Tải xuống ứng dụng
17.39% Ini Kisah Kita / Chapter 4: lapisan_2|crush

Chương 4: lapisan_2|crush

There can be no deep disappoinment where there is no deep love.

*Martin luther king,Jr

****

Dia.....memang seorang lelaki yang cantik. Dengan rambut hitam pekat yang beralun mengikut rentak angin. Kulit putih yang semakin bersinar apabila dikucup oleh cahaya sang suria. Bibir merah penuh yang sentiasa melakar senyum manis. Manis yang beracun. Hingga satu saat senyum tu akan bunuh kau dengan cara tersendiri.

"Tengku Adam Fairiz"

Terima kasih kepada cikgu aireen sebab dah sedarkan aku dari berkhayal. Terus aku alihkan mata aku ke tempat lain. Selain dari muka kacak fairiz. Ye. Dia lelaki yang cantik. Sangat kacak dan penuh aura sampaikan semua mata tak dapat berkalih dari pandang muka dia. Bukan murid aje....cikgu pun sekali.

Dia.....sangat kacak dan lain dari yang lain. Seolah...dia makhluk yang sesat dan jatuh atas bumi. Bukan aku sengaja nak bagi kau muntah bila dengar ayat aku.....cuma aku nak bagi kau fakta tentang dia.....crush aku.

"Tengku Husnaa Al- Aisyah!"

Aku tersentak. Terus buku yang aku pegang tercampak atas lantai. Dan semua pelajar dalam kelas 5 Zamrud ketawa. Wajah cikgu aireen dah menyinga sambik cekak pinggang. Aku telan liur yang berpasir. Mati lah aku!

"Dari tadi saya nampak awak berkhayal..... Awak ada masalah ke?"

Cikgu aireen berjalan ke arah aku. Pelajar yang lain....semua dah pandang aku macam aku dah terberak dalam kain. Yikes! Apa yang aku mengarut ni? Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Tak. Cikgu. Saya okey aje. Saya tak ada masalah pun..."

"Habis kenapa awak macam hilang fokus atau...." Cikgu aireen dah toleh ke sebelah kanan. Lebih tepat lagi ke arah tempat duduk fairiz. Muka aku pucat. "Awak ingat fairiz?"

Soalan cikgu aireen disambut dengan gelak kuat pelajar yang lain. Lutut aku menggigil. Lagi-lagi bila fairiz toleh ke arah aku sekilas sebelum tunduk memandang buku sendiri. Aku telan liur. Baru aku nak jawab....ada suara mencelah.

"Cikgu....husnaa memang dah syok dekat fairiz!"

"Fuyoo...."

"Dia memang suka sangat si fairiz."

Dan selebihnya....aku dengar pelajar lelaki yang sibuk bersiul dan tepuk tangan dengan kuat. Yang lelaki je lah....perempuan diam aje. Tapi mata dah pandang aku macam nak tembus.

Wadefish!

Mungkin carutan ikan itu lebih baik untuk gambarkan perasaan aku masa ni.

"Okeh...sudah. tak payah nak mengarut lagi. Masa dah nak habis. Tolong tumpukan perhatiaan. Esok lusa dah nak periksa." Cikgu aireen dah melangkah ke depan. Ke arah papan putih yang penuh dengan contengan marker. Tapi sebelum dia sambung mengajar...sempat dia pandang aku.

Gulp. Aku telan liur lagi.

"Awak husnaa.....jangan nak berangan okey....tunggu lepas spm. Lepas tu...kalau nak kawin sekalipun...dah tak jadi masalah. Sekarang...pandang depan. Stop tengok fairiz!".

Muka aku berubah. Malu! Entah warna merah ke ungu pun aku tak tahu muka aku sekarang! Rasa macam nak sembam muka dekat bawak meja pun ada!

Ya Allah...aku sumpah malu gila....

****

"Husnaa!" Lengan baju aku ditarik kasar dari belakang. Terus aku berhenti melangkah. Bila mata aku jatuh pada wajah kasya, muka aku berubah. Tajam mata kasya menikam mata aku. Tak sempat nak cakap apa, dagu aku dia cengkam kuat.

"Kau memang perempuan lembap! Miang! Tak guna! Ada hati nak dekat lelaki macam fairiz! Perempuan macam kau...sipi pun dia tak pandang!" Bibir kasya dah tersenyum sinis. Pipi aku mula terasa sakit sebab dicengkam kuat.

"Sa..sakit...kasya.."

Aku menyeringai perlahan. Tangan kasya aku tolak menjauh. Tapi kasya tetap tak puas hati...terus dia tarik tudung aku kuat. Sangat kuat. Kalau tak kerana aku pegang....mungkin...tudung aku dah jatuh atas lantai. Kolam mata aku mula berkaca.

"Kau sakit? Huh! Aku tak kisah laa! Memang kau layak rasa sakit!" Tak tunggu lama, kasya tampar aku berulang kali. Masa ni...aku tahu..memang ramai yang tengok aku kena buli...tapi seorang pun tak boleh melawan.

Sebab....kasya anak orang kaya. Jauh lebih kaya dari aku. Dan orang kaya memang dapat kuasa dekat sekolah ni. Wealth is a priority! Sampai cikgu pun tak boleh halang anak murid dari bergaduh.

Air mata aku mula menitis. Aku rasa pipi aku pijar. Bibir aku pun rasa sakit. Aku menyeringai. Tapi kasya tetap belasah aku tanpa belas.

        "Kasya....awak salah faham.."

         "Salah faham? Kau ingat aku bodoh macam kau? Idiot!" Tak cukup tampar, kasya tolak badan aku ke lantai. Lepas tu dia tumbuk aku kuat. Seolah-olah aku punching bag atau patung mainan dia. Darah mula keluar dari celahan bibir aku.

          "Kau patut mati! Kau tak layak hidup!"

Kasya bangun. Nampak muka dia merah. Dan disebalik kulit pipi dia yang berona merah, aku tahu...dia sangat sangat bencikan aku! Aku cuba berundur ke belakang. Tapi sebab seluruh badan aku terasa sakit, tak jauh aku dapat lari. Kasya pulak dah senyum sinis.

         "Shit! Aku benci kau!"

Kasya nak sambung belasah aku. Muka aku pucat. Dalam masa yang sama, kepala aku rasa memberat. Pandangan aku jadi berbalam. Tolonglahh Ya Allah....aku merintih. Aku mula mengerekot sakit.

         "F*ck! What the hell kasya! Kau nak dia mampos ke!" Suara garau menyentak aku yang dah berbaring. Mata aku hampir terpejam. Suasana mula jadi senyap. Hanya suara dia yang bergema. Suara dia yang lantang dan penuh autoriti. Seolah memaksa  semua telinga untuk mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibir merah dia yang penuh.

       "Dia memang patut mampos! Kenapa fairiz bela dia!" Suara nyaring menjawab. Suara kasya. "Dont tell me....fairiz pun suka dekat dia!" Makin lantang suara kasya.

       "F*ck! Kalau aku suka dia! Tu masalah aku! Bukan kau! Stop the crap kasya! Sebelum aku yang bunuh kau!" Lepas tu tiada lagi suara kasya. Mata aku masih berbalam. Tapi telinga aku dapat dengar derap kaki yang melangkah. Ke arah aku.

Ke arah aku.

Ke arah aku.

Dan tak sampai seminit, bau mint mula menerobos rongga hidung. Aku....kenal sangat-sangat bau ni. Bau dia. Aku cuba buka kelopak mata, tapi aku tak berdaya. Deruan nafas dia makin kuat kedengaran sebelum telinga aku tak lagi menangkap derap kaki dia.

Perlahan-lahan aku rasa ada tangan yang melingkar di belakang leher dan bawah lutut aku sebelum badan aku ditarik mendekat. Mendekat ke arah dada dia. Dapat aku rasa denyutan jantung dia yang menggila. Sama macam aku. Aku yang hampir jadi gila dengan setiap perlakuan dia.

         "I'm sorry husnaa....again...and again.."

Deruan nafas dia sangat dekat dengan telinga aku. Masa ni...aku tak mampu melawan. Aku tak mampu menjerit pada dia...yang aku tak nak disentuh lelaki yang bukan mahram. Dalam masa yang sama...aku nak berterima kasih pada dia..sebab dah selamatkan aku.

        "Husnaa....I promise to the earth, to the moon, and the star.....i will protect you!"   Dan pandangan aku bertukar gelap. Jantung aku masih berdegup laju. Dengan setiap patah yang keluar dari bibir merah dia yang bergeser merdu.

Tuhan.....

Aku tengku husnaa al-aisyah....

Betul-betul jatuh pada dia....

Tengku adam fairiz....

      

***


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C4
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập