Tải xuống ứng dụng
41.66% Mesteri sekolah kimori / Chapter 5: chapter 4: charm.

Chương 5: chapter 4: charm.

'pernahkan kamu mendengar cerita bahawa disekolah kita mempunyai penunggu yang mempunyai kuasa ' daya tarikan' yang membolehkan sesiapa yang berhajat ingin mendapat cinta dari seseorang menjadi kenyataan. bagi menemui penunggu itu,kamu mestilah pergi ke bilik muzik bagi menemuinya. lalu membawa alat muzik kegemaran kamu lalu memainkannya. selepas itu, jika kamu mendengar bunyi alat seruling dimainkan diiringi angin sejuk yang nyaman!! itu bermakna hajat kamu pasti akan tertunai.

tetapi!!! sebagai balasan dari permintaan yang kamu inginkan, sesuatu harus kamu lakukan untuk membalas jasa penunggu itu dengan cara menyerahkan sesuatu yang kamu sayangi."

semasa perjalanan menuju ke rumah. Taka sama sekali menoleh kebelakang walau tiada orang disitu. Taka merasakan sesuatu sedangkan mengekorinya. secara tiba tiba bahu Taka disentuh oleh tangan. Taka terhenti lalu menoleh kearah bahu kanannya.

" ahhhhhhhh!!!! jangan kacau aku, aku tak buat apa apa!! aku takkan beritahu sesiapa tentang hal tadi" jerit Taka dalam ketakutan.

" hahahahhaha! kau dah kenapa ni Taka tiba tiba minta tolong ni, kau ni kena kerja hantu ke apa?" Haruhi mengetawakan reaksi Taka tersebut.

Taka masih dalam ketakutan menutup wajahnya dengan kedua tangan perlahan lahan melihat kearah Haruhi.

" kau rupanya! kenapa kau buat aku begitu. kau buat aku sakit jantung, kalau aku mati nanti!!" Taka dalam keadaan marah tapi cemas.

"baiklah!! tapi kenapa kau dalam ketakutan ni,kau okeykan ni" soal Haruhi kepada Taka.

Taka hanya menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat kearah Haruhi.

"tak ada apa! cuma penat saja sebab larikan dari sekolah nak kerumah" balas Taka dengan sedikit rasa bersalah. bukan apa tapi Taka cuma tak nak membuka rahsia antara dia dengan Nanamine tentang kejadian tadi.

Taka cuba mengelak daripada memberitahu perkara sebenar kerana takut akan terjadi perkara yang tak di inginkan.

" baiklah Haruhi, saya ingin balik dulu kerumah nanti mama marah pula!" kata Taka kepada Haruhi.

" kita balik sama samalah" balas Haruhi kepada Taka.

"kenapa pula?" soal Taka.

" sebab rumah kita satu halakan" kata Haruhi dengan gembira.

" ouh!! begitu" balas Taka.

mereka berdu berjalan bersama sama menuju rumah masing-masing. apabila Taka sampai di depan rumahnya, dia melambai kearah Haruhi.

" ehhh!! kita ni jiranlah!!" jerit Taka dengan nada yang terkejut.

" hahaha.. tak sangka kita pun jiran walau beza satu rumah!" kata Haruhi dengan ketawa kecil.

"haha. iya tak sangka pula." balas Taka dengan muka sedikit kecewa kerana diketawakan oleh kawan sendiri..

" maknanya kita bolehlah pergi sekolah sama sama dengan Nanamine sebab rumah dia pun berhadapan dengan rumah kami!" kata Haruhi dengan gembira.

" apa!! rumah dia dekat dengan kita dua maksudnya ni" kata Taka dalam keadaan cemas.

tiba-tiba Nanamine muncul secara mengejut dihadapan mereka berdua.

"Nanamine balik pun kamu, dah siap tugas dikelas tu?" soal Haruhi.

" ya! saya dah siapkan" balas Nanamine dengan tenang.

Taka hanya berdiam diri kerana tidak ingin Nanamine melakukan apa apa yang menakutkan dia mahupun sesiapa.

"tapi kenapa lewat sangat kau siapkan?" soal Haruhi.

"ouh, saya ada kerja lagi lepas tu"balas Nanamine.

"ouh. baiklah saya balik dulu" kata Haruhi lalu meninggalkan mereka berdua.

"pastikan kamu pegang pada janji kalau tidak ,aku sendiri buat kau menyesal" Nanamine memberi amaran kepada Taka lalu meninggalkannya.

keesokan harinya...

Taka seperti biasa pergi ke sekolah bersama Haruhi.

" ahh, nasib baik kau kejutkan aku dari tidur lebih awal, kalau tak memang matilah aku oleh mama ku" Taka berterima kasih kepada Haruhi.

" tak ada apalah lagi pun Nanamine kena pergi sekolah lebih awal sebab dia kena hantar laporan kepada student council." balas Haruhi.

"student council? apa tu " soal Taka.

" itu adalah satu organisasi sekolah untuk mengawal aktiviti kelab atau disiplin murid" jawab Haruhi dengan mengerak gerakan jarinya.

Taka hanya mengangguk tanda faham.

apabila mereka sampai dihalaman sekolah. seorang pelajar tingkatan 5 melanggar Taka dengan tidak sengaja lalu buku dan kertas kertas berjatuhan. Taka tanpa teragak-agak membantunya bersama Haruhi mengambil semula buku dan kertas kertas itu lalu memberikan semula kepada pelajar itu. Taka secara tidak sengaja melihat kearah mata pelajar itu tetapi tidak dia pedulikan. pelajar itu terus berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

Taka dan Haruhi terus meneruskan perjalanan dan lalu dihadapan sekumpulan pelajar lelaki yang bermain bola sepak. tiba tiba salah seorang daripada pelajar yang bermain bola menendang bola kearah Taka. Taka terus menahan bola tersebut dan memberikan kepada pelajar yang datang. taka menghulurkan bola itu kepada pelajar tersebut dan mereka berpandangan antara satu dengan lain. lelaki itu mengucapkan terima kasih.

" tak sangka kau ni hebat sangat" puji Haruhi kepada Taka.

"taklah sangat sebab saya pun suka bola sepak" balas taka dengan tenang.

mereka meneruskan perjalanan dan masuk kedalam kelas. mereka bertemu dengan Nanamine yang sedang membaca buku.

" ohayo Nanamine chan" haruhi memberikan ucapan selamat pagi.

" bahasa apa yang kau pakai ni ahh? " soal Taka kepada Haruhi.

" selamat pagi Haruhi" balas Nanamine.

" bahasa jepun saya guna" balas Haruhi kepada persoalan Taka.

cikgu telah sampai dan sesi pembelajaran dimulakan. semasa waktu rehat bermula seorang pelajar perempuan datang ke kelas B Bertemu Taka.

" Taka ada orang cari kaulah" jerit rakan sekelas mereka.

Taka berasa terkejut. kenapa tiba-tiba ada orang ingin bertemu dia. Taka terus berdiri dan berjalan menuju kearah pelajar perempuan itu. Taka berasa terkejut dengan kehadiran pelajar perempuan itu kerana dia telah membantu pelajar itu tadi pagi.

"ada apa kamu cari saya?" soal Taka.

" boleh tak kita pergi ke bumbung sebab ada sesuatu yang saya ingin beritahu." balas pelajar perempuan itu dengan wajah yang kemerahan.

Taka berasa lain tetapi terpaksa bersetuju.

" baiklah" balas Taka.

mereka berdua menuju kearah bumbung sekolah. mereka telah pun sampai di bumbung sekolah.

"apa yang ingin diberitahu ahh?" soal Taka sambil mengaruk kepalanya walau tidak gatal.

" saya jatuh cinta terhadap awak Taka. tolopnglah terima saya!" pelajar perempuan itu meluahkan perasaanya terhadap Taka.

Taka berasa terkejut dengan tindakan pelajar perempuan itu dan mukanya menjadi merah.

" t..tt..tapi. kenapa awak" kata Taka

tiba tiba pelajar lelaki datang keatas bumbung. pelajar itu adalah lelaki yang mengambil bola dari Taka.

" ehhh!!" jerit Taka

pelajar itu terus berjalan menuju kearah mereka berdua.

" Taka saya jatuh cinta dengan awak. sudikan awak menerima saya" kata pelajar lelaki itu.

"ehhhhhhhhhhhh!!!!" jerit Taka.

" awak jangan nak halang saya, Taka suka sayalah" jerit pelajar wanita itu.

"siapa kata dia sukakan awak ahh?" jerit pelajar lelaki itu.

Taka tidak berasa nyaman dengan keadaan itu.lalu dia berlahan lahan melarikan diri semasa pelajar itu bertengkar.

Taka terus berlari menuju ke kelas dan loceng waktu tamat rehat telah pun berbunyi.

Taka dalam keadaan menghembus nafas yang tidak berhenti henti ibarat atlet lumba lari yang baru menamatkan lariannya.

" kau dah kenapa ni Taka? sesuatu dan terjadi kan tadi masa keluar dengan pelajar tadi?" soal Haruhi.

" t...t..tak ada apa apa, cuma aku terkejut!!" balas Taka dalam keadaan cemas.

"kenapa pula?" soal Haruhi lagi.

" macam mana tak terkejut kalau ada 'confess' terhadap Taka, ' Taka saya telah jatuh cinta dengan awak sudikan awak jadi kekasih saya" kata teruo kepada Taka sambil memukul bahu kanan Taka.

" ehhhhhhhhhhhh!!" Taka dengan muka yang merah.

" ara ara,, Taka tak sangka ada orang minat kau ahh" perli Haruhi.

" mana ada!! ini semua salah faham" kata Taka dengan yakin.

" ahhh yalah tu" kata teruo dengan melihat kearah mata Taka.

" sudahlah jangan kacau dia teruo" tegur ketua kelas iaitu urara sambil melihat kearah terou dan melihat kearah mata Taka, dan berlalu pergi.

"huiii!! baiklah," balas teruo.

Nanamine hanya berdiam diri dan Taka masih ingin tahu apa yang terjadi dengan dirinya.

sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

tetapi Taka berasa kurang selesa kerana terou dan urara memerhatikannya tanpa henti.

" dah kenapa dengan mereka berdua ni ahh!!" kata Taka dengan nada geram.

" hei...hei.. Taka" panggil Haruhi.

" k..k.. kenapa ni Haruhi?" soal Taka.

" kau okey ke tak ni ahh ? dan kenapa teruo dan urara asyik pandang kesini?" soal Haruhi dengan keadaan risau.

" aku okey syak. tak perlu risaulah!" balas Taka dengan cuba menenangkan Haruhi.

Haruhi hanya mampu senyum tanda faham.

selepas sesi pembelajaran tamat. semua pelajar mengemas barang untuk pulang. teruo tiba-tiba datang kearah Taka dan memberitahu bahawa dia ingin berjumpa Taka di depan bilik seni. secara tiba-tiba urara ingin berjumpa dengan Taka di depan bilik seni juga sama seperti teruo.

" k..k.. kenapa pula?" soal Taka.

" sebab ada sesuatu yang ingin kami cakap" kata teruo dan urara.

" pergilah Taka mana tau ini penting" pujuk Haruhi.

" baiklah" balas Taka dengan nada mengalah.

Nanamine hanya berdiam diri.

." maafkan saya Haruhi, saya tidak dapat balik bersama kamu" kata Nanamine dengan sedikit rasa kesal.

Nanamine terus mengambil beg dan berlalu pergi dan Haruhi juga mengemas barang dan berlalu pergi dan melambai kearah Taka.

" jomlah kita pergi ke bilik seni." kata Taka kepada mereka berdua iaitu teruo dan urara.

"tidak perlu kerana hanya kita bertiga sahaja di sini" kata teruo.

urara hanya mengangguk tanda setuju.

" baiklah jadi apa yang kamu nak beritahu ni ?" soal Taka.

" saya dah jatuh cinta pada awak Taka." kata teruo dan urara dengan serentak.

suasana menjadi sunyi. Taka menjadi takut.

" ehhhhhhhhhhhh!!" jerit Taka.

" Kami tak tahu bila kami jatuh cinta pada awak" kata urara dengan suara yang lunak.

Taka terus mengambil beg dan melarikan diri daripada kelas itu dengan meninggal teruo dan urara di dalam kelas.

"Taka mana awak pergi?" soal teruo dan urara.

Taka berlari menuju kearah bilik seni lalu membuka pintu dan melihat Nanamine dan lelaki tua itu.

"k..kk....kenapa dengan semua orang harini ahh?" soal Taka sambil menghembus nafas secara tidak teratur.

" ouh nampak gayanya kamu tidak terkena dalam kuasa ku" kata Nanamine dengan tenang.

"apa yang kau katakan ahh. kenapa dengan teruo dan urara dan yang lain.!! kenapa mereka tiba tiba jatuh cinta dengan aku. walau aku kacak tapi taklah teruk sangat sampai lelaki pun suka aku!!!" kata Taka dengan nada geram.

" hohoho... maknanya kamu telah mempunyai kuasa Nanamine." kata lelaki tua itu.

" ahh!! kuasa apa" soal Taka.

" charm" balas lelaki tua itu.

" charm?" soal Taka.

" yeah.. dimana jika kamu berpandangan mata dengan sesiapa maka kuasa 'charm' itu akan berlaku dan membuat orang itu tertarik dengan kamu" penjelasan lelaki tua itu.

" maknanya orang yang aku bertentangan mata dibawah pengaruh kuasa yang aku dapat daripada Nanamine?" soal Taka.

" iya.. benar" balas lelaki tua itu.

" tetapi kau masih tidak tahu apa keistimewaan dalam diri kau" kata Nanamine dengan nada sedikit geram.

" Nanamine sudah sudahlah tu... aku tau kau masih marahkan kami sebagai penunggu sekolah ini. tapi ingat ini semua disebabkan sifat naif dan pentingkan diri kamu manusia yang lemah" kata lelaki tua itu.

" jadi macam mana nak hilangkan kesan kuasa charm ini terhadap mereka semua?" soal Taka.

" itu jangan risau, Nanamine sendiri akan menghilangkannya" balas lelaki itu.

"Baiklah" balas Taka.

" tapi kamu perlu ikut aku ke boundary saya" kata lelaki tua itu.

" kenapa bawa dia. itu hanya untuk penunggu dan pelajar yang ada kuasa ajaib sajakan. dia bukanlah pelajar yang mempunyai kuasa ajaib mahupun tuan macam kami para pelajar yang mempunyai kuasa ajaib ini" kata Nanamine dengan perasaan geram dan marah.

" Nanamine sudah, cukup. saya tahu apa yang buat, tak perlu risau" kata lelaki itu.

Nanamine hanya diam walau Taka nampak bawah tangannya menggenggam sekuatnya tanda tidak setuju.

" marilah Taka ikut kami ke boundary kerana kamu orang yang mempunyai kuasa tersebut harus mengetahui kami, agar dapat menjaga reputasi dan keselamatan kami" kata lelaki tua itu.

lelaki tua itu berjalan lalu membuka satu langsir yang penuh debu dan terlihat sebuah pintu. lelaki tua itu membuka pintu tersebut dan terlihat suasana disebalik pintu itu.

" sebelum kamu masuk! pastikan kamu tidak memberitahu tentang pintu mahupun kisah yang terjadi kepada sesiapa kalau tidak saya sendiri akan bertindak." lelaki tua itu memberi amaran kepada Taka.

Taka hanya mengangguk tanda setuju dan berjalan munuju kearah pintu itu bersama Nanamine.

apakah yang ada disebalik pintu itu??

adakah Taka merupakan seorang yang istimewa??

adakah lelaki tua itu akan memberitahu kisah tentang kehidupannya??

kenapa Nanamine begitu marah terhadap Taka???


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập