Tải xuống ứng dụng
25% Mesteri sekolah kimori / Chapter 3: chapter 2: new friend

Chương 3: chapter 2: new friend

semasa taka menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan guru kelas baharu, taka merasakan sesuatu yang lain daripada yang lain kerana dia merasa seperti sesuatu memerhatikannya. taka tidak mengambil peduli tentang perasaan itu kerana baginya itu adalah biasa kerana setiap sekolah mempunyai kisah hantunya tersendiri. taka menemui puan Hina yang merupakan guru kelas kepada Taka. Taka mengetuk pintu lalu masuk dan menemui puan Hina lalu memberi salam kepada puan Hina.

" ouh, kamu dah sampai pun Taka. jemput duduk dulu sebelum saya bawa kamu ke kelas kamu." kata puan Hina dengan baik.

" baiklah, cikgu Hina. cikgu ni taklah teruk sangat macam cikgu cikgu aku yang dulu ( dalam fikiran Taka).

" baiklah kamu akan masuk ke kelas 4b dan saya akan menjadi guru kelas kamu jadi pastikan kamu sentiasa hadir sekolah." kata puan Hina dengan baik.

" baiklah cikgu Hina tapi saya ada satu soalan nak ditujukan kepada cikgu sendiri" taka meminta puan Hina menjawab soalan itu.

" apa dia taka?" soal puan Hina.

" kenapa saya kelas B bukan kelas A sebab keputusan saya cemerlang bukan dapat 5A dan saya selalunya kelas A sahaja!" Taka ingin mendapat jawapan kenapa dia tak di kelas A.

" ouh!! sebab keputusan kamu taklah cemerlang sangat. kelas A kebanyakan pelajarnya mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan dalaman mahupun awam." balas puan Hina dengan huraian yang terperinci.

" t..t..tujuh A !!. biar betul cikgu ni jadi maksudnya semua pelajar kelas A mendapat 7 A keatas!!. sedangkan sekolah saya kelas A pelajarnya mendapat 7 A paling tinggi dan disini pula kelas A paling rendah 7A." Taka berasa terkejut dengan penjelasan puan Hina.

Taka hanya terkedu selepas mendengar sekolah kimori mempunyai pencapaian yang terbaik dalam pelajaran.

" tapi, walau bagaimanapun, disiplin pelajar kimori tidak dapat dikawal apabila di luar sekolah" kata puan Hina kepada Taka.

" kenapa pula cikgu begitu, sedangkan reputasi sekolah kimori dalam pelajaran bukan terbaik antara yang terbaik bukan kenapa pula tiba tiba disiplin teruk ni?" soal taka dengan hairan.

" sebab perjanjian dengan dia" balas puan Hina dengan tenang.

taka berasa hairan dengan jawapan yang diberikan oleh puan hina tersebut kerana perkataan " perjanjian".

" perjanjian?" soal Taka dengan penuh hairan dan ingin mendengar jawapan dari puan Hina.

" kamu akan tahu juga nanti" puan hina dengan senyum.

taka hanya mampu diam.

" mari cikgu bawa kamu ke kelas baru kamu" kata puan Hina.

" b..bb..baik cikgu" Taka terus bangun dari tempat duduknya lalu mengikut puan Hina ke kelas baharunya.

apabila mereka berdua sampai di kelas, puan Hina mengetuk pintu lalu masuk bersama Taka. Taka berasa terkejut kerana bertemu dengan Haruhi dan juga Nanamine. Haruhi hanya mampu senyum dan Nanamine tidak mempedulikan Taka.

"chik!! masih sombong lagi perempuan ni. perangai dia tak sama dengan Haruhi pun walau mereka kawan baik." keluh Taka.

" baiklah kelas kita hari ni ada pelajar baru, jadi cikgu harap kamu berkenalan dengan dia okey." pitah puan Hina.

" Taka kenalkan diri kamu" kata puan hina

" nama saya Taka, merupakan anak pertama dan mempunyai seorang adik perempuan masih belum sekolah dan saya berasal dari Nalisa. harap kita dapat menjadi kawan baik" Taka memperkenalkan dirinya kepada semua pelajar dalam kelas.

" baiklah kelas harap kamu berkawan dengan Taka dan jangan gaduh-gaduh faham" kata puan Hina dengan baik.

" taka kamu boleh duduk bersama Nanamine dan Haruhi" puan Hina meminta Taka mengambil tempat duduk dekat Nanamine dan Haruhi.

Taka hanya mengangguk tanda faham lalu menuju ke arah meja mereka dan duduk.

" wah!! tak sangka kau akan satu meja kelas dan satu meja dengan kami berdua taka" kata Haruhi dengan teruja.

" mestilah! aku pun tak sangka satu kelas dengan kau. selalunya aku kena kelas A tapi disini kelas B." kata Taka kepada Haruhi dan Nanamine.

" ouh begitu" kata Haruhi.

sesi pembelajaran dimulakan dan mereka belajar seperti biasa. sampai di waktu rehat. mereka masing masing membawa bekalan makanan sendiri lalu makan bersama.

" Haruhi, berapa keputusan peperiksaan kamu?" soal taka.

" taklah cantik sangat 6A saja" balas haruhi dengan selamba.

" wow!! 6A bukan calang-calang kau ni" puji Taka.

" kamu pula Nanamine?" soal Taka

" 7A saja" balas Nanamine.

" kenapa kau kelas sini ahh bukan kelas A?" soal Taka.

" sebab kelas A dan penuh"balas Nanamine.

Taka berasa dirinya tidak sesuai berada dalam kelas tersebut kerana para pelajarnya bukan calang-calang.

waktu rehat pun dah habis.

mereka memulakan pembelajaran seperti biasa sampailah waktu pulang. Nanamine terpaksa balik lewat disebabkan mempunyai tugas yang perlu diselesaikan.oleh itu Haruhi dan Taka balik. apabila sampai dipagar sekolah, Taka teringat bahawa dia tertinggal bekal makanannya dibawa laci.

" maaflah, Haruhi saya tertinggal bekal dalam laci saya pergi ambil dulu, awak baliklah dulu" kata Taka kepada Haruhi.

" baiklah" jawab Haruhi.

Taka terus menuju terus ke kelas dan apabila sampai dia tidak nampak Nanamine disitu sedangkan Nanamine bertugas membuat kerja di kelas itu.taka terus mengambil bekal makanannya.

" mana Nanamine kata buat kerja di sini tapi dia tiada pula?" soal Taka.

Taka terus keluar kelas dan menuju ke luar tetapi mendengar sesuatu bunyi alat muzik yang merdu seperti seruling.taka mencari dari mana datangnya bunyi seruling tersebut.

tanpa dia sedar dia telah memasuki ke bilik muzik lama yang tidak digunakan.

" bunyi ini datang dari sini. aku mesti buka, siapa didalam ni" kata Taka dalam hati.

Taka terus membuka pintu lalu melihat Nanamine memainkan alat seruling itu dan ditemani oleh seorang lelaki tua.

Nanamine terkejut dengan kedatangan Taka disitu.

" apa semua ni Nanamine?" soal taka.

apakah yang sedang terjadi? apa yang Nanamine buat diwaktu senja bermain seruling!! siapakah lelaki tua itu??


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C3
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập