Semua ketua kongsi gelap sudah bersedia dalam melakukan peperangan besar besaran. Semua ketua kongsi gelap telah melakukan perekrutan anggota dan pembelian senjata besar-besaran. Ketiga ketua kongsi gelap besar seperti kongsi gelap Shah, Kongsi gelap Hasan dan kongsi gelap lady sudah bersedia dari segi anggota, kekuatan dan senjata. Mereka ini akan bertempur sesama mereka dalam merebut takhta sebagai raja kongsi gelap distrik hitam.
Selain mereka, satu lagi kuasa yang baru muncul menjadi salah satu kuasa besar yang menggantikan kongsi gelap tok perapu ialah kongsi gelap budak tebing. Mereka ini adalah budak kampung yang selalu bermain di tebing sungai dan mereka digelar budak tebing. Mereka ini bukan calang-calang orang kerana mereka mempunyai anggota sebanyak 500 orang dan mereka mempunyai anggota yang mempunyai ilmu bela diri dan pengalaman bertarung sebelum ini. Ketua budak tebing adalah Haikal dan orang kanannya ialah Safawi. Mereka berdua ini sudah setara dengan ketua kongsi gelap besar iaitu kongsi gelap Shah, kongsi gelap Hasan dan kongsi gelap lady.
Sekarang terbentuklah empat kuasa besar yang akan berperang sesama mereka demi merebut gelar raja kongsi gelap. perang ini adalah perang dimana setiap kuasa besar akan menunjukkan kekuatan nya. kongsi gelap yang paling dirugikan adalah Kongsi budak tebing kerana mereka tidak mempunyai ilmu dalam berperang dan disebabkan mereka tidak berperang ketika meletusnya perang besar besaran di distrik hitam namun begitu jangan meremehkan, kerana mereka mempunyai anggota yang kuat dan juga handal dalam bertarung tangan kosong atau bersenjata.