Tải xuống ứng dụng
53.84% DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 14: BAB 13

Chương 14: BAB 13

"HARIS MIKAIL! Cepatlah sikit siap! Macam perempuanlah kau bersiap" jerit Haziq dari luar rumah.

Haris yang sedabg merapikan pakaiannya hanya membuat roll eyes. Malas mendengar bebelan abangnya yang seperti makcik-makcik bawang dekat pasar malam. Setelah dia siap, dia terus turun ke bawah dan terlihatlah Hairi yang sudah bercekak pinggang di ruang tamu.

"Just t-shirt dengan seluar jean pun, lambat ke? Ke... tak jumpa jalan nak turun bawah? Maklumlah acah sejuk... pakai hoodie sampai tutup mata..." sinis Hairi pedas. Ada sahaja cara mahu menyakitkan hati si adik kembar.

Haris hanya menadah telinga mendengar kata-kata peluru sinis yang keluar daripada mulut Hairi. Tidak fasal-fasal malam yang dijanjikan untuk pergi jalan bersama menjadi malam untuk pergi ke hospital. Tidak sanggup rasanya mahu dibius sana sini. Bau ubatan lagi. *( Orang yang ada High imagination je boleh tahu apa yang cuba untuk disampaikan... )

Hairi memandang Haris sehinggalah Haris siap memakai kasutnya. Apabila melihat Haris sudah pergi, barulah dia keluar.

"Papa... kitaorang pergi dulu. Papa kunci je pintu. Abang Hazif ada spare" laung Hairi sebelum masuk ke dalam kereta.

Tidak lama selepas itu, Audi A7 kepunyaan Haziq keluar dari perkarangan rumah dan meluncur laju di atas tar menuju ke arah destinasi yang hendak ditujui.

*****

Haziq memakirkan keretanya di aras paling bawah mall itu. Dia malas mahu parking jauh-jauh. Lagipun, minyak guna, weyh. Minyak kereta bukan boleh guna air. Rosak enjin.

"Okey. Kita dah sampai. Now, aku dengan Hazif nak beli barang berdua. Korang, pergilah berdua. Dalam pukul, 10:30, jumpa dekat KFC. Ok?" kata Haziq sambil mematikan enjin keretanya.

Hairi dan Haris memandang sesama sendiri lalu berpaling.

"Brother, impossible! Abang sengaja kan buat macam ni? Kita pergilah berempat... Please..." kata Haris dan membuat muka tidak puas hatinya.

"A'ah. Pergi berempatlah... Senang sikit..." kata Hairi pula.

"Tak ada, tak ada. Jangan nak ngada-ngada. Ikut je apa kitaorang tetapkan" balas Hazif yang terus membuatkan Hairi dan Haris senyap dan diaorang hanya akur. Tidak berguna bergaduh jika akhirnya tidak dapat apa-apa.

Hairi dah Haris membuat tanda okey lalu berlalu pergi dengan muka yang masam. Mereka berjalan bersama dengan juga perasaan yang merimaskan. Mana tidaknya, langkah sahaja kaki ke dalam mall tersebut, terus dikerumuni dengan remaja-remaja perempuan sebaya atau kurang dari mereka.

Haris hanya berjalan tanpa menghiraukan mereka. Sudah malas mahu menghalau. Lagipun, salahnya juga kerana memakai smart-smart malam ini tetapi apabila difikirkan kembali, Haris pakai apa-apa baju hatta t-shirt biasa sekali pun, tetap dikerumun. Buktinya, di sekolah ketika dia memakai baju sukan. Atas sebab faktor? Mata bewarna biru beserta mukanya yang seperti mix Melayu-US. Bukan seperti tetapi memang ada pun.

Hairi pula yang jenis melayan di luar sekolah. Yang berpakaian singkat, ketat, seksi pun dilayan sahaja. Baginya, selagi tidak melebih sehingga ke hotel bagai dia okey. Setakat ambil gambar, apa salahnya? Instafam lah katakan...

Walaupun sukar juga untuk mereka meneruskan perjalanan, mereka akhirnya tetap tiba di tempat yang ingin ditujui. Kedai jam tangan besi berjenama.

"Weyh, Ri. Betul-betul nak beli jam ke?" tanya Haris sambil melihat jam-jam tangan yang dipamerkan di kotak kaca.

"Kau juga yang cadang nak beli jam, en? So? Aku akan teruskan apa yang aku buat. Aku yakinlah papa suka. Cepatlah. Nanti nak beli baju pula" balas Hairi dalam nada yang mendatar. Dia berbuat demikian kerana malas hendak berbalah dengan Haris yang hatinya memang tidak tetap. Rasanya, perlu buat solat istikharah 40 malam dahulu baru dapat keputusannya.

Haris kelihatannya hanya akur. Jika nada Hairi sudah bertukar mendatar, janganlah dibuat tempat bertanya jika sudah tahu atau pasti akan sesuatu benda atau perbuatan tersebut. Jika hendak pergi ataupun sedang berada di sesuatu tempat, mohon jangan tukar haluan. Jadi angry bird dia nanti.

Mereka memilih jam yang paling mahal di situ untuk menjimatkan masa. Malas mahu memilih. Asal cantik dan berkualiti, sudah. Harga? Seribu sudahlah. Malas nak tunggu baki.

Setelah selesai, mereka pergi ke kedai baju. Berjenama mestilah ada.

Seperti biasa, masuk-masuk sahaja terus dikerumun orang ramai. Terpaksalah mereka melayan dahulu kesemuanya. Inilah salah satu faktor mengapa mereka malas hendak memilih. Untuk pulang ke rumah dengan segera kerana penat melayan fans mereka.

Setelah kesemua fans-fans mereka beransur pergi, mereka meneruskan pencarian yang tergendala di tengah jalan. Kali ini, memang diaorang betul-betul serius mencari. Tidak ada lagi istilah melayan fans dan tiada lagi istilah bergaduh.

Selesai sahaja mencari apa yang diperlukan, mereka terus ke kaunter bayaran untuk membayarlah. Takkan menjahit pula.

"The total amount is RM675.45" kata cashier itu sambil memandang tepat ke arah wajah Haris yang sememangnya handsome.

Haris memandang Hairi yang berada di luar sedang bermain phone. Dia terus menghampiri Hairi dan menghulurkan tangannya.

Hairi memandang kosong huluran tangan Haris. Atau lebih tepat lagi, dia tidak faham langsung apa maksud Haris. So, dengan selambanya dia menyambung kembali bermain phonenya.

Haris berasa sangat geram dengan Hairi kerana tidak mengendahkan dirinya di situ. Dia merampas phone Hairi lalu disimpan di dalam kocek seluarnya.

Hairi apa lagi? Terus marah pada Haris, lah. Tengah syok chat dengan fans, line dipotong pula.

"Apa masalah kau, dhoo? Bagi balik phone akulah. Boleh tak jangan masal dekat sini. Nak rampas phone orang apahal?" marah Hairi sambil mencuba untuk mengambil phonenya kembali tetapi tidak berjaya.

"Aku tak ada masalah tapi, kau yang bermasalah! Now, your turn to pay all of it! Sikit je kot. RM700 bayar. Keep the change, boleh kan? Now, bayar. Jam tadi aku bayar. Sekarang, kau" kata Haris sedikit tinggi.

Hairi menjeling ke arah Haris sebelum dia berlalu ke arah kaunter pembayaran. Nasib baik diaorang berdua sahaja di barisan kaunter itu. Kalau tidak, pasti dipandang serong oleh orang lain.

Hairi terus membayar. Dia tidak menggunakan kad debit nor kad kredit because dia lebih suka menebalkan dompetnya dengan duit. Sementara menunggu baki, sempat dia mengerling ke arah tag nama cashier itu. 'SARA'. Baginya, Cik Sara itu boleh kena sikitlah dengan tastenya kerana dia bertudung tetapi perangai, dia tidak tahu.

"Emm... sir, this is your change" kata Cik Sara itu sedikit gagap.

"Thanks, señorita" balas Hairi sambil tersenyum manis walaupun itu hanya senyuman fake.

Cik Sara itu gayanya seperti kucing miang. Tergedik-gedik gayanya apabila Hairi tersenyum kepadanya tadi. Itu baru Hairi. Belum lagi Haris.

"Emm... sir. Can I have your phone number?" tanya Cik Sara gedik.

"Sorry but I don't think that you need my number" balas Hairi dingin.

"Why not?" tanya Cik Sara itu pelik. Kegedikannya pun sudah hilang kerana tertanya-tanya.

"I'm still a schooler. Besides..." Hairi menggantungkan ayatnya lalu mengambil beg kertas yang berisi barang yang dibelinya tadi dan ingin berlalu pergi. "Kau tu hanya seorang cashier di mata aku dan aku ni anak Tengku yang berharta. Mana sesuai. Aku pun, lebih muda daripada kau, Miss Sara..." sambungnya berlagak dan terus menepuk bahu Haris untuk pergi dari situ.

Cik Sara ternganga dibuatnya. Punyalah payah dia fikir ayat untuk speaking dengan diaorang sebab fikir diaorang tu mat saleh, rupa-rupanya tahu Bahasa Melayu. Buat sakit otak je. Lama-kelamaan, dia jadi murung pula disebabkan terfikir kembali ayat Hairi.

Dia menunduk sedih. Tiba-tiba, tempatnya menjadi gelap akibat bayang-bayang seseorang. Dia terus menghapuskan air matanya dan mendongak sambil tersenyum. Pandang sahaja gerangan yang berada di hadapannya, senyumannya terus mati.

"Adik boleh pergi kalau nak sakitkan..."

"Hey. I'm his twin. Saya just nak minta maaf dengan perangai abang kembar saya. Dia memang bongkak dan sombong sikit dengan orang yang dia tidak kenal" kata Haris tenang.

Cik Sara hanya meng'o'kan sahaja. Takkanlah nak memotong pula jika tidak tahu apa-apa.

"Can I... have your phone number" tanya Cik Sara lagi penuh pengharapan. Muka tembok betullah...

"Sorry. I can't. As what my twin said just now, I'm still a schooler" balas Haris dengan lembut.

Terlihat kehampaan dan sedikit kekecewaan di muka Cik Sara. Dia sedar, siapa sahaja yang mahukan dirinya?

"But, I can give you my insta's account. Kalau cik masih tak tahulah" sambung Haris dengan senyuman yang paling ikhlas.

Muka Cik Sara terus berubah gembira. Seperti ingin sahaja melompat di situ tetapi dia sedar, dia berada di tempat awam.

Hairi terus mengambil phone Cik Sara dari tangannya dan menekan ikon instagram. Ditaip account instagram miliknya dan menekan butang follow. Kemudian, terus dipulangkan kepada Cik Sara dan berlalu pergi. Tidak boleh lama-lama. Nanti Hairi, Haziq dan Hazif bising.

Ketika berjalan, Hairi sentiasa mengusik Haris disebabkan hal kecil itu tadi.

"Dahlah. Tak payahlah nak usik aku lagi... Sebab kau juga... Kau, pergi beli something untuk Rien. Dia sakit hati lagi dengan kau tahu tak? Aku wakilkan kau tapi dia tak terima. Dia nak kau juga yang minta maaf" kata Haris sambil melangkah ke arah eskalator. Mukanya juga sudah merah disebabkan usikan Hairi.

"Yalah, Kak Rien... nak juga adik Hairi pujuk. Jomlah pergi beli maggi dengan patung ke... baju ke... baju pengantin pun elok juga... biar sedar diri sikit yang diri tu dah tua. Ke... kau nak pergi dulu?"

"Hoi! Jangan melampau sangat. Apa kena mengena baju pengantin pula. Dia bukannya kena mengena dengan apa-apa pun. Couple pun tak. Lainlah kalau kau belikan untuk papa..." kata Haris disambut pula dengan gelak tawa mereka berdua.

"Itu melampau... dahlah. Kau nak pergi dulu atau nak ikut?" tanya Hairi setelah penat ketawa.

"Emm... Kalau ikut... kau arahkan aku buat itu ini. Kalau tak ikut... aku tak ikutlah! Mana tahu abang awal ke. Apa-apa pun, janganlah buat perangai sombong kau tu. Tak baik rendahkan orang lain... Mana tahu, satu hari nanti kau pula yang kena... Okeylah. Bye" balas Haris lalu menepuk bahu Hairi dan berlalu pergi.

Hairi hanya buat endah tidak endah sahaja nasihat Haris. Biasalah. Hairi mana pernah dengar nasihat daripada orang yang lebih muda darinya walaupun orang itu lahir seminit lambat daripadanya.

Terus ditujuinya supermarket yang terdekat lalu membeli maggi. Dia tahu, Hafriena mudah dipujuk dengan maggi. 16 tahun hidup bersama, mesti sudah tahu favourite masing-masing.

*****


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C14
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập