Kembali ke gunung putih di mana Zarul dan Anis diangkat menjadi anak angkat dan anak murid tok guru Mahmud. Ketika mereka berlatih bersama tok guru Mahmud mereka berdua berumur belasan tahun. Ketika itu juga mereka berdua mempunyai kisah silam yang pahit dan kelam. Kisah itu membuat mereka menjadi kuat dari semasa ke semasa. Mereka berdua mempunyai haluan yang berbeza-beza seperti Zarul melalui jalan kebaikan dan keadilan walaupun hidup Zarul cukup sakit. Zarul menggunakan kekuatan nya untuk membantu masyarakat yang di tindas oleh kejahatan. Zarul menggunakan kekuatan nya dalam hal kebaikan kerana beliau tidak sanggup melihat keadaan nya seperti dulu terjadi kepada orang lain, biarlah dia yang merasa dan menanggung beban tersebut. Manakala Anis melalui jalan kehancuran. Anis mengikut haluan tersebut kerana ingin melupakan kisah silamnya dengan menjadi pembunuh upahan. Anis merasa darah dari mangsa nya membuat dirinya merasa tenang dan mampu membuat dirinya lupa kisah silamnya. Sebelum zarul menjadi murid tok guru Mahmud, Anis terlebih dulu menjadi anak murid dan anak angkat tok guru Mahmud. Dalam hal ini, mereka berlatih bersama selama beberapa minggu Zarul cuba mendekati Anis tetapi gagal ketika itu, Zarul belum mempunyai perasaan kepada Anis. Zarul mendekati Anis kerana Anis bernasib sama dengan dirinya dan tujuan utama untuk menjadi kuat. Zarul selalu memandang Anis kerana Anis terlihat menyilaukan selain itu, Anis juga kuat. Zarul menggunakan apa-apa pun cara untuk mendekati Anis dan ingin mengikuti sehingga membuatkan Anis pasrah lalu menerima Zarul sebagai adik seperguruan nya. Kehidupan yang mereka jalani membuat kan Zarul jatuh cinta terhadap Anis kerana Anis selalu membantunya dalam latihan dan menjaganya daripada di buli. Ketika kecil Zarul tidak mempunyai bakat dan selalu di. rendah kan dan di buli di situ Anis selalu menjaga sehingga mendekat dewasa sekarang Zarul bukan lagi seorang pecundang malahan Zarul merupakan salah satu master bela diri. Dalam hal ini, Anis selalu menjaga Zarul walaupun Zarul begitu payah dan tidak berbakat kerana Zarul mengingatkan dirinya yang dulu yang ingin kekuatan. Kehidupan mereka menjalani seharian adalah menerokai gunung putih sambil mencari makanan yang dapat di makan. Perkara yang mereka berdua lakukan tidak pernah bosan untuk di lakukan kerana pergunungan putih mempunyai banyak hasil bumi yang melimpah ruah seperti kijang, rusa, buah buahan, pucuk-pucuk ulam dan ikan-ikan. Mereka berdua selalu melakukan bersama sehingga membuatkan ramai orang mengatakan bahawa mereka adalah adik beradik. Keakraban mereka berakhir setelah mereka dewasa dan mengikut haluan masing-masing seperti Zarul sekarang sudah menjadi wakil kapten pasukan khas Ak4 dan sekarang Anis sudah menjadi musuhnya dan keakraban mereka dulu tidak akan pernah terjadi. Anis sekarang menjadi anggota pasukan kongsi gelap dark of darkness.