Tải xuống ứng dụng
11.76% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 10: Assistant Kelab Bola Keranjang

Chương 10: Assistant Kelab Bola Keranjang

Setelah loceng berbunyi, Mellisa meninggalkan Ashley di dalam kelas kerana dia ada latihan bola jaring.

Ashley berfikir sejenak. 'Tadi, Senior ada cakap yang dia ada latihan bola keranjang. Agaknya bila dorang akan mula latihan ye? Saya nak taulah bila..'

Ashley segera mengemas barang-barang dia lalu dia berjalan meninggalkan kawasan kelas.

Semasa Ashley berjalan melintasi kawasan koridor yang sunyi, Ashley dapat melihat ada orang sedang berdiri di sana.

Oh, Senior Kenzie!

Hairan pula kali ini dia tidak merasa berdebar-debar.

Ashley terus berbalik ke belakang semula dan bersembunyi di sebalik dinding. Kepalanya dijengukkan sedikit untuk mengintai Kenzie.

Kenzie ada dengan Raquel..

No, what's this bitch want to do with Senior?

"Raquel, tolong jangan paksa saya... Saya tidak suka kau paksa saya macam ni. I won't come for tuition today 'cause I have basketball practise... Dan tolong jangan datang. Nanti coach saya marah." Terdengar suara Kenzie yang menahan marah.

Wah, menakutkan jugalah suara Senior kalau dia marah.

Raquel terus memuncungkan mulutnya, sengaja. Dia mau membuatkan lelaki itu mengalah dengan sikapnya.

Dalam pikiran Ashley, mau saja dia bertukar jadi Power Rangers, terus melompat ke arah Raquel dan menendang muka dia, bagi dia flying kick...

"Alaa, senior... Kejap saja. Lepas latihan, takkan senior tidak boleh datang?" tanya Raquel, mula menggedik. Dia mendekatkan badannya ke arah Kenzie.

Kenzie mengeluh lalu dia mengundurkan diri. Matanya melencong ke arah lain, rimas betul kalau mau menatap perempuan ni lama-lama...

"Saya ada hal lepas latihan ni. Saya akan beritahu papa kau yang saya tidak akan dapat datang hari ni. Lagipun, saya sudah tinggalkan ulangkaji untuk kau buat... Jadi kau boleh buat kerja itu," kata Kenzie lagi.

Raquel merengek lagi dan dia terus menyambar tangan Raquel. Tersentak Kenzie bila melihat Raquel memegang tangannya lagi.

Ashley yang sedang bersembunyi pula cuba untuk menahan marahnya sendiri. Tak guna punya perempuan... Dia tidak boleh disentuh sembarangan, okey!! Lepaskan tangan dia, bodoh!!!

"Raquel, please... Your attitude makes me uncomfortable... Kau tidak boleh buat begini.. Terutamanya ketika ada di kawasan awan macam ni!" balas Kenzie lalu dia melepaskan tangannya dari tangan Raquel. Dia terus berjalan meninggalkan Raquel yang masih kecewa dengan Kenzie.

Ashley terus bersembunyi lagi apabila Kenzie berjalan ke arahnya. Nasib baik Kenzie tidak menoleh ke arah Ashley atau menyedari kehadiran Ashley di sana. Kalau tidak buat malu saja Kenzie nampak dia bersembunyi macam pencuri di situ...

Raquel terus menghentakkan kakinya ke atas lantai tanda protes. "Damn you, Kenzie. Muka you menang hensem and I admit you are my taste but you terlalu arrogant lah... Susah betul nak dapat hati you tu... Tapi it's okey, I still have another man untuk puaskan I..."

Raquel juga terus berlalu dari sana dengan hati yang panas. Dia pasti akan berusaha untuk mendapatkan Kenzie nanti...

Ashley pura-pura membuat kerja lain bila Raquel berjalan melintasinya. Dia merenung Raquel yang berjalan dengan penuh lagak. 'Hermm... Rupanya dia ni perempuan liar pula.... Sayang, dia masih muda tapi sudah jadi liar... Entah macam manalah masa depan dia tu nanti...'

Oh, Senior!!!

Sebaik sahaja Ashley teringat akan Kenzie, dia berlari lagi dan mencari ke mana Kenzie pergi.

Ashley melihat Kenzie sedang menuju ke bilik persalinan lelaki. Ashley berhenti jauh dari bilik itu dan dia mengeluh. 'Kalau lah saya boleh jadi halimunan lepas tu masuk di dalam, kan best! Saya boleh tengok Kenzie tukar--Eh, apa pula saya nak pikir macam tu?? Gila kah??

"Macam mana ni? Coach dorang tidak akan bagi tengok pelajar lain game basketball ni.. Tapi saya mau betul tengok Senior main ni tau... Tidak cukuplah sekadar tengok masa game.. Saya nak tengok masa dorang latihan juga," kata Ashley perlahan.

Sedang dia berfikir macam mana dia boleh masuk ke dalam dewan latihan bola keranjang tanpa diketahui, tiba-tiba satu suara yang garau menegurnya dari arah belakang.

"Kenapa kau ada di sini??"

Ashley terus berpusing ke belakang dan dia terkejut. Coach Dhin! Dia lah coach yang akan memberi latihan kepada Kenzie dan kawan-kawannya dan terkenal dengan sikap garangnya.

Kalau ada pelajar perempuan yang curi-curi menonton latihan bola keranjang, Coach Dhin akan mendenda mereka dengan teruk. Paling tidak pun, dia akan suruh pungut sampah keliling sekolah dalam masa satu bulan.

Dan sekarang, Ashley sudah kena tangkap. Jadi dia perlu bagi alasan supaya dia tidak didenda. Tapi apa alasannya?

"Adakah kau assistant yang akan tukar Diani mulai hari ini?" tanya Coach Dhin pula. Dia memandang Ashley dengan tajam sambil mengusap kumisnya.

Assistant? Diani?

Ashley mula bingung.

Coach Dhin merenung Ashley dari atas ke bawah. "Hermm, tak mengapalah kalau kau bukan. Tapi kau ikut saya. Lagipun saya yakin assistant pengganti tu tidak akan datang hari ini."

Coach Dhin terus berjalan ke arah dewan  bola keranjang. Ashley pula masih ragu-ragu untuk ikut Coach Dhin.

Saya bermimpi ke ni? Coach Dhin jadikan saya assistant dia? Dan--saya, saya boleh masuk ke dalam dewan ni?? I must be dreaming!!!!

Coach Dhin menoleh ke arah Ashley apabila Ashley tidak bergerak mengikuti dia. "Hah, nak apa lagi tercegat di sana... Kau nak minta kena angkat macam tuan puteri?? Jangan nak berangan, lebih baik kau ikut saya cepat sebelum saya tukar pikiran...!!"

Ashley terkejut lagi bila diherdik oleh Coach Dhin lalu dia cepat-cepat mengikuti Coach Dhin. Mak oii, garangnya. Bapa saya pun tidaklah segarang dia...

Ashley merasa teruja untuk masuk ke dalam dewan. Jantungnya muka berdetak hebat dan kakinya mula menggeletar kerana gelabah dan teruja. Ashley tidak tau reaksi apa yang patut dia bagi kalau dia bertembung dengan Kenzie nanti.

Bila Ashley masuk ke dalam dewan, Ashley terkejut.

Di tengah-tengah gelanggang sudah ada semua pemain bola keranjang. Dan di antara mereka ialah Kenzie....

Ashley melonjak gembira dalam hati.

Dia terasa ingin terbang saja sebab terlampau gembira. I feel like myself in heaven...

Hari ni, Senior pun nampak hensem dengan uniform latihan dia. Aawwww, he is so cute and handsome. I wish I can take picture with him...

Sedar, Ash... Jangan terlalu excited dulu. Kau datang sini sebagai assistant bukan sebagai peminat! Kalau Coach Dhin tau kau begini, dia tendang kau keluar. Saya tak mau keluar sudah dari syurga ni...

Semua orang menoleh ke arah Coach Dhin apabila mendengar bunyi tapak kaki yang memang sangat dikenali. Namun pandangan mata mereka tidak lama pada Coach Dhin bila mereka melihat ada orang lain bersama dengan Coach Dhin.

"Wah, siapa pelajar perempuan baru ni??"

"Wah, cantiknya... Saya tidak pernah tau pun kita ada pelajar perempuan yang cantik macam dia!"

"Yelah, cantiklah dia.. Kalah pelajar tercantik kita di sekolah ni..."

"Diam-diamlah korang... Nanti Coach dengar..."

Ashley merasa malu dan teruja bila semua mata memandang ke arahnya. Lagilah, nyawanya terasa mau melayang saja bila melihat Kenzie juga sedang memerhati dia. Terasa berat kaki Ashley mau melangkah sebab asyik ditebung oleh Kenzie.

Semua mata pemain memang menatap ke arah Ashley namun hanya satu saja yang Kenzie saja yang menarik perhatian Ashley.

Crush katakan...

Coach Dhin berhenti di depan semua pemain. Ashley berhenti di sebelah Coach Dhin. Ashley memandang setiap pemain satu-persatu, lalu matanya terhenti di tempat Kenzie.

Pandangan mereka bertemu...

Namun, perhatian Ashley teralih apabila Coach Dhin mula bercakap.

"Team, kenalkan assistant baru korang..."


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C10
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập