Tải xuống ứng dụng
97.64% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 83: Date

Chương 83: Date

Kerana Kenzie sudah berjanji untuk menolong Ashley untuk memperbaiki hubungan diantara Ted dan Raquel, setiap kali ada masa lapang di setiap pertukaran kelas, Ashley akan mencari Kenzie.

Jika dia tidak menjumpai Kenzie, Ashley akan menghantar mesej kepada lelaki itu.

Seperti biasa, Ashley menunggu kedatangan Kenzie di kafe universiti sambil bermain dengan telefonnya.

Tidak lama kemudian, Kenzie pun datang dan menghampiri meja tempat Ashley duduk.

Ashley menoleh ke arah Kenzie bila melihat ada orang yang duduk di sebelahnya. "Oh, Kenzie... Datang pun kau."

"Of course, saya tidak mahu kau menunggu." Kenzie menolak setin minuman Coca-Cola di hadapan Ashley manakala dirinya juga mempunyai satu. Tin yang ada pada Kenzie sudah pun dibuka manakala tin yang di tempat Ashley masih belum dibuka.

Kening Ashley berkerut selepas dia mendengar kata-kata Kenzie. 'Hah, apa maksud dia?'

Kenzie tidak membiarkan Ashley terus hanyut dalam lamunan dia. Kenzie menyerahkan sekeping kertas kepada Ashley.

Ashley mengambil kertas itu dengan wajah yang tertanya-tanya. "Apa ni?"

Kenzie tidak menjawab malah hanya membiarkan Ashley membaca isi kandungan kertas itu.

"Kadbod tebal, 5 keping..."

"Pembaris panjang..."

"Reben warna kuning, merah... Biru..."

Ashley terus memandang ke arah Kenzie tanpa menghabiskan membaca senarai barang yang tertulis di kertas itu. "Apa ni?" tanya Ashley.

"Itu ialah senarai peralatan yang kawan saya bagi saya. Dia nak minta tolong saya belikan semua barang ni kerana esok dia dah nak guna semua ni. Hari ini dia tidak dapat pergi beli kerana dia sibuk dengan kerja kursus. Jadi, dia pun minta tolong dari saya untuk beli semua barang ni..."

Mendengar penjelasan itu, Ashley pun mengangguk. Baiknya Kenzie, kawan dia sibuk pun dia akan tolong juga...

"Jadi, kau tunjukkan pada saya untuk apa?" tanya Ashley lagi.

Kenzie memandang Ashley dengan selamba sebelum dia menjawab, "Saya nak kau temankan saya pergi semua barang dalam senarai ini."

Kerana terkejut, kertas yang ada di dalam tangan Ashley terlepas. Dia pun memandang Kenzie dengan mata yang besar.

"Hah? Kau nak saya... Temankan kau pergi.. Shopping?" tanya Ashley, tergagap-gagap.

Kenzie menaikkan keningnya melihat perubahan pada Ashley. "Ya, kenapa? Kau tak dapat?"

Ashley menelan air liur dengan keras. Dia terus memusingkan badannya menghadap Kenzie. "Tapi kenapa saya?"

"Sebab saya mahu kau yang pergi."

Ashley mencuba untuk bertenang. Semenjak Kenzie berkata yang dia ingin Ashley menemaninya untuk membeli-belah, jantung Ashley tidak boleh berhenti berdegup.

"Steven... Steven kan ada, kenapa kau nak..."

"Kau nak saya tolong Ted dan Raquel atau tidak?" tanya Kenzie.

Ashley terdiam. Sekali lagi dia menelan air liurnya. "Memang, memanglah... Memanglah saya nak kau tolong saya..."

Kenzie tersenyum. "Jadi kau kena temankan saya untuk pergi membeli barang-barang ni."

Ashley kembali terdiam kerana kehilangan kata-katanya. 'Kenapa saya rasa macam diri saya diperangkap ya?'

"Lepas pulang ni, kita direct pergi ke kedai untuk membeli semua barang dalam senarai ni. Saya akan ambil kau di depan kedai yang ada di tepi universiti kita. Jangan lupa, okey?"

Ashley memandang ke wajah Kenzie sebelum dia mengalihkan pandangannya ke kertas tadi. "Okey, nanti saya akan tunggu."

Segaris senyuman lebar menghiasi bibir Kenzie. Dia berdiri dan memandang Ashley. "Jangan lupa minum ni..."

Mata Ashley bergerak ke arah tin minuman yang diberikan oleh Kenzie tadi. Pada masa yang sama, Kenzie menapak pergi dari sana.

Ashley merenung belakang Kenzie yang semakin menjauh itu. Perlahan-lahan, dia tersenyum gembira. Dia tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi.

Ashley hanya menunggu Kenzie di sini kerana dia mahu berbincang dengan Kenzie tentang masalah Ted dan Raquel tapi tidak menyangka pula kalau Kenzie akan membawa dia ke date...

'Date?'

Sedar dengan apa yang dia fikirkan, Ashley terus menampar pipinya sendiri.

'ASHLEY, WAKE UP! Kenapa kau tiba-tiba anggap ini sebagai date? Ini bukan date... Kau cuma temankan dia beli barang-barang kawan dia saja... Itu saja!'

"Ow, sakit pula pipi saya." Ashley kembali mengusap pipinya yang sakit kerana kesan tamparan yang kuat.

Tangannya terhenti bila mata Ashley melekat pada tin minuman tadi. 'Coca-Cola... Hari ini hari Selasa, jadi minuman yang dia akan beli ialah Coca-Cola...'

Senyuman bahagia pun menghiasi wajahnya.

...

...

Setelah habis kelas, Ashley menuju ke kedai yang berhadapan dengan pintu pagar universiti mereka.

Ketika Ashley melintasi jalan raya, seorang kanak-kanak lelaki yang ada di seberang jalan tiba-tiba berjalan ke tengah jalan raya kerana dia ingin mengambil bolanya yang berguling ke jalan raya.

Ibu kepada kanak-kanak itu tidak menyedari yang anaknya sudah berlari di jalan raya kerana dia sedang mencari sesuatu dari dalam begnya.

Ashley yang risau jika ada kereta yang lewat dan melanggar anak itu segera menahan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu berteriak pula bila Ashley menghentikan dia kerana dia mahu mengambil bolanya yang sudah berguling.

Ketika itulah sebuah kereta sedang dipandu di jalan itu. Namun kereta itu berhenti tepat di depan Ashley dan kanak-kanak itu. Pemandu yang memandu kereta itu keluar dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa.

Ashley menoleh ke arah si pemandu dan menyedari jika pemandu itu ialah Kenzie.

Kenzie segera mengambil bola yang ada di tepi keretanya dan mendekati Ashley.

Kanak-kanak tadi mengambil bola yang ada di tangan Kenzie. Setelah mengucapkan terima kasih, kanak-kanak itu berlari ke tempat ibunya berdiri lagi.

Ashley pun hanya memandang saja kanak-kanak itu berlalu pergi.

"Marilah kita jalan," Kenzie berkata dan dia pun berjalan menuju ke kereta semula.

Ashley mengangguk dan mengikuti Kenzie untuk masuk ke dalam kereta.

Setelah memakai tali pinggang keledar, Kenzie memandu kereta menuju ke kedai alat tulis.

Mereka masuk bersama-sama ke kedai itu.

Kenzie memandang ke arah Ashley. "Mana senarai yang saya bagi kau tadi?"

"Oh." Ashley lekas mengeluarkan kertas senarai dari dalam beg dan menyerahkan kertas itu ke tangan Kenzie.

Kenzie memandang ke arah senarai itu dan kemudian dia mengangguk. "Okey, mari kita ambil kadbod dulu..."

Ashley mengangguk saja dan mengikuti Kenzie menuju ke bahagian di mana kadbod diletakkan.

Mereka pun bersama-sama membeli semua peralatan yang diperlukan di dalam senarai itu. Setiap kali Kenzie bingung hendak membeli mana satu, Ashley akan memberi cadangan kepada Kenzie mana satu yang lebih baik untuk dibeli.

Setelah semua peralatan sudah ditemukan, mereka menuju ke kaunter untuk membayar harga barangan itu.

Semasa mereka melangkah keluar dari kedai itu, Ashley melihat ada sebuah gerai kecil yang menjual wafel di seberang jalan. Langkah Ashley terhenti sekejap kerana dia sedang merenung gerai itu. Secara tiba-tiba pula dia teringin makan wafel.

Kenzie yang sudah berjalan jauh dari Ashley menoleh ke arah Ashley bila dia menyedari yang Ashley sudah berhenti.

Mata Kenzie bergerak menuju ke gerai yang sedang dipandang oleh Ashley. Dia tersenyum kecil dan bergerak menuju ke kereta untuk menghantar barang yang mereka beli.

Tidak lama kemudian, Kenzie kembali ke tempat Ashley. "Mari pergi."

Mendengar itu, Ashley pun memandang Kenzie dengan wajah kehairanan. "Pergi? Pergi mana? Kita kan sudah siap membeli? Kita nak ke mana lagi?" tanya Ashley.

"Ke sana. Bukannya kau nak beli wafel tadi?" Kenzie berkata sambil menunjuk ke arah gerai yang dipandang oleh Ashley tadi.

Ashley terkesima. 'Dia sedar saya sedang tengok gerai itu tadi?'

"Marilah... Saya akan belanja kau sebab kau sudah temankan saya pergi membeli barang kawan saya hari ini."

"Tapi..."

Tanpa ada pilihan, Ashley pun mengekori Kenzie dari belakang memandang lelaki itu sudah pun berjalan ke depan.

Untuk menuju ke gerai itu, mereka perlu melintasi jalan raya lagi. Ashley yang berhati-hati itu memandang ke kiri dan kanan jalan raya untuk memastikan tiada kereta yang lalu.

Kenzie melihat bagaimana risaunya Ashley mahu melintasi jalan itu. Dia pun mengambil inisiatif untuk memegang tangan wanita itu.

Ashley terkejut lantas dia memandang tangan Kenzie sebelum dia memandang ke wajah Kenzie.

Kenzie tidak berkata apa-apa dan terus menarik tangan Ashley untuk menyeberangi jalan raya.

Mereka pun tiba di depan gerai wafel tersebut.

Penjual wafel itu terdiri daripada tiga orang pekerja, dua orang wanita dan seorang lelaki. Mereka teruskan menyala Kenzie dan Ashley sebaik saja dua orang itu tiba di gerai mereka.

Kenzie menoleh ke arah Ashley yang ada di sebelahnya. "Kau nak wafel dengan perisa apa?"

Ashley yang sibuk memandang tangannya yang masih dipegang oleh Kenzie itu segera mendongak ke arah Kenzie. "Urmm... Saya nak wafel perisa coklat dan kacang..."

Kenzie mengangguk lalu dia memandang ke arah pekerja-pekerja itu. "Saya nak pesan dua wafel perisa coklat dan kacang.

Pekerja perempuan yang menerima pesanan mereka tersenyum dengan sopan sambil berkata, "Sila tunggu sebentar sampai wafelnya siap, ya?"

Kenzie hanya tersenyum untuk membalasnya.

Setelah pesanan siap, Kenzie pun mengeluarkan dompetnya dari dalam poket seluar. Kerana dia harus membayar, tangan Ashley yang masih digenggam itu terpaksa dilepaskan.

"Terima kasih, sila datang lagi."

Kenzie dan Ashley hanya tersenyum saja menjawab kata-kata pekerja itu. Mereka pun berjalan meninggalkan gerai itu dengan beg plastik yang berisi wafel di tangan kanan Kenzie.

Kenzie menarik Ashley untuk duduk di bangku yang disediakan untuk orang awam. Dia menyerahkan beg kertas berisi wafel perisa coklat dan kacang kepada Ashley dan yang satu lagi untuk dia.

"Thanks..." Ashley hanya mampu mengambil beg kertas itu dengan perasaan kekok. Ini pertama kalinya dia duduk dan makan berduaan dengan Kenzie begini. Sejak dari bangku sekolah menengah, dia tidak pernah makan berduaan dengan Kenzie begini.

Kenzie hanya mengangguk dan dia mula makan wafelnya sendiri.

"Selalunya kalau hari-hari biasa, kau, Raquel dan Ted buat apa?" tanya Kenzie.

Ashley yang sibuk makan wafel itu menoleh ke arah Kenzie. Bila dia sedar yang Kenzie sedang bercakap tentang cara untuk membaiki hubungan diantara Ted dan Raquel, barulah dia membuka mulut. "Selalunya Ted yang akan datang ke rumah saya untuk melepak. Paling tidak pun, kami akan pergi ke sungai untuk memancing."

"Memancing?" tanya Kenzie.

Ashley mengangguk. "Ikut keadaanlah. Kalau kami ada mood, kami akan pergilah..."

Kenzie mengangguk tanda faham. Dia menggigit wafel yang ada di tangan.

"Baiklah, macam mana kalau hujung minggu ni, kita bawa Ted dan Raquel untuk pergi memancing?"

Ashley memandang ke arah Kenzie. "Boleh juga... Tapi kau rasa ini berhasilkah? Saya tidak yakin kalau rancangan ini akan berhasil. Raquel tidak akan pergi kalau dia tahu Ted akan pergi."

"Pasal itu kau tidak perlu risau. Kau hanya perlu pujuk Ted untuk pergi. Pasal nak bawa Raquel itu, biar saya yang urus," kata Kenzie, memasukkan cebisan terakhir wafel ke dalam mulutnya.

Melihat Kenzie sudah siap itu, Ashley mencuba untuk segera menghabiskan wafelnya tapi Kenzie pula menghentikan perbuatannya.

"Kau tak perlulah makan cepat sangat. Saya boleh tunggu kau, saya bukannya ada hal lagi lepas ni."

Ashley pun berhenti memasukkan wafel ke dalam mulut dan mengunyah saja wafel yang ada di mulutnya.

Kenzie mengeluarkan sehelai tisu dari bekas tisu yang dibawanya dan mengelap tepi bibir Ashley.

Ashley yang terkejut itu terus berhenti mengunyah dan dia memandang ke arah Kenzie. Dia terkedu dengan sikap Kenzie yang tiba-tiba melayan dia dengan baik.

Setelah siap mengelap tepi bibir Ashley yang comot itu, Kenzie pun membuang tisu itu ke dalam beg plastik tadi, yang nantinya akan dibuang semula ke tong sampah.

Setelah tindakan Kenzie itu, Ashley pun segera menghabiskan cebisan wafel yang terakhir. Dia merasa yang tidak lama lagi dia akan mendapat penyakit jantung jika Kenzie terus-menerus membuatkan dia terkejut.

Setelah mereka siap makan wafel yang dibeli, Kenzie pun menghantar Ashley pulang ke rumah.

Kenzie mengucapkan terima kasih buat kali terakhir kepada Ashley sebelum Ashley keluar dari kereta.

Hanya setelah Ashley sudah masuk masuk ke dalam rumah, barulah Kenzie memandu kereta meninggalkan kawasan perumahan di sana.


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C83
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập