Di ibu kota bersejarah Balqis masih lagi menimba ilmu tentang sejarah khusus wilayah distrik hitam dan turut mencari sumber dan peninggalan zaman dulu. Balqis turut teruja di ibu kota bersejarah kerana banyak ilmu dan sejarah yang terdapat di kota bersejarah. Sejarah seperti Holmes sang pahlawan, Jack the ripper, sejarah wilayah distrik hitam dan lain-lain lagi.
Di ibu kota bunga, Zarul sudah dianggap sebagai pahlawan apabila berjaya mengalahkan kongsi gelap tok perapu, setelah itu, mereka turut berpesta untuk menyambut pahlawan baru. Sudah menjadi tradisi kota bunga apabila seseorang yang berjaya menjadi pahlawan akan mereka lakukan upacara pelantikan dan pesta untuk pahlawan mereka. Pahlawan tidak asing bagi ibu kota bunga. Dalam sejarah kota bunga yang di baca oleh Balqis kota bunga telah lama sudah mendapat seorang pahlawan sejak dari abab kekosongan lagi, mereka telah mendapat pahlawan sebanyak 1250 ribu orang kini. Kini Zarul menjadi pahlawan ke 1250 ribu orang.
Kota putih abu, terlihat Khai bersenang² dengan wanita di suatu bar minuman dan makanan. Tidak hairan bagi Khai untuk mendapatkan wanita yang cantik kerana dia merupakan seorang lelaki yang kacak dan tampan, di lain sudut dia juga terkenal dengan pahlawan putih abu. bar tersebut dikenali sebagai syurga bagi lelaki kerana disitu banyak terdapat wanita yang cantik selain itu turut terdapat makanan dan minuman yang lazat dan enak. Bagi Khai itu, tidak seberapa kerana hatinya telah tertutup rapat apabila cinta nya tidak terbalas, namun Khai cuba untuk membuka hati namun tidak berjaya mungkin masa yang menentukan.
Di gunung putih tempat Balqis dan tok guru Mahmud berada, mereka begitu santai berbual walaupun mereka terus terusan ditantang oleh sekelompok yang ingin mengalahkan atau menantang anak murid tok guru Mahmud. Mengikut sejarah selama 50 tahun tidak seorang pun berjaya mengalahkan anak murid tok guru Mahmud. mereka berambisi untuk menjadi yang pertama kali menewaskan murid tok guru Mahmud.