Tải xuống ứng dụng
45.16% Aku Di Dunia Elf / Chapter 42: Kekuatan Aubree Dikunci

Chương 42: Kekuatan Aubree Dikunci

Setelah Aubree berehat di dalam bilik yang disediakan, seorang pembantu perempuan yang dihantar oleh Ahli Sihir Yang Tertua membawa Aubree pergi ke bilik belajar kerana Ahli Sihir Yang Tertua mahu berjumpa dengan Aubree.

Aubree berjalan di belakang pembantu perempuan itu sambil dia memandang ke sekeliling. Dia sedang menghafal jalan menuju ke bilik belajar Ahli Sihir Yang Tertua nanti supaya nanti dia tidak perlu memerlukan orang lain untuk memberikan tunjuk kepadanya lagi.

Mereka masuk ke sebuah bangunan yang berada jauh di dalam kawasan bangunan itu. Aubree memandang sekeliling dan menyedari jika hanya ada beberapa orang Tentera Elf saja yang menjaga tempat itu.

Pembantu tadi menyuruh Aubree untuk menunggu di depan pintu bilik belajar dulu sementara dia akan masuk ke dalam untuk memberitahu kehadiran Aubree.

Setelah menunggu beberapa saat, pembantu tadi keluar lagi dan menyuruh Aubree masuk ke dalam ruangan bilik belajar itu.

Aubree memandang sekeliling dan menyedari jika bilik belajar itu sangat luas. Di tengah-tengah ruangan itu terdapat sebuah meja yang berbentuk bulat dengan enam buah bangku disusun mengelilingi meja bulat tersebut. Di atas meja bulat itu pula ialah sebuah pasu bunga dengan bunga matahari sebagai perhiasan.

Di tepi sudut kiri ialah rak-rak buku yang menempatkan berbagai jenis buku sama ada kecil atau besar. Buku-buku itu juga tersedia dalam pelbagai jenis warna.

Aubree menoleh ke kiri dan menyedari jika di sebelah kirinya ialah sebuah pintu besar yang membawa mereka menuju ke sebuah kebun buatan tangan. Di tengah-tengah kebun itu ialah sebuah kolam ikan yang agak besar dan di tengah-tengah kolam itu ialah air pancuran yang sangat indah.

'Wah, cantiknya tempat ni...'

"Ah, kamu sudah ada di sini..."

Suara itu membuatkan Aubree tersedar dari perbuatannya. Dia menoleh ke arah suara itu dan melihat ada kawasan tempat duduk lain di sebalik kaunter yang bersebelahan dengan kawasan rak buku.

Aubree segera mendekati tempat itu. Dia tidak ingin membuatkan Ahli Sihir Yang Tertua menunggunya dengan lebih lama lagi.

Aubree baru saja membuka mulutnya ingin menegur Ahli Sihir Yang Tertua yang ketika itu sedang meminum teh namun suaranya tersekat di kerongkong saat matanya melekat di wajah seorang Elf wanita yang cantik yang duduk di sebelah Ahli Sihir Yang Tertua dan juga sedang meminum teh.

Detak jantung Aubree terasa menjadi perlahan dan keadaan sekeliling menjadi senyap. Mata Aubree menjadi besar saat dia melihat wajah yang dikenalinya sedang duduk di depannya saat ini.

'Lu... Lucy? Kenapa dia ada di sini? Tidak! Tidak mungkin ini ialah Lucy?'

Persoalan demi persoalan keluar di minda Aubree namun satu pun daripada soalan itu tidak dapat dijawab. Tindakan Aubree yang tiba-tiba menjadi senyap itu membuatkan Ahli Sihir Yang Tertua menegur Aubree.

"Kenapa kamu masih berdiri di sana? Duduklah," ujar Ahli Sihir Yang Tertua. Dia mengayunkan tangannya sekali dan pembantu rumah yang berdiri di belakangnya bergerak untuk menuang teh baru kepada Aubree.

Aubree merenung wajah yang dikenalinya itu sekali lagi sebelum dia duduk di kerusi yang bertentangan dengan Ahli Sihir Yang Tertua.

Manakala Elf wanita yang sedang duduk di sebelah Ahli Sihir Yang Tertua itu tidak melakukan apa-apa kecuali meminum tehnya saja.

"Bagaimana dengan keadaan kamu? Kamu sudah membaik?" tanya Ahli Sihir Yang Tertua.

Aubree memandang ke arah Ahli Sihir Yang Tertua. "Ah, ya... Saya sudah semakin membaik. Selepas saya dihantar ke bilik saya, saya terus berehat..."

Ahli Sihir Yang Tertua itu menganggukkan kepalanya dengan lemah. "Bagus, bagus... Tidak menyangka jika kekuatan Kristal Kehidupan itu sangat kuat sehingga menyebabkan kamu boleh jadi begitu..."

Mendengar kata-kata ahli sihir itu, Aubree hampir saja ingin ketawa tapi dia sempat menahan dirinya. Kalau dia sembarangan saja ketawa di sini, tak pasal-pasal pula dia kena tendang keluar nanti.

Alasan mengapa Aubree ketawa adalah kerana dia merasa lucu dengan kata-kata Ahli Sihir Yang Tertua. Mungkin dia berfikir Aubree menjadi lemah setelah menyentuh Kristal Kehidupan adalah kerana terkena kekuatan Kristal Kehidupan itu sedangkan yang sebenarnya, Aubree hanya pengsan kerana dia belum bersedia menerima semua maklumat yang diberikan oleh Kristal Kehidupan itu.

Semua maklumat itu masuk secara tiba-tiba dan tanpa amaran, membuatkan kepala Aubree menjadi sakit.

Bila Aubree mengingati semula maklumat yang diterima dari Kristal Kehidupan itu, membuatkan Aubree menjadi bingung. Dia tidak tahu apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Kristal Kehidupan itu.

'Pemilik Kristal Kehidupan yang sebelum ini tidak mati... Dia cuma menghilang dan menjadi manusia di bumi... Tapi kenapa Kristal Kehidupan tu bagi maklumat ni pada saya, ya? Apa yang sebenarnya Kristal Kehidupan itu ingin beritahu saya?'

Tentu saja semua persoalan itu hanya mampu dijawab nanti kerana saat ini Aubree harus duduk bersama dengan Ahli Sihir Yang Tertua dulu dan mendengarkan apa yang ingin ahli sihir itu katakan.

"Sebelum saya lupa, ini ialah pemilik Kristal Kehidupan yang pertama..."

Elf wanita yang dikenali tadi itu akhirnya mengangkat kepalanya untuk memandang ke arah Aubree. Dia memberikan senyuman kecil kepada Aubree sebagai tanda perkenalan.

Jantung Aubree kembali berdetak dengan irama yang pelik. Jantungnya merasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Aubree sangat mengenali wajah itu kerana wajah itu mirip dengan wajah sahabatnya yang sudah membunuhnya di kehidupan sebelum ini — Lucy Peterson.

Tanpa sedar, tangan kiri Aubree dikepalkan, menandakan dia sedang menahan amarah yang sedang bergolak di dalam dirinya.

Aubree tidak akan pernah lupa bagaimana sahabatnya itu berkomplot dengan musuh untuk membunuh dirinya. Senyuman yang diberikan Elf wanita tadi adalah senyuman terakhir yang Aubree lihat sebelum dia melarikan diri, namun senyuman yang ditunjukkan oleh Lucy lebih kepada senyuman sinis dan menggerunkan.

"Saya ialah Meliani... Senang bertemu dengan kamu. Sejak pertama kali saya tahu yang ada seorang pemilik Kristal Kehidupan yang lain muncul, saya tidak sabar untuk menunggu hingga ke hari ini untuk berjumpa dengan kamu," kata Elf wanita itu, masih dengan senyuman kecil di wajahnya.

Meliani atau biasa dipanggil oleh Elf lain sebagai Puteri Meliani ialah seorang Elf yang mempunyai wajah yang sempurna dan dia terlihat menawan dan cantik. Matanya yang berwarna biru itu akan bersinar setiap kali dia tersenyum. Rambut emasnya yang diikat separuh itu membuatkan imej Meliani lebih menunjukkan kemanisan dalam perwatakan Meliani.

Pendek kata, pertama kali kau melihat Meliani, kau akan mempunyai perasaan kuat ingin melindungi Elf ini tidak kira apapun situasinya.

Badan Aubree menggigil tanpa sedar. Aubree kenal dengan senyuman itu, senyuman itu bukanlah senyuman yang biasa. Meskipun di luar terlihat manis dan menawan namun di sebalik senyuman itu menyimpan pelbagai jenis perasaan lain.

Aubree tidak boleh berhenti selain daripada memberi amaran kepada dirinya sendiri agar menjauhi wanita ini di masa depan.

Sejak pengkhianatan yang dilakukan oleh sahabatnya sendiri, Aubree tidak lagi mudah mempercayai orang lain. Baginya, sekadar berkawan dan mempunyai hubungan yang tidak lebih dari hanya sekadar kawan adalah cukup bagi Aubree. Aubree tidak mahu lagi ada sesiapa yang rapat dengan dia, tidak di kehidupan ini kerana Aubree juga tidak pasti siapa saja musuh atau kawan di sekelilingnya.

'Apa perempuan ni gila? Dia malah gembira berjumpa dengan saya dan bukannya marah? Sebagai seorang pemilik Kristal Kehidupan yang utama, dia mendapat lebih banyak kebaikan untuk dirinya sendiri. Tapi sekarang sudah ada orang kedua yang berbagi kekuatan dengan Kristal Kehidupan itu, tidakkah dia rasa marah? Ini mencurigakan... Wanita ni mencurigakan... Saya tidak boleh percaya dia... Lebih-lebih lagi bila muka dia sama macam Lucy...'

Meliani yang tidak tahu apa yang bermain di kepala Aubree itu menolak gelas sudah dituangkan teh ke arah Aubree. "Ini ialah teh Jasmine... Teh ini sangat sedap, kau boleh rasa sendiri rasa manisnya..."

Aubree memandang Meliani sebelum dia memberikan senyuman kecil. "Terima kasih, Puteri Meliani... Sebelum saya datang ke sini, saya ada dengar Elf lain memanggil kau sebagai Puteri Meliani jadi tidak salah jika saya memanggil kau sebagai Puteri Meliani, bukan begitu?"

Tawa kecil terdengar dari mulut Meliani. Dia yang sedang memegang gelas tehnya sendiri itu memandang Aubree dengan riak wajah yang sukar untuk difahami. "Ah, yakah? Saya tidak pernah meminta mereka memanggil saya sebagai Puteri. Saya juga tidak tahu sejak bila mereka memberi gelaran itu kepada saya... Tapi jangan risau, saya bukan keturunan diraja. Saya hanya dipanggil sebagai Puteri oleh semua orang kerana saya ialah pemilik Kristal Kehidupan..."

"Oh, begitukah? Baiklah, baiklah... Saya faham..." Aubree merasakan ada sesuatu yang berlainan dengan ayat Meliani tapi mengambil keputusan untuk mengabaikannya untuk sementara waktu dulu.

"Baik, baik... Cukup... Kamu berdua boleh berbual lagi setelah ini. Audrey, saya memanggil kamu ke sini sebab saya ingin memberitahu sesuatu kepada kamu."

Perhatian Aubree teralih dari Meliani kepada Ahli Sihir Yang Tertua semula.

"Kamu baru saja datang ke sini hari ini dan saya memperbolehkan kamu untuk berehat selama beberapa hari. Namun, saya juga tidak mahu kamu berehat dalam masa yang lama. Sebagai seorang pemilik Kristal Kehidupan, kamu harus menjaga Kristal Kehidupan itu daripada direbut oleh Raja Kegelapan. Oleh itu, kamu memerlukan kekuatan yang tinggi untuk melindungi dan melawan Raja Kegelapan nanti."

Aubree mendengar dengan fokus semua kata-kata yang diucapkan oleh Ahli Sihir Yang Tertua.

"Saya sedar yang kamu mempunyai kekuatan yang cukup untuk melawan Raja Kegelapan. Tapi saya juga sedar yang fizikal badan kamu sangat lemah. Dalam masa sepuluh minit saja kamu akan kepenatan dalam medan pertarungan. Jika hal ini berterusan, nyawa kamu akan dalam bahaya. Jika kamu dalam bahaya, maka Kristal Kehidupan juga akan berada dalam keadaan bahaya."

Ahli Sihir Yang Tertua meletakkan tangan kanannya ke depan dan di atas meja. Dia memberi isyarat mata kepada Aubree agar dia melakukan yang sama.

Pada mulanya, Aubree bingung apa yang ingin dilakukan oleh Ahli Sihir Yang Tertua namun setelah melihat isyarat itu, dia pun meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kanan yang berkedut itu dengan wajah ragu-ragu.

Ahli Sihir Yang Tertua menggenggam erat tangan tangan Aubree dan mula membacakan mantera. Tidak lama kemudian, muncul sebuah cahaya berwarna merah di atas telapak tangan Aubree.

"Sssttt..." Aubree merasa sakit di bahagian belakang telapak tangannya dan dia segera menarik tangannya secara automatik.

Ketika Aubree memeriksa belakang tapak tangan kanannya, dia menyedari ada sebuah tatu berwarna hitam terbentuk di sana. Tatu itu berbentuk seperti sebuah bunda pelik dengan corak-corak melengkung.

Aubree tidak tahu apakah bentuk tatu itu kerana dia sendiri tidak pernah melihat tatu itu sebelum ini. Dia memandang ke arah Ahli Sihir Yang Tertua untuk meminta jawapan.

"Ini ialah mantera yang saya letakkan ke atas diri kamu untuk mengunci kekuatan kamu agar kamu tidak menggunakan kekuatan kamu itu sembarangan. Selagi kamu belum selesai dengan latihan kamu, mantera ini tidak akan dibuka. Juga, jika kamu berani menggunakan mantera ini walaupun saya sudah meletakkan mantera ini, mantera ini akan secara automatik menjadi aktif untuk menghalang kamu daripada menggunakan Kuasa kamu."

Mendengar penjelasan itu membuatkan Aubree menjadi tidak puas hati. Dia baru saja mendapatkan kekuatannya dulu dan belum puas menggunakan kekuatan itu tapi sekarang Ahli Sihir Yang Tertua pula sudah memasang mantera terhadapnya untuk mengelakkan Aubree daripada menggunakan sebarang kuasanya.

"Ini... Adakah ini harus diletakkan ke atas saya? Kenapa pula? Saya tidak akan gunakan kekuatan saya itu dengan sembarangan jadi Ahli Sihir Yang Tertua tak perlulah mengunci semua kekuatan saya," Aubree ingin membantah kerana dia tidak mahu mantera itu diletakkan ke atasnya.

Ahli Sihir Yang Tertua hanya tersenyum kecil. "Saya tahu... Dan saya faham... Tapi saya melihat bagaimana kekuatan kamu ini boleh membawa kemusnahan kepada diri kamu sendiri dan orang-orang di sekitar jika saya tidak letakkan mantera ini pada kamu. Kamu mungkin tidak akan faham tapi suatu hari nanti kamu akan faham..."

Penjelasan dari Ahli Sihir Yang Tertua itu membuatkan Aubree terdiam dan tidak mampu membantah lagi walaupun dalam hati dia masih tidak puas hati bila semua kekuatannya dikunci.

Aubree melirik ke arah tatu yang ada di atas tapak tangannya.

Pada malam itu, Aubree memakan makan di bilik belajar ini bersama dengan Ahli Sihir Yang Tertua dan Meliani.

Setelah selesai makan malam Aubree kembali ke biliknya semula untuk berehat lagi.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C42
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập