Tải xuống ứng dụng
50% Aku ingin kenal CINTA!❤️ / Chapter 5: Bilik Bacaan(˘・_・˘)

Chương 5: Bilik Bacaan(˘・_・˘)

"Eherm...eherm...gaduh apa pula kali ini? Sudah-sudah lah tu. Kamu berdua ni sudah besar, 15 tahun dah, takkanlah tidak boleh berbincang secara baik-baik?" Hazimah dan Dhiya' terus terdiam membisu sebaik sahaja Kak Ngah menegur mereka. Walaupun perangai mereka agak teruk pada waktu tertentu, mereka tetap menghormati Kak Ngah mereka kerana Kak Ngah selalu berpesan untuk sentiasa menghormati orang tua.

"Ermm...tiada apa-apalah Kak Ngah, gaduh benda kecil saja, kan Dhiya'..." Hazimah menjawab sambil menyiku-nyiku Dhiya' supaya membantu dia memberi back up jawapan. Dhiya' menjeling seketika ke arah Hazimah dengan perasaan geram lalu menjawab, "Eh, mana ada kecil halnya, besar...besarrrr sangat sampai aku rasa kita perlu berbincang dengan Kak Ngah!Alang-alang Kak Ngah lalu sini, mai lah kito bincang sama-sama, ye tok ye kan kok?" Dhiya' melemparkan senyuman senis kepada sepupunya, kemudian dia berpaling ke arah kakaknya yang sedang mengangkat kening, tanda sedang mempersoalkan perkara yang sedang berlaku.

"Errrgh...kau ni kan, Dhiya', always want to make me explode myself!" Hazimah berkata dalam hatinya yang terasa amat sakit.

"Akak tahu, ada benda yang tidak kena. Akak ini bukan sehari kenal korang tetapi sudah lama akak kenal korang. Akak sudah 'masak' dengan perangai korang ni. Mari, kita pergi ke reading room. Tenang sikit mahu dengar penjelasan korang yang panjang berjela." Kak Ngah berlalu pergi menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat dua dalam rumah teres itu.

Hazimah dan Dhiya' mengikuti Kak Ngah dari belakang. Kak Ngah mendapati yang Hazimah dan Dhiya' masih bergaduh mulut dibelakangnya ketika menaiki tangga. Dhiya' sedar bahawa kakaknya sedang menoleh sedikit kebelakang untuk melihat perkara yang berlaku, jadi dia terus mengisyaratkan tanda senyap kepada Hazimah supaya Hazimah mendiamkan diri daripada membuat bising.

"Apa shooo...shoo...?" Hazimah bertanya dengan suara yang seperti berbisik kepada Dhiya'. "Hish, orang suruh diam, diam ajalah. Jangan 'cobek'." Dhiya' berbisik kembali kepada Hazimah yang seperti tidak mahu berhenti berbalah.

"Jangan cobek, jangan cobek, kami taulah bilo nak diam." Hazimah mengomel sendirian dengan loghat yang bercampur.

Akhirnya, mereka tiba dibilik bacaan. Kak Ngah membuka pintu bilik tersebut lalu memberi salam sebelum masuk. Entahlah, sudah menjadi kebiasaan bagi Kak Ngah untuk memberi salam sebelum memasuki sesuatu tempat kecuali 'tandas'O_o

"Kreekk...kreekkkk..." Bunyi pintu kayu dibuka membuatkan bulu roma Hazimah menaik. Tiba-tiba pula si Hazimah ini rasa seram sejuk. Tengkuknya terasa lain dan sejuk. Kebiasanya keadaan ini berlaku jika 'ia' datang. Ya, IA sudah tiba!!!

"Aaaaaaaa...aaa...alahai! Siapo yang tak tutup 'aircond' ni? Membazir elektrik aja. Adoii..." Kak Ngah menggeleng-gelengkan kepalanya. Siapa pula yang tidak tutup 'aircond' ini. Memang pantang Kak Ngah jikalau ada barang elektrik tidak ditutup jika tidak digunakan. Dhiya' hampir terhenti jantungnya apabila Hazimah menyergah dia secara tiba-tiba.

"Hazimah, hang ni buat aku terkejut lah! Ni pasai po tibo-tibo sergah orang?" Pada ketika itu, Hazimah tidak mendengar langsung tentang apa yang Dhiya' sampaikan. Dia hanya mampu menutup muka dan telinganya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Dia mengingatkan bahawa terdapat 'ia' ketika Kak Ngah menjerit, "Aaaaaa..." Hazimah pun terus mencangkung di sudut dinding yang berhampiran dengan bilik bacaan. Riaksinya seperti baru sahaja melihat hantu yang menakutkan.

"Adoii, aku sudahlah 'pantang'dalam hal-hal begini." Kak Ngah mengeluh sendirian sewaktu memasuki bilik bacaan itu. Sementara itu, Dhiya' masih mengajak Hazimah untuk memasuki bilik bacaan. Hazimah hanya menggelengkan kepalanya sambil berkata, "Tak nak!" Dia masih bertindak demikian walaupun Dhiya' sudah mengatakan bahawa tiada perkara yang menakutkan berlaku.

"Dhiya', Hazimah, kenapa terjegat di luar tu? Mai lah masuk." Kak Ngah menegur mereka berdua sambil melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi kayu yang dibeli di IKEA. Dia mencapai sebuah buku yang kelihatan hampir tebal di atas meja bulat yang berhampiran dengan tempat yang didudukinya.

"Macam mana mahu masuk, kak? Ini, si Hazimah ni tidak mahu beralih dari tempatnya. Lagatnya seperti merasakan kehadiran 'sesuatu'." Dhiya' menghabiskan ayatnya dengan ton suara yang agak seram di penghujung ayat. Kak Ngah memandang Dhiya' dengan wajahnya yang berkerut seribu. Dhiya' dapat merasakan suasana yang seram secara tiba-tiba apabila memandang wajah kakaknya. Kemudian, Dhiya' memalingkan wajahnya ke arah yang berlainan. Kedua-dua belah matanya sedang ligat mencari tubuh seorang gadis di sudut dinding yang didudukinya sebentar tadi, tetapi tubuh itu sudah hilang dari pandangannya.

" Di mana Hazimah?" Soal Dhiya'.


SUY NGHĨ CỦA NGƯỜI SÁNG TẠO
aca_ira aca_ira

Tada!!!ლ(^o^ლ) Do you enjoy the story so far?

Kalau ya, #stayread #Like it ? Add to library!

Stay for the next chapter... coming soon...

*\0/*

Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập