Tải xuống ứng dụng
41.02% Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 32: Bab 30 : Kau rasa insecure sebab aku dekat sini

Chương 32: Bab 30 : Kau rasa insecure sebab aku dekat sini

Seusai sahaja mandi dan berbalut dengan bathrobe. Zara dikelilingi dengan maid dan tukang dandan untuk merias dia malam tu.

Tiga jam juga mereka ambil masa untuk siapkan Zara dari kepada gadis berhoodie kepada gadis manis berdress merah jambu cekak leher lengan pendek paras lutut dan berkasut tumit.

Rambut hitam yang biasanya Zara sikat dan diikat satu itu ditoncang sedikit sementara yang lain dibiarkan beralun jatuh ke belakang.

Tukang solek itu memberi sentuhan terakhir di wajah Zara sebelum tersenyum senang.

"Dah selesai..."ujar Bob, tukang solek, pada Zara yang sejak tadi duduk diam dan hanya ikut sahaja semua yang disuruh oleh mereka selama tiga jam itu. "Saya pasti sesiapa pun yang melihat cik sekarang akan jatuh hati pada cik..."puji Bob sambil gerak ke tepi untuk benarkan Zara lihat ke cermin.

Apabila Zara mengangkat kepala dan memandang ke cermin itu, hatinya di tampar kuat. Terasa sebu secara tiba-tiba. Wajah dicermin depannya ini saling tak tumpah seperti ibubapanya.

Tapi sayang seribu sayang, dia tak akan pernah dapat rasa senangnya hati sebab jadi anak ibubapanya. Tak ada satupun perasaan bangga mahupun suka dengan kenyataan bahawa dia adalah anak kandung orang tuanya.

Bob berdiri di belakang Zara.

"Tapi bila saya lihat wajah cik lama-lama kenapa saya rasa macam pernah nampak ya muka ni?""soal lelaki itu sambil memandang pantulan wajah Zara dari cermin meja solek.

Zara mengedipkan matanya apabila dia terasa matanya mulai hangat mahu mengumpulkan air mata. Mesti la!

Tanpa bunyi tanpa ketuk, Kennedy muncul di depan pintu dengan muka tidak puas hati tiba-tiba tak lama lepas tu.

"Dah. Tak payah nak berdandan lama-lama. Tak ada bezanya pun...muka tu tak cantik mana. Ayah dah panggil suruh turun..."tegur Kennedy dengan nada benci saat memandang pantulan Zara di cermin. Hatinya terus di terpa rasa cemburu.

Kenapa Zara cantik sangat dengan pakaian murah yang dia pilih untuk Zara. Paling murah dia pilih tapi bila Zara pakai entah tiba-tiba sahaja baju itu nampak mahal.

Zara yang dengar memberi renungan tak puas hati sebelum bangun dari situ. Kasut tumit tinggi di kakinya itu memberikan dia perasaan fobia pula. Takut kalau dia jatuh dan patah tulang atau apa saja disebabkan kasut itu.

Kennedy keluar dari bilik itu dengan tangan bersilang di dada tidak puas hati dengan Zara mengekorinya di belakang.

"Jangan kau nak perasan eh...sebab ayah suruh kau balik ni pun terpaksa. Kalau bukan sebab kenalan dia nak jumpa semua ahli keluarga ayah...tak adanya dia pelawa kau ke sini..."sungut Kennedy.

Zara menarik sengih meleret saat jalan seiring dengan Kennedy di sisi, pandangannya terarah ke depan.

"Kau ingat aku nak sangat ke datang ke sini..hadap muka kartun kau tu.."detus Zara dengan nada jengkel.

Kennedy yang dengar berpaling, dia berhenti berjalan dan menghadap depan Zara. Mengepal penumbuk menahan sabar.

"Kau jangan nak berlagak eh...aku tak takut lah dengan kau...sebelum kau kena tendang buat kali kedua...jaga mulut kau tu..."marah Kennedy.

Zara berdecit mengejek.

"Asal?Kau rasa insecure sebab aku dekat sini?Risau kalau tetamu ayah lebih berkenan dekat aku dari kau?Risau kalau ayah lebihkan aku dari kau?"ujar Zara bernada mahu menjengkelkan Kennedy.

"Hei...aku tak insecure dengan kehadiran kau...sikit pun tak!"dengking Kennedy dengan tegang sampai merah wajah gadis itu.

"Kau ingat sini."dia tunding jari telunjuk depan muka Zara. "Kau masih bertahan dekat sini sebab ayah nak pastikan semua harta jatuh dekat tangan dia lepas nenek kesayangan kau tu mati...disebabkan kau adalah waris tunggal nenek kau...lepas dia dapat semua tu...kau akan dibuang macam kain buruk...so jangan nak berlagak sangat...kalau aku jadi kau...aku akan rendah diri sebab tahu apa yang bakal jadi dalam hidup aku nanti..." kata Kennedy dengan nada benci berbisa.

Zara yang dengar memandang dingin ke Kennedy. Sikit pun dia tak sakit hati, tapi sedih sahaja. Sedih dengan sikap ayah kandungnya.

"Well itupun kalau nenek aku mati...plus kau kena ingat sebab siapa kau masih hidup dekat muka bumi ni...so jangan nak berlagak sangat...kalau aku jadi kau...aku akan rendah diri dan berasa malu untuk jalan dongak mendabik dada macam semua ni akan menjadi milik kau..."kata Zara dengan jelingan tak peduli sebelum jalan ke depan, sempat dia langgar bahu Kennedy dengan sengaja.

Mulut Kennedy ternganga luas. Dia tergamam dengan kata-kata Zara.

"Yah!!!!You crazy b*tch!!"teriak Kennedy sambil menghentak kaki kerana bengang.

Zara menarik senyuman sinis meleret sewaktu mendengar suara di belakangnya.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C32
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập