubree terpaksa melawan seorang Tentera Elf yang berbadan besar.

Walau kuatnya macam mana pun dia membebel, tiada yang peduli dengan kata-kata Della. Akhirnya Della pasrah dan dia hanya duduk di bangku kembali sambil menonton Aubree dengan wajah cemas.

...

Kerana kepalanya sakit akibat rambutnya yang sakit ditarik oleh Aubree, Montee mengangkat kedua tangannya ke atas dan mencuba untuk menangkap Aubree.

Aubree mencuba beberapa kali bertahan di atas bahu Montee sambil terus menarik rambut Montee.

Dia akan mengelak ke kiri jika tangan kanan diayun ke arahnya dan dia akan mengelak ke kanan jika tangan kiri yang diayun. Sekali-sekala, dia akan menunduk untuk mengelak daripada ditangkap.

Montee semakin meraung kesakitan kerana Aubree terus menarik rambutnya. Dia semakin pantas menggerakkan tangannya untuk menangkap Aubree.

Di satu masa Montee sudah tidak tahan dan dia terus menunduk ke lantai pasir dengan niat untuk menjatuhkan Aubree.

Aubree terjatuh ke bawah. Dia berguling beberapa kali ke depan sebelum dia segera berlutut di depan Montee. Tangan kanannya diletakkan di atas lutut kanan.

Montee memandang ke arah Aubree dengan perasaan marah. Dia berdiri dan terus memanjangkan tangannya untuk menangkap Aubree.

Aubree segera mengelak ke tepi dan dia terus berguling ke bahagian bawah, diantara kedua kaki Montee.

Aubree berdiri di belakang Montee. Dia segera menendang belakang Montee sehingga lelaki berbadan gorila itu maju ke depan.

Meskipun Aubree mampu membuatkan Montee hampir kehilangan keseimbangan badannya, namun itu tidak cukup untuk mengalahkan Montee.

Sorakan demi sorakan untuk Aubree dan Montee semakin bergema di tempat itu.

Montee memandang ke arah Aubree dengan sengihan sinis. "Kau fikir dengan tendangan selemah itu kau mampu untuk kalahkan saya? Jangan mimpi kalau kau dapat kalahkan saya!"

Aubree tidak mengatakan apa-apa untuk membalas kata-kata Montee. Saat ini dia sedang berkomunikasi dengan White melalui minda mereka.

> 'Elf berbadan gorila ni nampak tangguh. Saya harus mencari kelemahan dia dengan segera sebelum dia berjaya menangkap saya. Jika dia sudah berjaya menangkap saya dengan tangan dia yang besar itu, ujian pertama saya akan gagal.' <

[Yang Mulia, Yang Mulia harus berhati-hati. Lelaki ini mungkin nampak ceroboh sikit tapi kekuatan ototnya yang besar itu tidak boleh dipandang rendah. Jika dia berjaya menangkap Yang Mulia dengan tangan dia yang besar itu, silap hari bulan tulang belakang Yang Mulia boleh patah.]

> 'Itu saya tahulah, kau ni! Yang saya nak tahu sekarang ini ialah apa kelemahan dia. Tidak mungkin lelaki ni tiada kelemahan. Setiap orang mempunyai kelemahan sendiri sama seperti mereka mempunyai kekuatan sendiri...' <

[Itu Yang Mulia harus lakukan sendiri. Yang Mulia berada di jarak yang lebih dekat dengan lelaki itu, jadi Yang Mulia tentu akan dapat melihat sisi lemah dia dengan lebih dekat...]

> 'Aissh, kau ni langsung tidak membantu sayalah!' <

Aubree melompat ke belakang apabila Montee cuba menumbuknya. Kemudian Aubree terus melompat ke atas tangan kiri Montee yang digunakan untuk menumbuknya tadi dan berlari ke bahagian bahu Montee dengan pantas.

Montee cuba menangkap Aubree dengan tangan kiri pula namun Aubree terlalu cepat untuk dia tangkap.

Aubree terus mencucuk mata kanan Montee.

Montee berteriak kerana kesakitan dan tangan kiri tadi diangkat untuk menutup matanya yang sakit.

Ketika Montee mencuba menangkap Aubree dengan tangan kanan, Aubree sudah melompat turun dari atas bahunya dan mendarat di atas tanah.

Montee berteriak kerana marah setelah mata kanannya dicucuk. Dia memandang ke arah Aubree dan dia terus mencuba menangkap Aubree.

Kali ini pergerakan Montee menjadi lebih ganas dan pantas.

Aubree terpaksa bergerak lebih cepat dari Montee untuk mengelak daripada ditangkap. Sambil mengelak, dia terus berusaha mencari apakah kelemahan Montee.

Keadaan arena menjadi semakin panik dan mendebarkan.

Suara sorakan dari para Elf menjadi semakin kuat dan bersemangat.

Aubree terus bergerak ke sana ke mari, mengelak daripada ditangkap. Setelah perbuatannya mencucuk mata Montee tadi, lelaki berbadan besar itu tidak lagi membenarkan Aubree untuk mendekati tubuh badannya.

Aubree juga berusaha menumbuk dan menendang semua anggota tubuh badan Montee untuk memeriksa apakah kelemahan Montee.

[Yang Mulia, saya sudah nampak. Saya tahu kelemahan lelaki berbadan ni!]

> 'CAKAP!' <

[Lelaki ini berusaha keras untuk melindungi bahagian tulang rusuknya di tepi. Tidak kiralah jika kau ingin menyerang tukang rusuk dia di sebelah tepi, dia akan menggunakan tangannya yang berotot besar itu untuk menghalang serangan Yang Mulia!]

> 'Ah, baik... Saya faham!' <

Aubree melirik ke arah tukang rusuk bahagian tepi badan Montee. Dia menunduk ke depan untuk mengelak serangan seterusnya dari Montee.

Tanpa membuang masa, Aubree menggunakan kekuatan terakhir untuk bergerak pantas ke arah Montee.

Saat Montee menyedari yang Aubree bergerak laju ke arahnya dan menuju tepat ke dadanya, Montee menggunakan kedua tangannya untuk menangkap Aubree.

Di sanalah Aubree menggunakan peluang itu untuk menunduk dengan pantas, membuatkan Montee hanya menangkap angin saja.

Aubree terus melayangkan tendangan tajam ke tulang rusuk di sebelah kiri Montee.

Kerana tendangan tajam dan kuat dari Aubree itu telah menyebabkan tulang rusuk Montee patah dan menghasilkan bunyi tulang yang patah.

Montee berteriak kesakitan dan terus terbaring di atas lantai yang berpasir itu sambil memegang tukang rusuk di sebelah kiri.

Raungan kesakitan dari Montee itu bergema ke seluruh kawasan.

Para Elf yang menyorak mereka menjadi diam dan memandang ke arah arena dengan wajah tidak percaya.

Aubree mendekati Montee. Dengan menggunakan kaki kanan, Aubree menolak dada Montee ke lantai dan memandang Montee dengan wajah sinis.

"Kau sudah kalah!"

Mata Montee menjadi besar setelah mendengar kata-kata Aubree. "TIDAK! Saya tidak mungkin akan ka—AAARRRGGGHHH!!" Montee berteriak kesakitan lagi saat rasa sakit di bahagian tulang rusuk bertambah.

"Kau patut berhenti bercakap kalau kau tidak mahu rasa sakit di bahagian sana bertambah parah..." kata Aubree.

Setelah itu, Aubree memandang ke arah Ahli Sihir Yang Tertua untuk mendengar keputusan ujian ini.

Ahli Sihir Yang Tertua sekali lagi berdiri. "Ujian pertama sudah selesai. Untuk perlawanan ini, Audrey yang menang jadi dia lulus ujian ini!!"

Serentak dengan itu, para Elf yang menyokong Aubree sejak awal terus bersorak dan bertepuk tangan untuk Aubree.

Aubree tersenyum lebar. Anak matanya perlahan-lahan bergerak ke arah Issac yang saat itu sudah pun memandangnya dengan senyuman lebar.

"Ujian kedua akan dimulakan setelah sejam kemudian..."


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C65
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập