ZZUP!
TTAK!
Di bawah sinar matahari yang panas, Aubree yang sedang berlatih memanah tidak merasa terganggu pun dengan cuaca panas. Malah fokusnya pada papan tanda dengan lukisan bintik merah di tengahnya tidak terganggu sama sekali.
Saat anak panah yang dilepaskan oleh Aubree mengenai titik merah pada papan sasaran, Hensel dan Dean terlopong dengan wajah kagum.
Mereka kagum kerana bukan saja anak panah yang dilepaskan oleh Aubree mengenai tepat sasaran, malah kekuatan yang dilepaskan oleh Aubree bersama anak panah itu juga bukan biasa-biasa.
"Wah, kau yakin kau belum gunakan seluruh kekuatan kau untuk menarik tali panah, Audrey? Anak panah yang dilepaskan dari tali panah kau sangat laju dan kuat berbanding dengan pemanah lain. Sekarang, saya yakin yang Tuan Gildam tidak bercakap bohong," Dean memuji Aubree tanpa memikirkan Hensel yang sudah pun menunjukkan wajah kelat di sebelahnya kerana peluangnya untuk memuji Aubree telah direbut oleh Dean.
Aubree hanya tersengih. "Saya sudah biasa berlatih memanah... Jadi benda ni dikira senang untuk saya..."
"Oh, begitu, pencapaian kau sudah sangat baik..." Dean tersenyum lagi. Dia kembali fokus kepada latihan memanahnya.
Aubree tidak berkata apa-apa lagi dan meneruskan latihan memanah.
Hensel juga tidak mengatakan apa-apa dan mengikuti Aubree dan Dean untuk memanah lagi.
Setelah berlatih selama dua jam di bawah sinar matahari, akhirnya mereka pun berhenti. Mereka kembali ke bahagian meja senjata di mana di dekat meja senjata itu ialah ialah meja berbentuk bulat yang digunakan sebagai tempat berehat.
Di meja bulat itu, mereka mengambil tempat duduk dan berehat.
Hensel menuangkan air ke dalam sebuah gelas dan memberikan gelas itu kepada Aubree sebelum dia menuangkan air untuk dirinya sendiri. Ketika giliran Dean, Hensel tidak menuangkan air untuk dia dan membiarkan kawannya itu menuangkan airnya sendiri.
Dean segera menjeling Hensel setelah melihat tindakan Hensel yang tidak beradap itu. 'Oi, saya pun kawan kaulah... Kenapa tidak tolong saya tuangkan air untuk saya?'
Hensel sedar apa yang ingin diberitahu oleh Dean hanya melalui jelingan lelaki itu tapi Hensel secara sengaja memandang ke tempat lain. Sengaja dia mengabaikan kawannya itu.
Dean yang menerima layanan seperti itu dari kawannya sendiri terasa semakin berang dan mahu saja dia memukul teko yang ada di atas meja itu ke atas kepala Hensel.
Aubree yang masih tidak sedar apa yang berlaku diantara Hensel dan Dean itu hanya mengucapkan terima kasih kepada Hensel. Dia segera meminum air yang diserahkan.
"Lepas ni, kau masih nak latihan latihan memanah macam tadi?" tanya Hensel.
Aubree meletakkan gelas yang dipegangnya itu ke atas meja. "Hmm... Mungkin saya nak berlatih memanah di hutan sebelah selatan sana. Di sana akan buat latihan saya lebih menarik."
Hensel mengangguk dengan jawapan Aubree. "Baiklah..."
Aubree dan dua orang Elf itu mengambil masa setengah jam lagi untuk berehat sambil berbual perkara-perkara yang membuatkan mereka ketawa.
Setelah itu, mereka menuju ke hutan sebelah selatan seperti yang dikatakan oleh Aubree.
Di hutan itu, terdapat banyak papan tanda yang kecil diletakkan dan disembunyikan di mana-mana. Aubree harus memanah semua papan tanda yang dia nampak dengan menggunakan apa saja cara.
Sebulan yang lalu, semasa Aubree masih lagi mempunyai fizikal yang lemah, dia tidak mungkin akan dapat melakukan latihan ini tapi sekarang tiada yang mustahil baginya.
"Macam mana kalau kita buat sebuah permainan dalam latihan ni?" tanya Aubree sambil memandang ke arah dua orang Elf yang berdiri di sebelah-menyebelahnya.
"Permainan? Permainan yang seperti apa?" tanya Hensel. Bila Aubree menyebut tentang permainan, Hensel menjadi teruja dan tidak sabar untuk memulakan permainan ini.
Dean menjulingkan matanya secara diam-diam setelah melihat wajah teruja Hensel tapi seperti Hensel, dia juga tidak sabar hendak memulakan permainan ini.
Aubree memandang ke arah pokok-pokok yang menyembunyikan banyak papan tanda. Dia tersenyum lagi sebelum dia mula menerangkan permainan yang perlu mereka lakukan kepada Hensel dan Dean.
"Baik, permainannya seperti ini... Kita akan bertanding siapa yang lebih dulu tiba di penghujung. Tentu saja kita harus memanah setiap papan tanda yang tersembunyi di setiap pokok-pokok. Peraturannya, siapa yang paling cepat sampai ke garisan akhir tanpa meninggalkan satu pun papan tanda sepanjang permainan adalah pemenang," kata Aubree.
Dengan syarat senang yang telah ditetapkan oleh Aubree, tentu saja dua orang Elf tadi menyetujui dengan cara permainan ini dilaksanakan. Mereka hanya perlu cepat sampai ke garisan akhir tanpa meninggalkan mana-mana papan tanda tidak dipanah.
Bagi Hensel, perkara ini sangat mudah namun Dean mengalami masalah yang sukar kerana dia tidak begitu arif dalam menggunakan panah. Meskipun dia seorang Elf dengan tingkat ilmu bela diri yang tinggi, dia tidak begitu arif dalam hal memanah kecuali pedang.
Aubree sedar yang Dean sedang berfikir tentang permainan ini dan bertanya kepada dia. "Kau setuju, Dean? Ataupun kau mahu permainan lain pula?"
Dean terus menggeleng. Dia tidak sanggup membiarkan Aubree tahu yang dia sebenarnya kurang arif menggunakan panah.
"Tak ada apa-apa. Saya setuju dengan cara permainan ni..."
Aubree merasa puas hati dengan jawapan Dean. "Baiklah, kalau kamu berdua sudah setuju... Mari kita mulakan permainan..."
Mereka bertiga pun bersedia di posisi masing-masing.
"Satu..."
Aubree yang mencadangkan permainan ini jadi tidak menghairankan jika dia yang memulakan permainan ini.
"Dua... TIGA!"
Saat kiraan ketiga habis, mereka bertiga segera berlepas dengan kecepatan tinggi.
Hensel meninggalkan dua orang Elf itu di atas tanah dan melompat ke atas dahan pokok yang berdekatan. Dia melepaskan anak panah ke sebuah papan tanda yang berada di sebalik batang pokok.
Aubree hanya melirik ke arah Hensel yang melompat ke atas dahan itu tapi dia tidak mengikuti pergerakan Hensel. Dia terus berlari di atas tanah bersama dengan Dean.
Saat melihat papan tanda yang pertama, Aubree terus memanah papan tanda itu diikuti oleh Dean. Itupun, setelah Hensel memanah papan tanda itu lebih cepat dari mereka berdua.
Mereka terus berlari dan maju ke hadapan dengan kecepatan tertinggi. Tiada tanda-tanda yang mereka merasa penat.
Setiap kali mereka melihat papan tanda yang seterusnya, Hensel yang akan memanah terlebih dahulu, diikuti oleh Aubree dan akhir sekali ialah Dean.
Hensel yang sudah pun melompat kembali ke atas tanah, memandang ke arah Aubree yang berlari di sebelahnya. "Nampaknya, saya yang akan menang untuk permainan ini..."
Aubree melirik ke arah Hensel dengan senyuman kecil tapi tidak terlihat seperti senyuman, malah lebih kepada senyuman sinis.
"Jangan percaya diri dulu. Kita belum sampai ke garisan akhir jadi pemenangnya belum lagi ditentukan!" kata Aubree.
"Hensel, terlalu percaya diri sangat! Kau tidak ingat? Selalunya orang yang terlalu percaya diri ini akan cepat kalah!" balas Dean pula.
Senyuman lebar ditunjukkan oleh Hensel setelah dia mendengar balasan dari Aubree dan Dean. Tanpa banyak cakap lagi, dia terus melaju ke hadapan.
Aubree memandang Hensel yang sudah pun melaju ke hadapan. Dia tahu yang Hensel akan menggandakan kekuatannya untuk maju ke hadapan. Aubree tidak akan mampu menandingi kelajuan Hensel kerana dia tidak dapat menggunakan Kuasanya yang dikunci oleh Ahli Sihir Yang Tertua.
Tapi jika Aubree tidak memikirkan cara yang lebih cepat dari Hensel, dia tidak akan dapat mengalahkan Hensel. Namun begitu, Aubree tidak gentar sama sekali.
Sebelum mereka tiba ke papan tanda yang selanjutnya, Aubree sudah pun meletakkan anak panah ke tali busur.
Ketika pertama kali mereka memulakan permainan ini, Aubree sudah pun melihat kelemahan diantara Hensel dan Dean. Aubree tahu jika Dean tidak arif dalam menggunakan panah jadi dia tidak perlu merisaukan Dean tapi Hensel berbeza dengan Dean.
Namun setelah Aubree perhatikan sejak dari awal dari permainan ini, Aubree dapat melihat kelemahan Hensel. Hensel hanya dapat memanah sasaran dengan tepat hanya ketika dia berada dalam jarak yang dekat.
Dalam erti kata lain, semakin jauh jarak Hensel dari sasaran yang ingin dipanah, panahan Hensel tidak akan mengenai titik merah.
Aubree pula mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kerana dia boleh memanah dalam dua jarak ini: jauh atau dekat.
Aubree hanya perlu melepaskan anak panah lebih cepat dari Hensel memandangkan Hensel lebih cepat bergerak ke depan berbanding Aubree.
Ketika Hensel melihat papan tanda yang seterusnya, dia melajukan pergerakan kakinya dan segera meletakkan anak panah ke busur.
Baru saja dia mengangkat busurnya untuk melepaskan anak panah, dengan tiba-tiba dia merasa sebuah objek dengan lajunya melintasi di sebelah kepala Hensel.
Setelah itu, yang seterusnya terjadi membuatkan Hensel terkejut. Dia segera menoleh ke belakang dan melihat Aubree sedang melutut di atas kaki kanan di sebuah dahan pokok.
Objek yang melintasi kepala Hensel tadi ialah anak panah yang dilepaskan oleh Aubree. Anak panah itu dengan tepatnya mengenai titik merah papan sasaran yang ingin dipanah oleh Hensel tadi.
Aubree memberikan sengihan lebar ke arah Hensel ketika dia melihat wajah terkejut milik Hensel. Dia tahu begini reaksi yang akan ditunjukkan oleh Hensel setelah Aubree mengeluarkan kekuatan sebenarnya.
"Oh, saya rasa saya tahu siapa pemenang untuk permainan ini," kata Aubree dengan selamba.
Bibir Hensel bergerak sedikit tapi tidak menunjukkan yang sedang tersenyum atau marah. Malah dia tidak tahu reaksi apa yang patut dia buat setelah mendengar kata-kata Aubree tadi.
Dia tidak menyangka yang Aubree akan mengalahkan dia terlebih dulu. Hensel juga tidak menyangka yang Aubree akan menggunakan taktik dengan memanah papan tanda dari jarak jauh.
Tapi itulah masalah Hensel. Dia tidak dapat melepaskan anak panah ke papan tanda dalam jarak yang jauh.
Aubree hanya ketawa melihat reaksi Hensel lalu dia pun bergerak menuju ke papan tanda yang seterusnya.
Dean yang juga terkejut melihat tindakan Aubree tadi dan dia segera mengejar Aubree.
Hensel diam sekejap di tempatnya sebelum dia mengejar mereka berdua kembali.
Sehinggalah ke garisan penamat, Aubree terus mengalahkan Hensel terlebih dulu sebelum sempat lelaki itu memanah papan tanda.
Pada akhirnya, Aubreelah yang menjadi pemenang.
Walaupun Hensel merasa kecewa kerana dia kalah dari Aubree, perasaan kecewa itu tidak lama kerana dia lebih gembira dengan kemenangan Aubree.
Dean pula yang mentertawakan Hensel setelah melihat wajah kecewa Hensel. Walaupun dia berada di tempat yang terakhir, namun dia tidak merasa kecewa kerana dia tahu dia lebih lemah dari Aubree dan Hensel dalam bahagian memanah.
Kerana tidak mahu mendengar Dean terus mentertawakan dia, Hensel pun membawa Aubree meninggalkan tempat itu.
Sedar dirinya ditinggalkan, Dean berteriak memanggil nama mereka sambil mengejar mereka.