Tải xuống ứng dụng
5.88% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 5: Kisah Mak Enon

Chương 5: Kisah Mak Enon

Ashley selamat sampai di rumah.

Setelah meletakkan basikalnya di garaj, Ashley masuk ke dalam rumah. Masa dia masuk, ruang tamu terdengar sepi. Ada sayup-sayup suara orang memasak di dapur dan Ashley tau orang itu adalah Mak Enon, pembantu rumah mereka.

Selalunya kalau Ashley ditinggalkan seorang diri di rumah, Mak Enonlah yang menjaga dan merawat Ashley sambil melakukan kerja di rumah itu.

Sejak kecil, dia selalu ditinggalkan seorang diri di rumah. Bapa dia adalah seorang businessman dan sentiasa sibuk. Ashley memahami kerja bapanya jadi dia sudah biasa berdikari sejak kecil.

Walaupun begitu, Mr. Adham tidak pernah membiarkan Ashley kekurangan kasih sayang. Oleh itu, dia menggaji Mak Enon untuk menjaga rumah sekaligus menjaga Ashley.

Mak Enon adalah seorang ibu yang ditinggalkan suami dan anak-anaknya. Dia difitnah oleh teman baiknya sendiri sehingga suaminya meninggalkan Mak Enon, lalu teman baiknya itu berkahwin dengan bekas suami Mak Enon. Keluarga Nak Enon pula sudah lama memutuskan hubungan keluarga mereka setelah Mak Enon berkahwin dengan bekas suaminya itu. Jadi, memandangkan dia tiada ahli keluarga yang lain selain Ashley, dia sentiasa memberikan kasih sayang kepada Ashley yang tidak terhingga sehingga sekarang... Dia tidak keberatan pun untuk meluangkan lebih masa menjaga Ashley kerana anak-anak sudah mengikuti suaminya dan tinggal di luar negara. Hanya ada Ashley tempat dia melepaskan rasa rindu.

Ashley yang sudah kehilangan ibunya ketika dia masih kecil itu, sudah menganggap Mak Enon sebagai ibu kandungnya. Setiap hari, kalau ada peluang, Ashley akan bermanja dengan Mak Enon.

Sebab itu kalau Mr. Adham tiada di rumah, Ashley tidak merasa kesepian sebab ada Mak Enon.

Ashley bercadang mau menjenguk ke dapur sebelum dia naik ke atas rumah nanti.

Kelihatan Mak Enon sedang memasak sambil bernyanyi kecil. Terkadang pinggulnya akan bergoyang mengikut rentak yang dinyanyikan itu.

Ashley tertawa dalam diam melihat kelakuan lucu orang tua itu. Walaupun dia sedang memasak, Mak Enon masih boleh menyanyi dan menari...

"Hai, Mamy!" sapa Ashley tiba-tiba.

"Oh mamy kau hantu bunga raya hutan!! Astagaaaa!!"

Kali ini ketawa Ashley terlepas juga. Dia memegang perutnya sambil menepuk meja beberapa kali. Dia sentiasa terhibur setiap kali Mak Enon melatah.

Mak Enon menoleh ke arah Ashley sambil memegang dadanya kerana terkejut. Tidak lama kemudian, wajahnya terlihat marah. "Elleyyy.... Astagaa, budak ni!!! Asyik-asyik nak buat orang tua ni sakit jantung tau! Cubalah tegur elok sikit! Nasib Mamy tiada sakit jantung tau!!" leter Mak Enon.

Ashley masih lagi ketawa sambil menyapu air mata mengalir itu. Lucu, memang lucu...!!

Ashley sudah biasa memanggil Mak Enon dengan panggilan 'mamy'. Oleh kerana dia tiada mama untuk dipanggil dengan panggilan itu. Lagipun Mak Enon sudah seperti ibu kandung kepadanya.

Manakala Mak Enon pula suka memanggil Ashley dengan panggilan Elley. Lebih comel katanya...

Dengan masih memegang senduk yang digunakannya untuk memasak, Mak Enon menudingnya ke arah uniform sekolah Ashley. "Kalau sudah siap ketawa tu, pergi tukar baju dulu.. Lepas tu, turun makan.."

Ashley berhenti ketawa dan dia memandang ke arah ayam goreng berempah yang ada di atas meja. Kecur air liurnya melihat ayam goreng itu. Tidak sabar rasanya mau menjamu selera...

"Pergi ganti baju dulu baru Mamy benarkan makan ayam goreng tu," kata Mak Enon sambil berpusing untuk memasak lagi.

Ashley mencebik kecil kerana dia tidak dibenarkan menyentuh ayam goreng itu selagi dia belum menukar uniform sekolahnya.

Tiba-tiba, Ashley ada idea. Dia memandang ke arah Mak Enon yang sedang memasak. Tidak lama kemudian, tangannya yang putih bak salju dan halus seperti kapas itu terus menyambar satu ayam goreng itu dari atas meja. Setelah itu, dia pun berlari pecut menuju ke tingkat atas, ke biliknya.

Mak Enon sedar akan hal itu lalu dia memandang ke arah Ashley.

"ASHLEY JUNE ADHAM!!!"

Ashley ketawa terkekek-kekek bila Mak Enon berteriak namanya, siap full name lagi, fuh!

Mak Enon terdengar suara Ashley ketawa lalu dia menggeleng-geleng. Di bibirnya yang tua itu, terukir sebuah senyuman yang lega dan lembut, penuh dengan aura keibuan. Sayangnya terhadap Ashley melimpah.

Sejak dia ditinggalkan oleh keluarganya, Mak Enon tidak sempat mencurahkan kasih sayang kepada anak perempuan bongsunya, satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Jadi, Ashley yang mempunyai umur yang sama dengan anaknya itu menjadi tempat Mak Enon melepaskan rindu dan sayang.

Mak Enon pun menyambung kembali memasak. Kejap lagi mereka akan makan tengah hari bersama. Mak Enon tidak kisah pun kalau Ashley mencuri ayam itu tadi, sebab itu bukan kali pertamanya Ashley lakukan dan bukan ayam goreng saja yang menjadi sasarannya.

Ashley memang nakal sikit dari kecil tapi dia masih menghormati orang tua dan mendengar cakap mereka. Itu semua adalah hasil didikan Mak Enon dan Mr. Adham membiarkan Mak Enon tinggal di rumah mereka agar mudah nanti dia menjaga rumah dan merawat Ashley.

Setelah Ashley siap menukarkan uniformnya, dia turun ke bawah. Ayam goreng yang dicurinya tadi sudah tiada.

Ashley duduk di bangku sambil Mak Enon menghidangkan nasi untuk dia. "Sudah kenyang dengan ayam goreng tadi?" tanya Mak Enon, sengaja.

Ashley hanya melirik ke arah Mak Enon lalu dia tersengih.

Mak Enon tersenyum lembut lagi lalu dia meletakkan pinggan berisi nasi di depan Ashley. "Nah, makan... Lepas tu Ashley naik atas dan siapkan kerja sekolah dulu.. Mamy mau kemas rumah."

"Elley mau tolong Mamy..."

"Jangan, kemas rumah mamy punya kerja. Kerja Elley cuma belajar. Jadi, lepas ni buat kerja rumah dulu sebelum buat benda lain.."

"Yalah, yalah, Mamy!"

Ashley terus mengambil lauk yang tersedia dan meletakkannya di dalam pinggan. Setelah itu dia memakannya.

"Emm... Emm hhmm hmm... Mamy masak memang sedaplah, Mamy. Kalau begini Mamy sudah boleh jadi chef di restoran lima bintang. Kalah semua masakan chef lima bintang tu," puji Ashley bersungguh-sungguh.

Mak Enon tertawa lembut. Gayanya masih penuh dengan sifat keibuan. "Apalah kau ni, Elley.. Masakan Mamy biasa-biasa sajalah.. Janganlah samakan Mamy dengan chef-chef tu. Mereka ada sijil, Mamy cuma memasak untuk keluarga saja..."

"Eleh, Elley tak peduli.. Masakan Mamy lagi sedap!"

"Dah, dah, dah.. Jangan nak bercakap saja tapi tidak makan.. Nanti sejuk lauk tu, tidak sedap pula..."

"Okey, Mamy!!"

Setelah makan tengah hari, Ashley terus ke biliknya untuk membuat kerja rumah.

======================

Pada petang itu, Ashley keluar untuk bersiar-siar. Ashley malas mau diam-diam di rumah dan tidak buat apa-apa.

Lebih baik dia ambil angin di luar daripada dia berdiam diri saja di rumah.

Ashley mencapai basikalnya yang diletakkan di garaj.

"Bye, Mamy.. Jalan dulu!" teriak Ashley lalu dia mula mengayuh keluar dari kawasan rumahnya.

Ashley singgah di sebuah kedai untuk membeli aiskrim. Setelah membayar, dia keluar dari kedai itu dengan memakan aiskrim yang dibelinya. Di tangan yang satu lagi ialah sebuah plastik berisi makanan ringan.

Ashley berfikir ke mana dia mahu pergi setelah ini. Dia melihat ada sebuah gelanggang bola keranjang di hadapan kedai itu, di seberang jalan raya.

Ashley mengambil keputusan untuk pergi melihat anak-anak muda bermain bola keranjang sajalah sambil dia menikmati petang hari itu.

Ashley terus berjalan melintasi jalan rasa dan dia berdiri di tepi pagar gelanggang itu sambil dia menikmati permainanan itu.

Tiba-tiba, badannya kaku dan jantungnya berdetak dalam ritma yang tidak stabil. Nafasnya seolah-olah tersekat di kerongkongnya, dia seperti sesak nafas. Matanya juga terbuka luas dari yang biasa.

Di gelanggang, di tengah-tengah semua pemain dan sedang memegang bola, Ashley melihat kelibat seorang lelaki yang sangat dikenalinya itu.

Senior Kenzie!!!

Hati Ashley melonjak gembira.

Di dalam gelanggang itu, Kenzie yang sudah berpeluh-peluh itu tapi masih bertenaga sedang melantun bola keranjang beberapa kali di atas lantai gelanggang sambil memandang seorang lelaki yang sedang menghalangnya.

Ashley terus rapat ke pagar gelanggang itu dan dia terus memerhati Kenzie dengan perasaan teruja. Dia tidak menyangka yang dia akan melihat Kenzie di sini petang ini.

Ashley tidak melepaskan peluang untuk menonton dia bermain.

Ashley terus memegang pagar gelanggang itu dan memandang Kenzie dengan khusyuk.

Diantara banyak-banyak pemain di sana, mata Ashley hanya tertuju ke arah Kenzie. Ke mana Kenzie pergi, di sanalah mata Ashley pergi.

Bila Kenzie berhasil membuat jaringan, Ashley terus melonjak gembira namun jika bola itu direbut dari tempat Kenzie, Ashley akan membebel geram.

Ashley tidak sedar akan waktu kerana khusyuk memandang Kenzie. Setelah permainan bola keranjang itu selesai, barulah Ashley ingat untuk pulang.

Cepat-cepat dia kembali ke tempat dia meletakkan basikalnya dan mengayuh kembali ke rumah. Habislah saya, pasti Mamy sudah marah ni!

Itulah terlalu asyik betul tengok Senior tadi... Kan lupa dengan waktu....


Load failed, please RETRY

Tình trạng nguồn điện hàng tuần

Rank -- Xếp hạng Quyền lực
Stone -- Đá Quyền lực

Đặt mua hàng loạt

Mục lục

Cài đặt hiển thị

Nền

Phông

Kích thước

Việc quản lý bình luận chương

Viết đánh giá Trạng thái đọc: C5
Không đăng được. Vui lòng thử lại
  • Chất lượng bài viết
  • Tính ổn định của các bản cập nhật
  • Phát triển câu chuyện
  • Thiết kế nhân vật
  • Bối cảnh thế giới

Tổng điểm 0.0

Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
Bình chọn với Đá sức mạnh
Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
Stone -- Power Stone
Báo cáo nội dung không phù hợp
lỗi Mẹo

Báo cáo hành động bất lương

Chú thích đoạn văn

Đăng nhập