Tải xuống ứng dụng
98.82% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 84: Aktiviti Memancing(1)

Chương 84: Aktiviti Memancing(1)

Seperti yang dirancang, pada hujung minggu itu bersamaan dengan hari Sabtu, Ashley dan Raquel pergi ke sebuah pusat memancing di mana lokasi itu selalu menjadi tempat mereka pilih sebagai lokasi memancing.

Ashley tidak memberitahu Raquel jika Ted juga akan datang kerana dia tidak mahu Raquel membatalkan niatnya untuk pergi. Ashley hanya memberitahu Raquel bahawa Laura, Connie dan Anjel saja yang akan ikut bersama mereka.

Malam sebelum hari memancing itu, Ashley menghantar mesej kepada Kenzie untuk bertanya jika dia berjaya memujuk Ted untuk datang.

Ashley meletakkan tuala berwarna biru lembut di atas kerusi setelah digunakan untuk mengeringkan rambutnya dan dia mencapai telefon pintar yang ada di atas meja belajar. Dia mula menaipkan mesej yang mahu dihantar kepada Kenzie.

Belum sempat habis menaip ayat di skrin, Ashley berhenti. 'Eh, macam mana kalau Kenzie sedang sibuk dan tidak mahu diganggu? Dia akan marah kah kalau saya send dia mesej tiba-tiba?'

Ashley menggigit bibirnya secara lembut. Dia mula berfikir sama ada perlu menghantar mesej kepada Kenzie atau tidak.

'Ah, lantaklah... Sama juga dia sudah janji nak tolong saya. Kalau pun dia sibuk sekarang, dia boleh tengok mesej ni esok pagi...'

Akhirnya, Ashley pun menyambung kembali menaip di skrin, menghabiskan rangkaian ayat pada mesej yang ingin dihantar.

(Hai, Kenzie. How's everything? Ted bersetuju untuk ikut kita besok?)

Mesej dihantar.

Ashley tersenyum gembira sambil masih memandang skrin telefonnya.

Tiba-tiba, dia teringat akan sesuatu. 'Saya rasa gembira sebab dapat hantar mesej dengan Kenzie atau gembira sebab dapat tolong Ted dan Raquel, ya? Herm, saya harap Kenzie tidak salah faham dan fikir kalau saya sengaja ambil kesempatan pada dia dengan menggunakan cara ini...'

KLING!

Satu mesej masuk ke telefon Ashley.

Ashley tersentak sekejap kerana dia berkhayal tadi. Dia segera memandang ke arah skrin telefonnya lagi. 'Dia sudah balas, cepatnya...'

[Everything is fine. Ted bersetuju untuk datang esok. Macam mana dengan Raquel?]

Senyuman lebar muncul di wajahnya.

Jari-jemari runcing milik Ashley kembali lincah menekan ke papan kekunci di skrin telefon.

(Baguslah. Raquel juga bersetuju untuk datang besok. Nasib baik rancangan ini berhasil.)

Satu kali tekan saja dan mesej dihantar.

Ketika itu, Ashley teringat akan sesuatu. Dia kembali menaip di skrin dengan gerakan pantas.

(Terima kasih sebab sudah menolong saya. Saya pun tidak tahu macam mana nak urus Ted dan Raquel lagi.)

Mesej dihantar oleh Ashley.

Ashley menunggu untuk beberapa minit.

KLING!

Dengan hati gembira, Ashley menatap ke skrin telefon lagi.

[Kerja yang bagus.]

[Sediakan barang-barang yang hendak dibawa esok.]

[Kalau kau rasa berterima kasih, kau patut balas jasa saya sebab sudah tolong kau.]

Dahi Ashley berkerut membaca ayat yang terakhir.

'Balas? Balas macam mana?'

Ashley terus menaip lagi.

(Kau nak saya balas yang macam mana? Saya tidak tahu macam mana...)

Lama Ashley menunggu Kenzie untuk menjawab soalannya tapi selepas 10 minit menunggu, Kenzie masih tidak membalas mesejnya.

Ashley mengeluh dalam hati. Dia mula merasa cemas kerana Kenzie mengambil masa yang lama untuk menjawab.

'Saya salah cakap kah? Tapi, tiada yang salah dengan mesej yang saya hantar pun... Mungkin dia sedang sibuk...'

Ashley pun menyerah kalah dan meletakkan telefon itu ke meja. Baru mahu dilepaskan, telefon itu berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk.

KLING!

Dengan segera, Ashley mengangkat telefon pintar itu lagi dan memeriksa kandungan mesej yang masuk.

[Kau akan tahu besok. Sleep early tonight. Besok kena jalan awal.]

'Besok?'

Tanpa sedar, senyuman gembira muncul lagi di wajah Ashley. Tiba-tiba saja dia tidak sabar menunggu hari esok. Mahu saja dia berdoa agar matahari naik saat ini juga, menggantikan bulan mengambang di dada langit itu.

Ashley terus membalas mesej itu lagi.

(Okey. Kalau macam tu, jumpa esok.)

Kali ini, mesej yang dibalas oleh Kenzie datang lebih laju dari yang tadi.

[Okey. Good night.]

Mata Ashley melekat pada perkataan 'Good Night' yang dihantar oleh Kenzie. Tiba-tiba saja jantung Ashley berdebar melihat perkataan itu kerana ini pertama kalinya Kenzie menghantar mesej seperti ini kepadanya.

Ashley terus membalas mesej itu dengan perkataan yang sama.

(Good night too.)

Ashley yang merasa cukup malu itu terus membuang telefonnya ke katil. Setelah itu, dia mencapai patung beruang besar yang berwarna putih di hujung katil dan memeluk patung itu dengan kuat.

Ashley pun melonjak-lonjak kegembiraan di tengah-tengah bilik itu sambil memeluk erat patung beruang itu.

Dia pun tidur dengan nyenyak malam itu hanya kerana perkataan yang dia terima dari lelaki yang sudah lama dia sukai.

***

***

Keesokan harinya, hari Sabtu pun tiba dan semua orang pun tiba di lokasi memancing.

Selain mereka, terdapat juga pengunjung lain yang mahu datang untuk melepak dan memancing di tempat itu.

Tapi, satu saja masalah yang perlu diselesaikan...

Ted memandang Raquel dengan wajah yang menunjukkan yang dia terkejut.

Raquel yang juga tergamam itu membalas pandangan Ted.

Mereka saling berpandangan tapi tiada seorang dari antara mereka yang bersuara.

Ketika mahu mengambil tiket untuk masuk ke lokasi memancing itu, Ted dan Raquel yang datang dari arah bertentangan itu terdiam di depan kaunter tiket sambil memandang antara satu sama lain.

Terkebil-kebil mereka di sana kerana tidak menyangka yang salah satu dari antara mereka akan datang.

"Hei, apa kamu berdua buat tercegat lagi di sini, hah? Kamu berdua tahu tak yang kamu sudah menghalang jalan pelancong lain untuk ambil tiket? Sudah, cepat ambil tiket kamu dan pergi!" jerkah Steven.

Steven terus berdiri diantara Ted dan Raquel dan terus mengambil tiga tiket. Dia memberikan dua tiket kepada Ted dan Raquel sementara tiket yang ketiga adalah untuk dirinya.

Steven terus berjalan meninggalkan kaunter itu tanpa sedar tentang perkara yang terjadi diantara Ted dan Raquel.

Ashley yang sudah jauh itu hanya mampu berjalan serapat yang mungkin dekat Kenzie. Tadi pun dia tidak berani mahu mengambil tiket kerana ada Raquel dan Ted. Tiket yang dipegangnya sekarang juga ditolong diambil oleh Kenzie.

Anjel juga mengambil tiketnya. Sesudah mengambil tiketnya, dia mendekati Ted. "Jom kita masuk, Ted."

Ted yang masih merenung Raquel itu, menoleh ke arah Anjel. Dengan jelingan terakhir ke arah Raquel, dia menjawab kepada Anjel. "Okey, mari."

Raquel merenung bagaimana Anjel memegang tangan Ted dan mereka berjalan bersama-sama masuk ke kawasan memancing.

Tiba-tiba saja dia merasakan sesuatu yang pelik di dalam hatinya. Raquel merasa sesuatu yang hilang tapi apa?

Sebelum ini, Ted dan dia yang selalu berlumba untuk masuk ke kawasan memancing, meninggalkan Ashley di belakang.

Kalau bukan kerana Raquel yang selalu menarik tangan Ted, Raquel tentu akan kalah.

Laura dan Connie juga mengambil tiket mereka. Laura terus meletakkan tangannya ke sekeliling baju Raquel. "Raquel, marilah kita masuk."

Raquel menoleh ke arah Laura. Dia tersenyum kecil. "Okey, jom!"


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C84
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập